5 Menu Pencuci Mulut Mesti Cuba di Ipoh Perak  |  Ipoh adalah salah satu tempat yang boleh dianggap sebagai syurga makanan. Dari sarapan pagi, makan tengahari, makan malam sehingga ke kedai kopi, semuanya ada di bandar kecil ini.

Ipoh juga terkenal dengan menu makanannya yang pelbagai. Sesuai dengan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Di sini ada senarai lima tempat makan terbaik untuk aneka hidangan pencuci mulut penyejuk tekak yang sedap dan menyelerakan di Ipoh.

1. Hokkaido Ice Cream Puff

Hokkaido Ice Cream Puff salah satu tempat yang terbaik untuk dikunjungi pada waktu panas di Ipoh. Konsep di sebalik makanan ringan yang menggembirakan ini mendapat perhatian ramai orang.

Paling banyak sambutan adalah ice cream puff! Di sini ada juga roti segar seperti scone yang rangup. Dengan lebih daripada sepuluh pilihan ais krim, pelanggan pasti akan jatuh hati. Nama yang diberi juga unik, poket doremon!

Alamat : 36, Jalan Yau Tet Shin, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Negeri Perak  

Jam : 12.30 PM - 7.30 PM

2. Tai Soo Ipoh


Tai Soo menyajikan beberapa pencuci mulut tempatan terbaik. Ramai mengunjungi tempat makan ini untuk mencuba Soya Bean dan Pandan Syrup Tau Fu Fah.

Tau Fu Fah di sini cukup terkenal dengan lapisan atasnya yang mempunyai kacang bersama hidangan sirap wangi yang tidak terlalu manis. Minuman soyanya pula di buat segar di sini setiap hari dan soya ini merupakan salah satu minuman yang boleh menyejukkan badan.  

Alamat : 24, Jalan Mustapha Al-Bakri, Bandar Ipoh, 30300 Ipoh, Negeri Perak  

Jam : 10.30 PG - 6.00 Petang (Tutup pada hari Rabu) 

3. Mooghurt 


Yogurt beku selalu menjadi pilihan pencuci mulut yang hebat. Bukan sahaja rasanya enak, tetapi juga bagus untuk usus! Di Mooghurt, pelanggan boleh memilih untuk membuat menu pencuci mulut hasil ciptaan sendiri dengan perkhidmatan layan diri.

Menu paling disyorkan adalah Crossy Choco Berry, croissant berlubang yang diisi hingga penuh dengan rasa yoghurt beku coklat dan ditaburkan dengan segenggam Oreos dan sirap coklat. Hidangan coklat yang sedap ini turut ditambah dengan strawberi segar yang dihiris untuk rasa yang lebih wow!

Alamat : 81, Jalan Raja Ekram, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Negeri Perak

Jam : 12.00 PM - 11.00 PM

4. Funny Mountain Soya Bean & Tau Fu Fah


Kedai ini mempunyai konsep yang agak lucu. Mereka tidak mempunyai ruang makan, dan hanya menyajikan tiga pencuci mulut di sini iaitu Tau Fu Fah, Ais Kacang Soya dan Ais Lengkong. Walaupun pilihan menu terhad, orang ramai datang hingga tahap beratur panjang. Kedai pencuci mulut ini merupakan salah satu tempat pelancongan terkenal di Ipoh.

Alamat : 50, Jalan Mustapha Al-Bakri, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Negeri Perak

Jam : 11.00 Pagi - 4.00 Petang 

5. Bella Zia Gelato 


Pemilik kedai gelato ini telah dilatih di Itali. Jika belum pernah merasa menu gelato, inilah tempatnya. Gelato dari bahasa Itali ini maksudnya adalah ‘beku’. Gelato dibuat dengan bahan asas seperti susu, krim, gula, dan dirasakan dengan puri buah-buahan, kacang dan lain-lain perasa. Ia biasanya rendah lemak, tetapi lebih tinggi gula berbanding ais krim biasa.

Gelato boleh disajikan dalam bermacam cara seperti ais krim kon, sandwich, kek, pai, dan sebagainya. Di sini gelato boleh dinikmati bersama donat atau bersama muffin yang baru dibakar.

Alamat : 23 (Bahagian Depan, Jalan Sultan Iskandar, 30000 Ipoh, Negeri Perak

Jam : 11.00 Pagi - 9.00 malam

Boleh buat tempahan pesanan melalui aplikasi Foodpanda juga. Dengan Foodpanda, para pelanggan tak perlu bersusah payah. Siapa saja boleh order online food delivery dengan senang tanpa masalah.

Lokasi penghantaran juga boleh dipilih berdasarkan lokasi di mana anda sedang berada. Cuaca di Malaysia ini memang tidak menentu, kadang terlalu panas hingga boleh membuatkan diri rasa malas untuk ke mana-mana.

Di mana saja sedang berada, baik di Ipoh, Kuantan, Kuala Lumpur dan sebagainya, cara mudah order makanan sudah ada jadi kenapa perlu nak bersusah payah. Terlalu panas untuk keluar? Tidak perlu risau! Muat turun aplikasi foodpanda ke telefon bimbit masing-masing sekarang juga.



QuickEdit
Lea Azleeya
0 Comments

Resepi Ayam Tumis Paprika Sedap


Resepi Ayam Tumis Paprika Sedap  |  Sahur pertama kelmarin, aku tak tahu nak masak apa.. Bila jengok dalam peti, cuma ada ayam sahaja.. Tekak rasa nak makan sesuatu yang pedas.. Tapi bosan pulak kalau nak buat ayam masak merah.. Fikir punya fikir, on jerk la Ayam Tumis tetapi diolah sikit resepinya supaya ada kelainan pada rasanya.. Bila dah olah tu, terciptalah Resepi Ayam Tumis Paprika.. Alhamdulillah sedap!! Haha masuk bakul sila angkat sendiri.. 

Resepi Ayam Tumis Paprika Sedap

Eh kenapa tak de lobak dan kacang panjang? Hahaha.. kan aku dah cakap tadi dalam peti ais aku cuma ada Ayam sahaja.. Aku saje je isi nama resepi ni Ayam Tumis Paprika sebab aku masukkan daun limau purut dalam masakan ni.. Bila rasa, ada sikit-sikit macam Paprik.. Kire on la dengan nama tu.. Huhu.. Jom tengok resepinya.. Resepi simple jerk tau!!

RESEPI AYAM TUMIS PAPRIKA SEDAP

Bahan-Bahan :-

5 ketul ayam
Tepung Tempura Bistari
1 biji Bawang Besar - hiris
3 ulas Bawang Putih - ketuk
5 biji Lada Kecil - buang tangkai & belah 2 bahagian atas sahaja
1 biji Lada Besar (Merah) - hiris
2 sudu besar Cili Boh
2 sudu besar Sos Cili
2 sudu besar Sos Tiram
1 helai daun limau purut
Sedikit Kicap
Sedikit perasa Pasti Sedap Knorr
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara-Cara :-

Goreng Ayam
  • Perap ayam dengan Tepung Tempura Bistara selama 30 minit
  • Selepas 30 minit, gaulkan atau golekkan ayam perap tadi ke dalam Tepung Tempura Bistari sekali lagi
  • Goreng ayam sehingga masak
Tumis Ayam

  • Masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis bawang putih & bawang besar..
  • Seterusnya masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak
  • Masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit kicap serta garam dan perasa Pasti Sedap Knorr secukup rasa.. Kacau rata..
  • Sekiranya terlalu kering, boleh masukkan sedikit air..
  • Kemudian, masukkan ayam, lada kecil, lada besar dan daun limau purut.. Kacau rata dan tunggu sehingga masak
  • Dah masak bolehlah dihidangkan..

Pasti Sedap Knorr Menyedapkan Lagi Masakan


Ni tip nak bagi kat korang.. Kalau nak sedapkan lagi masakan korang, pastikan korang guna Pasti Sedap Knorr barulah terangkat masakan korang tu.. Aku memang pengguna setia produk keluaran Knorr ni.. Bukan Pasti Sedap sahaja tetapi Chicken Stock dan Lime Flavoured Powder pun aku guna jugak..

Baca Sini : Chefmanship Akademi Mendidik Pengendali Makanan Dengan Pengurusan Sisa Dan Lebihan Makanan Sebelum Bulan Puasa


QuickEdit
Lea Azleeya
13 Comments

Tahukah Anda Kelebihan Berbuka Puasa Dengan Kurma?



Assalamualaikum wbt..

Korang dah ada stok kurma ke kat umah tu?? Kalau tak de lagik baik pergi la beli sebab banyak sangat manfaatnya bila kita berbuka dengan kurma... Kengkonon kan aku ni.. Aku pown baru jerk tahu sebenarnya.. Baru aje tadi aku search kat tenet manfaat berbuka puasa dengan kurma.. Nak jugak tahukan kelebihannya.. Rupanya banyak betul kelebihan bila kita berbuka dengan kurma.. Korang nak tau tak?? Meh sini ramai-ramai aku nak kongsi ngan korang ni... 


Tu dia.. Korang leh la baca lebih lanjut kat page Kevin Zahri.. Banyak jugak tips ramadhan dia bagi... hehe

Selamat berbuka untuk korang semua.. Berbuka dengan kurma dulu yeekkk...!! Jangan loopaaa...


QuickEdit
Lea Azleeya
3 Comments
[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)