Seriously aku takut bila tengok rambut aku bersepah dekat lantai.. Sekali sikat rambut tu, banyak sangat rambut gugur.. Sampai satu tahap aku fikir, aku ada penyakit ke? Sebab banyak sangat rambut gugur.. Memang menakutkan aku.. But now, aku dah rasa lega sebab lepas guna produk penjagaan rambut Lavoo ni, rambut aku dah kurang gugur dan bukan tu je, kelemumur pun dah tiada lagi tau.. Thank a lot buat Lavoo kerana keluarkan produk yang super ohsem ni!
Sebelum ni dah pelbagai jenis produk penjagaan rambut aku guna.. So, masa mula-mula try produk Lavoo ni aku memang tak letak expectation yang tinggi terhadap produk ni.. Aku tak nak kecewa lagi macam sebelum ni.. Aku sekadar mencuba je la orang cakap kan..
Hari pertama guna, yesss aku suka shampoo and conditioner Lavoo ni.. Bau dia best dan rambut lebih mudah terurus berbanding shampoo yang pernah aku guna sebelum ni.. Pakai shampoo sahaja pun dah membuatkan rambut aku mudah diurus.. Guna jari pun boleh.. Lagi best bila lepas guna conditioner, memang lembut gila rambut dan tak kusut lagi.. Aduh aku dah jatuh cinta dengan produk Lavoo ni.. Pandang pertama tau!! Haha..
OK, kebiasaannya untuk setiap produk yang aku gunakan aku akan try dalam masa seminggu atau dua minggu untuk lihat kesannya.. Untuk Lavoo Protien Series Hair Treatment ni aku cuma perlukan 7 hari sahaja untuk lihat kesannya.. Eceli aku ni mengalami masalah keguguran rambut yang agak serius.. Alhamdulillah produk ni benar-benar memberi kerjasama yang baik pada aku.. Pendek kata, sangat serasi dengan aku.. Tak sia-sia aku mencubanya..
Dalam masa 7 hari sahaja dengan konsisten, aku dah boleh lihat perubahan pada masalah rambut aku ni.. Tiada lagi kelemumur dan kegatalan kulit kepala serta rambut pun dah kurang gugur gaisssss!! Yessss aku happy sangat dengan result ini.. Ia berkesan dan serasi untuk aku.. Puashati dengan produk Lavoo ni..
Untuk rawat rambut aku ni, aku guna full set hair treatment dari Lavoo ni.. Yelah nak kesan yang maximum kenalah guna satu set.. Barulah dapat result yang gempak kan.. Disebabkan aku mengalami masalah keguguran rambut yang teruk dan kelemumur, aku menggunakan set Eir Bucket khas untuk rambut gugur teruk dan nipis, kelemumur teruk dan gatal kulit kepala serta masalah rambut rosak/kering/berwarna.. Ini memang masalah yang aku sedang hadapi.. So, sangat sesuai untuk aku ambil set Eir Bucket ni..
Apa yang ada dalam set Eir Bucket ni? Jom kita lihat...
Firstime guna Lavoo Protien Essence Shampoo ni aku dah suka.. Biasa kalau shampoo untuk rawat rambut ni, bau dia kurang menyenangkan tapi tidak Lavooo, bau dia best aku suka.. Biasanya lepas aku bersyampu, rambut aku masih kusut dan susah nak urus ketika basah, tapi dengan Lavoo shampoo ni, cukup hanya dengan bersyampu sahaja, rambut dah boleh diurus dengan mudah... Itu yang aku suka sebabnya aku ni kadang malas nak apply conditioner.. Haha.. Dengan adanya shampoo yang macam ni, buat kerja aku lebih mudah.. Tapi sekarang aku nak rawat masalah rambut aku ni kenalah konsisten pakai full set Lavoo ni.. Hikhik..
Siapa yang menghadapi masalah ini, boleh try Lavoo Protien Essence Shampoo ini..
- Rambut gugur dari akar
- Masalag kelemumur pada kulit kepala kering/berminyak
- Rambut kusam dan mudah kusut
- Rambut menipis atau mudah putus
Manfaat Lavoo Protien Essence Shampoo
- Paraben & SLS Free
- Menguatkan akar rambut & kurangkan rambut gugur
- Melembut & melembapkan rambut
- Merawat masalah kelemumur
- Mengurangkan kegatalan kulit kepala
- Sesuai untuk semua peringkat umur (3 tahun keatas) & ibu mengandung/menyusu
Cara guna Lavoo Protien Essence Shampoo
Nak kesan yang optimum kenalah menggunakan sesuatu produk tu mengikut cara yang betul.. Tak betul cara, memang tak dapat la kesan yang diingini.. Betul tak? So, jom aku ajar cara yang betul menggunakan Lavoo shampoo ini..
- Basahkan rambut terlebih dahulu menggunakan warm water
- Picit shampoo dan ratakan antara dua tapak tangan
- Apply pada kulit kepala dan urut perlahan dengan jari
- Biarkan selama 2 - 5 minit kemudian baru bilas bersih
Antara kandungan yang ada dalam shampoo ni adalah seperti Cocamidopropyl Betaine. Ia as mild surfactant (tidak mengandungi harsh surfactants) dan tidak mengeringkan rambut serta kulit kepala seperti surfactant yang lain.. Selain itu ada juga Zinc Pyrithione untuk menghilangkan simptom kelemumur dan pada masa yang sama mencegah pembentukan scalp irritants. Bukan itu sahaja tau, ia juga dapat menghalang pertumbuhan yis yang merupakan faktor utama kelemumur (long term solution) serta merawat dermatitis seborrhenic, psoriasis kulit kepala dan juga jerawat.
2. Lavoo Protien Essence Conditioner
Lavoo Protien Essence Conditioner ni pun aku suka jugak sebabnya senang dibilas.. Tak perlu nak bilas lama-lama macam sesetengah conditioner yang lain.. Ini sangat memudahkan kerja aku.. Bau dia pun best sama macam shampoo juga.. Tiada bau yang tidak menyenangkan bagi aku.. Pakai shampoo sahaja pun dah ok tapi bila tambah dengan pemakaian conditioner ni, lagi mantap rambut.. Serius mudah sangat nak disikat dan diurus..
Lavoo Protien Essence Conditioner ini dapat atasi masalah :-
- Rambut gugur kerana putus antara rambut
- Rambut berwarna dan chemically treate hair
- Rambut rosak, kasar dan kering
- Rambut kusan dan mudah kusut
Manfaat Lavoo Protien Essence Conditioner
- Melembutkan rambut yang kering dan kasar
- Meningkatkan kekuatan dan keanjalan rambut untuk elak breakage / split end
- Melindungi helaian rambut daripada futher damage
- Mengekalkan kelembapan rambut untuk jangka masa yang lebih lama
- Rambut lebih lembut dan bersinar
Cara guna Lavoo Protien Essence Conditioner
Sama juga dengan shampoo, pakai conditioner ni pun kene betul ye supaya apa yang kita pakai tu berkesan.. Pakai conditioner ni ada cara dia tau.. So, jom aku tunjukkan..
- Selepas shampoo, bilas dan perah air lebihan pada rambut
- Picit conditioner dan ratakan antara dua tapak tangan
- Apply pada helaian rambut yang lembap bermula dari pertengahan rambut ke hujung rambut
- Biarkan selama 5-7 minit kemudian bilas dengan air dingin (cold water)
Kandungan yang terdapat di dalam conditioner ini pula seperti Hydrolyzed Silk Protien yang dapat membekalkan keratin protien baru kepada batang rambut. Ia meresap ke dalam batang rambung untuk melembapkan dan menguatkan rambut yang lemah dari dalam serta memperbaiki dan mengekalkan kelembapan rambut. Satu lagi bahan yang terkandung didalamnya ialah Panthenol (Vitamin B5) yang dapat menembusi batang rambut dan meningkatkan pengekalan kelembapan serta berkesan untuk mereka yang rambutnya rapuh atau halus macam rambut aku ni agak rapuh sebab terlalu banyak guna bahan chemical..
3. Lavoo Caviar Hair Mask
Mask rambut???? Biasa guna mask muka jerk! Tak pernah lagi tau guna hair mask sebelum ni.. Ni firstime cuba dan tak sangka best bila guna hair mask ni.. hehe.. Teksturnya berwarna putih dalam bentuk krim dan ada bintik-bintik biru dalam krim tu.. Ape entah orang panggil bintik biru tu.. Haha..
Paling aku suka tentang hair mask dari Lavoo ni ianya senang dicuci dan tidak melekit... Bau dia pun best.. Teksturnya sangat ringan tau.. Bukan jenis krim yang susah nak apply tu.. Krim dia ala-ala conditioner jugak la.. Serius memang best Lavoo Caviar Hair Mask ni..
Ok, korang yang ada masalah ini patut cuba Lavoo Caviar Hair Mask ni..
- Rambut kasar dan kering mengembang/dry dan frizzy hair
- Rambut rosak / damaged hair
- Rambut rapuh dan mudah putus
- Split end / rambut bercabang
- Colored and chemically-treated hair
Manfaat Lavoo Caviar Hair Mask
- Memperbaiki struktur rambut rosak / kasar / kering mengembang
- Menguatkan helaian rambut
- Mengurangkan rambut putus antara rambut
- Improve overall appearance rambut
Cara guna Lavoo Caviar Hair Mask
Orite, antara bahan utama yang ada dalam hair mask ini adalah Caviar Beads yang kaya dengan keratin dan protien. Vitamin A membantu stop the hair from drying out and breaking off.. Manakala Vitamin E pula dapat membantu fight against free radicals and prevents hair damage. Satu lagi bahan iaitu Hydrolyzed Keratin dimana ianya mambantu membina semula lapisan pelindungan semulajadi rambut dari dalam dan beri kelembapan pada helaian rambut.
Ok, jom tengok macam mana cara yang betul pakai Lavoo Caviar Hair Mask ini..
- Guna treatment mask selepas selesai shampoo (2 - 4 kali seminggu)
- Squeeze out excess water and apply hair mask pada helaian rambut yang lembap from the mid to ends of the hair (avoid scalp)
- Wrap rambut dengan hot towel dan biarkan selama 5 - 10 minit
- Bilas sehingga bersih
- Towel-dry hair and apply hair serum
Mula rasa was-was jugak la nak pakai hair mask ni sebabnya tak pernah pakai kan.. Tapi nak rawat rambut punye pasal, pakai la jugak.. Masa apply dekat rambut tu dah rasa best dah dengan bau dia yang wangi dan tekstur dia yang tidak berminyak dan melekit buatkan aku lagi excited nak pakai.. Dah cuci tu, rasa la perbezaan rambut tu.. Lebih lembut dan lembap..
4. Lavoo Peptide Hair Tonic
Ok, untuk tonic pula ada 2 jenis tau.. Satu untuk pemakaian waktu siang dan satu lagi untuk waktu malam.. Biasanya siang tu aku pakai waktu pagi la.. Dekat botol pun dah tertera 'morning'.. Hehe..
Mula dapat produk ni aku bayang tonic ni mesti bau dia busuk.. Sebab sebelum ni pernah cuba tonic rambut yang baunya tidak menyenangkan.. Aku dah bayang yang bukan-bukan mesti baunya juga tidak menyenangkan.. Tapi sangkaan aku tu ternyata salah sama sekali sebabnya bau dia ok tak busuk.. Malah menyenangkan.. Untuk tonic waktu pagi, bau dia lebih cool dan yang waktu malam bau dia lebih tenang.. Aku nak cerita tentang bau secara detail pun aku tak berapa pandai sangat tapi itulah yang aku boleh discribe kan.. hiks!
Bagi korang yang ada masalah rambut gugur teruk sehingga ada kawasan yang menipis, aku recommend pakai Peptide Hair Tonic dari Lavoo ni.. Bagus tau.. Bagus juga untuk rambut yang hampir botak, kulit kepala gatal-gatal dan ada masalah kelemumur serta jangkitan kulit kepala.. Pakai tonic ni sejuk je kepala.. Paling best, sangat cepat menyerap ke dalam kulit kepala..
Manfaat Lavoo Peptide Hair Tonic
- Merangsang folikel rambut untuk menggalakkan pertumbuhan rambut
- Regenerate dan menguatkan akar rambut
- Sesuai untuk keguguran rambut secara genetik (hereditary hair loss)
- Mengawal penyebaran Malassezia globosa
- Merawat kulit kepala dari jangkitan kulat pada kulit kepala dan kelemumur (seborrheic dermatitis)
Ok, untuk hair tonic ni pula ada 2 bahan utama terkandung didalamnya iaitu Piroctone Olamine yang dapat merawat fungal infections termasuk yang menyebabkan kelemumur. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan pertumbuhan anak rambut dan sekaligus mengurangkan rambur gugur serta meningkatkan diameter rambut. Satu lagi bahan utamanya adalah Panthenol.. Panthenol ni dapat mengekalkan kelembapan rambut, melicinkan tekstur batang rambut yang kasar dan juga dapat meningkatkan daya ketahanan folikel rambut dimana rambut masih boleh tumbuh semula if the follicle is still intact..
Cara guna Lavoo Peptide Hair Tonic
Tonic AM (Morning)
- Goncang perlahan dan part hair section by section
- Spray tonic directly pada kulit kepala yang lembap/kering
- Urut perlahan secara circular motion
Tonic PM (Night)
- Basahkan kulit kepada atau towel-dry rambut yang sudah dicuci
- Spray tonic pada kulit kepala yang lembap
- Urut perlahan secara circular motion
Aku memang suka sangat pakai tonic rambut ni.. Bila pakai rasa kulit kepala sejuk dan nyaman jerk.. Rasa lega sangat.. Bau dia pun best tak pelik.. So, boleh gunakan dengan senang hati.. Hehe.
5. Lavoo Protien Complex Serum
Biasanya sebelum guna hair dryer atau hair styling tools aku apply dulu Lavoo Protien Complex Serum ni supaya rambut tak mudah rosak.. Aku suka teksturnya yang ringan dan tidak melekit.. Serum ni macam minyak rambut tau tapi tidak berminyak macam minyak rambut tu.. Itu yang bestnye.. Takde la bila pakai tu nampak berminyak semacam je rambut kan... Serapannya pun cepat..
Serum ni sesuai sangat untuk korang yang mengalami masalah rambut mudah kusut (frizzy), rambut kasar, rambut kering mengembang, rambut kusam dan rambut tidak bermaya.. Aku suka sangat serum ni sebabnya bila apply dekat rambut, cantik je rambut dan lembut je.. Rambut pun wangi je bau dia..
Manfaat Lavoo Protien Complex Serum
- Melindungi rambut daripada alatan mendandan rambut (hair styling tools) yang panas
- Melindungi helaian rambut dari sinar UV matahari
- Rambut kelihatan lebih lembut dan bersinar
- Mengatasi masalah rambut rapuh
Cara guna Lavoo Protien Complex Serum
- Pam hair serum dan ratakan pada tapak tangan
- Apply pada helaian rambut yang kering atau lembap untuk elak scalp
Mudah je cara guna sama je macam serum rambut yang lain.. Dalam serum ni mengandungi 5 bahan utama yang memberi manfaat kepada rambut iaitu Jojoba Oil, Macadamia Seed Oil, Argan Oil, Olive Oil dan Castor Oil.
6. Lavoo Hair Spray
Last sekali barulah pakai Lavoo Hair Spray.. Hair Spray dari Lavoo ni bagus tau untuk rambut frizzy, dry and damaged hair... Sesuai juga untuk rambut bercabang, kasar, kembang dan kerap menggunakan heat tools.. Kenapa Lavoo Hair Spray ni aku cakap bagus? Haaa kalau korang nak tahu, didalamnya terkandung Nano-grade of micro size protein molecules untuk improve tekstur rambut serta berikan shinny pada rambut and silky finishing. Didalamnya juga terdapat Keratin dimana ia dapat melembut dan melembapkan rambut serta rambut lebih mudah diurus.
Meskipun aku berhijab, tak semestinya aku tak pakai hair spray.. Hair spray ni juga bantu rawat rambut aku tau.. Bila pakai hair spray ni aku rasa rambut aku fresh je.. Rambut pun jadi wangi.. Banyak manfaatnya bila pakai hair spray ni.. Jom check satu persatu manfaatnya..
Manfaat Lavoo Hair Spray
- Perbaiki appearance rambut
- Rambut sentiasa fresh dan tidak kusam
- Perbaiki rambut bercabang
- Heat protectant.. Spray after guna heat tools seperti hair dryer, hair curler & hair straightener
Cara guna Lavoo Hair Spray
Sebelum ni memang aku tak pernah guna hair spray sebab aku ingat hair spray ni cuma untuk styling jerk.. Selepas kenal dengan Lavoo ni segalanya berbeza.. Baru aku tahu hair spray ni sangat bagus untuk rambut terutamanya wanita berhijab macam aku ni.. Sejak itulah, aku sentiasa menggunakan Lavoo Hair Spray ni sebelum memakai hijab..
Ok, jom aku tunjukkan cara yang betul menggunakan Lavoo Hari Spray ni..
- Buka penutup dan spray pada helaian rambut sahaja (elakkan terkena kulit kepala)
- Boleh apply semasa rambut lembap atau kering
- Recommended untuk digunakan if ada outdoor aktiviti to refresh the hair
- Boleh spray anitime rasa rambut kering, kembang dan kasar
- As finishing touch, after hair styling atau sebelum berhijab
Cara Penggunaan Set Eir Bucket Lavoo Protien Hair Treatment Series
Selepas 7 Hari Menggunakan Lavoo Protien Hair Treatment Series Ini
Aku memang ada masalah keguguran rambut yang agak teruk dan ada juga masalah kelemumur.. Sebelum ni memang dah pelbagai produk aku cuba untuk atasi masalah aku ni tapi nampaknya belum memberi kesan yang bagus.. Bila dah try Lavoo Protien Series Hair Treatment ini selama 7 hari, aku dapati ianya berkesan untuk aku.. Walaupun perubahannya tidak terlalu drastik tetapi masalah aku ini sedikit sebanyak dapat di atasi..
Paling ketara, kelemumur dah tiada lagi dan rambut dah kurang gugur.. Walaupun masih ada rambut yang gugur tetapi kuantitinya tidak seperti sebelum aku menggunakan produk perawatan rambut Lavoo ini.. Mungkin aku memerlukan sedikit masa untuk atasi masalah ini kerana aku mengalami masalah rambut gugur yang agak teruk sehinggakan rambut aku menipis.. Yang penting aku kene konsisten menggunakan produk Lavoo ini.. Hehe.. Kene la konsisten kan untuk dapatkan result yang terbaik.. Sesuatu produk itu tidak akan berkesan kalau kita tidak konsisten dengannya.. Betul tak?
Ok, dari segi lain pula, aku sangat happy bila rambut aku dah mudah diurus sekarang.. Tidak kering dan kusut lagi.. Paling best rambut dah tak nampak kusam dah.. Aku berharap rambut aku kembali sihat dan lebat seperti dulu.. Insyaallah.. Terima kasih sangat-sangat kepada Lavoo kerana mengeluarkan produk yang super ohsem ini..
Bagaimana Nak Dapatkan Lavoo Protien Hair Treatment Series
Nak rambut cantik dan sihat kena la jaga dari awal.. Macam aku ni, dok pakai macam-macam produk chemical sebelum ni dan tak menjaga sangat rambut, akhirnya rambut jadi mangsa keadaan.. Gugur dan kelemumur.. Keguguran rambut ni boleh juga berpunca dari pemakanan dan keturunan.. Macam aku ni memang lebih kepada menggunakan produk chemical terlalu kerap seperti pewarna rambut, straightener, curler dan macam-macam lagi..
Bila rambut tak dirawat dan tak dijaga dengan betul, inilah akibatnya yang aku terima.. Rambut gugur dan berkelemumur.. Alhamdulillah sekarang kelemumur dah tiada cuma nak rawat masalah keguguran rambut je dengan Lavoo.. Doakan aku ya gaiss!! hehe
Ok, korang yang nak dapatkan produk Lavoo ni boleh dapatkan sekarang tau kerana ada pakej bucket.. Ambil bucket set macam aku ni jauh lebih berbaloi tau dari ambil loose items.. Kat bawah ni aku senaraikan promosi set bucket yang ada mengikut masalah rambut.
PROMOSI SET BUCKET
1. Embla Bucket ( RM 120 )
- Protien Essence Shampoo
- Protein Essence Conditioner
- Protien Complex Serum
- Hair Spray
** Untuk masalah rambut gugur normal, kelemumur normal and virgin hair (not colored / chemically treated)
2. Freya Bucket ( RM 165 )
- Protien Essence Shampoo
- Protein Essence Conditioner
- Caviar Hair Mask
- Protien Complex Serum
- Hair Spray
** Untuk masalah rambut gugur normal, kelemumur normal dan rambut rosak/kering/berwarna
3. Zisa Bucket ( RM 165 )
- Protien Essence Shampoo
- Protein Essence Conditioner
- Peptide Hair Tonic
- Protien Complex Serum
- Hair Spray
** Untuk masalah rambut gugur teruk & nipis serta kelemumur teruk & gatal kulit kepala
4. Eir Bucket ( RM 195 )
- Protien Essence Shampoo
- Protein Essence Conditioner
- Caviar Hair Mask
- Peptide Hair Tonic
- Protien Complex Serum
- Hair Spray
** Untuk masalah rambut gugur teruk & nipis, kelemumur teruk & gatal kulit kepala serta rambut rosak/kering/berwarna
Bagi aku kalau nak result yang baik, perlu ambil set lengkap untuk penjagaan rambut yang lebih baik sebabnya setiap masalah adalah berbeza penyelesaiannya. Kalau korang tak tahu apa masalah rambut yang korang hadapi, korang boleh ke website Lavoo dan join hair quiz "
Know Your Hair", untuk tahu masalah rambut yang kita hadapi dan set atau produk mana yang kita perlukan..
Ok gais, untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut korang boleh terjah laman web mereka di :-