Bantal GETHA 100% Natural Latex Membantu Tidur Lebih Lena Dan Berkualiti


Bantal GETHA 100% Natural Latex Membantu Tidur Lebih Lena Dan Berkualiti  |  Sejak dua menjak ni kesibukan aku bekerja semakin menjadi-jadi.. Dengan usia yang dah tak berapa nak muda sangat ni, kadang tu nak dapat tidur yang lena dan berkualiti pun susah sangat bila dah terlalu penat bekerja disiang hari.. Jadi, aku perlukan tempat tidur yang selesa... Tilam yang selesa dan bantal yang selesa juga.. Rasanya tilam aku tu dah cukup selesa buat masa ni, cuma bantal jerk yang perlu ditukar sebabnya selalu sangat aku dapat sakit bahu dan leher bila bangun tidur.. So, aku perlukan bantal yang selesa untuk mendapatkan malam yang indah.. Cewahh!! Haha gedik kan...

Bantal GETHA 100% Natural Latex Membantu Tidur Lebih Lena Dan Berkualiti

Ada beberapa brand bantal yang aku dah shortlist kan.. Bila aku buat perbandingan antara yang ada, aku lebih tertarik dengan jenama GETHA sebabnya bantal GETHA 100% Natural Latex dapat membantu tidur lebih lena dan berkualiti.. Dan itulah yang aku cari untuk dapatkan tidur yang lebih selesa.. Memang teruja aku dengan jenama bantal ni sebabnya GETHA adalah satu jenama yang besar dan dikenali dengan kualiti produknya yang mendapat world branding award... Sebab itu GETHA menjadi pilihan aku..

Bantal GETHA 100% Natural Latex Membantu Tidur Lebih Lena Dan Berkualiti

Sebelum aku bebel dengan lebih panjang berjela, marilah aku cerita serba sedikit tentang jenama GETHA ni.. GETHA ditubuhkan pada 1969 dan bertapak di Kajang, Selangor.. Kalau korang nak tahu nama 'GETHA' ni berasal dari perkataan 'Getah'.. Nama ini adalah simbolik dan sangat terkenal dengan identiti yang menggunakan 100% getah asli Malaysia.. GETHA adalah jenama Malaysia dimana produknya buatan Malaysia untuk dunia..

Ok, apa yang dah aku beli untuk dapatkan tidur yang lebih lena dan berkualiti? Nak tahu tak? Nak tahu kena baca sampai habis ye.. Hehe..

GETHA Award "S" Latex Pillow

Bantal GETHA 100% Natural Latex Membantu Tidur Lebih Lena Dan Berkualiti

Untuk bantal tidur, aku pilih GETHA Award "S" Latex Pillow.. Kenapa aku pilih yang ni? Ok, GETHA Award "S" Latex Pillow ni sesuai untuk semua peringkat umur, back sleeper dan untuk yang lebih suka bantal ketinggiannya lebih rendah.. Yeah itu semua ciri-ciri aku.. Hehe.. Lagi pula bantal ni dapat meningkatkan tidur malam yang lebih lena dan selesa..

Bantal GETHA 100% Natural Latex Membantu Tidur Lebih Lena Dan Berkualiti

Bantal GETHA 100% Natural Latex Membantu Tidur Lebih Lena Dan Berkualiti

Bantal GETHA 100% Natural Latex Membantu Tidur Lebih Lena Dan Berkualiti

Apa yang aku suka dengan bantal GETHA Award "S" Latex Pillow ni adalah ia menggunakan Plush Luxury Latex dimana ia dapat memerikan keselesaan pada aku semasa tidur.. Bantal ni anti-bakteria dan hypo allergenic tau.. Ini membuatkan persekitaran tidur kita lebih bersih..


Bantal GETHA 100% Natural Latex Membantu Tidur Lebih Lena Dan Berkualiti

Serius memang sangat selesa bantal GETHA ni.. Lembut gile.. Jauh beza sangat dengan bantal yang pernah aku guna sebelum ni.. Tak pernah lagi aku guna bantal selembut dan seselesa bantal Getha ni..  Walaupun teksturnya lembut, tetapi tak mudah kemek.. Hadoii memang sentiasa teruja nak tidur.. 

Rasanya sejak guna bantal GETHA ni, tidur aku lebih lena dan tenang.. Setakat ni, tak de lagi rasa sakit leher dan bahu.. Satu lagi aku perasan, bila bangun pagi rasa lebih segar sebab aku dah dapat tidur yang berkualiti dan dah tak de dah kisah aku bangun termenung sebab tak dapat tidur.. Hehe.. Alhamdulillah ini pilihan tepat yang aku buat.. TQ GETHA..

GETHA Body Latex Pillow

Bantal GETHA 100% Natural Latex Membantu Tidur Lebih Lena Dan Berkualiti

Ini feberet aku.. Bantal golek! Hehe.. Bantal tidur dah ada, jadi bantal golek pun kenalah ada juga.. Barulah berpasangan.. Haha.. Serius kalau tak de bantal golek, tidur aku jadi tak lengkap dan tak selesa.. Jadinya, aku pilihlah GETHA Body Latex Pillow untuk teman aku tidur sepanjang malam..  

Bantal GETHA 100% Natural Latex Membantu Tidur Lebih Lena Dan Berkualiti

Bantal GETHA 100% Natural Latex Membantu Tidur Lebih Lena Dan Berkualiti

Apa yang bestnya dengan GETHA Body Latex Pillow ni, ia sesuai untuk side sleeper.. Body Pillow ni secara dinamiknya dapat menyesuaikan dengan lekukan badan bagi mengurangkan ketegangan di bahagian belakang dan memberikan sokongan penting..

Bantal GETHA 100% Natural Latex Membantu Tidur Lebih Lena Dan Berkualiti

Mula-mula tu aku agak risau juga dengan feeling body pillow ni.. Yelah risau bantalnya keras dan tak selesa.. Rupanya bantalnya agak lembut dan selesa.. Selalunya aku beli bantal golek ni, katanya lembut bila dapat, ampeh kejung.. Alhamdulillah, bantal GETHA ni memang terbaik.. Sangat lembut dan selesa.. Kualiti tidur aku dah semakin baik sekarang.. Syukur..

GETHA 3D Junior Latex Pillow

Bantal GETHA 100% Natural Latex Membantu Tidur Lebih Lena Dan Berkualiti

Dah alang-alang beli bantal aku, carikan jugak bantal untuk si Qhaliff.. Dia semakin membesar dan memerlukan tidur yang berkualiti supaya hari yang dia lalui lebih baik.. Aku pilih GETHA 3D Junior Latex Pillow untuk Qhaliff.. Bantal ni bagus sebabnya memberikan ketinggian tidur yang berbeza di setiap hujungnya atau boleh juga balikkan untuk bersantai di permukaan yang rata.. GETHA 3D Junior Latex Pillow ni sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 tahun dan keatas..

Bantal GETHA 100% Natural Latex Membantu Tidur Lebih Lena Dan Berkualiti

Bantal GETHA 100% Natural Latex Membantu Tidur Lebih Lena Dan Berkualiti

Kemain seronok Qhaliff dapat bantal baru.. Bangun tidur pun muka ada senyum.. Semakin aktif pulak.. Mana tak aktifnya, bila waktu malam dia dapat tidur yang cukup lena dan selesa.. Kualiti tidur yang terbaik dia dapat dari bantal GETHA ni.. Tak macam dulu, ada kala mengadu sakit kepala sebab tidur bantal agak keras.. Dah ada duit sikit ni, kita belikanlah dia bantal yang lebih selesa.. Dia sihat, aku pun gembira..

GETHA Travel Latex Pillow

Bantal GETHA 100% Natural Latex Membantu Tidur Lebih Lena Dan Berkualiti

Last sekali aku pilih GETHA Travel Latex Pillow.. Ni saja-saja je aku beli buat standby untuk travel bila-bila nanti.. Comel jerk bantalnya.. Sesuailah dengan namanya bantal travel.. Aku beli pun khas untuk anak aku time travel.. Yelah, biasa dorang akan tidur dalam kereta semasa perjalanan.. Kalau tak de bantal yang selesa macam GETHA Travel Latex Pillow ni, macam mana dorang nak tidur dalam kereta... Mesti tak selesa.. So, aku pastikan anak aku dapat keselesaan walaupun semasa travel..

Bantal GETHA 100% Natural Latex Membantu Tidur Lebih Lena Dan Berkualiti


Kelebihan Bantal GETHA 100% Natural Latex

Jangan tak tahu ye, bantal Getha ni banyak kelebihannya yang perlu korang tahu.. Antaranya :-

Bantal GETHA 100% Natural Latex Membantu Tidur Lebih Lena Dan Berkualiti

  • Mempunyai ratusan lubang  pada bantal membuat sistem pengudaraan semulajadi dengan unit takungan udara yang memastikan aliran udara segar berterusan. Haba dan kelembapan badan juga boleh hilang sepanjang tidur sekaligus memberikan kesegaran.
  • Produk GETHA tidak akan merata, tidak perlu menggosok dan akan kekal bentuknya selama bertahun-tahun dengan sokongan yang berkekalan
  • Mempunyai sifat antimikroba semulajadi yang menghalang dust mites dan alegen lain serta tahan terhadap kulat.
  • Diuji dan diluluskan terhadap bahan berbahaya mengikut ECO Eropah. Ia tidak beracun, semulajadi hypoallergenic dan sesuai untuk pengidap alergi dan asma
  • Sesuai dengan kelengkungan badan, memberikan sokongan anatomi untuk kepala, leher, bahu dan tulang belakang.
  • Direka dan dibentuk khas, GETHA 100% Natural Latex dihasilkan mengikut standard yang tepat dari pokok getak. Ia bersifat mesra alam.
  • GETHA 100% Natural Latex mungkin memerlukan special care..

Tingkatkan Kualiti Tidur Dengan Bantal GETHA 100% Natural Latex

Bantal GETHA 100% Natural Latex Membantu Tidur Lebih Lena Dan Berkualiti

Buat korang yang mengalami masalah macam aku semasa tidur, bolehlah dapatkan bantal GETHA ni.. Aku yakin korang akan berpuashati dengannya kerana bantal GETHA dihasilkan menggunakan 100% lateks semulajadi dan berkualiti tinggi hanya dari Malaysia yang terkenal dengan kualitinya bertaraf dunia..

Bukan aku sembang kosong tau, tetapi aku dah merasainya sendiri.. Perasan tak, dari awal story aku ni hinggalah di akhir story, jari aku ni tak penat-penat dok taip perkataan 'selesa'... Yes, bantal dari GETHA ni memang selesa sangat-sangat! Setiap bantal yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri dan kelebihannya tersendiri.. Banyak pilihan tau.. Jadi, bolehlah pilih mengikut kesesuaian diri sendiri.. Satu lagi, kene mengikut bajet poket jugak.. Haha.. Aku beli pun mengikut bajet aku dan inilah hasil yang aku dapat dan inginkan.. Mungkin untuk akan datang aku cuba pula bantal jenis lain pula.. 

Owh ya, GETHA bukan saja mengeluarkan produk bantal je tau, tetapi ada juga tilam, topper, tilam protector, baby & junior series, aksesori seperti antibakteria spray, neck pillow, kusyen, soft toy, sleeping eye mask, stone burner dan lain-lain serta headboard dan divan pun ada dijual.. Pendek kata, semua lengkap la dengan GETHA ni.. Kelengkapan tidur sempurna dengan GETHA..

Ok, untuk dapatkan info lanjut, korang boleh layari :-

Website

Webshop

Facebook

Instagram


QuickEdit
Lea Azleeya
0 Comments

6 Produk Skincare Terbaik di Malaysia Yang Perlu Anda Cuba!


6 Produk Skincare Terbaik di Malaysia Yang Perlu Anda Cuba!  |  Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan kerana setiap wanita dalam dunia ini sudah pastinya ingin memiliki kulit yang cantik.. Tanyalah pada mana-mana wanita sekalipun dalam dunia ni, aku yakin semua akan menyatakan ingin memiliki kulit yang cantik, flawless dan glowing sepanjang masa.. Yang dah memang dilahirkan memiliki kulit yang cantik, korang kena bersyukur tau.. Tak perlu nak bersusah payah untuk mencari cara untuk mencantikkan kulit..

Kulit yang cantik adalah kulit yang sihat.. Jadi, korang kena perlu bijak dalam memilih sesuatu produk dengan mengambil tahu terlebih dahulu jenis kulit dan keperluan kulit korang.. Di pasaran sekarang, terdapat pelbagai jenis produk skincare yang dapat membantu kulit korang menjadi lebih sihat dan cantik.. Di sini aku senaraikan produk skincare terbaik di Malaysia yang berkesan dan selamat digunakan. (Psst.. Skincare ni semua tak sesuai bawa pergi umrah tau. Sebab ada pewangi)

6 Produk Skincare Terbaik di Malaysia

1.  Nurraysa Collagen Soap

6 Produk Skincare Terbaik di Malaysia Yang Perlu Anda Cuba!


QuickEdit
Lea Azleeya
11 Comments

Preloved Giveaway by Raydah


Preloved Giveaway by Raydah  |  Agak lama tak join giveaway.. Bukan takat dah lama tak join giveaway tapi dah lama jugak tak jengok blog sendiri.. Huhi!! Tak de masa oii.. Masa sangat terhad untuk aku sekarang  ni.. Jadual agak padat dengan siangnya kerja hakiki, balik kerja dengan anak-anak dan family, tengah malam kalau  tak penat, urusan blog.. Tapi jarang la tak penatnya.. Bila ada kerja urgent jerk aku akan stay up sampai siap.. Nak bersosial di socmed pun tak de masa oii.. Agaknya kengkawan cakap aku sombong.. Haha!! Maafkan aku wahai teman.. Cewah.. Di IG la aku aktif sikit tu pun sebab nak setelkan job review.. Uiss mengalahkan PM lak aku ni ye bizi nye.. Hiks..

Ok, tak nak sembang kencang lagi.. Aku kat sini sebab terpanggil untuk join giveaway adik manis ni.. Raydah yang dikenali dengan nama comelnya Ray.. Dah ada masa nan sedikit ni, leh la support kengkawan blogger buat giveaway.. Jom join Preloved Giveaway by Raydah!


Syarat penyertaan pun mudah jerk.. Just follow and follow! Follow back tau Ray.. Haha!! Kalau korang nak join, boleh terus klik banner kat atas ni ye.. 

Apa yang aku suka dengan Blog Ray ni?

Ok, apa yang aku suka tentang blog Ray ni dan suka bertandang kat sana sebabnya blognya mudah sangat loading.. Itu yang utama.. Tak de la aku menunggu sampai buruk muka.. Haha.. Selain itu, aku suka view blognya.. Nice and simple.. Maksud aku minimalis... Tak de la sarat dan berat mata memandang.. And yang paling menarik minat aku ofkoslah content blognya.. Banyak info kat sana.. so, korang jom la terjah blog Ray.. Jom pakat jengok dan tengok apa yang ada kat sana..  Sesambil tu leh join giveaway ni jugak.. hehe Peace!


QuickEdit
Lea Azleeya
0 Comments

Enam Idea Bento Box yang Sedap dan Menyelerakan daripada Ayam Brand™ Yang Enak dan Mudah Disediakan, Anda Pasti Ingin Mencubanya Sendiri!


Enam Idea Bento Box yang Sedap dan Menyelerakan daripada Ayam Brand™ Yang Enak dan Mudah Disediakan, Anda Pasti Ingin Mencubanya Sendiri! | Menyediakan bekal makan tengah hari untuk anak-anak dan diri sendiri semakin popular di Malaysia, dan sebenarnya mudah sahaja. Pilih Ayam Brand™ sebagai bahan asas untuk makanan seimbang dan berkhasiat gaya Bento box, iaitu penyediaan makanan cara Jepun yang sedap dan menarik.

Enam Idea Bento Box yang Sedap dan Menyelerakan daripada Ayam Brand

Resipi berikut disediakan mengikut konsep #sukusukuseparuh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan mempromosi pemakanan berkhasiat supaya kanak-kanak dan orang dewasa mendapat nutrien dan tenaga yang mereka perlukan untuk kekal cergas sepanjang hari.

Dicuba dan diuji oleh pasukan Ayam Brand sendiri dan ibu bapa yang bekerja dari rumah dan di pejabat, resipi ini pasti popular sebagai sebahagian daripada bekal Bento box atau boleh juga dimakan begitu sahaja.


Ikan tuna dan saba yang digunakan dalam resipi ini adalah ikan berminyak yang kaya dengan protein, kalsium, Omega-3 dan DHA bagi memberikan kanak-kanak khasiat yang mereka perlukan. Anda juga boleh mencuba bahan-bahan lain dengan resipi ini untuk menghasilkan resipi anda sendiri.  

Berikut adalah beberapa petua jika anda baru belajar menyediakan Bento box :
  • Kanak-kanak gemarkan makanan yang nampak menarik. Gunakan pelbagai warna 
  • Tambahkan bahan kesukaan mereka seperti jagung, tomato, kacang pea dan lobak merah ke dalam makanan utama untuk lebih serat
  • Tambahkan buah-buahan atau salad kecil kepada bekal makanan
  • Potong makanan menjadi kecil supaya mudah untuk dimakan. Untuk sandwic, potong menjadi bentuk segi tiga atau segi empat atau gulungkan dan potong melintang. Untuk nasi, buatkan bentuk bebola atau gunakan pemotong untuk membuat bentuk yang comel.
  • Hidangan Bento box akan dimakan pada suhu bilik 3 hingga 4 jam selepas disediakan. Sentiasa pastikan makanan dimasak kecuali buah-buahan dan salad
  • Basuh dan keringkan buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum dimasukkan ke dalam bekal makanan
  • Masukkan sudu dan garpu serta tisu basah ke dalam Bento box kerana kanak-kanak mungkin terlupa membasuh tangan sebelum makan

Lima Idea Bento Box yang Sedap dan Menyelerakan daripada Ayam Brand™

1. Burger Tuna Begedil

Enam Idea Bento Box yang Sedap dan Menyelerakan daripada Ayam Brand

Isi tuna dan kentang diletakkan antara roti burger pasti popular antara kanak-kanak. Tambahkan Tuna Omega 3l, ketumbar, sedikit cili merah, bawang merah dan telur kepada kentang lenyek. Buatkan bentuk patty, goreng sedikit sehingga perang di kedua-dua belah. Potong roti burger, tambahkan daun salad dan sedikit sos tomato (jika perlu), tutup dengan roti burger yang satu lagi dan letakkan di dalam Bento box. Hiaskan dengan sedikit lagi daun salad.

Petua berguna : Daun salad menghalang burger menjadi basah dan lembik, jadi mentega tidak diperlukan. Potong burger bersaiz penuh menjadi dua bahagian kecil supaya mudah dimakan oleh kanak-kanak.

Masa penyediaan : 5 minit
Masa memasak : 10 minit    
Jumlah hidangan : 3     

2. Pasta Tuna dan Jagung

Enam Idea Bento Box yang Sedap dan Menyelerakan daripada Ayam Brand

Masak pasta mengikut arahan pada paket. Keluarkan air dari pasta yang telah dimasak dan gaulkan dengan Ayam Brand Tuna Omega 3, jus lemon, tomato ceri dan Ayam Brand Cup Corn sehingga sekata. Kemudian ambil sebahagian dan masukkan ke dalam Bento box termasuk untuk anda juga. Mudah sahaja.

Petua berguna : Masak pasta pada malam sebelumnya, keluarkan air, simpan dalam peti sejuk dan panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro sebelum mencampurkannya dengan sos untuk menjimatkan masa. Tambahkan kiub timun, daun saderi yang dipotong atau lobak merah yang dikisar untuk lebih serat, tekstur dan rupa yang menarik.

Masa penyediaan : 5 minit    
Masa memasak : 10 minit    
Jumlah hidangan : 2   


3. Sushi Roll Saba Mayo 

Enam Idea Bento Box yang Sedap dan Menyelerakan daripada Ayam Brand

Kanak-kanak gemarkan sushi kerana ia seronok dimakan. Resipi ini menggunakan roti sandwic untuk menggantikan nasi dan menghasilkan sushi yang berwarna-warni, berkhasiat dan comel.

Potong dan buang kulit roti daripada roti sandwic. Lenyekkan roti menggunakan penggelek, letakkan Ayam Brand Saba Mayonnaise, tambahkan selapis lobak merah yang dihiris dan gulungkan dengan padat. Potong dengan teliti menggunakan pisau yang tajam supaya lapisan gulungan dapat dilihat dengan jelas. Susun di atas daun salad dalam Bento Box. Nah, siap untuk dimakan.

Petua berguna : Timun yang dihiris juga boleh digunakan sebagai ganti lobak merah. Jika anda ada nori sheet, letakkan sandwic yang telah dilenyekkan ke atas kepingan rumpai laut ini dan gulungkannya.  Kulit roti yang dipotong tadi boleh dibakar dan dicicah dengan saba mayo untuk snek yang menyelerakan untuk diri anda.

Masa penyediaan : 5 minit    
Masa memasak : 5 minit    
Jumlah hidangan : 1   

4. Nasi Goreng Tuna   

Enam Idea Bento Box yang Sedap dan Menyelerakan daripada Ayam Brand

Bagi kebanyakan keluarga di Asia, nasi goreng menjadi hidangan wajib bekal makan tengah hari kerana hampir setiap isi rumah pasti ada menyimpan lebihan nasi di dalam peti sejuk. Berikut adalah resipi nasi goreng yang mudah dan enak dimakan begitu sahaja, atau digandingkan dengan Telur dadar berinti tuna.

Tumis bawang putih dan lobak merah, tambahkan nasi dan kicap, kemudian gaulkan sehingga rata. Seterusnya masukkan Ayam Brand Tuna Chunks in Water untuk protein, dan Ayam Brand Sweet Cup Corn untuk serat, rasa manis dan rangup. Cepat dan enak.

Masa penyediaan : 5 minit    
Masa memasak : 10 minit    
Jumlah hidangan : 2     

5. Patty Telur Tuna     

Enam Idea Bento Box yang Sedap dan Menyelerakan daripada Ayam Brand

Patty telur ini penuh dengan protein dan sesuai digandingkan dengan nasi goreng tuna. Campurkan Ayam Brand Tuna Omega 3, telur, tauhu lembut, ketumbar, cili merah dan bawang merah, dan tuang campuran ini ke dalam kuali dan bentukkan patty kecil. Goreng sehingga masak sepenuhnya. Masukkan ke dalam Bento box bersama nasi goreng.

Petua berguna : Hiaskan dengan sos tomato berbentuk smiley face untuk lebih kawaii!

Masa penyediaan : 5 minit    
Masa memasak : 10 minit    
Jumlah hidangan : 2             

6. Tuna Pita Tanpa Mayo   

Enam Idea Bento Box yang Sedap dan Menyelerakan daripada Ayam Brand

Roti pita mudah dimakan oleh kanak-kanak kerana intinya tidak mudah tumpah seperti sandwic yang penuh. Cuba alternatif tanpa mayones untuk hidangan Bento box yang mudah disediakan dan enak.  

Campurkan Ayam Brand Tuna Flakes in Sunflower Oil, Ayam Brand Sweet Cup Corn dan tomato ceri untuk membuat intinya. Potong roti pita menjadi dua bahagian, lapikkan bahagian dalamnya dengan daun salad atau campuran salad dan timun. Akhir sekali, masukkan campuran tuna tadi. Hidangan yang seimbang dan menyelerakan.

Petua berguna : Daun salad atau campuran salad menghalang roti pita menjadi basah dan lembut.  

Masa penyediaan : 5 minit    
Masa memasak : 5 minit    
Jumlah hidangan : 2  

Ikuti @ayambrandmy dan gunakan hashtag #bekalayambrand dan #ayambrandmy pada ciptaan hidangan kotak bento anda yang menggunakan mana-mana produk Ayam Brand. Anda berpeluang memenangi hadiah menarik! Peraduan berakir pada 31 Oktober 2020.


Cuba lebih banyak resipi ringkas, mudah dan enak daripada Ayam Brand di :-

Website 

Facebook
Instagram


QuickEdit
Lea Azleeya
6 Comments

Nasihat Pakar Jangan Terlalu Mengutamakan Aspek Pembelajaran Melebihi Aspek Perkembangan Yang Lain


Nasihat Pakar, Jangan Terlalu Mengutamakan Aspek Pembelajaran Melebihi Aspek Perkembangan Yang Lain | Anmum™ ESSENTIAL GOLD mempersembahkan siri video untuk ibu bapa tentang menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak. 

Anmum™ ESSENTIAL GOLD Developing Next-Gen, Conversations with Professionals

Teknologi telah mengubah cara hidup kita, termasuklah bagaimana ibu bapa di Malaysia membesarkan anak-anak mereka. Bersempena dengan pelancaran Anmum™ ESSENTIAL GOLD baharu yang dirumus dengan 33% lebih DHA*, MFGM+,  Gangliosida (GA), prebiotik dan 15 nutrien penting untuk menyokong 8 perkembangan penting kanak-kanak berumur satu hingga enam tahun, jenama susu tepung rumusan ini menerbitkan sebuah video bersiri yang menampilkan beberapa orang pakar dalam bidang pediatrik, perkembangan kanak-kanak, psikologi dan pemakanan untuk memberi pandangan yang bernilai bagi menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak.  

Developing Next-Gen, Conversations with Professionals merupakan siri video yang dihoskan di laman Facebook Connected Mums Club dan saluran YouTube AnmumTV. Video ini menampilkan empat orang pakar yang berbincang tentang topik perkembangan kanak-kanak yang relevan kepada ibu bapa di Malaysia. Salah satu isu yang dibincangkan adalah tentang penekanan yang berlebihan terhadap sokongan perkembangan otak dalam kebolehan pembelajaran kanak-kanak.

Anmum™ ESSENTIAL GOLD Developing Next-Gen, Conversations with Professionals

Perunding pediatrik dan ahli panel perbualan maya, Dr. Yong Junina Fadzil berkata salah satu petanda bahawa ibu bapa terlalu mengutamakan perkembangan otak dan pembelajaran melebihi aspek tumbesaran yang lain adalah memberi tumpuan kepada pencapaian yang boleh diukur. “Ramai ibu bapa kehilangan gambaran yang lebih besar dalam merangsang perkembangan holistik anak-anak mereka. Kebanyakan kanak-kanak dihantar ke kelas pengayaan sebelum mereka mencecah umur persekolahan formal. Walaupun kelas-kelas ini boleh memberikan rangsangan untuk anak-anak, namun kelas selalunya mempunyai sudut kompetitif yang mengalihkan fokus daripada memberikan anak-anak keseronokan dalam apa yang mereka pelajari atau bersosial bersama rakan-rakan mereka,” katanya.

Anmum™ ESSENTIAL GOLD Developing Next-Gen, Conversations with Professionals


Satu penemuan menarik daripada tinjauan dalam talian AnmumTM ESSENTIAL GOLD menunjukkan bahawa ibu bapa tidak meletakkan kepentingan yang sama rata dalam setiap aspek perkembangan anak-anak mereka. Sementara 9 daripada 10 orang ibu yang ditinjau mahu menyokong perkembangan anak-anak mereka lebih daripada kebolehan pembelajaran, 64% daripada ibu-ibu berkata mereka tidak melihat perkembangan sosial dan emosi anak-anak sebagai keutamaan mereka.

Anmum™ ESSENTIAL GOLD Developing Next-Gen, Conversations with Professionals

Seorang lagi ahli panel, Dr. Rajini Sarvananthan berkata kanak-kanak membesar dan berkembang secara menyeluruh dan ibu bapa perlu menyedari bahawa aspek yang berbeza dalam perkembangan adalah saling berhubung kait antara satu sama lain. “Nasihat saya kepada ibu bapa adalah bukan sahaja untuk menggalakkan anak untuk berjaya dalam pembelajaran, khususnya kemahiran akademik, tapi juga menimbang untuk memupuk aspek lain seperti perkembangan sosial dan emosi,” tambah pakar perunding pediatrik ini lagi.

Anmum™ ESSENTIAL GOLD Developing Next-Gen, Conversations with Professionals

Satu lagi tajuk yang ditekankan ialah hubungan antara perkembangan emosi sosial semasa zaman awal kanak-kanak dan kemunculan isu kesihatan mental dalam hidup pada masa hadapan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan lebih ramai orang akan mengalami masalah kemurungan berbanding masalah kesihatan lain menjelang tahun 2030. Profesor psikologi, Dr Alvin Ng Lai Oon berkata bahawa di Malaysia, sebanyak 7.9% kanak-kanak berumur 5 hingga 15 tahun didapati mengalami masalah kesihatan mental. “Oleh itu, penting untuk ibu bapa memberi perhatian kepada perkembangan sosial dan emosi anak-anak mereka seawal peringkat kanak-kanak,” tambah ahli panel itu.

Sebagai tambahan kepada topik menarik ini, kumpulan ahli panel ini juga berbincang tentang bagaimana peningkatan pengaruh teknologi digital mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Salah satunya ialah peningkatan masa skrin dan impaknya kepada fungsi mata, penglihatan dan juga bersosial bersama rakan-rakan, yang juga merupakan aspek penting bagi perkembangan dan tumbesaran menyeluruh mereka. Dalam tinjauan atas talian oleh Anmum™ ESSENTIAL GOLD, 7 daripada 10 orang ibu mengakui bahawa mereka tidak membawa anak-anak mereka untuk pemeriksaan penglihatan walaupun mereka setuju perkembangan mata adalah penting.

Selebriti dan juga seorang ibu Megan Tan, yang mengendali dan menjadi hos siri perbualan maya ini menggesa ibu bapa untuk mendengar perbualan daripada pakar ini. “Sebagai ibu kepada dua orang anak, berbual dengan pakar dalam video ini memberikan saya kesedaran untuk tidak terlalu teruja untuk menyuruh anak-anak saya menghafal ABC dan 123, tetapi untuk menawarkan pengalaman hidup sebenar yang merupakan cara terbaik untuk anak-anak belajar.”

Saksikan Developing Next-Gen, Conversations with Professionals untuk mendapatkan petua-petua mengenai bagaimana untuk menyokong perkembangan dan tumbesaran menyeluruh anak-anak anda, termasuk peranan penting pemakanan. Layari laman sesawang rasmi Anmum™ ESSENTIAL di  https://www.anmum.com/my/ untuk menonton siri lengkap merangkumi lima episod video atau boleh klik link ini → Anmum Essential Gold | Developing Next-Gen

Ibu bapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai AnmumTM ESSENTIAL GOLD boleh menyertai jelajah maya di www.anmumessentialgold.com.my dan berpeluang memenangi hadiah luar biasa sehingga RM100,000, termasuk bekalan AnmumTM ESSENTIAL GOLD selama 1 tahun! Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan sesuai untuk dilakukan oleh ibu bapa dan anak yang berusia satu tahun ke atas di rumah; dan terokai 8 aspek perkembangan penting.



QuickEdit
Lea Azleeya
1 Comments

BeliGas Malaysia Tawar Perkhidmatan Beli Gas Masak Murah Secara Online


BeliGas Malaysia Tawar Perkhidmatan Beli Gas Masak Murah Secara Online  |  Tengah syok memasak, gas pulak habis.. Apa perasaan korang? Mesti kelam kabut dan rasa stress kan.. Ada ke yang sampai stress? Haha.. Cam aku sendiri, kalau kat umah ni memang bergantung dengan hanya satu tong gas sahaja.. Andai kata gas yang ada tu habis, barulah kelam kabut pergi kedai runcit untuk beli yang baru.. Aku yakin mesti ada juga rumah yang mempunyai tong kedua untuk standby bila gas habis.. Betul tak? Baguslah kalau begitu... Tetapi buat korang yang sama keadaannya macam aku yang hanya mempunyai satu tong gas sahaja, korang tak perlu risau dah kalau gas habis tengah memasak, sebabnya korang boleh beli gas murah dan mudah secara online dengan menggunakan aplikasi BeliGas Malaysia.. 

BeliGas Malaysia Tawar Perkhidmatan Beli Gas Masak Murah Secara Online

Dah semakin mudah hidup kita pada hari ini kan.. Semuanya dihujung jari.. Nak beli gas memasak pun dah boleh beli secara online.. Aku sendiri pun dah cuba install aplikasi BeliGas ni dan aplikasi ni sangat mudah diguna.. Bak kata orang mesra pengguna.. Hehe.. Tapinya, sayang sekali aku tak dapat nak buat pembelian di BeliGas ni kerana penghantarannya hanya di sekitar Lembah Klang sahaja.. Aku di Kuantan oiii!!.. Moga satu hari nanti, di Kuantan pun akan ada kemudahan yang sebegini.. Apa-apa pun, aku nak share jugak dengan korang semua tentang aplikasi BeliGas ni.. Manalah tahu dapat membantu pembaca Blog Lea Azleeya yang tinggal di kawasan tersebut.. Hiks..

BeliGas Malaysia Tawar Perkhidmatan Beli Gas Masak Murah Secara Online

BeliGas Malaysia Tawar Perkhidmatan Beli Gas Masak Murah Secara Online

BeliGas adalah sebuah syarikat pengedaran gas memasak secara online untuk penduduk di sekitar Lembah Klang yang berpusat di Sri Kembangan.. BeliGas Malaysia menawarkan perkhidmatan beli gas masak LPG secara online pada harga yang murah dan mudah dengan penghantaran sehingga ke pintu rumah atau permis korang.. Selain itu, servis yang diberikan juga adalah yang terbaik dan mesra pelanggan.. 

BeliGas Malaysia Tawar Perkhidmatan Beli Gas Masak Murah Secara Online

Ok kalau korang nak tahu, BeliGas ni menyediakan servis ke 67 lokasi di Lembah Klang.. Penghantaran adalah antara jam 9 pagi hingga 11 malam dan korang boleh membeli gas secara mudah dari online 24 jam.. Hah, tengah malam pun dorang hantar uolls.. Memang terbaik sangat! 

BeliGas Malaysia Tawar Perkhidmatan Beli Gas Masak Murah Secara Online

Gas masak untuk rumah korang boleh beli dengan harga RM26.60 sahaja iaitu tong besar 14KG (16.5 berat tong) dan boleh tukar secara percuma untuk semua jenama tong.. Manakala untuk beli gas untuk kedai pula, BeliGas menyediakan servis penghantara gas untuk semua rangkaian kedai di Selangor. Mereka tidak mengenakan sebarang caj penghantaran untuk menghantar gas ke kedai korang.. 

Kelebihan Membeli Gas Masak di BeliGas Malaysia

BeliGas Malaysia Tawar Perkhidmatan Beli Gas Masak Murah Secara Online

  • Harga Terjamin - Harga mereka mengikut harga warta Kerajaan untuk gas masak LPG
  • Servis Penghantaran Mudah - Mereka menyediakan servis pickup ataupun penghantaran terus ke pintu rumah atau permis anda!
  • Tiada Cas Tersembunyi - Harga mereka sama dan tetap di seluruh cawangan outlet retail mereka. Tiada caj tersembunyi atau tambahan apabila mereka menghantar gas.
  • Terima Semua Jenama Tong - Mereka hanya menjual tong gas jenama SOLAR tetapi mereka menerima semua jenama tong untuk penukaran tanpa ada kos tambahan


Jom Install Aplikasi BeliGas Sekarang!

BeliGas Malaysia Tawar Perkhidmatan Beli Gas Masak Murah Secara Online

Aplikasi BeliGas ni korang boleh install di Google Play.. Buat masa sekarang, hanya pengguna android sahaja yang boleh guna aplikasi ni.. Kalau korang adalah seorang pengguna IOS, harap bersabar ye.. Ia akan muncul tidak lama lagi.. Hehe.. So, lepas ni bolehlah beli gas dengan mudah dan murah hanya di Aplikasi BeliGas.. Hidup pun akan jadi lebih  mudah kan.. Hiks..

Ok, untuk info lanjut, korang boleh layari :-


Website

Instagram

Facebook

Aplikasi BeliGas Malaysia



QuickEdit
Lea Azleeya
3 Comments

Tip Untuk Berjaya Dalam Kerjaya


Assalamualaikum wbt..


Tip Untuk Berjaya Dalam Kerjaya  |  Tip lagi untuk korang.. Haaa kali ni aku nak kasi tip untuk berjaya dalam kerjaya.. Ada tak yang nak berjaya dalam kerjaya ni?? Kalau ada boleh la try tip yang akan aku up kat sini.. Sudi-sudikanlah membacanya ye.. Agak panjang sikit.. Kalau nak berjaya jangan malas-malas untuk baca sampai habis tau..

Silalah baca dan hadam ye.. :)



IMPIAN & SASARAN

Mempunyai impian dan sasaran tertentu untuk mencabar diri ternyata sesuatu yang baik.. Ia melatih diri untuk berusaha mencapai sesuatu yang luar biasa dalam kehidupan..

Bagaimanapun, jika impian atau sasaran yang ditetapkan terlalu tinggi, ia akan memberi tekanan yang lebih besar kepada kita.. Tetapi jangan cepat mengalah sebaliknya cuba sebaik mungkin terlebih dahulu... Gagal sekali bukan bermaksud gagal selama-lamanya.



JANGAN TERTEKAN

Tertekan apabila sesuatu kerja itu tidak dapat diselesaikan atau risau antara punca stress.. Tekanan tidak mendatangkan kebaikan dalam diri kita sebaliknya boleh mendatangkan banyak penyakit..

Apabila kita sering gembira dan senang hati, lebih mudah impian dicapai yang disusuli usaha.. Selain itu, stress akan membuatkan diri kita lemah dan malas untuk melakukan semua kerja.. Untuk Muslim, cara terbaik untuk menghilangkan stress adalah dengan memperbanyakkan doa dan zikir..



BERANI CUBA SESUATU YANG BARU

Sebagai manusia, kita mempunyai satu tabiat yang sering dilakukan iaitu sentiasa mengulangi perkara sama.. Kita takut untuk mencuba sesuatu yang baru kerana khuatir hanya akan bertemu dengan kegagalan..

Sikap seperti inilah yang menyebabkan seseorang itu tidak maju dan terus ketinggalan.. Tidak salah untuk mencuba sesuatu sebab ia akan membuat minda kita mencuba perkara di luar zon selesa..

Keluar dari zon selesa antara langkah awal untuk mencapai kejayaan yang lebih hebat...



BANDING PENCAPAIAN DIRI DENGAN ORANG LAIN

Anda boleh membandingkan pencapaian diri sendiri dengan orang lain yang lebih berjaya tetapi jangan terlalu obses sehingga ia berupaya membuatkan anda sentiasa dalam tekanan..

Ini kerana, sekiranya anda gagal untuk mencapai sesuatu tahap yang diingini, ia menyebabkan anda mudah berasa putus asa dan mengutuk diri sendiri..

Setiap individu diberikan daya mampu yang berbeza kerana ada antara kita yang mendapat lebih manakal yang lain pula sedikir rezeki mereka..



KONGSI IDEA DAN MAKLUMAT

Rata-rata manusia hari ini mempunyai 'penyakit' takut-takut untuk berkongsi dan memberitahu idea yang mereka miliki.. Contonnya, bila mereka mempunyai satu idea hebat tetapi mereka simpan kerana takut orang lain menirunya..

Sebenarnya, jika kita berkongsi idea itu bersama orang lain, kita akan menjadi lebih kreatif untuk berfikir.. Secara psikologinya, ia memaksa kita mencari idea yang lebih hebat daripada idea asal.. Ia juga membuatkan kita mengambil rindakan pantas untuk merealisasikan idea berkenaan..



KEKALKAN MOTIVASI DIRI

Kebiasaannya, anda akan berasa tahap untuk memotivasikan diri amat penting bagi setiap individu.. Tetapi pada masa yang sama motivasi diri akan hilang secara perlahan-lahan..

Cara untuk mengekalkan motivasi diri dengan kekalkan momentum anda.. JIka anda sedang berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu pekerjaan, jangan berhenti sehingga dua atau tiga hari kerana momentum anda akan berkurangan..

Motivasi diri juga akan berkurang dan akhirnya semuanya menjadi sia-sia saja.. Oleh itu, sentiasa fikir mengenai kerja yang dilakukan itu supaya momentum anda terus kekal dan tidak berkurangan..



SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF

Ramai tidak percaya pada kekuatan berfikiran positif.. Sesetengah orang berpendapat, berfikiran positif hanya cakap kosong.. Sebenarnya tidak kerana apabila sentiasa berfikiran positif, minda kita akan segar dan berdaya saing..

Sematkan kata-kata positif dalam minda dan ulangi sebanyak mungkin.. Mungkin pada peringkat permulaan, anda tidak nampak kesannya tetapi sampai satu tahap, anda akan lihat dengan berfikiran positif kita tidak lagi cepat berputus asa..

Sebaliknya, lebih cekal dan tabah menghadapai dugaan atau cabaran yang mendatang..


DEKATI DIRI DENGAN ORANG YANG HEBAT & BERJAYA

Tahukah anda bahawa 85% kejayaan diri bergantung kepada mereka yang berada di sekeliling kita?

Oleh itu, dekatilah mereka yang hebat dan berjaya supaya anda mempunyai motivasi untuk menjadi seperti mereka.. Beranikan diri untuk meninggalkan kelompok lama dan binalah kelompok baru agar dapat mengorak langkah lebih maju ke hadapan dalam bidang perniagaan mahupun profesional lain..



CATAT MATLAMAT DIRI

Setiap individu mempunyai matlamat untuk berjaya.. Tetapi kalau sekadar mempunyai matlamat tidak cukup.. Ianya hanya ibarat angan-angan kosong..

Sebagai permulaan, tulis matlamat diri yang boleh dilihat, dipegang dan dibaca bagi tujuan peringatan..

Kajian menunjukkan 98% orang tidak menulis matlamat diri.. Ini menyebabkan mereka tidak tahu cara untuk menetapkan matlamat akibat tidak pernah didedahkan dengan perkara berkenaan.. Selain itu, mereka juga tidak percaya dengan menulis matlamat boleh memberi faedah.. Kebanyakannya menyatakan dengan berfikir sahaja matlamat tanpa menulisnya sudah mencukupi..



JANGAN MALU & SOMBONG UNTUK BERTANYA

Terdapat sesetengah orang yang sudah berada di tahap selesa dan hebat malu untuk bertanya kerana risau kredibiliti mereka akan merundum..

Jangan begitu, walau ditahap mana pown anda, ilmu harus sentiasa di cari.. Cara mudah untuk mendapatkan ilmu adalah dengan bertanya.. Dengan bertanya, kita akan mendapat jawapan yang diingini dengan tepat dalam masa yang singkat..

Ada juga yang terlalu merendah diri lalu malu untuk bertanya kerana bimbang soalan yang hendak ditanyakan itu dianggap soalan bodoh.. Mereka terus menyimpan pertanyaan itu dan semua persoalan tidak terjawab dan akhirnya mereka gagal mencapai cita-cita..

Jangan malu beryanya kawan.. Nanti korang jugak rugi.. Bak kata pepatah, "malu bertanya sesat jalan"..


Menguruskan Masa Dengan Baik


PENGURUSAN MASA YANG BAIK

Pengurusan masa sangatlah penting untuk menjadikan seseorang itu berjaya terutamanya apabila anda melakukan lebih daripada satu pekerjaan.. Dengan menyediakan jadual dalam diari harian, lebih memudahkan supaya segalanya berjalan dengan lancar..

Pastikan adan bijak membahagikan masa antara keluarga dan kerja supaya hidup anda tidak kelam kabut.. Berkomunikasi dengan mereka sekiranya mengalami sebarang kesulitan yang tidak boleh dielakkan..






QuickEdit
Lea Azleeya
4 Comments

Cara Simpan Makanan Yang Betul


Assalamualaikum wbt..


Cara Simpan Makanan Yang Betul  |  Korang simpan makanan camne kat umah? Betul ke cara korang simpan tu? Hari ni aku nak kongsi sedikit panduan cara penyimpanan makanan yang betul.. Panduan ni hasil dari pembacaan aku dari artikel-artikel yang berkaitan penyimpanan makanan.. Jom tengok cara penyimpanan makanan yang betul..


Ramai pakar pemakanan bersetuju, cara penyimpanan makanan tidka betul boleh menyebabkan ia mudah tercemar sekali gus membuka ruang keracunan pada orang memakannya.. Antara kesan ketara akibat makan makanan tercemar adalah seperti sakit perut, muntah-muntah atau kehilangan air dalam badan.. Kadangkala makanan yang dibeli di pasar atau pasaraya sememangnya bersih tetapi kerana kita tidak menyimpannya dengan baik serta betul, makan kuman dan bakteria mudah menghinggapinya.. Makanan yang bersih adalah kunci kesejahteraan sekeluarga..

Panduan Penyimpanan Makanan Secara Asas


Arahan penyimpanan makanan pada label bungkusan sebenarnya bukanlah sekadar hiasan semata-mata tetapi ianya bertujuan untuk kita mengikuti arahan tersebut agar makanan tidak tercemar.. So, sila baca, fahami dan ikut arahan tertera sebelum dan selepas membuka setiap bungkusan.. Ada produk yang sesuai disimpan dalam ruangan sejuk beku atau sesuai diletakkan di dalam bekas kedap udara sahaja..


BIJIRIN

Umumnya, bijirin seperti beras, kacang dan tepung gandum perlu disimpan di dalam bekas kedap udara dan disimpan di tempat dingin, kering dan jauh daripada sinaran matahari.. Penyimpanan di tempat yang sejuk dan berair memudahkan ia rosak.. Sebagai contoh, beras mudah dihinggapi kumbang/kutu beras jika sering terdedah kepada hawa sejuk..


SUSU & PRODUK TENUSU


Susu dan produk tenusu antara yang mudah rosak.. So, pastikan anda mengenali jenis susu yang dibeli..

Susu Segar Pasteur

Haruslah diletakkan di ruang pendingin yang mempunyai suhu antara 0 - 4 darjah celcius.. Elakkan meletakkan susu pasteur pada suhu bilik kerana ia mudah dicemari bakteria..


Susu Ultra Tinggi / Susu U.H.T

Tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk.. Selepas kotak dibuka, lebihan susu hendaklah disimpan di dalam peti sejuk di ruang pendingin pada suhu antara 0 - 4 darjah celcius...

Keju

Mestilah sidimpan dengan pembungkus asalnya di dalam peti sejuk.. Selepas dibuka, ia mestilah dibungkus semula dengan sempurna menggunakan pembungkus baru yang kalis air (seperti aluminium atau plastik) atau diletakkan di dalam bekas yang bertutup ketat bagi mengelakkan kekeringan wap air di permukaan keju..

Nota kaki :-
Elakkan mengimpan susu berdekatan dengan bahan makanan yang mempunyi bau yang kuat..


TELUR


Telur sebaiknya disimpan di ruang pendingin pada suhu 0 - 4 darjah celcius bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria.. Sungguhpun ada yang gemar membasuh telur sebelum disimpan, tetapi ada saranan, elak basuh telur sebelum disimpan.. So, semasa nak guna barulah basuh,... Itu lebih baik bagi mengelakkan telur rosak..


DAGING, AYAM & IKAN


Simpan daging, ayam dan ikan yang akan digunakan dalam tempoh tidak melebihi tiga hari di ruang penyimpanan khas di bawah ruang sejuk beku pada suhu antara 2 darjah celcius atau kurang.. Untuk penyimpanan yang lebih lama, daging, ayam dan ikan hendaklah disimpan secara sejuk beku iaitu kurang daripada 0 darjah celcius..

Untuk hasil terbaik, daging, ayam dan ikan hendaklah disimpan didalam bekas plastik kedap udara sebelum disimpan bagi mengelakkan berlakunya proses kekeringan dan baunya 'menjangkiti' makanan lain pada ruang penyimpanan yang sama..


BUAHAN & SAYURAN



Untuk mengekalkan kesegaran buah-buahan dan sayur-sayuran, anda boleh membungkusnya menggunakan plastik pembungkus makanan sebelum dimasukkan ke bahagian ruang penyimpanan di dalam peti sejuk.. Bagi sayuran berdaun pula, ia perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk..

Nota kaki :-
Jangan simpan buah-buahan dan sayur-sayuran di ruang sejuk beku kerana ia boleh merosakkan tisu buahan dan sayuran selain tidak segar..





QuickEdit
Lea Azleeya
17 Comments
[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)