BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength Baik Untuk Jantung, Otak dan Mata
Wednesday, March 24, 2021
BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength Baik Untuk Kesihatan Jantung, Otak dan Mata | Hi guys! Lama tak bercerita kat sini.. Rindu serindu rindunye... hehe.. Ok kali ni aku nak bercerita tentang supplement yang sedang aku amalkan untuk kekal sihat.. Supplement tambahan ni penting tau sebabnya macam aku sendiri, pengambilan makanan seharian bukanlah seimbang mana.. Memang tak terjaga sangat.. Sebab itulah, aku perlukan supplement tambahan untuk mencukupi apa yang tak cukup dalam badan aku ni.. hehe.. Ok, kali ni aku nak sembang tentang supplement minyak ikan pula.. Mesti korang dah familiar kan atau korang pun mengamalkannya juga..
Ingat lagi masa kecil-kecil dulu, ayah aku selalu sangat belikan supplement minyak ikan dalam bentuk cecair untuk kami adik beradik.. Katanya kami ni, kurus sangat.. Ikan pun tak berapa nak makan, asyik dok hadap ayam jerk.. Haha.. Sebab itulah, dia belikan minyak ikan untuk kami.. Paling tak boleh nak hadap minyak ikan perisa original yang warna putih, perghh nak telan tu bercita-cita... Tapi kena telan jugak.. Kalau tak, kena marah dengan ayah.. Haha.. Itu cerita zaman kanak-kanak dulu la.. Now, dah dewasa aku masih amalkan supplement minyak ikan ni tapi dalam bentuk softgel iaitu BiO-LiFE MaxX Fish Oil Double Strength..
BiO-LiFE MaxX Fish Oil Double Strength Baik Untuk Kesihatan Jantung, Otak dan Mata
Tahukah anda? Omega-3 merupakan sejenis kumpulan asid lemak poli tak tepu yang diperlukan oleh tubuh.. Kalau korang nak tahu, ianya tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita dan mesti diambil dalam diet harian kita.. So, diet kita mesti kena seimbang untuk dapatkannya.. Omega-3 ni memainkan peranan penting tau dalam fungsi otak, perkembangan dan tumbesaran juga memberi kebaikan kepada kesihatan kita seperti mengurangkan risiko penyakit jantung, mencegah kemurungan dan banyak lagi... Sebab itulah kita disarankan untuk mengambil satu sajian ikan dalam diet harian kita kerana ia dapat membantu pengambilan omega-3 yang mencukupi dalam diet seharian kita..
Kalau korang nak tahu, omega-3 boleh didapati daripada pelbagai sumber tetapi sumber yang paling kaya adalah daripada sumber ikan laut seperti :-
- Ikan tuna
- Ikan parang
- Ikan sardin
- Ikan kembung
- Ikan bilis
Bagi korang yang mungkin tiada masa untuk mengatur diet harian dengan seimbang atau mungkin ada juga yang tidak gemar makan ikan, bolehlah mengamalkan supplement minyak ikan.. Sekarang ni di pasaran terdapat pelbagai produk supplement omega-3 terutama dalam bentuk supplement minyak ikan.. Jadi, bagi korang yang mengalami kekurangan pengambilan kumpulan asid lemak penting daripada diet harian bolehlah mengambil supplement minyak ikan ni.. Supplement apa yang bagus? Ofkos la Bio-Life MaxX Fish Oil Double Strength guys!! Korang nampak tak perkataan 'double' tu.. Jom aku cerita.. hehe..
BiO-LiFE MaxX Fish Oil Double Strength
MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength adalah minyak ikan berkualiti berganda yang mengandungi asid lemak Omega-3 untuk menyokong fungsi normal badan yang sihat.. Asid lemak omega-3 diekstrak dari ikan laut dalam iaitu ikan bilis dan minyak ikan yang digunakan dibersih menggunakan proses penyulingan molekul..
Mengapa ia dipanggil "Double Strength"?
Minyak ikan 1000mg biasa menyediakan 180mg EPA dan 120mg DHA .. Oh ya, kalau korang nak tahu EPA dan DHA ini adalah sejenis Omega-3 ya.. Apa yang bagusnya BiO-LiFE MaxX Fish Oil Double Strength 1000mg ini adalah ia mengandungi 360mg EPA dan 240mg DHA dalam satu kapsul.. Jadi kandungan omega-3 nya 2 kali lebih pekat berbanding minyak ikan biasa..
Kelebihan MaxX Fish Oil Double Strength
- Mengandungi 2 kali ganda kepekatan Omega-3 EPA & DHA
- Berbentuk Omega-3 triglyceride, yang mudah diserap dan digunakan oleh badan
- Diproses melalui penyulingan molekul yang menghilangkan hampir semua kotoran dan bahan cemar dari minyak ikan mentah (safety & quality assurance)
- Dihasilkan daripada ikan bilis, salah satu ikan kecil laut dalam yang kaya dengan asid lemak omega-3
MaxX Fish Oil Double Strength ni merupakan kaedah yang paling mudah untuk kita ambil bagi meningkatkan pengambilan omega-3 untuk kekal sihat dan mengurangkan risiko penyakit jantung.. Bukan sahaja baik untuk jantung tau tetapi baik juga untuk otak dan juga mata.. Siapa yang disyorkan untuk mengambil MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength ni? Semua orang terutamanya orang yang kurang pengambilan ikan secara semulajadi dan orang yang ingin menjaga kesihatan..
Cara Pengambilan MaxX Fish Oil Double Strength
Dos yang disyorkan dalam pengambilan MaxX Fish Oil ini adalah :-
- Dewasa : Ambil 1 kapsul, 2 kali sehari selepas makan atau seperti yang disarankan oleh doktor atau ahli farmasi anda..
Dapatkan BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength Untuk Kekal Sihat
Ok, bagi korang yang ingin kekalkan kesihatan atau yang memang tak suka makan ikan, bolehlah amalkan BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength ini.. Kat mana nak dapatkannya? Orite, korang boleh dapatkan di farmasi berdekatan dengan korang dengan harga RM190 untuk satu box ini kat dalamnya ada 3 botol fish oil yang mengandungi 100 biji softgel bagi setiap botol.. (RM190 untuk 100s X 3)
Untuk maklumar lanjut, korang boleh layari : http://www.biolife.com.my/
BiO-LiFE Proutix Supplement Probiotik Khas Untuk Wanita | Jadi seorang wanita ni banyak cabaran dan dugaannya... Nampak mudah tapi sebenarnya tak seperti yang dilihat.. Tambahan pula bila sudah bergelar seorang isteri dan ibu ni, tanggungjawab yang digalas lebih berat dan mencabar.. Perkara paling penting yang harus aku kena jaga adalah kesihatan.. Sebab itulah aku mengamalkan supplement bagi memastikan kesihatan aku terjaga dan aku dapat menjalankan rutin harian aku dengan sempurna. Kat sini aku tak nak kongsikan semua supplement yang aku ambil tetapi aku nak share dengan korang satu supplement ni khas untuk kesihatan para wanita di luar sana.. Oh, wanita jom ambil tahu!
BiO-LiFE Proutix Supplement Probiotik Khas Untuk Wanita
Mungkin dikalangan kita pada hari ini memandang remeh tentang kesihatan dibahagian intim wanita.. Tahukah korang, amatlah penting bagi kita sebagai wanita menjaga bahagian tersebut dengan sebaiknya supaya tidak mengalami masalah yang lebih serius. Kali ni aku nak share dengan korang supplement probitik yang diformulasikan khas untuk meningkatkan kesihatan miss-v wanita..
Ada tak dikalangan korang yang mengalami kegatalan dibahagian miss-v? Kalau ada korang kena baca ni sampai habis ye.. Macam aku sendiri pernah mengalaminya terutama semasa mengandung.. Amatlah tidak selesa bila berlakunya kegatalan dibahagian tersebut.. Segala aktiviti yang dilakukan pun rasa tak kena dan tak selesa.. Apa puncanya? Ok kalau korang nak tahu, rawatan antibiotik boleh mengubah bakteria protektif (Laktobacilli) dalam vagina dan menggalakan pembiakan Candida yang berlebihan. Pengeluaran hormon estrogen dan progesterone yang tinggi semasa mengandung merendahkan tindakbalas imuniti dan seterusnya boleh meningkatkan peluang untuk mendapat jangkitan kulat pada miss-v yang menyebabkan kegatalan berlaku..
Adakah miss-v kita sihat?
Kalau korang nak tahu, dalam faraj wanita yang sihat, ia terdiri daripada keseimbangan bakteria bermanfaat yang sihat umumnya dikuasai oleh lactobacillus yang dapat membantu mengekalkan persekitaran miss-v yang sihat dan mencegah jangkitan pada miss-v kita...
BiO-LiFE Proutix Dengan Probiotik Membantu Miss-V Kekal Sihat
Proutix adalah suplemen probiotik yang dirumus khas untuk kesihatan wanita. Proutix ™ mengandungi 2 strain yang dikaji secara klinikal, Lactobacillus rhamnosus GR-1 dan Lactobacillus reuteri RC-14 untuk membantu meningkatkan kesihatan wanita.
Tahukah anda? Dengan mengambil probiotik dapat membantu menghasilkan semula bakteria bermanfaat dan mengembalikan keseimbangan mikrobiota miss-v yang terganggu. Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan oral Lactobacillus rhamnosus GR-1 dan Lactobacillus reuteri RC-14 selama 4 minggu telah meningkatkan populasi bakteria bermanfaat secara signifikan dalam flora miss-v. Ia dapat membantu melindungi kesihatan miss-v melalui beberapa mekanisme :-
- Mengekalkan keasidan miss-v pada pH 3.8 - 4.4 yang menyokong pertumbuhan bakteria bermanfaat tetapi mengurangkan pertumbuhan bakteria jahat
- Membentuk penghalang semulajadi terhadap bakteria jahat di permukaan dinding faraj
- Menghasilkan bahan antimikroba dan hidrogen peroksida yang membunuh bakteria jahat
- Disahkan HALAL
- Selamat untuk penggunaan jangka panjang
- Sesuai untuk wanita hamil
- Strain probiotik iaitu Lactobacillus rhamnosus GR-1 dan Lactobacillus reuteri RC-14 terbukti secara klinikal
- Kembalikan keseimbangan mikroflora dalam sistem urogenital wanita
- Mengurangkan risiko mendapat ketidakselesaan urogenital
Tanda, Rawatan dan Pencegahan Penyakit Tibi (Tuberkulosis)
Sunday, March 14, 2021
Bagaimana Cara Kenal Pasti Madu Asli? | Zaman sekarang memang banyak yang palsu dari yang originalnya.. Begitu juga al kesahnya dengan madu ni.. Terlalu banyak yang palsu dijual dengan tanpa rasa bersalah.. Kita yang tak ada ilmu tentang madu ni seringkali tertipu oleh peniaga-peniaga yang tak bertanggungjawab..
- Madu Asli mempunyai kandungan gula yang spesifik yang dapat mengubah sudut putaran cahaya terpolarisasi...
- Masu Asli bersifat menyerap air, jika madu dibiarkan terbuka pada tempat dengan kelembapan udara tinggi maka madu akan bertambah cair..
- Madu Asli jika dituangkan ke dalam air suam, ianya tidak akan pecah atau air akan tetap jernih sebelum dikacau... Bagi madu yang sudah dicampur akan lebih cepat keruh...
- Sifat-sifat umum madu yang umumnya dipalsukan adalah seperti sifat madu yang dapat membuatkan telur masak, tidak beku, tidak menyerap kertas atau jika digancang mengeluarkan gas.
- Kandungan madu yang juga tidak dapat dipalsukan adalah adanya kandungan Enzim Diatase. Kandungan diatase inilah salah satu cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak kerana enzim ini hanya dapat dihasilkan dari kelenjar ludah atau air ludah lebah.. Namun hanya ujian di makmal sahaja yang dapat mengenalpasti sifat tersebut.
Jom tengok video ni pulak bagi membezakan Madu Asli dan Palsu :-
Jadilah pengguna yang bijak..!! Pastikan produk madu yang dibeli di pasaran telah melalui ujian ketulenan dari institusi yang diiktiraf..
Pastikan yang Asli baru beli..!!
CREDIT PAGE : ILMU MADU ASLI