Nota 3 by Shaz Johar | Lepas habis Nota 2, terus sambung Nota 3 sebabnya cerita ni bersambung-sambung dan nak tahu kesudahan ceritanya secepat mungkin.. Walaupun pada awalnya aku rasa novel Shaz Johar ni boleh membuatkan aku gila, tapi aku tetap juga gagah untuk habiskannya.. Setiap episod memberi tekanan perasaan kepada aku.. Haha.. Dasyat betul penangan novel Nota ni kan.. Bagaimana pula dengan Nota 3? Boleh gila ke tak? Haha..
5 Restoran Melayu Yang Best Dan Sedap Di KL Untuk Kita Cuba! | Time Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, mesti ramai yang mencari makan kan? Nak keluar makan di restoran atau kedai-kedai makan memang tak dapat la waktu-waktu macam ni.. Sungguhpun begitu, bukan tak boleh langsung menikmati hidangan enak kat restoran kegemaran korang tu.. Masih ada perkhidmatan penghantaran disediakan.. So, tak perlu bimbang.. Ada 5 restoran melayu yang best dan sedap di KL untuk kita cuba! Jom pakat cuba.. Sedap woooooo!! Memang rugi la tak cuba..
#1-Restoran Sambal Hijau
Nota 2 by Shaz Johar | Time Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni orang lain dok update sal menu masakan, aku pulak sibuk up sal buku.. Hehe.. Walaupun tak update sal juadah, tak bermakna aku tak memasak kat umah ye.. Hari-hari pun memasak.. Cumanya dalam keadaan sekarang ni aku agak sensitif sikit dengan keadaan atau nasib orang lain yang mungkin susah, tak dapat nak makan sedap-sedap macam kita.. So, aku decide untuk tak up gambar makanan.. Itu aku la.. Korang tu ikut korang la.. Tiada paksaan pun.. hehe.. Buku kedua dari penulis tersohor Shaz Johar iaitu Nota 2, baru saja aku habiskan ari ni.. Dah habis Nota, terus sambung Nota 2 sebab tak sabar nak tahu kesudahan ceritanya...
Nota by Shaz Johar | Lama gila rasanya tak review novel di platform aku ni.. Itu bermakna lama dah aku tinggalkan dunia membaca aku dek kerana kekangan masa yang kronik.. Now, time Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni di mana kena bekerja dari rumah, membolehkan aku meluangkan masa untuk membaca buku setelah kerja yang diarahkan selesai.. Sungguhpun begitu, bukanlah sepanjang PKP aku bekerja dari rumah sebaliknya bila tiba giliran aku bekerja, aku tetap kena bertugas di pejabat.. Mengikut jadual yang dikeluarkan.. Aku baru sahaja selesai habiskan sebuah novel yang berjudul Nota hasil tangan novelis Shaz Johar ni..
Lirik Lagu Pasrah - Damia | Aku sendiri sebenarnya tak sedar pun lagu ni wujud dan dah #01 trending di youtube.. Sedangkan selama ni aku mengikuti pekembangan Apak Khalifah.. Mungkin terlalu fokus dan risau dengan dunia hari ini tentang Covid-19 sehingga tak tahu dah perkara lain yang terjadi di sekeliling.. Setiap hari, hanya mengikuti perkembangan tentang virus merbahaya ni aje..
Sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) ni, memang aku sepanjang masa berada di rumah menyahut seruan PM kita #JustStayAtHome so kita duduk aje dirumah.. PKP ni pun dah dilanjutkan lagi dari 18 Mac - 31 Mac ke 01 April - 14 April... Ada sebab perintah ini dikeluarkan.. Ia bertujuan untuk memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 ni.. Selagi korang bersepah dekat luar, ia sukar untuk dibendung dan semakin menular.. Jadi, tolonglah sama-sama fikirkan dan ikut arahan yang diberi dari masa ke semasa ye.. Jangan pentingkan diri sendiri! Kesiankanlah Frontliners yang sedang bertungkus lumus 24jam bertugas untuk atasi masalah ini..
Oklah, sesambil mengikuti perkembangan semasa Covid-19 ni, jom kita layan lagu Pasrah dari Damia ni.. Best jugak lagu ni.. Aku suka..
LIRIK LAGU PASRAH - DAMIA
*****
Berapa lama harusku menderita
Sedangkan engkau disirami bahagia
Sukarnya untukmu setia padaku
Mudahnya engkau melupakan semua
Semua janji waktu kita bersama
Tibalah masanya aku mengalah
Puisi indah kini tinggal kenangan
Ikatan cinta yang penuh kedukaan
Sayunya hatiku melepaskanmu
Berat bagiku untuk melupakanmu
Apakan daya takkanku nak merayu
Inilah masanya ku nokhtahkannya
Aku berserah
Jika ditakdir untuk tidak bersama
Kerana ku mahu dirimu bahagia
Bersama dirinya
Dan aku pasrah
Jika diriku untuk tidak bahagia
Pergilah kau sayangku
Pergilah kau kasihku bersamanya
*****
#StayAtHome #DudukRumah
*****
#StayAtHome #DudukRumah
Hak-Hak Wanita Selepas Penceraian. Isteri Wajib Tahu! | Sebut tentang penceraian ni agak menggerunkan bagi aku.. Bukan mudah untuk menerima sebuah penceraian.. Nampak macam mudah tetapi ianya tidak semudah seperti menyebut perkataannya.. Siapa yang nak berceraikan.. Kalau boleh, nak hubungan perkahwinan tu bahagia hingga ke syurga.. Tapi, siapa yang tahu nasib sesebuah ikatan perkahwinan tu kan.. Kalau bernasib baik dan betul caranya, kita akan kecap bahagia itu dan jika tidak sebaliknyalah kejadiannya..
Pelan Rumah Banglo 1 Tingkat 5 Bilik Tidur 4 Bilik Air (5221 kps) Menjadi Idaman | Walaupun dah memiliki rumah sendiri, namun aku masih bercita-cita untuk membina rumah diatas tanah sendiri.. Setiap orang pun rasanya teringin nak ada rumah atas tanah sendiri.. Barulah ada privasi sikit kan.. Sekarang ni aku duduk rumah teres yang cuma ada tingkap depan dan belakang sahaja.. Kalau ada rumah sebuah atas tanah sendiri, barulah boleh bernafas dengan selesa.. Mane tak nya, tingkap disana sini.. Haha!! Dalam banyak-banyak pelan rumah aku tengok, aku suka design pelan rumah banglo ni.. Amek ko, umah banglo terus jadi idaman aku.. Haha!! Berangan dulu tak salah kan? Hiks.. Jom tengok pelan rumah banglo 1 tingkat 5 bilik tidur 4 bilik air yang menjadi idaman aku..
travel
No comments
Hotel Kea Garden Penginapan di Cameron Highland Yang Dikelilingi Pemandangan Ladang Yang Indah
Monday, March 30, 2020
Hotel Kea Garden Penginapan di Cameron Highland Yang Dikelilingi Pemandangan Ladang Yang Indah | Lama gile rasanya tak ke Cameron Highland.. Last pergi masa bujang dulu.. Banyak lagi tempat yang tak dilawati kat sana sebenarnya.. Time-time camni, syok gile kalau dapat pergi bercuti di Cameron Highland sambil rehatkan badan dan minda dengan menikmati suasana yang nyaman dan menyegarkan.. Lagi best, dapat release stress dengan pemandangan indah kat sana.. Serius tenang weh!! Next kalau pergi sana, aku teringin sangat nak stay kat Hotel Kea Garden sebabnya hotel ni cantik sangat dikelilingi dengan taman bunga yang indah.. Kalau bergambar gerenti chantekk ni !!
beauty
3 comments
Safi Shayla Botanical Silk Syampu Terbaik Untuk Wanita Bertudung
Friday, March 27, 2020
Safi Shayla Botanical Silk Syampu Terbaik Untuk Wanita Bertudung | Bulan lepas aku tersalah beli syampu.. Bukan tersalah sebenarnya tetapi lebih kepada mengada-ngada nak tukar syampu lain.. Akibatnya, rambut jadi kejung dan susah nak urus.. Amek ko gedik sangat kan.. Haha!! Dah jadi gitu, pergilah cari balik syampu asal yang biasa pakai.. Aku memang pengguna setia syampu Safi Shayla.. Lagi pula apa yang bestnya Safi Shayla ni, ia mempunyai banyak variasi.. Itu yang bestnya.. Now, aku cuba pulak keluaran terbaru dari Safi Malaysia iaitu Safi Shayla Botanical Silk syampu terbaik untuk wanita bertudung macam aku ni.. Hehe..
Lirik Lagu Kita Baik Ramai Sayang - Achey & Fad Bocey | Assalamualaikum wbt.. Lama betul tinggalkan blog kesayangan ni.. Rindu gila nak menaip kembali disini.. Sesambil aku blogwalking, sesambil aku dengar lagu single terbaru dari Achey dan Fad Bocey iaitu 'Kita Baik Ramai Sayang'.. Sayu je bila dengar lagu ni wak.. Hurmm..
credit : fb @Rosyaimi Amirul
Lagu ini dicipta oleh Ippo Hafiz, Achey dan Fad sendiri.. Ia dihasilkan selepas Allahyarham Abam Bocey kembali kepada Sang Penciptanya pada 10 Februari 2020 yang lalu.. Moh le kita dengar lagu ni ye... Aku suka!
Lirik Lagu Kita Baik Ramai Sayang
Achey & Fad Bocey
***
[Fad]
Tak pernah dibayangkan
Kau akan kembali
Saat yang ditinggalkan
Hanya bertemankan air mata
Beribu mendoakan
Bintang pun turut menyaksikan
Saat kami merindukanmu
Damailah engkau di sana
[Achey]
Kini engkau telah pergi
Pergi menjauh dari kami
Oh sahabat, engkaulah sejati
Tiada yang bisa terganti
Kami pohonkan agar engkau
Tenanglah di sana
Wahai sahabat yang kami sayangi
Yang kami cintai buat selamanya
Kini engkau telah pergi
Pergi menjauh dari kami
Oh sahabat engkaulah sejati
Tiada yang bisa terganti
Kami pohonkan agar engkau
Tenanglah di sana
Wahai sahabat yang kami sayangi
Yang kami cintai buat selamanya
Al-Fatihah (dibaca) buat Allahyarham Abam Bocey...
Produk ecostore Berasaskan Tumbuhan Mesra Alam Sekitar | Banyak betul jenama produk penjagaan diri kat pasaran sekarang ni kan.. Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.. Tapinya, dalam excited dok pilih tu, kena hati-hati jugak takut-takut tersalah pilih produk yang mempunyai bahan kimia yang berbahaya.. Mau sopak kulit kalau pakai.. Hehe.. Dah kebetulan mandian dan shampoo aku habis baru ni, nak lah jugak bertukar ke produk penjagaan diri yang lain.. Now, aku cuba produk ecostore iaitu Jenama eco No.1 di New Zealand.. Bagus tau produk ni.. Jom aku cerita..
travel
5 comments
12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung
Tuesday, March 24, 2020
12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung | Holaaaa!! Hehe lama gile rasanya tak meluah rasa kat sini.. Rindu weh!! Kali ni nak membebel pasal homestay.... Hah, dah kenape pulak?
Hehe, aku plan nak bercuti kat Cameron Highland so aku riki-riki la tentang homestay terbaik kat sana yang mana best dan menarik..
Hehe, aku plan nak bercuti kat Cameron Highland so aku riki-riki la tentang homestay terbaik kat sana yang mana best dan menarik..
12 Homestay Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung
Dah alang-alang aku dok survey tu, baiklah aku up terus kat sini.. Dapatlah jugak korang buat panduan nanti.. Betul tak? Hiks.. Jadi, jom kite check 12 homestay terbaik di Cameron Highland yang menjadi pilihan para pengunjung bila bercuti di sana..
Welcome to Philippines | Melancong bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya. Banyak perkara yang perlu difikirkan. Contohnya, kalau pergi luar negara, kena fikir flight, penginapan, makanan halal dan beberapa lagi faktor penting yang kena ambik tahu. Bukan boleh main redah je ye korang.. Macam percutian aku baru-baru ni ke Filipina. Banyak bende yang aku pelajari sepanjang percutian tersebut.. Biasalah, setiap percutian tu mesti ada benda baru yang kita dapat pelajari darinya terutamanya dari segi persiapan.. Kalau nak travel ni apa yang penting kene plan betul-betul dan persiapan tu nak kene cemerlang.. Haa.. Tapi pada aku, untuk percutian aku kali ni semuanya baik-baik sahaja.. Hehe..
Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik | Bukan senang tau nak cari skincare yang betul-betul sesuai dengan kulit kita kecualilah kulit kita ni jenis yang tak bermasalah dan boleh terima apa juga jenis skincare tanpa sebarang kesan.. Ada ke? Hehe.. Cam aku sendiri pun tak berani nak pakai sebarangan skincare sebabnya pernah tersalah pakai, habis berjerawat muka.. Lagi teruk muka jadi kering dan mengelupas.. Fuh, mimpi ngeri sangat!
Lunavie Electronic Bottle & Baby Food Warmer | Rindunya nak ada baby kecil.. Hehe.. Tapi buat masa ni rehat dulu lah.. Haha!! Walaupun tak ada baby kecil, tapi anak-anak aku masih menyusu botol.. Jadi, aku sangat memerlukan device yang boleh panaskan susu dan sterilize feeding items... Nampak sangat aku malas nak buat secara manual kan.. Hiks.. Bukan apa, aku ni sangat sibuk.. Jadi, aku perlukan 'pembantu' untuk buat semua kerja itu dengan lebih mudah dan 'pembantu' yang aku maksudkan itu adalah Electronic Bottle & Baby Food Warmer dari Lunavie.. Serius, sangat membantu!!
others
No comments
Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC for Health
Thursday, March 19, 2020
Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC for Health | Dengan peningkatkan jumlah kes influenza di Malaysia, Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital kini bekerjasama untuk menganjurkan kempen kebersihan ‘Always Be Clean’ (ABC) for Health. Ia bermatlamat meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai kebersihan tangan.
Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, sentiasa membasuh tangan dengan sabun dan air atau pembersih tangan (hand sanitizer), mengikuti etika yang betul ketika bersin dan batuk serta menjalani gaya hidup yang sihat.
Menurut Pengurus Kanan Jenama Antabax, Vivian Lee, memastikan kebersihan tangan merupakan salah satu langkah paling penting untuk mengelakkan diri daripada jatuh sakit. Sekali gus mengurangkan risiko penyebaran penyakit berjangkit kepada orang lain.
“Antabax mengambil langkah proaktif sebaik sahaja mendapat tahu jumlah kes influenza kian meningkat. Kami telah bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menggalakkan tabiat kebersihan selama lebih satu dekad. Kami berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital untuk mendidik orang ramai mengenai langkah mengurangkan risiko dijangkiti dan menyebarkan penyakit berjangkit seperti influenza.”
Data daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menunjukkan bahawa amalan tidak membasuh tangan mengundang bahaya kepada kanak-kanak di seluruh dunia. Membasuh tangan dengan sabun boleh melindungi 1 daripada 5 kanak-kanak yang mengalami jangkitan pernafasan seperti pneumonia . Walaupun orang ramai di seluruh dunia membersihkan tangan dengan air, sangat sedikit yang menggunakan sabun untuk membasuh tangan mereka. Membasuh tangan menggunakan sabun boleh menghilangkan kuman dengan lebih efektif.
Mengenai Influenza
Influenza biasanya dipindahkan menerusi titisan air yang keluar daripada batuk dan dan bersin apabila mulut tidak ditutup. Jangkitan virus influenza yang dibawa oleh udara dalam jarak pendek mungkin boleh berlaku, terutamanya di kawasan yang sesak. Pencemaran pada tangan juga menjadi satu lagi sumber jangkitan tersebut.
Tanda-tanda dan Simptom Influenza
Tanda-tanda dan simptom influenza termasuklah suhu badan yang tinggi melebihi 38 darjah selsius, rasa penat yang lama sehingga dua dan tiga minggu, sakit sendi dan otot, batuk kering, sentiasa bersin, sakit tekak dan kepala . Mereka yang mempunyai tanda-tanda dan simptom ini perlu segera mendapatkan rawatan. Kumpulan berisiko tinggi termasuklah mereka yang berusia 65 tahun ke atas, ibu mengandung, penghidap penyakit-penyakit kronik, masalah pernafasan dan anak-anak kecil.
Kementerian Kesihatan Malaysia juga mencadangkan kepada orang ramai, terutama mereka daripada kumpulan berisiko tinggi supaya mendapatkan vaksin selsema secara bermusim.
Menurut Perunding Dalaman Perubatan dan Penyakit Berjangkit KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Dr Muhamad Yazli Yuhana, hospital telah merawat lebih 50 kes influenza pada minggu ini. Jadi, adalah penting untuk meningkatkan kesedaran dan mengurangkan jangkitan.
“Hospital merekodkan lebih banyak kes berbanding tahun-tahun sebelum ini. Kami harap dengan inisiatif bersama seperti kempen Antabax ABC for Health, orang ramai akan belajar untuk mengambil langkah-langkah pencegahan demi melindungi diri dan keluarga mereka. Kita perlu lebih proaktif dalam mengambil vaksin, memastikan kebersihan tangan dan mendapatkan rawatan segera untuk mengurangkan penyebaran influenza,” kata Dr. Yazli yang menyampaikan ceramah bertajuk “Wabak Infleunza: Kurangkan Penyebarannya!”
Lagu kebersihan tangan Antabax yang menarik nyata menaikkan semangat kanak-kanak daripada KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital yang turut serta dalam program kesedaran dan pendidikan ini. Ia mampu membantu mereka mengingati langkah-langkah membasuh tangan yang betul sebagaimana yang ditunjukkan oleh para jururawat daripada unit kawalan jangkitan hospital berkenaan.
“Penyebaran penyakit berjangkit seperti influenza boleh dikurangnya apabila kita bekerjasama. Langkah penting untuk tidak menyebarkan penyakit ini adalah dengan tidak terkena jangkitannya. Cara utama yang boleh diamalkan oleh setiap orang adalah sentiasa bersih sepanjang masa,” kata Lee.
3 Perbezaan Antara Bitcoin dan Bitcoin Cash | Sejak 1 Ogos 2017, terdapat kemaskini dari Bitcoin atau lebih dikenali sebagai hard fork. Perubahan ini membuat sesuatu yang radikal dengan memecahkan Bitcoin menjadi dua. Yang pertama ialah Bitcoin (BTC), sama seperti sebelumnya, dan yang kedua ialah Bitcoin Cash (BCH) yang merupakan pemisahan dari Bitcoin asal.
Walaupun Bitcoin Cash bukan satu-satunya hasil daripada perpecahan Bitcoin sebelumnya, kali ini ia mempunyai paling banyak kesan, dimana dengan cepat menjadi salah satu aset crypto terbaik dari segi permodalan pasaran.
Dengan nama yang sama, terdapat banyak kekeliruan dari aktivis Bitcoin sendiri untuk memahami perbezaan antara kedua-duanya. Berikut adalah perbandingan 3 perbezaan antara Bitcoin dan Bitcoin Cash dari kesan perubahan dalam sistem operasi.
Bayaran Transaksi
Terdapat banyak kritikan Bitcoin kerana kurang berjaya dalam memenuhi keperluan pasaran yang semakin meningkat, dengan meningkatkan kos setiap transaksi Bitcoin. Pada masa ini, BCH menawarkan kos transaksi purata yang lebih rendah berbanding dengan BTC. BCH mempunyai purata USD 0,0019 manakala BTC dengan USD 0,39. Baca artikel ini dari tradingindo mengenai pilihan binari.
Walaupun ini belum menjadi tanda aras, kerana BCH belum sepenuhnya diserap oleh pasaran dan tidak memiliki kandungan rangkaian yang sama seperti BTC. Mungkin pada masa hadapan, BCH akan meningkatkan kos transaksi, tetapi pada masa ini, BCH lebih tinggi daripada BTC berdasarkan kos per transaksi.
Kelajuan Transaksi
BCH boleh menampung lebih banyak urusniaga sekaligus, yang bermaksud bahawa setiap urusniaga dapat dilaksanakan secara langsung dalam satu blok tanpa menunggu beratur satu persatu. Walaupun kita perlu mempertimbangkan bahawa BCH tidak digunakan seperti BTC dan oleh itu, ia belum lagi mengalami ujian BTC yang tepat dari segi rangkaian yang lebih padat.
Walau bagaimanapun, kita masih boleh menyimpulkan bahawa BCH kini lebih awal dari segi kapasiti tinggi setiap blok berbanding dengan BTC. Penunjuk jelas bahawa urusniaga di BCH adalah lebih cepat sekarang.
Kuasa Komputasi
Jika kita bercakap mengenai kuasa hashrate atau pengkomputeran Bitcoin dan rangkaian Tunai Bitcoin, BTC lebih tinggi kali ini. Bitcoin Cash hashrate total, yang mewakili berapa banyak pelombong kuasa pengkomputeran digunakan untuk mengesahkan transaksi dan rangkaian selamat, hanya dalam bahagian kecil jika dibandingkan dengan Bitcoin. Hari ini, keseluruhan BTC mempunyai 100 exahash sementara BCH hanya mempunyai 2 exahash, atau hanya satu perlima daripada BTC.
Ini bermakna bahawa Bitcoin Cash lebih terdedah kepada "serangan 51%", jika sekiranya kumpulan mengawal 51% atau lebih daripada hashrate rangkaian, ada kemungkinan mereka boleh membalikkan transaksi atau tindakan lain yang boleh menjejaskan rangkaian dan membahayakan pemegang BCH.
Kesimpulannya
Buat masa ini, BCH telah berjaya mengalahkan BTC dari segi kecekapan blok transaksi, yang bermaksud kos transaksi yang lebih rendah dan juga lebih murah. Walaupun BTC mempunyai lebih banyak adopsi yang boleh digunakan. Kemudian rangkaian Bitcoin jauh lebih selamat kerana hasrat yang ada pada pelombong. Belum lagi Bitcoin ketika dilihat sekarang lebih tinggi dalam nilai dan termasuk dalam aset terbaik dalam dekad ini.
Walau bagaimanapun, kebanyakan perbandingan dari kedua-dua mata wang kripto ini boleh dipantau
seiring perkembangan dan berapa lama mereka berada di pasaran. Sangat mungkin jika BCH menjadi lebih popular, ia akan menghadapi masalah seperti BTC yang kini mempunyai biaya transaksi yang lebih tinggi. Ataupun pelombong yang akan berpindah ke BCH jika harganya dapat naik seiring dengan peningkatan popularitinya.
Jadi buat masa sekarang, tidak ada kesimpulan tentang siapa yang lebih baik. Di masa depan, sangat mungkin jika kedua-dua Bitcoin dan Bitcoin Cash memainkan peranan masing-masing, dengan Bitcoin lebih sebagai emas digital, sementara Bitcoin Cash sebagai wang tunai digital, atau sebagai cara pembayaran yang lebih praktikal.
Kita harus menunggu bagaimana kedua-dua mata wang digital ini dapat menyelesaikan masalah masyarakat dalam sistem pembayaran antarabangsa digital secara praktikal. Jika kita bandingkan, kedua-duanya mempunyai kelebihan berbanding kaedah pembayaran konvensional seperti pemindahan bank atau kad kredit. Bitcoin yang semakin popular dan diterima oleh kedai dalam talian seperti Amazon, menandakan kebangkitan Bitcoin dan Bitcoin Cash untuk digunakan secara global di seluruh dunia.
book
2 comments
Jualan Buku Big Bad Wolf Kembali Ke Pahang Untuk Kali Kedua Dengan Membawakan 80% Judul-Judul Terbaru
Thursday, March 5, 2020
Jualan Buku Big Bad Wolf Kembali Ke Pahang Untuk Kali Kedua Dengan Membawakan 80% Judul-Judul Terbaru | Hari rabu yang lalu aku berkesempatan singgah Big Bad Wolf Book Sale kat Kompleks Sukan, Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang.. Serius tahun ni meriah gile.. Lebih banyak buku berbanding tahun lepas sampaikan aku rambang mata nak grab yang mane.. Sangatlah rugi kalau tak pergi jualan buku Big Bad Wolf tahun ni..
Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends | Assalamualaikum wbt.. Hi guys! Wah rasa lain macam lak menaip kat sini.. Dah lama kot menyepi dari dunia penyiaran blog ni.. Hiks.. Rindu gile kot nak menaip balik.. Dah alang-alang nak lepaskan rindu menaip ni, aku nak joinlah dulu Giveaway Wang Tunai by Mamapipie & Friends ni.. Hadiah memang mengancam jiwa la.. Rugi korang tak join tau...
Nak join? Klik banner kat atas ni ye..
Korang yang nak join tu sempat lagi.. Esok last date dia.. 29 Februari 2020.. Moh le semak syarat-syarat penyertaannya dulu sebelum menjoinkan diri.. Tak susah pun.. Sonang ajo..
Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends
2. Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends".
3. Tepek banner di atas beserta link ke post ini. Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang.
4. Tag 3 rakan
5. Wajib Follow Youtube ibusyurga : Klik Sini -> Youtube ibusyurga
6. Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang
- Ibusyurga.blogspot.com
- Sukamakanjalan.blogspot.com
- www.dawaibesi.com
- www.guamansyarie.com
- https://nikmatterbaik.blogspot.com
- http://www.mamapipie.com
Semua syarat diatas adalah WAJIB ye kengkawan.. Mamapipie akan check satu persatu.. So tak boleh nak mengelat.. Hehe.. Kalau korang mengelat, akan disqualified.. Hiks..
Nak terpilih hadiah utama, korang kena la rajin singgah dan komen blog penaja ye sebabnya penaja sendiri akan pilih pemenang hadiah utama.. So, silalah rajinkan jari jemari korang untuk singgah dan komen.. Pesanan untuk aku jugak ni.. Haha!!
Yeahhh syarat dah setel check, tibalah masa nak check hadiah pulak.. Memang menarik gile weh!! Teruja badak aku nak join giveaway ni.. Mane la tau ada rezeki anak-anak kan.. Ahakz.. Amiin YRA.. Hehe..
Hadiah Wang Tunai RM1000 - Senarai Hadiah
Apa kata Mamapipie tentang hadiah? Jom baca..
Wang tunai sejumlah RM 1000 akan dihadiahkan kepada 17 orang pemenang.. Banyak kan.. Alhamdulillah, Semoga murah rezeki penaja kita. Sama-sama kita doakan agar penaja-penaja kita sentiasa murah rezeki dengan rezeki yang berkat, diberkati Allah dan bisnes sentiasa menjadi. Seramai 17 pemenang akan dipilih memenangi total RM1000 nanti. Pemenang hadiah utama akan dipilih sendiri oleh pihak penaja. Jom tengok senarai hadiah yang akan dimenangi :-
1 x RM200
Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
2 x RM100
Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
14 x RM50
Okehlah, bagi yang belum join cepat-cepatlah join ye sebabnya esok dah last date.. Rugi tak grab peluang keemasan ini.. Kot ada rezeki boleh menang wang tunai.. Tuah ayam nampak di kaki, tuah korang, nampak pada giveaway ni sape tau kan.. Termasuk tuah aku la tu.. Haha.. Ok la, gut luck untuk diri sendiri dan semua yang join..
Jom join korang : Sha | Siqah | Zaza
Jom join korang : Sha | Siqah | Zaza
others
3 comments
Jenama TOP Menjadi Pilihan Untuk Mencuci Pakaian Di Rumah
Wednesday, January 22, 2020
Jenama TOP Menjadi Pilihan Untuk Mencuci Pakaian Di Rumah | Assalamualaikum.. Wahh lama betul rasanya tinggal blog kesayangan aku ni.. Dah bersawang nampaknya.. Nak kene cuci semula sawang ni.. Haha!! Ok, nak tanye korang ni.. Korang pakai bahan pencuci pakaian jenama apa dekat rumah? Cam aku, dari dulu setia dengan jenama TOP.. Tak kiralah dari jenis serbuk maupun cecair.. Memang aku suka jenama TOP ni..
Hari Pertama Qhaliff Di Alam Persekolahan | Ya ampun!! Anak aku dah besar rupanya.. Dah masuk 5 tahun menjelangnya tahun 2020.. Pejam celik-pejam celik dah pun menempuh alam persekolahan.. 02hb Januari 2020 aritu, Qhaliff mula bersekolah di Pasti Al-Aman 2.. Pada awalnya aku sendiri konfius nak memilih sekolah untuk Qhaliff.. Bila tanya kawan-kawan opiz, dorang suggest supaya hantar ke Pasti Al-Aman 2 kerana pembelajarannya bagus dan merupakan Pasti terbaik di Pahang..
![]() |
| Sebelum pergi sekolah muka ada sinyum |
beauty
3 comments
ORGGA Natural Skincare Selesaikan Masalah Kulit Kusam dan Tona Tidak Sekata Dalam Masa 2 Minggu
Wednesday, January 15, 2020
ORGGA Natural Skincare Selesaikan Masalah Kulit Kusam dan Tona Tidak Sekata Dalam Masa 2 Minggu | Assalamualaikum.. Hi guys! Aduiila, kulit muka aku sedikit kusam lately dek kerana tak de masa nak menjaga dan memanjakannya.. Nak pakai mask pun malas gile sekarang ni.. Ni disebabkan aku mengalami kekangan masa yang agak serius.. Bila dah perasan muka agak kusam, barulah gelabah mencari skincare yang sesuai untuk kembalikan sinar pada wajah.. Cewah..!! Hehe
Jan Giveaway + BW by lieyzanordin | Next giveway for join.. Perhhh kemain hadiah giveaway sekarang ye.. Boleh tahan.. Memang boleh menarik minat pembaca untuk turut serta merebut hadiah menarik yang disediakan.. Aku pun nak jugak cuba nasib dalam giveaway by lieyzanordin ni.. Kot ada rezeki aku.. Manelah tau kan.. Hiks.. Pape pun, kita up banner dulu.. Banner pun kemaheeennn omel lagik..
Bagi aku, kalau tak join giveaway ni memang rugi besar la sebabnya hadiah yang disediakan pun besar nilainya..
Tu dia senarai hadiah.. Takan tak teruja kot uolls... Jangan cakap tak de rezeki dulu sebelum cuba ye.. Apa yang penting, kene cuba dulu baru tau ada rezeki ke idok.. Aku pun cuba nasib je ni.. Haha!! Pape pun, giveaway ni berlangsung selama sebulan, so panjang lagi masanya.. Korang masih boleh fikir nak join ke idok.. aku tak fikir dah, terus je join.. Nampak tak gelojoh disitu.. Haha!!
Ok la, gut luck korang!!
others
2 comments
Sumbangan Kembali-Ke-Sekolah TOP Kepada 674 Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana
Sumbangan Kembali-Ke-Sekolah TOP Kepada 674 Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana | Tahun persekolahan 2020 bagi 674 pelajar Orang Asli bermula dengan penuh semangat apabila mereka menerima keperluan kembali ke sekolah yang lengkap menerusi kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’.
January Giveaway by Awesome Dreamer | Lama betul tak join giveaway... Rindu pulak zaman mula-mula terjebak dalam dunia blog ni.. Kemain semangat join giveaway untuk menang hadiah disamping meramaikan lagi kenalan.. Almaklumlah time tu newbie lagi.. So, tak boleh la nak sombong sangat.. Sombong-sombong nanti tak de orang nak kawan.. hehe..
Setelah sekian lamanya meninggalkan dunia Giveaway ni, kali ni dengan lafaz bismillah aku join Januari Giveaway by Awesome Dreamer ni.. Rugi tau korang tak join giveway ni sebabnya hadiah yang disediakan menarik.. Aku suka sangat!! That why aku join.. Kot ada rezeki menang kan.. Mane la tau.. Tuah ayam nampak kat kaki dia, tuah aku, aku pun tataw.. hek!
Ok giveaway ni tamat akhir bulan ni.. So, moh le pakat join reramai ye... Gut luck koram!
others
2 comments
Berjalan Kaki Ke McDonalds Untuk Dapatkan Hello Kitty Carrier
Monday, December 23, 2019
Berjalan Kaki Ke McDonalds Untuk Dapatkan Hello Kitty Carrier | Punyalah lama dok peram entry Hello Kitty Carrier ni.. Almaklumlah hidup terlalu bizi sampaikan takde masa nak habiskan entry ni.. Sudahnya peram dulu.. Cerita dah lama viral, aku pulak baru jerk nak up kisahnya.. Tak kisahlah yang penting cerita disebalik untuk dapatkannya itu lagi penting berbanding viralnya Hello Kitty Carrier dari Mekdi ni beberapa bulan yang lepas.. Hiks..
Alkisahnya, satu hari tu aku jadi pelik ramai beno yang up gambar dengan Hello Kitty Carrier ni kat facebook dan instagram terutama dikalangan blogger.. Aku ketinggalan sesuatu keh? Selepas disiasat, rupanya mcdonalds baru sahaja keluarkan Hello Kitty Carrier yang comel ni.. Wah, aku pantang ada bende yang comel-comel ni.. Mulalah nak dapatkannya.. Tambahan pula harganya hokeh-hokeh saje..
Walaupun pada awalnya aku tak tahu menahu tentang fungsi carrier ni.. Untuk apa? Aku sendiri pun tak amek peduli.. Yang aku tahu carrier ni cute.. Haha.. Nak dapatkannye? Hurmm malas gile kot nak pergi mekdi.. Pulak tu balik kerja dah letih.. Sampai rumah memang susah dah nak keluar.. Nak dijadikan cerita, aku usha la #bffe aku ni ada dekat mana.. Kot la dia ada berhampiran dengan mekdi, leh la mintak tolong dia dapatkan hello kitty carrier ni kan.. Haha.. Mudah betul kerja aku kan.. Hiks..
Selepas di riki-riki, nampaknya nasib aku agak baik sebab #bffe aku ni berada diluar kawasan tetapi tempat dia menginap berdekatan dengan mekdi.. Haha.. Apa lagi yang ditunggu terus aje mintak dia belikan.. Hiks.. Bermulalah cerita, dia berjalan kaki pergi mekdi untuk dapatkan Hello Kitty Carrier.. Itu pun kebetulan dia nak beli makanan untuk makan malam.. So, sekali harung la dia beli mekdi untuk santapan malam dia.. Dah alang-alang, beli la terus carrier aku tu.. Hiks..
Bila carrier ni dah berjaya dibeli, barulah rasa lega.. Biasalah, kalau benda rare camni memang sekejap jerk habis.. Bukan nak guna sangat pun, cuma nak buat kenang-kenangan jerk.. Hello Kitty kot.. Kalau kat luar ni harga meninggal tau.. Itu pun, lepas beberapa hari viral, terus je ada yang jual di shopee dengan harga yang tak masuk harga.. Giles bebes betul la.. Ada ke orang beli? Hurmm kalau peminat fanatik hello kitty, harus beli tu.. Nasib baik aku tak fanatik sangat.. haha!!
Member dah balik dari outstation barulah carrier ni berada di tangan.. Lagi best, #bffe aku tu banje aku.. Haha.. Thankz la ye #bffe.. Sayang kam0 ketat-ketat.. Nanti leh banje agik.. Haha!! Bila dah dapat kat tangan tu barulah tau apa kegunaan bende alah ni.. Mudah jugak sebenarnya ada carrier ni dalam kereta.. Kot tempat letak air tak mencukupi kan, leh la tambah carrier ni.. Kalau beli mekdi tu, leh la letak kentang dan air dalam carrier ni.. Nice jugak kan.. Hiks..
Cara guna pun ada dipaparkan di belakang kotak.. Tengok ni barulah tahu kat mane nak letak.. Haha.. Pape pun, aku tak guna la kot carrier ni.. Aku simpan buat hiasan jerk la.. Hehe... Kenangan tu, #bffe jalan kaki kot ke mcdonalds untuk dapatkan hello kitty carrier ni.. Haha..
How to Create a New Year’s Resolution You Can Commit to | Lose weight. Travel more. Sleep better. Achieve work-life balance. Be a better friend. Be kinder to yourself and to others. There could be endless changes you want to add to your new year’s resolution, and all of them point to a better you. However, achieving them is not as easy as you’d like to think.
Here’s how you can create a new year’s resolution that you won’t want to abandon :-
Add Rewards Disguised as Changes
beauty
3 comments
Tampil Lebih Muda dan Cerah Berseri Dengan SAFI Youth Radiance
Tuesday, December 17, 2019
Tampil Lebih Muda dan Cerah Berseri Dengan SAFI Youth Radiance | Yang tak cantik, nak cantik.. Yang dah cantik pun, masih nak lagi lagi lagi cantik.. Betul tak kaum hawa? Hehe.. Biasalah wanita ni tak dapat berpisah dengan cantik tu.. Ibarat kembar dah.. Hiks.. Orite, kali ni nak kenalkan dekat korang produk terbaru SAFI iaitu SAFI Youth Radiance.. Aku sendiri dah try produk ni.. Macam biasa produk SAFI memang serasi dengan kulit aku sejak dulu lagi.. Cumanya aku ni aje yang suka bertukar-tukar produk sebab perasaan ingin mencuba tu terlalu tinggi.. Haha.. Tapi serius, produk terbaru SAFI kali ni memang thorbahek!!
Restoran Baina Nasi Kerabu Paling Sedap Di Kuantan | Hola!! Agak lama tak jalan-jalan cari makan.. Sabtu baru ni, kakak aku ajak pekena nasi kerabu dekat restoran kawan dia di Restoran Baina Nasi Kerabu, Bukit Sekilau Kuantan... Sebenarnya sebelum ni aku dah pernah dengar tentang kesedapan nasi kerabu kat restoran ni.. Adalah kawan aku bercerita tetapi belum terpanggil nak mencuba.. Bila akak aku ajak dan kasitau tu restoran kawan dia, barulah teruja sikit nak pergi.. hehe..
beauty
12 comments
Jeanc 30 Days Hydrolyzed Collagen Drink Malaysia Skin Challenge
Thursday, December 5, 2019
Jeanc 30 Days Hydrolyzed Collagen Drink Malaysia Skin Challenge | Assalamualaikum.. Hi korang... Dah agak lama aku tak ambil minuman berkolagen.. Now, aku rasa macam nak amalkan semula.. Biasalah wanita ni tak nak jauh dengan kecantikan.. Ada yang dah cantik tu, masih lagi nak cantik.. Cam aku yang tak berapa nak cantik ni, nak la jugak merasai kecantikan itu.. Ahakz.. Jadi, aku nak sahut JeanC 30 Day Skin Challenge bersama JeanC Hydrolyzed Collagen Drink produk kolagen terbaik untuk wanita 25 tahun dan ke atas ini.. Manalah tahu, lepas 30 hari dah boleh jadi cantik macam wanita cantik diluar sana.. Hiks..
Planner 2020 Ana (Beauty) Menjadi Pilihan | Setiap tahun bila akhir tahun mesti dok sibuk mencari planner untuk tahun baru.. Tahun ni, awal lagi dah cari sebabnya tahun lepas agak terlewat mencari planner.. Rasanya awal tahun baru cari.. Sampaikan yang cantik-cantik semuanya dah sold out... Menangis bucu katil.. Huhu.. Bila dah lambat beli, nak start tulis pun dah malas.. So, planner tahun lepas aku buat hadiah sahaja untuk besday sorang kakak tu.. Huhu..
others
4 comments
Program Cerahi Kehidupan Bersama Top Kini Kembali Buat Tahun Ke-5 Untuk Menceriakan Kehidupan Kanak-Kanak Orang Asli
Monday, November 25, 2019
Program Cerahi Kehidupan Bersama Top Kini Kembali Buat Tahun Ke-5 Untuk Menceriakan Kehidupan Kanak-Kanak Orang Asli | TOP, penerima Putra Brand Award 2019 Platinum untuk kategori produk isi rumah telah bekerjasama dengan TESCO menerusi kempen CSR untuk mengumpul dana sumbangan pakaian seragam dan keperluan persekolahan kepada kanak-kanak Orang Asli di Pahang dan Perak pada 19 November 2019 yang lalu..
beauty
11 comments
Rambut Kembali Lembut dan Kuat Selepas Guna Zen Garden Argan Oil Shampoo & Conditioner
Saturday, November 23, 2019
Rambut Kembali Lembut dan Kuat Selepas Guna Zen Garden Argan Oil Shampoo & Conditioner | Haritu ada la aku buat perangai pergi saloon muslimah untuk warna rambut.. Lama dah tak buang tabiat kan.. Haha... Dua tiga hari lepas tu aku perasan rambut aku sedikit kejung dan gugur... Adeh, terus rasa menyesal.. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian takde guna dah beb!!
Untuk selesaikan masalah aku ni, ada la kawan yang suggest aku pakai minyak argan baik untuk rambut katanya.. Isk, mana mahunya aku sapu minyak kat kepala.. Tak selesa woihh.. Jadi, bila dah macam tu ada pulak yang cadangankan aku guna aje syampu dan perapi Zen Garden sebabnya ia mengandungi Minyak Argan.. Haa cadangan ni boleh diterima pakai.. Haha..
beauty
6 comments
Kembalikan Keremajaan Wajah Dalam Masa 3 Hari Dengan Eversoft Skinz Timeless Youth Baru
Tuesday, November 12, 2019
EVERSOFT SKINZ Timeless Youth BAHARU Mengembalikan Keremajaan Wajah dalam masa 3 Hari | Wanita Jepun mempunyai raut wajah seolah-olah tidak menjangkau usia. Rejim penjagaan wajah serta amalan pemakanan yang sihat harus dikreditkan kepada kulit halus, anjal dengan kompleksi selicin porselin. Kini anda juga boleh memiliki kulit wajah yang muda remaja tanpa cela bagaikan wanita Jepun dengan rangkaian EVERSOFT SKINZ Timeless Youth.
beauty
1 comment
Pynocare Supplement Untuk Kembalikan Tona Kulit Yang Sekata Dari Dalam
Friday, November 8, 2019
Pynocare Supplement Untuk Kembalikan Tona Kulit Yang Sekata Dari Dalam | Bab tona kulit tak sekata ni memang menjadi masalah pada aku sejak dulu.. Bukan senang oh nak dapat kulit cantik sekata kecuali ko dah dilahirkan berkulit cantik dan sekata.. Macam-macam produk dah aku pakai mahupun makan untuk kembalikan tona kulit yang sekata.. Setakat ni, hanya indah khabar dari rupa ceritanya.. Huhu.. Sungguhpun begitu, aku masih tak berputus asa untuk kearah itu.. Tidak kiralah sama ada aku guna skincare terbaik di Malaysia mahupun aku consume supplement terbaik untuk cantik..
travel
5 comments
Impian Menunaikan Umrah Dengan Pakej Umrah Terbaik Di Malaysia Dari Tabung Haji Travel
Tuesday, November 5, 2019
Impian Menunaikan Umrah Dengan Pakej Umrah Terbaik Di Malaysia Dari Tabung Haji Travel | Assalamualaikum wbt.. Hi korang! Hurmm semalam dok sembang dengan kengkawan pasal umrah.. Ada antara kami dah pernah pergi umrah.. Seronok je dengar cerita dorang sal pengalaman dorang dalam mengerjakan umrah.. Bilalah agaknye peluang untuk aku pula ye.. Sebagai umat Islam, aku pun teringin sangat sangat sangat menunaikan ibadah umrah ni.. Haji apatah lagi.. Andailah aku berpeluang untuk mencapai impian aku menunaikan umrah, aku pilih pakej umrah Tabung Haji plan pergi bulan Ramadhan 2020.. Hah gittew!! Impian tu tau..
Oldtown White Coffee Partners with Foodpanda | The food delivery industry has witnessed very high levels of growth during the last five years. During this high growth period, numerous food delivery service companies sprang up. Out of all these companies, Foodpanda is the one that has managed to really capitalize on the opportunity. With the right amount of investment at the right time, headed by the right kind of leadership, foodpanda is today the highest revenue maker in the food delivery service business.
Subscribe to:
Comments (Atom)
















































