Legend Age Lipstick - Gincu Bibir 4 dalam 1 Dari Bahan Semulajadi Yang Selamat Digunakan | Hola!! Hi guys.. Cuaca sekarang ni tak menentu kan.. Kejap panas terik, kejap hujan.. Kalau time panas tu memang nak kena minum air masak banyak-banyak.. Kalau tak kering habis bibir dan kulit.. Untuk bibir, alhamdulillah sekarang aku dah ada 'teman' sebagai penyelamat bibir kering dan merekah.. Nak tau siapakah teman itu? Hehe.. Now untuk jaga bibir aku supaya sentiasa lembap dan helok, aku guna Legend Age Lipstick.. Bagus tau lipstick ni.. Gincu bibir 4 dalam 1 tau diperbuat daripada bahan semulajadi yang selamat digunakan.. 4 dalam 1 tu yang menarik!!
Legend Age Lipstick - Gincu Bibir 4 dalam 1 Dari Bahan Semulajadi Yang Selamat Digunakan
Apa yang 4 dalam 1 tu.. Haa kalau korang nak tahu keistimewaan Legend Age Lipstick ni fungsinya 4 dalam 1 iaitu boleh digunakan sebagai lip balm atau dalam bahasa melayunya pelembap bibir.. hiks.. Selain itu, boleh digunakan juga sebagai natural colour lipstick, hidrating lip mask dan juga sunscreen dengan SPF... Guna satu lipstik aje dapat 4 manfaat.. Bagus kan? Wajib standby
kat rumah kita dan juga dalam handbag.
Legend Age Lipstick ni diperbuat daripada bahan semulajadi yang bermanfaat seperti beeswax, west indian cherry essence, minyak vitamin E dan titanium dioxide.. Yang bestnye lipstik ni dapat merawat bibir kering, pecah, merekah dan kusam.. Walaupun ianya diberi gelaran lipstik, tak semestinya hanya untuk kaum hawa ye.. Ia sesuai untuk wanita dan juga lelaki tak kira peringkat umur dan juga selamat digunakan oleh kanak-kanak serta wanita hamil.
Kelebihan Legend Age Lipstick
Seperti yang aku katakan tadi, Legend Age Lipstick ni diperbuat daripada bahan semulajadi dan tidak mengandungi
artificial and harmful chemicals seperti parafin atau plumbum.. Teksturnya yang berwarna kuning juga diperbuat daripada bahan semulajadi yang menjadikan bibir sihat dan menarik..
Setiap produk yang kita pakai mesti kena tau kandungannya sama ada bahaya atau tidak digunakan.. Macam lipstik jugak, kenalah tau apa kandungannya kan.. Cuma kadang tu, kita ni jenis malas nak amek tahu pun.. Janji cantik jerk, kita onz terus.. Haa kalau korang nak tahu, kaum wanita yang memakai lipstik ni menelan antara 4 hingga 9 paun gincu tau sepanjang hayat.. Jangan tatau ye kaum hawa... Sekiranya lipstik yang kita pakai tu mengandungi bahan kimia, maka yang kite telan itu adalah bahan kimia yang berpotensi membahayakan kesihatan kita dan sekiranya mengandung, akan membahayakan juga kandungan kita..
Untuk itu, Legend Age Lipstick ini telah diuji dan diyakini selamat digunakan kerana ramuan semulajadinya yang sihat dan bermanfaat sesuai untuk kanak-kanak dan juga wanita hamil.. Lipstik ini juga tidak diuji pada haiwan sama sekali.. Itu yang bagusnya..
Seperti yang aku katakan tadi, Legend Age Lipstick ini adalah sebagai penyelamat bagi aku mungkin bagi korang jugak kerana ia boleh merawat bibir merekah, kering, gelap, kusam dan pecah.. Madu lebah yang terkandung dalam lipstik ini menghasilkan penghalang yang membantu mengunci kelembapan, meningkatkan penghidratan dan menghasilkan pertumbuhan semula sel kulit.. Manakala ekstrak ceri pula kaya dengan zat besi dan vitamin C yang mudah menyerap ke dalam kulit, meningkatkan warna merah jambu yang sihat pada bibir..
Cara Guna Legend Age Lipstick
Nak guna Legend Age Lipstick ni nak kene betul juga caranya.. Kalau tak betul caranya mau rosak lipstiknya... Jadi, korang kene baca step cara guna kat bawah ni ye..
- Putar lipstik hanya 1cm sahaja kerana lipstik ni tiada bahan kimia yang digunakan untuk menguatkan tekstur lipstik.. Jadi, ianya sangat lembut seperti lilin.. Jangan putar lebih dari 1cm kerana ia boleh patah atau rosak semasa digunakan..
- Apply 2-4 layer pada bibir.. Lapisan yang pertama untuk menghidratkan bibir manakala lapisan yang seterusnya untuk memastikan intipati ceri diserap supaya bibir kelihatan merah jambu.. Untuk bibir lebih merah, boleh sapu lebih dari itu..
- Tunggu 2 minit untuk dapatkan kesan.. Untuk mendapatkan warna yang sebenar, kene tunggu kira-kira 2 minit.. Warna akan kelihatan berbeza berdasarkan kepada tahap pH kulit setiap individu.. Sekiranya warna merah menjadi lebih gelap menandakan tubuh seseorang itu berasid manakala merah jambu menunjukkan badan seseorang beralkali..
Best ke Legend Age Lipstick ni?
Kalau korang tanya aku best ke idok Legend Age Lipstik ni, ofkoslah best.. Lipstik 4 dalam 1 tu!! Mana mungkin guna satu lipstik aje dalam 4 manfaat dalam 1 masa.. Pengalaman aku sendiri dengan Legend Age Lipstick ni, pada mulanya aku nak tak nak jugak pakai sebabnya kebiasaan bila aku pakai lipbalm ni, aku akan rasa tak selesa, bibir jadi berminyak yang amat dan rasa tebal jerk bibir.. Memang tak best.. Lastnya aku cuba jugak dan hasilnya aku sangat suka dengan lipbalm ni.. Teksturnya tak berminyak dan sangat selesa bila digunakan.. Paling best bibir jadi lembap jerk..
Sebenarnya memang aku ada masalah bibir kering dan ada kalanya sampai merekah luka.. Ada yang suggest aku guna lip balm tapi aku sendiri tak selesa dengannya.. Sampailah aku diperkenalkan dengan Legend Age Lipstick ni barulah tergerak hati nak cuba.. Yess bila aku cuba aku memang sukakannya.. Bibir aku lebih terjaga dan sentiasa lembap.. Tak de dah bibir kering sebabnya lipstik ni merawat bibir aku dengan baik.. Alhamdulillah.. Lagi pun lipstik ni selamat digunakan.. So, tak de la risau sangat..
Selain itu, aku suka packagingnya.. Casing lipstik ni sangat kemas dan teksturnya pun terjaga dengan baik.. Bila tengok teksturnya, aku sebenarnya tak sangka yang ia memberikan kesan pinkish bila kita apply kat bibir.. Tetapi ikut atas bibir jugak ye.. Cam bibir aku agak gelap, so tak nampak la sangat pinkishnye.. hehe.. Siapa yang bibir cerah tu mesti nampak lebih cantik bila pakai lipstik ni.. Its ok, walaupun bibir gelap aku tetap bersyukur sebab tiada cacat cela pada bibir aku.. Hiks..
Atasi Masalah Bibir Kering Dengan Legend Age Lipstick
Ok, bagi korang yang mempunyai masalah bibir kering, merekah, pecah, kusam ataupun gelap cam bibir aku ni, korang boleh settlekan masalah tersebut dengan Legend Age Lipstick ni.. Nama pun dah Legend, haruslah boleh selesaikan masalah bibir dengan baik.. Bibir akan terawat dengan baik.. Tapi janganlah korang harapkan dengan penggunaan sekali saja bibir korang dah sihat dan cantik.. Agak-agak la wei!! Kenalah konsisten pakai, barulah dapat bibir yang menawan.. hehe.. Tapi kesan melembap tu memang terbaik.. Jangan lupa dapatkan Legend Age Lipstick tau..
HARGA LEGEND AGE LIPSTICK
RM 135.00 MYR
$32.30 USD
Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :-
Website
Instagram