6 Produk Skincare Terbaik di Malaysia Yang Perlu Anda Cuba!

Saturday, October 23, 2021

6 Produk Skincare Terbaik di Malaysia Yang Perlu Anda Cuba!  |  Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan kerana setiap wanita dalam dunia ini sudah pastinya ingin memiliki kulit yang cantik.. Tanyalah pada mana-mana wanita sekalipun dalam dunia ni, aku yakin semua akan menyatakan ingin memiliki kulit yang cantik, flawless dan glowing sepanjang masa.. Yang dah memang dilahirkan memiliki kulit yang cantik, korang kena bersyukur tau.. Tak perlu nak bersusah payah untuk mencari cara untuk mencantikkan kulit..

Kulit yang cantik adalah kulit yang sihat.. Jadi, korang kena perlu bijak dalam memilih sesuatu produk dengan mengambil tahu terlebih dahulu jenis kulit dan keperluan kulit korang.. Di pasaran sekarang, terdapat pelbagai jenis produk skincare yang dapat membantu kulit korang menjadi lebih sihat dan cantik.. Di sini aku senaraikan produk skincare terbaik di Malaysia yang berkesan dan selamat digunakan. (Psst.. Skincare ni semua tak sesuai bawa pergi umrah tau. Sebab ada pewangi)

6 Produk Skincare Terbaik di Malaysia

1.  Nurraysa Collagen Soap

6 Produk Skincare Terbaik di Malaysia Yang Perlu Anda Cuba!




Nurraysa merupakan jenama produk kosmetik mesra wuduk yang diasaskan oleh seorang wanita berniqab iaitu Puan Nur Aini Zolkepeli yang berasal dari Dungun, Terengganu.. Untuk produk Nurraysa ni, aku dah cuba Nurraysa Collagen Soap.. Alhamdulillah serasi dengan muka aku tanpa ada kesan sampingan.. Aku menggunakan sabun kolagen ni disebabkan hasutan berjaya kakak aku.. hehe.. Dia juga serasi dengan sabun muka ni..

Nurraysa Collagen Soap ini tidak mengeringkan kulit malah ia membantu melembapkan kulit muka kerana ia mengandungi bahan pelembap kulit muka terbaik.. Selain itu, ia juga membantu membuang sel-sel kulit mati, membaiki struktur kulit dari dalam, membantu kulit wajah agar lebih segar, menarik, tidak kusam dan kelihatan lebih cerah, membantu mengurangkan masalah kulit, tanpa SLES dan sesuai untuk semua peringkat umur.. Satu lagi, sabun kolagen ini juga dapat memudarkan jeragat dengan penggunaan yang konsisten..


2.  Sendayu Tinggi Whitening Pearl Cream SPF15

6 Produk Skincare Terbaik di Malaysia Yang Perlu Anda Cuba!

Whitening Pearl Cream dari Sendayu Tinggi ni memang aku pakai sampai sekarang dan kesannya memang ohsem! Rasanya inilah cream muka terbaik pernah aku pakai.. Lagi pun Pearl Cream ni memang antara krim muka yang mendapat sambutan dari pengguna di Malaysia.. Pendek kata, pearl cream Sendayu Tinggi ni dah menjadi sebutan wanita-wanita di Malaysia dek kerana keberkesanannya.. Produk Sendayu Tinggi ni diasaskan oleh Puan Rozita Ibrahim yang juga merupakan ibu kepada Pengasas produk D'Herbs..

Tekstur Whitening Pearl Cream ni sangat lembut dan sangat mudah diapply kat muka pada setiap hari.. Diformulasi dengan ekstrak pearl untuk membantu mencerah dan memutihkan kulit secara semulajadi dengan penggunaan yang konsisten.. Nak cantik kenalah konsisten.. Cream ini juga mempunyai SPF15 untuk melindungi kulit muka selama 4 jam daripada sinar UV.. Selain itu, ia juga membantu memudarkan parut dan pigmentasi.. Pearl Cream ni selamat digunakan tau kerana tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan bebas Paraben..

Bukan Whitening Pearl Cream ni aje tau yang aku guna.. Ada beberapa lagi produk Sendayu Tinggi yang aku guna.. Semuanya serasi dengan kulit muka aku..






3.  MYLARA Skincare

6 Produk Skincare Terbaik di Malaysia Yang Perlu Anda Cuba!

MYLARA Skincare pilihan terbaik untuk merawat masalah kulit wajah. Nak pilih skincare ni kenalah pastikan produk tersebut tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan selamat digunakan.. Nak ini aku perkenalkan pada korang skincare yang selamat digunakan, MYLARA Skincare yang diperbuat daripada bahan organik dan berkesan merawat masalah kulit seperti kulit kusam, kulit berminyak, jerawat, jeragat, parut jerawat dan hiperpigmentasi..

Kalau korang nak tahu, MYLARA Skincare ni diasaskan oleh doktor dimana hasil gabungan tenaga profesional dalam merumuskan formulasi set penjagaan wajah untuk kekal sihat dan terawat. Mereka memiliki doktor dan staf-staf yang mahir dalam bidang masing-masing yang boleh consult korang jika korang menghadapi sebarang masalah kulit.. MYLARA Skincare ini dirumus dari ekstrak tumbuhan dan buah sesuai digunakan untuk semua jenis kulit wajah seawal usia 14 tahun dan keatas. Produk ini tak diuji pada haiwan tau ia diuji secara klinical dari aspek keberkesanan dan keselamatan berlandaskan syarat-syarat pengilang GMP..

Info di SINI

4.  Dr. Beau Pure Natural Skin Oil

6 Produk Skincare Terbaik di Malaysia Yang Perlu Anda Cuba!

Satu lagi produk yang aku pernah guna iaitu Dr. Beau Pure Natural Skin Oil.. Ini merupakan serum muka yang paling berkesan untuk merawat jerawat dan jeragat.. Lama jugak aku guna serum ni dengan tujuan untuk hilangkan jeragat kat muka aku ni.. Walaupun jeragat tak serius mana, tapi langkah awal tu perlu aku ambil dan serum inilah jalan penyelesaiannya..

Dr. Beau serum ni didatangkan dalam bentuk softgel dimana kualiti dan tahap kebersihannya terjaga dengan baik.. Serum muka terbaik ini dikeluarkan oleh sebuah syarikat bumiputera iaitu Teja Herbs dimana serum ini dirumus khas dari sumber Vitamin E ekstrak herba semulajadi yang terbukti berkesan dan telah digunakan oleh ramai selebriti dan pakar kecantikan di dunia.. Serum ni selamat digunakan tau dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.

Antara manfaat yang korang akan dapat bila guna serum wajah ni adalah ia mampu merawat masalah kulit kusam, membantu memudarkan jeragat yang kronik, menghilangkan jerawat dan parut jerawat, merawat kulit sunburn, menghilangkan lebam bawah mata, melembapkan kulit, merawat parut akibat melecur, merawat ekzema dan mengatasi masalah biji kolestrol..

Info di SINI & SINI

5. WOWSKIN Vitamins Serum Set

6 Produk Skincare Terbaik di Malaysia Yang Perlu Anda Cuba!

Nak kulit cantik, korang boleh cuba WOWSKIN Vitamins Serum Set ni.. Ini merupakan serum muka terbaik pernah aku cuba.. Bukan aku sahaja yang cuba tetapi adik aku juga serasi dengan serum wajah ni.. Dalam set ni ada dua jenis serum iaitu Day Serum dan Night Serum.. Day Serum mengandungi Vitamin B3, C & E manakala Night Serum pula mengandungi Vitamin A & D.. Biasa kalau pakai serum, satu jenis je.. WOWSKIN ni istimewa sikit sebab ada dua jenis serum untuk penggunaan siang dan malam..

Serum muka yang diasaskan oleh Encik Muhammad Zukermi bin Edi ini sangat berkesan untuk menghilangkan kemerahan akibat keradangan kulit atau jerawat, meningkatkan penghasilan kolagen, membaiki tekstur kulit, melembapkan kulit, menegangkan kulit, menghilangkan sunburn, kulit jadi glowing, melambatkan proses penuaan, kulit menjadi lembut dan gebu, mengurangkan kadar penghasilan sebum atau minyak pada wajah, mempercepatkan kadar penyembuhan dan pengeringan jerawat dan membaiki sel kulit. Satu lagi yang bagusnya serum ni, ia selamat digunakan oleh ibu mengandung dan menyusu..

Info di SINI

6.  Cosmoderm

6 Produk Skincare Terbaik di Malaysia Yang Perlu Anda Cuba!


Rasanya semua pun dah familiar dengan jenama skincare yang satu ni kan.. Skincare yang semakin mendapat tempat dihati pengguna di Malaysia iaitu Cosmoderm.. Aku sendiri pun pernah menggunakan skincare Cosmoderm ni sebabnya ramai pelanggan mereka yang memberi feedback yang positif tentang keberkesanan produk ini.. Jadi, aku sendiri teruja untuk mencubanya.. Lagi pun produk Cosmoderm ini selamat digunakan kerana tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya..

Nak kulit cantik dan sihat kenalah tahu dulu kulit korang jenis yang mana satu.. Bagi yang mempunyai kulit jenis normal dan kombinasi, bolehlah cuba set Vitamin E-Basic ni.. Set ini membantu memudarkan parut, meratakan tona kulit, meneutralkan radikal bebas dan memulihkan sel-sel kulit agar kulit menjadi sihat tanpa cela.. Bila kulit sihat, terselahlah kecantikannya nanti..

Tips Memilih Skincare Yang Sesuai


6 Produk Skincare Terbaik di Malaysia Yang Perlu Anda Cuba!

Dalam memilih skincare, perkara yang paling penting adalah memastikan ianya sesuai dengan jenis kulit muka kita... Aku juga beberapa kali tersasar dalam memilih kesesuaian skincare dengan kulit muka aku, akibatnya muka breakout teruk.. Time tu mulalah rasa down.. Nak pulihkan semula bukan mengambil masa sehari dua malah berbulan-bulan dengan penjagaan yang rapi barulah boleh dapat balik kulit muka yang sihat.. Jadi, korang berhati-hatilah dalam memilih skincare.. Pastikan ianya sesuai dengan kulit muka korang.. Kat sini aku nak share dengan korang tips memilih skincare yang sesuai..

1.  Jenis kulit

6 Produk Skincare Terbaik di Malaysia Yang Perlu Anda Cuba!

Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza-beza.. Ada yang berkulit kering, berminyak, kombinasi atau normal.. Bagi yang jenis kulit normal, mereka beruntung kerana banyak skincare yang mereka boleh guna dengan senang hati.. Jadi, sebelum memilih skincare amat penting untuk kenali jenis kulit wajah kita terlebih dahulu.. Bila dah tahu jenis kulit, barulah boleh tentukan skincare apa yang sesuai dengan jenis kulit kita...

Jenis kulit wajah aku adalah dari jenis kulit kombinasi.. Ada bahagian berminyak dan ada bahagian yang kering.. So, aku kene pastikan skincare yang aku pilih adalah untuk kulit yang kombinasi.. Kalau korang tak pasti jenis kulit muka korang, bolehlah terus jumpa pakar dermatologi untuk check jenis kulit muka korang..

2.  Kulit sensitif paling berisiko

6 Produk Skincare Terbaik di Malaysia Yang Perlu Anda Cuba!

Selalunya dikalangan kengkawan aku, mereka yang berkulit sensitiflah yang selalu merungut tentang skincare.. Ada saja yang tak kena dan tak sesuai.. Sememangnya orang yang mempunyai kulit yang sensitif perlu penjagaan yang lebih rapi kerana jika tersalah memilih skincare padah akibatnya.. Kebiasaannya, orang yang berkulit sensitif ni lebih sesuai dengan skincare dari jenis organik dan pastikan juga ianya berlabel untuk kulit sensitif, hipoalerginik dan bebas daripada pewangi..

3.  Bebas bahan kimia berbahaya

6 Produk Skincare Terbaik di Malaysia Yang Perlu Anda Cuba!

Sekarang ni kat pasaran terdapat lambakan skincare tak kiralah dari local product atau dari luar... Antara produk-produk yang ada dijual di pasaran sekarang banyak juga yang mengandungi bahan kimia berbahaya.. Antara bahan kimia yang terlarang adalah seperti hidrokinon, merkuri, paraben dan tretonoin yang akan memberi kesan buruk pada kulit kita malah juga pada kesihatan kita.. Jadi, sebolehnya elaklah dari memilih produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya.. Pastikan ianya bebas bahan kimia..

Nak tahu produk tu selamat ke tak, korang boleh check sendiri di laman web Farmasi Malaysia.. Sebelum muka bertukar menjadi 'hantu' lebih baik korang pastikan dulu skincare yang korang beli tu selamat ke tidak digunakan.. Jangan terlalu memandang remeh akan hal ni ye..

4.  Kenali kandungan produk

6 Produk Skincare Terbaik di Malaysia Yang Perlu Anda Cuba!

Perkara pertama yang aku akan tengok bila beli sesuatu produk adalah kandungannya.. Aku akan pastikan apakah bahan aktif yang terdapat dalam produk tersebut.. Kebiasaannya aku akan pilih produk yang mengandungi bahan aktif yang telah terbukti berkesan secara klinikal.. Ia lebih meyakinkan dan rasa selamat digunakan..  Bahan aktif yang selalu terdapat dalam sesuatu produk yang bagus adalah seperti Vitamin A, Vitamin B & B5, Vitamin C dan Vitamin E.

5.  Lihat testimoni sebenar pengguna


6 Produk Skincare Terbaik di Malaysia Yang Perlu Anda Cuba!

Step terakhir yang selalu aku buat adalah baca testimoni sebenar pengguna.. Bila dah tau jenis kulit dan dah listkan skincare mana menjadi pilihan, bolehlah belek-belek testimoni pengguna.. Pastikan testimoni tu adalah honest review dari pengguna bukan yang palsu.. Kalau dapat dengar sendiri pengalaman dorang guna skincare tersebut lagi bagus.. Bila dah tau keberkesanan dan tahap selamat produk tersebut bolehlah memilih..

6 Produk Skincare Terbaik di Malaysia Yang Perlu Anda Cuba!

Oklah, 6 produk skincare terbaik dah pun aku kongsikan dan tip memilih skincare yang sesuai pun dah aku share dekat sini.. Kuasa memilih adalah ditangan korang sendiri.. Moga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat membantu korang dalam mencari skincare yang sesuai dan terbaik untuk korang.. Perlu diingat ye, setiap dari kita mempunyai kulit yang berbeza-beza.. Keberkesanan sesuatu produk juga berbeza-beza.. Mungkin sesuai dengan dia tetapi bukan dengan kita.. So, perlu cuba sendiri baru tahu keberkesanan dan kesesuaiannya.. Nak memilih tu haruslah berhati-hati dan sesuai dengan jenis kulit muka kita.. Kalau tak pasti, mintalah nasihat dari pakar..



13 comments:

  1. Pearl Cream by Sendayu Tinggi tu sana sini dengar orang kata bagus. huhu trigger btol nak cuba ni...

    ReplyDelete
  2. Sendayu tinggu tu nampak macam menarik . CR pakai yg foundation doll skin tu. Yg pearl cream ni bleh jadikan foundation jgk ke ?

    ReplyDelete
  3. Nak cari yang sesuai dengan kulit kita kena cuba satu persatu.. Kawan kakinya PC kata kena berani.. Hehe.. Tapi takut juga nak cuba sebab merisikokan muka.. Kena teliti betul-betul produk yang nak dicubakan Lea.

    ReplyDelete
  4. Testimoni yang baik dr pelanggan sebenarnya yang trigger rasa nak cuba tu lebih tinggi..sampai pujuk suami utk beli tau..selalu kena, bila ada produk viral je nak cuba wakaaka..

    ReplyDelete
  5. cosmoderm tu cam okay.. yang lenlain tu tak cuba..

    ReplyDelete
  6. sama Lea..akak pun bila nk pilih skincare, mmg tengok kandungan dia & testimoni. Rasa konfiden baru akak cuba..

    ReplyDelete
  7. saya pernah cuba Sendayu Tinggi punya range..
    okay juga. cuma mahal sikit nak maintain.. but they work wonderss..

    ReplyDelete
  8. Nurraysa dan wowskin je pernah cuba. So far kesan dia bagus.

    ReplyDelete
  9. Thank you kak lea share. Saya mencari juga produk malaysia yang okay.

    ReplyDelete
  10. mylara sesuai utk semua jenis kulit ke? mana lg brkesan antara mylara dengan sendayu?

    ReplyDelete
  11. Anak rusa lari sekawan,
    Mencari makan di dalam hutan;
    Biar muka manis menawan,
    Jadi rupawan jadi perhatian.

    ReplyDelete