Semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online Melalui SAPS

Monday, October 30, 2017

13 comments
Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online Melalui SAPS  |  Dalam era teknologi yang serba canggih ini dan zaman maklumat di hujung jari, pencarian dan penyampaian maklumat secara cepat dan tepat adalah penting.. Ia dapat menjimatkan masa dan meningkatkan kecekapan semua pihak di samping memberikan kemudahan untuk mengakses maklumat pada bila-bila masa dan di mana sahaja.. Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memudahkan para ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah untuk membuat semakan keputusan peperiksaan secara online dengan memperkenalkan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

saps ibu bapa, sistem analisis peperiksaan sekolah, kementerian pendidikan malaysia, saps, semak keputusan peperiksaan, keputusan peperiksaan online
Semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online Melalui SAPS 

Apa itu SAPS Ibu Bapa?
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan satu sistem online yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyimpan data-data peperiksaan sekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini boleh memudahkan ibu bapa dan pelajar membuat semakan keputusan peperiksaan, serta guru untuk memasukkan markah peperiksaan secara online.. Sistem SAPS ini juga boleh diakses dan digunapakai oleh pihak sekolah, KPM, JPN dan PPD..

Aku yakin ini adalah satu berita baik buat ibu bapa diluar sana terutamanya bagi mereka yang terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga tak punya masa untuk melihat atau mengambil keputusan anak-anak di sekolah.. Betul tak? Sekarang ibu bapa dah boleh semak keputusan anak-anak secara online sahaja.. Tak perlu lagi ke sekolah.. Hanya perlu berada di depan PC mahupun smartphone dah boleh mengetahui dan memantau perkembangan prestasi pelajaran anak-anak... Sangat mudah kan.. Segalanya hanya di hujung jari sahaja.. Jimat masa dan tenaga.. Dah tahu cara semak? Haa kalau belum tahu, jom lihat cara semaknya..

Cara Semakan SAPS Ibu Bapa

Ok, sebelum aku ajarkan cara semakan aku nak maklumkan terlebih dahulu bahawa semakan keputusan peperiksaan secara online ini hanya melibatkan pelajar sekolah rendah dari darjah 1 hingga 6 dan sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 5 sahaja.. Segala keputusan peperiksaan boleh disemak melalui laman SAPS kecuali peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM.. Keputusan bagi ketiga-tiga peperiksaan awam ini hanya boleh diambil di sekolah sahaja ok!.. Jom belajar cara semak..

Langkah-langkah Menyemak Keputusan Peperiksaan Pelajar 

Ibubapa/penjaga boleh membuat semakan dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut :-

1Layari laman web SAPS Ibu bapa di https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/



2.  Masukkan No. Kad Pengenalan/Sijil Lahir pelajar dan klik 'Cari'..


3. Pilih negeri dan klik 'Cari Di Sini' untuk cari nama sekolah.. Dah jumpa nama sekolah, klik 'Semak'..


4. Pilih tahun peperiksaan..


5. Pilih jenis peperiksaan... Seterusnya klik 'Papar Slip Keputusan' untuk lihat keputusan peperiksaan dan klik 'Papar Markah Peperiksaan' untuk lihat semua markah bagi setiap peperiksaan yang telah diduduki pada tahun tersebut..


Contoh paparan Slip Keputusan dan Analisa Markah Peperiksaan


Mudahkan.. Dengan adanya SAPS Ibu Bapa ni, rasanya tiada alasan lagi untuk ibu bapa beralasan tidak ada masa mengikuti perkembangan prestasi akademik anak-anak kerana sistem ini boleh digunakan dimana sahaja anda berada... Janji ada talian internet.. Hehe.. 

Selain SAPS, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah menubuhkan satu lagi laman web iaitu sistemkpm.com.. Mesti korang tertanya-tanya kan apa tujuan laman web tersebut ditubuhkan... Jadi, di sini aku ceritakan serba sedikit berkenaan laman web tersebut..



Sistemkpm.com merupakan sebuah forum yang baru ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membekalkan informasi berkenaan sistem-sistem KPM... Sebelum ini, kakitangan kerajaan seperti guru-guru terpaksa menghantar email untuk pertanyaan dan menunggu agak lama untuk mendapatkan jawapan.. Jadi, dengan adanya forum ini, segala pertanyaan yang sering diajukan tidak perlu lagi ditujukan kepada pegawai melalui email..

Nampaknya segalanya akan menjadi lebih mudah selepas ini dengan adanya forum seperti ini.. Kenapa lebih mudah? Yelah, hanya melalui forum ini segala pertanyaan dan permasalahan yang berkaitan ada jawapannya.. Betul tak? Tapi apa kaitannya sistemkpm.com ini dengan SAPS Ibu Bapa? Ada kaitannya... Melalui sistemkpm.com ini juga, korang boleh dapatkan maklumat terperinci tentang SAPS Ibu Bapa... Lihat anak panah dalam gambar diatas... Itulah kaitannya.. Hehe.. Jadi, dengan hanya melayari laman web sistemkpm.com ini, korang dapat pelbagai maklumat.. Mudahkan...

Oklah, aku harap artikel ini dapat membantu dalam menyemak keputusan peperiksaan anak-anak anda.. Semoga dengan adanya sistem ini, ianya akan menjadi titik tolak kepada ibu bapa dalam memantau perkembangan prestasi akademik anak-anak dan lebih mengambil berat tentang pelajaran mereka.. Sekaligus dapat mengatur jadual pembelajaran anak dengan lebih baik mengikut prestasi mereka.. 


Read More

Tuala Sulaman Hadiah Dari Geng Blogger Pantai Timur

Thursday, October 26, 2017

15 comments
Tuala Sulaman Hadiah Dari Geng Blogger Pantai Timur  |  Baru-baru ni aku terima satu kejutan dari geng Blogger Pantai Timur.. Ini bukan sikit-sikit punye terkejut, tetapi ini terkejut tahap berdarah hidung... Apakah kejutan tu? Begini ceritanya.............. 6 hari yang lalu aku telah terima satu parcel dari abam poslaju.. Terfikir-fikir, parcel apa.. Sedangkan aku tak de pulak shopping apa-apa time tu..  Atau barang untuk di review yang tetiba jerk sampai... Jadi, dengan rasa ingin tahu, aku pun bukak la parcel tersebut..

hadiah, hadiah baby, tuala sulaman cantik,
Tuala Sulaman Hadiah Dari Geng Blogger Pantai Timur

Dan inilah barang yang dok dalam parcel itu.. Set tuala bersulam nama... Otak kembali ligat berfikir.. Rasanya tak de pulak aku tempah tuala ni.. Oh, ritu ada join giveaway merdeka yang hadiahnya tuala sulam ni.. Tapiiii, aku tak menang pun.. Haha!! Habis dari siapa??

Lastnya, aku baru teringat... Sis Hawa ada dok sebut satu ayat yang boleh mendatangkan kecurigaan masa dok wasap dengan dia pada hari tersebut.... Ngehh ngehh ngehh.. Dah dapat klu disitu... Sis hawa kasi ke?? OMG!! Tak sangka.. Terus wasap dia ucap terima kasih dan dia cakap hadiah tersebut dari geng #bloggerpantaitimur.. Dorang seikhlas hati kumpul duit dan Sis Hawa tempah tuala tu..

Allahuakbar... Tak sangka betul.. Ini betul-betul sebuah kejutan yang maha dasyat.. Haha ayat tak leh blah kan aku ni.. hehe.. Tapi serius, sangat terkejut dengan hadiah ni dan sangat-sangat terharu... TQ so much buat semua kengkawan dalam team Blogger Pantai Timur... Sayang korang ketat-ketat dan selalu layan aku dengan baik tanpa ada prejudis... cewahhh..

Jom pakat kenal dengan blogger pantai timur.. Dorang semuanya baik dan friendly.. Tak sombong.... Siapa mereka?? Jom kenal..


BLOGGER PANTAI TIMUR (BPT)
******************************
GEGEL
*******










11. RABIAH
www.robiahtul.blogspot.com





16. AYUNI RAFILAH
www.yunfila.com











BOBOY
*******

2. ABE KIE
www.zukidin.com

3. ABE JAQ
www.abejaq.com


5. AMAR RAZALI
www.marblemomo.blogspot




Read More

Royale Nu Diamant Serum Plus+ Produk Terbaik Rawat Jeragat Dengan Berkesan

Tuesday, October 24, 2017

24 comments
Royale Nu Diamant Serum Plus+ Produk Terbaik Rawat Jeragat Dengan Berkesan  |  Menjadi mimpi ngeri bagi kita kaum hawa bila jeragat mula menampakkan 'dirinya' diwajah.. Lagi ngeri bila jeragat tersebut jelas kelihatan dan bertompok-tompok sehingga hilang keyakinan diri.. Bertambah-tambah ngeri lagi bila ada yang menegur tentang jeragat yang ketara di wajah dan menyatakan kita nampak tua dari usia sebenar... (ehh berapa banyak ngeri daaaa).. OMG!! Malunyaaa... Dah bermacam petua diamalkan tetapi jeragat masih tak hilang!! Haaa ada tak yang mengalami keadaan macam ni?? Kalau ada, korang dah tak perlu risau, aku dah jumpa produk terbaik rawat jeragat dengan berkesan sebab aku pun menghadapi masalah jeragat ni cuma belum sampai tahap bertompok-tompok lagi.. Sebelum ia melarat, lebih baik kita rawat dengan segera.. Tak gitu?
 
serum plus, royale nu diamant, produk rawat jeragat, produk terbaik rawat jeragat, produk bagus rawat jeragat, serum, serum jeragat, Royale Nu Diamant Serum Plus+, apple stem cell, rumpai laut, serum halal, serum 3in1, skincare,
Royale Nu Diamant Serum Plus+ Produk Terbaik Rawat Jeragat Dengan Berkesan

Punca Utama Pembentukan Jeragat  

Sebelum aku perkenalkan produk tersebut, mari kita sama-sama ketahui apa punca utama pembentukan jeragat.. Antaranya ialah :-
  • Pendedahan kepada cahaya matahari  - Sinaran UV pada cahaya matahari mampu merosakkan kulit & merangsang pembentukan jeragat. Gunakan krim sunblock pada waktu siang untuk melindungi kulit dari bahaya UV   
  • Stress - Gangguan emosi boleh merangsang pembentukan jeragat akibat ketidakstabilan hormon dalam badan. Adakalanya jeragat itu sendiri yang membuatkan kita stress. Ambillah sedikit masa untuk bercuti & berehat untuk mengurangkan tekanan kerja. Bersabar dan terus ikhtiar mencari solusi jeragat   
  • Kesan sampingan produk kecantikan - Penggunaan produk kecantikan yang mempunyai kandungan bahan kimia terlarang & berbahaya akan merangsang pembentukan jeragat. Lebih menerukkan lagi, bahan-bahan terlarang ini boleh merosakkan kulit kita.  Pastikan produk yang dipilih memiliki kelulusan KKM   
  • Pil hormon - Kajian membuktikan pil yang mengandungi estrogen & progesterone menyebabkan pembentukan jeragat   
  • Kehamilan - Wanita hamil atau selepas bersalin lebih cenderung untuk menghadapi masalah jeragat akibat ketidakstabilan hormon.. 

Waahh nampaknya kesemua punca di atas memang aku hadapi dan alami.. Patutlah jeragat semakin banyak tumbuh di muka aku ni bak cendawan tumbuh selepas hujan.. Cewahh berperibahasa pulak aku ye.. Tapi serius, memang jeragat makin banyak di muka dan leher aku sekarang cuma belum ditahap yang kronik aje lagi.. Nasib baik aku dah jumpa produk terbaik untuk rawat jeragat aku ni.. 


Royale Nu Diamant Serum Plus+ Produk Terbaik Rawat Jeragat Dengan Berkesan


Apa yang aku tahu, epal hijau sememangnya mengandungi khasiat tersendiri untuk kecantikan kulit wajah.. Ia kaya dengan antioksidan yang baik untuk merawat bintik-bintik hitam/putih, menghilangkan lingkaran bawah mata, memperbaiki tekstur kulit, merawat jerawat, jeragat, kulit kering, kusam, kedutan dan pelbagai lagi.. Banyak produk kecantikan dipasaran sekarang menggunakan epal hijau sebagai bahan utamanya termasuklah produk keluaran Royale Nu Diamant ini iaitu Serum Plus+..


Royale Nu Diamant Serum Plus+ ini diperkaya dengan Apple Stem Cell dan Rumpai Laut yang bertindak dengan dwi tindakan membantu melambatkan proses penuaan agar kelihatan awet muda dan membantu mempercepatkan pembersihan sel kulit mati dan merangsang pembentukan sel-sel baru bagi merawat jeragat dan kedutan seawal 7 hari... Selain itu, serum ini juga boleh merawat kulit kering, tona tak sekata, liang pori terbuka dan parut jerawat..

Apa yang menarik, Serum Plus+ ini boleh gunakan tanpa was-was dan tiada kesan sampingan kerana telah mendapat kelulusan KKM dan Sijil Halal dari JAKIM.. Tapi bagi korang yang ada menggunakan serum lain dan ingin bertukar kepada Serum Plus+, dinasihatkan agar stop dulu penggunaan serum lama selama 2 minggu kemudian baru guna Serum Plus+ ini agar kulit muka kita bebas terlebih dahulu sebelum menerima dan menyerap khasiat dari serum yang baru... Barulah cepat berkesan.. Apa yang best lagi, Serum ini juga boleh digunakan dengan produk skincare yang lain cumanya tidak boleh dicampur dengan penggunaan serum lain dan sesuai untuk semua jenis kulit.. Memang terbaik kan..!!

4 Manfaat Royale Nu Diamant Serum Plus+
  • Membantu kulit muka bebas jeragat punca tona muka tak sekata dan bermisai supaya muka kelihatan bersih dan sekata
  • Menghilangkan kedutan punca muka nampak kusam & tua dari usia supaya muka kembali remaja
  • Mengecilkan liang pori punca muka berminyak dan berjerawat agar muka nampak flawless dan glowing
  • Memudarkan parut & strectcmark punca kecacatan kulit agar kulit nampak bersih dan licin


Keunikan & Kelebihan Royale Nu Diamant Serum Plus+ 
  • Bahan utama Apple Uttwiller Spatlauber hanya terdapat di Pergunungan Alps Swiss Utara. Meransang penghasilan sel baru merawat jeragat & kedutan   
  • Diadun dengan rumpai laut (Phycojuvenine) yang merangsang pembentukan sel baru & kolagen kulit (Double Effect Serum)   
  • Teknologi PhytoCellTecTM mengambil ekstrak terbaik sahaja dalam sebiji apple. Lebih pekat dan berkualiti dengan 1 botol untuk memberi kesan optimum.   
  • Dihasilkan dalam bentuk serum iaitu molekul halus. Mudah meresap sampai ke akar supaya kesan lagi cepat.   
  • 3 in 1 (toner, serum & moisturizer). Jimat wang & masa dengan hanya 1 botol serum. Tidak perlu guna toner & moisturizer.   
  • Bahan asas yang diuji di dalam makmal dan dikaji secara klinikal serta penghasilan produk dipantau oleh “in-house doctor”   
  • Halal dari JAKIM (MS2200-2008 1042-03/2015). Gunakan tanpa was-was.   
  • Diluluskan oleh KKM (NOT160101410K). Tidak perlu risau tiada barang terlarang. Bebas hydroquinone dan merkuri.   
  • Bungkusan dalam bentuk spray. Kemas, rapi dan tidak akan tertumpah.   
  • Sumbangan ke Kompleks Tahfiz Darul Tuba bagi setiap pembelian Serum Plus+ membeli sambil beramal.   

Apakah Rahsia Keberkesanan Serum Plus+?   

Sekitar tahun 2003, saintis telah menemui sejenis epal yang unik di pergunungan Alps, Switzerland Utara. Epal ini memiliki ciri-ciri yang luar biasa. Apabila epal yang masih tergantung dipohonnya ini dirosakkan kulitnya, kecacatan pada kulit epal ini tersembuh secara semulajadi dan apabila epal ini dipetik dari pohonnya, epal ini kekal segar untuk berbulan lamanya, berbeza daripada epal biasa. Maka atas dasar itulah Royale Nu Diamant memilih teknologi ekstrak PhytoCellTecTM Malus Domestica (Apple Stem Cell) sebagai bahan asas Serum Plus+ yang memiliki ciri penyembuhan semulajadi. Dengan ekstrak bahan asas yang terbaik, kualiti Serum Plus+ adalah setanding dengan serum yang bertaraf antarabangsa...  

Cara Penggunaan  


Cara penggunaan Serum Plus+ ni senang saje semudah ABC.. Sebelum apply serum ke wajah, cuci muka terlebih dahulu dengan pencuci muka yang korang sedang guna sekarang dan lap hingga kering serta pastikan tiada kotoran.. Selepas itu, Picit 1-2 pam serum ke tapak tangan sebesar kacang 'pea'.. Kemudian rata dan urutkan di muka secara bulatan tolak ke arah atas agar kulit muka tegang dan siap!! Mudah kan..

Korang boleh gunakan serum ni 1 atau 2 kali sehari.. Kalau macam aku, lebih prefer guna 2 kali sehari, pagi dan malam.. Barulah kesannya cepat sikit.. 1 botol Serum Plus+ ni boleh digunakan untuk penggunaan sebulan.. Jimat kan..

Tips!
  • Pada waktu siang, tunggu 3 minit selepas menggunakan serum, baru sapukan 'Daycream' yang mengandungi SPF..

Pengalaman Aku Menggunakan Royale Nu Diamant Serum Plus+


Ramai yang dah mencuba Royale Nu Diamant Serum Plus+ ni dan memperakui keberkesanannya.. Bagi aku sendiri yang dah mencubanya selama 7 hari, membuatkan aku jatuh cinta pandang pertama dengan Serum Plus+ ni dan sangat berpuashati dengan hasilnya.. Serum ni best sangat bila apply dekat muka tau.. Tak melekit dan mudah menyerap ke dalam kulit tak sama macam serum lain yang pernah aku guna sebelum ni.. Aku ni agak cerewet sikit, kalau pakai serum lepastu rasa melekit aje muka, memang stop la pakai.. Tak selesa ohh!! Paling best Serum Plus+ ni, kulit rasa tegang dan anjal bila serum ni dah kering di muka.. Dah mula lah fefeeling kembali muda remaja.. Haha!!

Tekstur Royale Nu Diamant Serum Plus+

Setakat 7 hari penggunaan serum ni, aku dapati kulit muka aku agak lembut sikit berbanding sebelum ni, 'mata panda' aku pun dah ok sikit tak terlalu ketara, kedut di bawah mata pun dah semakin kurang (OMG!! i like it!!) dan paling seronok jeragat dekat muka aku semakin pudar walaupun tak keseluruhan tapi ianya sangat mengembirakan aku.. Biasalah jeragat ni bukan senang nak hilang.. Tak mungkin boleh hilang serta merta.. Kecualilah korang buat pembedahan plastik kan... Haha!! Jadi, untuk mendapatkan kesan yang lebih optimum dan menghilangkan jeragat kat muka aku ni secara keseluruhan, aku kenalah lebih konsisten lepas ni dan pakai secara berterusan.. Tak boleh on-off, on-off, nanti tak berkesan.. Pastu nak salahkan serum.. Betul tak?? Hehe..

Wajah sebenar aku sebelum dan selepas 7 hari menggunakan Serum Plus+..
Tanpa make up tapi pakai lipstik.. hehe..

Korang yang mana ada jeragat tu, aku recommended sangat Royale Nu Diamant Serum Plus+ ni... Memang terbaik.. Dalam masa 7 hari dah boleh tengok hasilnya.. Rugi tak cuba tau... Ok, jom kita tengok testimoni pengguna lain pula.. 


Testimoni Pengguna Royale Nu Diamant Serum Plus+               







Dapatkan Royale Nu Diamant Serum Plus+ Sekarang Untuk Hilangkan Jeragat Dan kelihatan Anggun Serta Menawan 

Dengan hanya berbelanja sebanyak RM138 sebulan untuk sebotol Royale Nu Diamant Serum Plus+ ini tanpa cas penghantaran (free postage), jeragat hilang dan korang akan kelihatan anggun dan menawan.. Bestkan!! Jadi apa tunggu lagi, jom dapatkannya sekarang juga..

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pembelian, sila layari :-  

Website 

Facebook 

Instagram 

Whatsapp No. 
018-371 0861



Read More

Fridge Magnet From Canada Dari Eldarwena

Monday, October 23, 2017

17 comments
Fridge Magnet From Canada Dari Eldarwina | Yeahh fridge aku bertambah satu lagi FM... Alhamdulillah, baru-baru ni aku menang Giveaway FM From Canada yang dianjurkan oleh blogger Eldarwena.. Dan hadiahnya dah pun sampai dengan selamat kelmarin... Sampai aje adiah tu terus tampal kat peti.. Nampak sangat excitednye kan.. hehe..


Hah, yang mane satu agaknye yek FM dari Canada tu? Korang rasa? hehe.. Tak banyak mane lagik sebenarnya FM yang aku kumpul.. Ada yang dah rosak sebab kena baling dek si Qhaliff.. Redha jerk la.. Huhuhu.. Ada satu lagi belum sampai ke tangan dari anak saudara.. Tak ingat dia bercuti kemana ritu.. Tak pe la, kite tunggu dan lihat aje nanti... Ok la, jom tengok FM dari Canada itu..

Tinta dari Blogger Eldarwena


Ok, ni FM yang aku dapat.. Vancouver Columbia.. TQ kepada Eldarwena dengan hadiah yang best ni.. Moga El terus dimurahkan rezeki olehNYA.. Amin YRA...

Korang yang mane belum kenal siapakah gerangan Eldarwena ni moh pakat terjah blog beliau... Banyak yang menarik disana.. Jom terjah!! Jangan lupa follow sekali yek.. Hiks..


Read More

Review Novel | Naskah Terakhir Laura Isabell by Anna Lee

Monday, October 16, 2017

22 comments
Naskah Terakhir Laura Isabell by Anna Lee  |  Assalamualaikum.. Hi, korang... Nampaknye hari ni aku agak ketandusan idea untuk mengarang entry.. Entah kenapa, dari tadi dok taip, padam, taip, padam.. Hadoiii.. Tapi mood untuk aku review novel tu menewaskan segala-galanya.. Sampaikan aku berusaha perah idea aku ke tahap maksima kuasa dua.. Haha.. Giless betol.. Ok, kali ni aku nak review novel karya Anna Lee lagi.. Entah yang keberapa kali pun aku tak sure.. Malas nak kire sebenarnya... Novelnye berjudul Naskah Terakhir Laura Isabell..


Eceli, novel ni aku habis baca dah lama gile kot.. Kalau nak tahu bila aku baca sila selongkar goodreads aku ye.. haha!! Nampak tak, penyakit malas tengah menyerang aku sekarang... Hiks.. 

Orite, berkenaan novel ni.. Pada awalnye, pandangan aku terhadap novel ni sangat teruk.. Aku jangkakan novel ni tak best dan membosankan sebab aku dapat tahu ceritanya tentang kisah-kisah zaman dahulu kala.. Dalam fikiran aku dah terbayang kebosanannya semasa membaca.. Tapi kenapa aku beli? hurmm aku beli sebab aku suka penulis Anna Lee ni dan cuba mengumpul karyanya.. Hehe..

Tapi selepas baca novel ni, segala anggapan dan pandangan aku tu berkecai sama sekali sebab jalan cerita novel ni best hokeh!! Tak terjangka dek fikiran aku, yang penulis boleh garap cerita sedemikian rupa.. Jalan cerita yang menarik dan tak membosankan... Ada juga part yang menyentuh perasaan tau.. Sob.. Sob.. Sob..


Tak nak menceceh panjang-panjang sangat.. Apa yang boleh aku katakan disini, aku suka novel ni.. Malas nak cerita jalan ceritanya.. Korang bacalah sinopsisnya kat gambar atas ni yek.. Tak nampak kalu, kasi besar itu gambar... Haaa dah keluar bahasa pelik.. Tatabahasa kelaut.. Haha!! Untuk review yang lebih cun, korang baca review di goodreads aku seperti kat bawah ni yek.. Yang mane ada akaun goodreads tu, sudi-sudikanlah follow aku disana ekk.. 😎😁

Naskah Terakhir, Laura Isabell

My rating: 4 of 5 stars

Naskah Terakhir Laura Isabell... Kisah yang menarik dan mengagumkan... Tak terbayang bagaimana penulis boleh menulis kisah sebegini... Kisah dizaman dahulu kala.. Di tahun 1911.. Sebuah garapan yang baik dari penulis..

Pada awalnya, aku ingatkan novel ni akan membosankan aku.. Tapi ternyata tidak... Aku membaca tanpa mahu berhenti.. Kisah yang membuatkan aku ingin mengetahui kesudahannya secepat mungkin..

Sebuah kisah cinta di zaman dahulu.. Cinta sejati cinta kerana Allah... Walaupun tidak bersatu tapi cinta mereka tetap utuh kerana Allah.. Cinta yang membawa kepada penghijrahan seorang yang bernama Laura Isabell... Wanita inggeris yang berjaya diislamkan oleh kekasihnya kerana Allah..

Jalan cerita yang menarik... Aku suka!!..




Read More

MayterLynn Nutrisi Terbaik Untuk Ibu Mengandung Dan Menyusu

Sunday, October 15, 2017

14 comments
MayterLynn Nutrisi Terbaik Untuk Ibu Mengandung Dan Menyusu  |  Pengambilan makanan yang seimbang dan mencukupi adalah kunci pertumbuhan dan perkembangan janin yang sihat.. Dari awal kehamilan lagi ibu-ibu perlu memberi perhatian kepada diet yang seimbang dan pengambilan protien, mineral, DHA, kalsium, zat besi dan lain-lain lagi bagi memastikan janin mendapat nutrien yang diperlukan.. Wanita hamil juga memerlukan nutrisi tambahan untuk persediaan proses kelahiran dan penyusuan bayi... Macam aku sendiri yang baru sahaja melahirkan anak ini, sangat memerlukan makanan tambahan untuk memastikan susu badan mencukupi dan proses penyusuan berjalan lancar.. Menjadi kebimbangan kepada para ibu bila susu badan berkurangan.. Jadi, untuk membanyakkan susu badan, aku mencuba minuman kesihatan Lazior - MayterLynn...

mayterlynn, lazior, untuk ibu mengandung, untuk ibu menyusu, banyakkan susu badan, untuk ibu hamil,

MayterLynn Nutrisi Terbaik Untuk Ibu Mengandung Dan Menyusu

MyterLynn merupakan minuman campuran botani Serbuk Ubi Keledek dengan Dedak Oat yang kaya dengan serat dan nutrien....  Berdasarkan kajian penyelidikan, makanan bijirin perlu diambil 1/3 dari diet harian dan 50% daripadanya adalah berasal dari bijirin.. Serat dan nutrien dalam bijirin dapat membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan manusia di samping dapat membantu mencegah obesiti, diabetes, kekurangan zat makanan, gangguan sistem saraf, kardiovaskular, kolesterol, gangguan usus dan sebagainya..

MayterLynn sangat bagus dan selamat diamalkan oleh ibu mengandung dan menyusu kerana ia dihasilkan dari bahan botani (bahan semulajadi), tiada gula, perasa dan pewarna tambahan.. Ia hanya menggunakan ekstrak Stevia sebagai pemanis semulajadi sekaligus dapat mengelakkan diabetes semasa mengandung.. MayterLynn juga kaya dengan nutrien yang mudah diserap oleh badan dan dapat meningkatkan penghasilan susu badan, mencegah anemia, sembelit dan sebagainya..

Semasa mengandung dulu, aku mengalami HB rendah (anemia).. Tetapi masa tu aku belum diperkenalkan lagi dengan MayterLynn ni.. Jadi, bagi korang yang mengalami HB rendah, bolehlah cuba MayterLynn ni sebab ia juga dapat mencegah berlakunya anemia iaitu HB rendah.. Ok, MayterLynn boleh diamalkan oleh semua golongan dimana bukan sahaja wanita tetapi lelaki juga boleh mengambilnya bermula dari umur 1 tahun dan keatas.. Ia adalah pilihan terbaik untuk dijadikan minuman harian buat seisi keluarga..

Peringatan!!
Pengidap G6PD perlu mendapatkan nasihat dari pakar perubatan terlebih dahulu sebelum consume MayterLynn..


Fungsi MayterLynn

Selain memberikan fungsi yang baik kepada ibu mengandung dan menyusu, MayterLynn juga mempunyai fungsi lain seperti :-
  • Membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan setiap hari
  • Mengurangkan risiko strok
  • Mengurangkan risiko diabetes
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal
  • Mengurangkan risiko asma
  • Mengekalkan kesihatan jantung
  • Mengurangkan risiko keradangan
  • Kurangkan risiko kanser kolon (usus besar)
  • Menggalakkan tekanan darah pada tahap yang sihat
  • Mengurangkan penyakit gusi dan mencegah kehilangan gigi
  • Mengelakkan sembelit
  • Kaya dengan serat dan rasa kenyang sepanjang hari
  • Mengimbangi gula dalam darah dan menghalang gula dalam darah naik secara mendadak


Manfaat MayterLynn

Selain dari fungsi-fungsi di atas, MayterLynn mempunyai beberapa manfaat lain seperti dapat melegakan gejala menopaus, kaya dengan Omega-3 dan  baik untuk kesihatan mata..

Melegakan Gelaja Menopaus
  • Dengan pengambilan MayterLynn, ia dapat melegakan gejala-gejala menopaus dengan menstabilkan emosi, mengurangkan kemurungan, stress dan insomnia, mengatasi masalah berpeluh secara berlebihan, dapat melegakan sakit otot dan mengekalkan kesihatan tulang serta mencegah jangkitan faraj. 

Kaya dengan Omega-3
  • MayterLynn kaya dengan Omega-3 yang boleh membantu melindungi sel membran dan retina mata, mencegah dan melegakan mata kering, melindungi hati, mengurangkan kolestrol, mencegah saluran darah tersumbat dan risiko aterosklerosis, Memperlahankan peningkatan kanser prostat, membantu otak untuk pembangunan intelektual, mengaktifkan otak dan meningkatkan pertumbuhan sel otak dengan baik, menghalang keradangan dan melambatkan gejala alahan.

Untuk Kesihatan Mata
  • MayterLynn adalah perlindungan yang terbaik untuk mata.. Ia kaya dengan Omega-3, Zink, Anthocyanins dan DHA yang dapat membantu untuk menjaga kesihatan mata... Dengan mengamalkan MayterLynn, ianya dapat mengurangkan keletihan dan kekeringan mata, penglihatan menjadi lebih baik, mencegah rabun malam, Glaucoma, katarak dan lain-lain lagi.



Kandungan MayterLynn

Wahh banyak betul manfaat MayterLynn ni kan.. Hanya dengan satu botol, kita dapat pelbagai manfaat darinya... Apa pula kandungan MayterLynn ni ye? Ok, MayterLynn ini mengandungi 20 bahan yang terpilih dan berkualiti yang terdiri daripada bijirin, gandum, soya dan kacang seperti serbuk ubi keledek ungu, beras perang, bijan hitam, dedak oat, emping oat, beras pulut hitam, kacang hitam, kacang merah, kacang hijau, kacang soya, kacang mata hitam, beras barli, gandum, beras sorghum, soba, serat larut, inulin, serat epal, sebuk minyak biji rami dan ekstrak stevia..

Bahan Utama MayterLynn


Bahan utama yang digunakan dalam menghasilkan MayterLynn ini adalah Ubi Keledek Ungu yang kaya dengan pelbagai nutrien seperti Selenium, Asid Amino, Anthocyanin, Selulosa, Vitamin dan Zat Besi. 



Cara Pengambilan MayterLynn

MayterLynn boleh diambil ketika sarapan pagi, minum petang, makan malam mahupun ketika supper.. Selain itu, ia juga boleh dinikmati secara kerap bagi menggantikan minuman yang berkafien, makanan ringan dan makanan yang mengandungi kalori yang tinggi.. Ini juga boleh memberikan kesan pelangsingan tubuh secara sihat..

Ok, cara penyediaan MayterLynn sangatlah mudah.. Hanya dengan beberapa step sahaja dah boleh menikmati kelazatannya..


1. Masukkan 2 sudu besar MayterLynn ke dalam cawan
2. Tuangkan 200ml air panas atau air suam
3. Kacau dan nikmati MayterLynn

Mudahkan!! Semudah ABC cara penyediaannya.. Rasanya pun sedap tau.. Paling penting ianya tak manis dan TAK MUAK!! Bagi korang yang tengah hamil atau tengah menyusu badan, boleh la cuba MayterLynn ni.. Banyak manfaatnya yang boleh didapati dengan pengambilannya.. Paling best dapat meningkatkan kuantiti susu badan.. Memang ohsem!! Disamping tu dapat juga melangsingkan badan.. Bestkan.. 

Oklah, bagi yang berminat untuk mendapatkan MayterLynn atau untuk maklumat lanjut, boleh layari laman facebook mereka seperti dibawah :-

Facebook


Read More

Abadikan Kenangan Indah Di Personalized Mug WePrintGift

Saturday, October 14, 2017

15 comments
Abadikan Kenangan Indah Di Personalized Mug WePrintGift  |  Sudah menjadi trend zaman sekarang, kalau boleh semua benda nak di custom made untuk dijadikan koleksi peribadi.. Begitu juga dengan aku, pelbagai barangan custom made dan personalized dah aku kumpul buat koleksi dengan mengabdikan gambar kenangan bersama yang tersayang.. Kebiasaannya barang yang sering menjadi perhatian untuk dijadikan barangan personalized adalah Mug.. Kenapa Mug? Mug adalah salah satu barang penting yang perlu ada di setiap rumah atau di tempat kerja.. Ia merupakan pilihan yang popular untuk dijadikan barang peribadi mahupun hadiah.. Macam aku juga, kalau nak create barang peribadi, pilihan pertama aku adalah Mug..  Terdahulu, aku sempat custom made Mother's Day Mug untuk emak aku sempena hari ibu.. Kali ni aku nak abadikan kenangan indah bersama anak aku pula di Personalized Mug WePrintGift..

weprint, weprintgift, mug peribadi, mug, personalized mug, mug cantik

Tentang WePrintGift

WePrintGift merupakan sebuah laman web printing online yang menawarkan lebih 3,000 produk  dan barangan untuk dipilih dengan kualiti tinggi, user-friendly design tools dan kaedah percetakan yang tahan lama... Selain itu, jaminan wang dikembalikan adalah 100%, bantuan customer service yang pantas dan terbaik serta anda akan nikmati pengalaman membeli belah di WePrintGift yang menyenangkan..


Abadikan Kenangan Indah Di Personalized Mug WePrintGift

Sepertimana yang aku nyatakan tadi, mug adalah sesuatu yang penting di rumah mahupun di tempat kerja dan menjadi item popular bilamana seseorang ingin jadikannya koleksi peribadi mahupun sebagai hadiah.. Kalau kita lihat sendiri, bila ke majlis kenduri kahwin, ramai yang memilih mug sebagai cenderahati.. Tak kurang juga yang memilih sebagai hadiah sempena hari jadi, hari ibu, hari bapa, hari guru dan sebagainya..

Aku sendiri gemar mengumpul mug sebagai koleksi peribadi aku disamping mengabdikan gambar kenangan bersama orang tersayang... Pilihan aku kali ni adalah dengan menggunakan perkhidmatan printing dari WePrintGift.. Kenapa aku pilih WePrintGift?? Haa banyak sebabnya.. Salah satunya, aku suka kualiti gambar dan tulisannya.. Jelas dan terang serta tahan lama kerana mereka menggunakan heat transfer printing technology untuk mencetak gambar dan tulisan mengikut design kita sendiri.. Jadi, gambar yang diprint cantik dan menarik.. Barulah moment indah terlakar dimug tersebut dengan sempurna.. Tak gitu?? Hehe..

Korang pun boleh dapatkan personalized mug anda sendiri di WePrintGift.. Korang pasti takkan kecewa dengan kualiti yang diberikan kerana WeprintGift adalah antara yang terbaik.. 


Kenapa Perlu Tempah Mug Anda Di WePrintGift

Beberapa sebab lain yang perlu korang tahu kenapa perlu tempah mug di WeprintGift adalah :-

  • Diperbuat dari bahan seramik
  • Bersaiz 3.25" diameter dan 3.75" tinggi
  • Boleh digunakan dalam Dishwasher dan Microwave
  • Boleh didapati juga dalam saiz 11oz
  • Gred AA dengan kualiti premium
  • Dicetak sepenuhnya dengan monogram, logo dan sebarang imej di permukaannya
  • Boleh didapati dalam 2 jenis cetakan iaitu Glossy dan Matte
  • Pesanan tiada had minimum ( no minimum order require (MOQ) )

Cara Order Personalized Mug Di WePrintGift

Tak rugi menempah mug peribadi di WePrintGift kerana perkhidmatan yang diberikan adalah superb terbaik. dan kualiti mug juga terjamin.. Aku sendiri berpuashati dengan perkhidmatan dan kualiti mug dari WePrintGift.. Mug yang aku tempah ni bolehlah menjadi kenangan aku dengan anak aku.. Manalah tahu, bila anak dah besar nanti gambar yang diabadikan tu dah hilang atau terdelete, bolehlah dia tengok di mug tersebut.. Sebab itulah, korang pun perlu ada satu untuk dijadikan kenangan.. Tak perlu risau, cara nak tempah mug di WePrintGift sangatlah mudah.. Jom aku ajarkan..

Cara membuat tempahan di WePrintGift :-

Langkah 1 - Pilih produk yang anda suka

Langkah 2 - Cipta design anda sendiri

Langkah 3 - Tempah dan buat bayaran

Untuk panduan lebih lengkap cara membuat tempahan di WePrintGift, sila klik link dibawah ini :-
http://www.weprintgift.com/index.php?route=information/information&information_id=22


Miliki Mug Peribadi Anda Sekarang!

Untuk maklumat lanjut atau sebarang tempahan, sila layari :-

Wedsite : www.weprintgift.com
Facebook : https://www.facebook.com/weprintgift2017/ 
E-mel : enquiry@weprintgift.com



Read More

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa

Friday, October 13, 2017

11 comments
October Book Giveaway by Blog Siqahiqa | Wahh sahabat buat giveaway.. Sahabat mana ni? Sahabat seulat sebuku aku.. Hehe.. Katanya ni giveaway pertama beliau sempena birthdaynya dibulan oktober ini.. Sebelum teruskan niat join giveaway ni, kita wish besday dulu buat bedeygurl..
Happy Birthday Siqah.. Lea doakan moga Siqah dipanjangkan umur, diberi kebahagiaan dalam hidup hingga jannah, dilimpahkan rezeki yang halal dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik serta berada dibawah lindunganNya.. 
Orite, dah boleh join giveaway ni.. Up banner dulu.. Hiks.. 

Klik banner untuk join

Bila blogger seorang 'ulat buku', maka giveawaynya pun akan berkaitan dengan buku termasuklah hadiahnya.. Bila ada blogger yang juga 'ulat buku', maka blogger tersebut akan serah diri dengan rela hati untuk join giveaway itewww!! Hehe.. Siapa itu?? Siapa lagi, akulah tu... Lea Azleeya, yang akan sertai giveaway yang ada kaitan dengan buku.. Kehkehkeh!!

Eh, apa yang aku melalut panjang sangat ni.. Oklah, dengan lafaz Bismillah aku join giveaway ini... Moh la kite tengok hadiah apa yang Siqah sediakan untuk para pemenang... 2 orang jerk tau pemenang dicari dan ada hadiah misteri untuk dimenangi... Best kan... Moh tengok hadiah utama dulu sebab hadiah misteri masih dirahsiakan dan masih menjadi tanda tanya... (ayat tak leh blah) haha!!

2 buah buku untuk dimenangi

Tarikh Tamat
12 November 2017

Read More

Badut Pembunuh Makan Kanak-Kanak Dalam IT

6 comments
Badut Pembunuh Makan Kanak-Kanak Dalam IT | Lama tak layan movie.. Feel nak tengok movie sekian lama dah menghilang.. Lepas bersalin ni baru feel tu datang balik.. Kalau dulu, tengok movie pun macam tak punya perasaan dan susah sangat nak faham jalan cerita.. Sekarang dah kembali normal.. Mungkin sekarang fikiran dan jiwa lebih tenang kerana tengah cuti-cuti malaysia kan.. Haha!! Baru-baru ni aku berkesempatan layan filem seram berjudul IT yang diadaptasi dari novel epic Stephen King's.

Badut Pembunuh Makan Kanak-Kanak Dalam IT

Filem ini memang best dan mendebarkan dari awal sampai akhir.. Ceritanya mengisahkan tentang seorang abang bernama Bill yang sangat menyayangi adiknya, Georgie... Hari-hari mereka sentiasa bersulamkan kebahagiaan dan kegembiraan bersama.. Pada suatu hari, kegembiraan tersebut berganti kesedihan apabila adiknya dibiarkan bermain berseorangan dalam hujan lalu hilang tanpa jejak..


Dari situlah, bermulanya pencarian adiknya oleh Bill bersama beberapa orang rakan karibnya.. Malah pencarian tersebut juga untuk merungkaikan misteri kehilangan ramai kanak-kanak lain di kawasan mereka yang berlaku sejak dulu lagi tanpa dapat dirungkai..

Pencarian tersebut telah membawa mereka kepada penemuan badut yang bergelar Pennywise atau The Dancing Clown yang suka makan kanak-kanak..


Badut ni nampak jerk comel (comel ke? cam seram jerk... haha) dengan gigi arnab 2 batang kat depan bila dia senyum.. Tapi sekali dia nganga nak ngap, huisss seram wehh!! Dengan gigi berselirat berlapis-lapis tajam.. Terkujat aku tengok... Hadoii.. Kalau korang suka cerita seram, leh la try tengok filem ni.. Tak mengecewakan..

Aku bagi 💟💟💟💟💟 (5 luv) untuk IT..

Kalau korang nak tengok  movie apa sedang ditayangkan dipawagam sekarang dan nak tengok sekali trillernya, anda boleh terus ke website  https://www.showtimes2u.com/ untuk lihat senarai pawagam dan waktu tayangan filem dipawagam berhampiran dengan korang.. Banyak tau movie terbaru yang best-best sekarang.. Map ke pawagam pun disertakan sekali dalam website tu.. Sangat membantu...


Read More

Shopping Sakan Di Lazada Dengan Voucher Merdeka Contest

Wednesday, October 11, 2017

22 comments
Shopping Sakan Di Lazada Dengan Voucher Merdeka Contest  |  26 September lalu, pemenang untuk Merdeka! Merdeka! Lazada Blogger Contest telah pun diumumkan di SINI... Dan aku telah memenangi tempat kedua dalam contest tersebut dengan hadiah berupa shopping voucher bernilai RM300.. Alhamdulillah... Hadiahnya dah pun di emailkan kepada aku pada 29 September yang lalu..

Shopping Sakan Di Lazada Dengan Voucher Merdeka Contest 

Lama jugak dok peram voucher ni sebab tak tahu nak shopping apa.. Biasalah kalau dah banyak camni nilainya, harus dimanfaatkan sebaiknya sampaikan tak tahu nak beli apa.. Pada asalnya plan nak beli barang baby, tapi rasanya semua dah ada cukup lengkap cuma botol susu aje yang tak beli lagi.. Jadi beli apa yang perlu aje lah.. Encik suami pun awal-awal lagi dah mintak dibelikan kasut kerja.. Almaklumlah kasut kerjanya lama dah tak bertukar.. Kesian jugak.. Jadi bagilah reward dekat dia untuk kali ni.. Ehh, kali ni je ke..?? Rasanya banyak kali dah.. Haha.. Nak beli baju untuk Qhaliff pun, tak jadi sebab risau tak padan dengan saiz.. Banyak dah beli baju online, bila sampai aje tengok saiznya kecil.. Jadi lebih baik beli terus di kedai.. Nak tau barang apa aku shopping di Lazada? Jom tengok..


7 barang aku shopping di Lazada dengan voucher merdeka contest tersebut... Itu pun puas fikir nak beli apa.. Encik suami rembat 2 pasang kasut kerja.. Ewaaahh sakan dia noooo... Untuk baby, aku beli botol susu pigeon.. Beli yang besar terus.. Kalau beli yang kecik, sekejap aje pakai.. Rugi hokeh!! Kalau baby tak sesuai botol ni, boleh kasi Qhaliff aje.. Pastu Desk Lamp untuk kegunaan sebagai lampu malam.. Untuk aku pulak, aku beli Maybelline Super BB Cushion dan lipstik aje.. Lipstik tu tak plan pun nak beli sebenarnya.. Itu pun sebab nak kasi cukupkan jumlah RM300 tu.. Nampak, wipes pun aku beli.. Haha.. Dah alang-alang bende alah tu dok lalu lalang depan bijik mata aku, terus aje lah masuk dalam cart..  Total semua RM 299.45.. Tak cukup jugak 300 tu.. Tak pe la.. Sen-sen aje pun kan.. Halalkan aje.. Hehe..

Postage memang tak termasuk dalam RM300 tu.. Perlu dibayar secara berasingan.. So, aku cuma bayar kos postage aje RM20..

Aku shopping ni 9hb Oktober dan kebetulan time ni tengah MYCYBERSALE... Potongan sehingga 90%.. Lagi murahlah harga barang.. Dapatlah shopping banyak sikit barang.. Ada hikmahnya juga aku peram lama voucher ni yek.. Kalau tak, kena bayar harga asal.. Huhu.. Alhamdulillah..

lazada malaysia, lazada, mycybersale

Korang yang mana nak shopping online tu, jom pakat terjah LAZADA MALAYSIA.. Sekarang tengah ada sale bersempena MYCYBERSALE.. Potongan sehingga 90% bermula 9hb hingga 13 Oktober 2017 ini.. Jangan lepaskan peluang untuk shopping sakan di Lazada ye..


Read More

Pengalaman Bersalin Anak Kedua, Muhammad AQiff RizQi

Monday, October 9, 2017

27 comments
Pengalaman Bersalin Anak Kedua, Muhammad AQiff RizQi  |  OMG!! Mood untuk update kisah pengalaman aku bersalin anak kedua ni tetiba aje datang... Bila dah mood datang, harus cepat-cepat taip apa yang patut... Kang mood dah lari bertempiaran, susah pulak nak kejar.. hehehe... Pengalaman bersalin anak kedua ni agak berbeza dari yang pertama... Boleh dikatakan, lebih dasyat dari yang pertama.. Orang cakap, lahirkan anak pertamalah yang maha dasyat.. Tapi tidak bagi aku kerana lahirkan anak kedua ni lagik tragis.. Nak tahu cite selanjutnya, kenelah baca sampai habis ye..


Anak pertama dulu aku bersalin belah petang hampir-hampir masuk waktu maghrib... Anak kedua ni aku bersalin belah pagi sebelum subuh... Berbezakan.. Haha..  Waktu bersalin pun aku amek port kan.. Biasa la sebelum kita cerita, kasilah hakak berdrama sikit.. hehe..

10 September 2017
12.00 Tengahari

Tanda dah keluar time ni.. Macam anak pertama jugak, keluar darah... Orang cakap, kalau keluar tanda darah ni sakit dia memang dasyat.. Ternyatalah ianya benar.. Tapi time ni sakit biasa-biasa jerk.. Baru lagik kan.. Boleh relax-relax lagi.. Boleh pergi jalan rumah kawan lagi time ni makan-makan.. Lepas balik dari makan tu, rehat sekejap dan buat persediaan dan check apa yang patut dan sempat lagilah kemas rumah.. hehe.. Qhaliff pun encik suami hantar siap-siap rumah pengasuh petang tu jugak.. In case apa-apa senang nanti... Hati tu rasa dah nak pergi serah diri, risau jugak kan kalau tetiba sakit teruk.. Tapi tenangkan diri lagi tunggu lepas solat isyak baru pergi serah diri..

9.00 Malam

Semua kelengkapan dan keperluan aku dan baby dah ready dalam kereta... Tibalah masa untuk aku serah diri... Dalam perjalanan terfikir untuk pergi makan dulu... Nanti nak bersalin tak de tenaga pulak kalau tak makan... Ada yang pesan, sebelum ke hospital baik makan dulu supaya time nak bersalin kita ada tenaga.. Oleh nasihat itu, aku pergilah makan dulu.. Time ni sakit dah agak terasa dan semakin kerap tapi masih aku boleh tahan lagi... Dah sampai bandar kuantan, mula cari tempat makan.. Buntu pulak nak makan dekat mana.. Selera tak berapa nak ada sebenarnye sebab itu tak tahu nak makan dekat mana... Kebetulan lalu pulak depan McD time tu terus terasa nak makan mekdi tetiba.. Haha.. Selera apakah itu?? OMG!! Terus decide untuk makan mekdi aje.. Drive Thru je la senang sikit.. Tak kuasa mak nak masuk mekdi, makan dalam tu.. Makan aje dalam kereta..

11.00 Malam

Lepas makan, terus aje pergi hospital untuk serah diri.. Hospital depan Mekdi tu je haaa.. Time ni sakitnye lebih kerap dan dah agak terasa sangat.. Tapi tetap under control lagi.. Selawat dan doa Nabi Yunus tak lekang di bibir aku.. Moga dipermudahkan segalanya.. Sampai saje hospital di bahagian Low Risk, terus daftarkan diri dan aku dibawa kedalam bilik rawatan untuk doktor buat pemeriksaan... Terasa agak malang diri ini untuk kali kedua kerana doktor lelaki yang check aku... Tuhan saja tahu betapa aku rasa tak selesa.. Tapi aku tiada pilihan... Ini bukan hospital swasta untuk aku request doktor perempuan... Lebih malang bila doktor tersebut adalah doktor baru a.ka pelatih...

Macam biasa lah, bila dah masuk ke dalam bilik pemeriksaan tu, segala wayar akan dilekatkan kat perut aku untuk dapatkan bacaan denyutan jantung baby dan juga tengok kekerapan contraction.. Lepas tu, bukaan jalan diperiksa.. Aduii malu bukan kepalang bila doktor lelaki yang check.. Baru 1cm katanye.. Aku agak frust sebab sakitnye kemain lagi tapi baru 1cm.. Biar betul.. Pelbagai soalan ditanyanya.. Tentang anak terdahulu, tentang masalah kesihatan dan bagai-bagai lagi.. Kemudian aku diminta pindah ke katil lain untuk scan.. Kali ni doktor wanita yang scan.. Doktor terlatih.. Alhamdulillah.. Dan lepas scan, sekali lagi doktor check jalan.. Kali ni katanya 3cm.. Lalu doktor lelaki tadi ditegurnya kerana salah buat bacaan jalan.. Berhuhu lagi aku kerana aku dibuat seperti bahan uji kaji.. Disuruhnye doktor lelaki tadi, check balik dan belajar semula baca jalan.. Ya Allah, tuhan  sahaja tahu betapa hati aku sakit ketika ini.. Ditambah sakit contraction lagi.. Boleh pulak dia buat aku bahan pembelajaran dia..

Lepas selesai segala prosedur di bilik pemeriksaan tersebut, aku dibawa ke wad bersalin sementara menunggu waktu untuk melahirkan.. Ada 2 orang lagi sedang menunggu masa.. Ada juga yang baru masuk terus ke labour room, mungkin dah sampai masa.. Sepanjang aku tunggu waktu aku, beberapa orang juga telah selamat melahirkan.. Aku dan 2 orang lagi di wad bersalin masih menanti giliran masing-masing... Yang katil sebelah aku, nampak selesa berbaring dan tidur.. Yang seorang lagi, dok berjalan kehulu kehilir, mungkin untuk memudahkan bersalin kot.. Aku lihat dorang relax jerk.. Tak rasa sakit ke dorang ni?... Aku ni bagai nak mati menahan sakit yang tak terperi.. Tapi time ni masih boleh bertahan walaupun dah sakit sangat dan masih boleh pergi toilet beberapa kali... Hehe.. Boleh jugak dok layan wasap and messenger..

11 September 2017
2.00 Pagi

Jam 2.00 pagi, dah mula rasa sakit sangat.. Sampaikan hanya boleh bertahan dengan duduk di birai katil.. Kalau baring, rasa sakitnya lagi maha dasyat.. Jadi, aku hanya mampu duduk di birai katil sahaja sambil menahan sakit.. Dah puas menahan dan rasa tak sedap hati, aku minta nurse checkkan jalan lagi sebab dah rasa lain macam.. Masuklah aku dalam labour room dengan harapan agar inilah penamatnya dan aku boleh melahirkan dengan selamat.. Doktor yang sama check aku.. Doktor pelatih lelaki tersebut menyatakan jalan masih 3CM!! Hoh!! Terpinga-pinga aku.. Betul ke?? Dari jam 11 malam hingga sekarang masih menten 3CM.. Tapi apa boleh aku buat kalau itu dah katanya.. Maka, aku kembali ke katil aku semula.. Nurse maklum pada aku akan datang melawat setiap pesakit selepas 2 jam kemudian.. Aku sabarkan hati menunggu nurse datang melawat nanti.. Time ni dok wasap dengan encik suami.. Katanya dah mengantuk sangat and nak tidur sekejap dalam kereta sambil tinggal pesan supaya call dia kalau dah dekat nak bersalin.. Huhu..

3.00 pagi

Sakit makin mencucuk-cucuk.. Lepas baring aku duduk.. Puas duduk aku baring.. Masa ni sakit makin menyiksakan.. Allahuakbar... Tak dapat nak gambarkan macam mana.. Nak pergi toilet dah tak mampu... Tak mampu nak berjalan lagi.. Tapi masih sabar menanti sehingga jam 4 pagi mengharapkan nurse datang check.. Masa ni aku mengharapkan masa berjalan dengan pantas.. Tak larat dah nak duduk dalam keadaan yang ngeriiii macam ni..

4.00 Pagi

Tenaga makin berkurangan akibat menahan sakit.. Sakit dah tahap maksima... Darah pun makin banyak keluar sampai habis katil kena darah.. OMG!! Apakah.. Bersalin sebelum ni, tak pernah berdarah macam ni sekali.. Kain aku tak payah cakap la.. Darah di merata-rata.. Tapi tak de la macam tumpah darah tu kan.. Cuma darah agak banyak keluar tak seperti aku bersalin yang dulu.. Aku makin takut.. Sakit dah tak tertanggung lagi.. Tunggu nurse datang check tapi tak juga datang... Akhirnya, aku gagahkan diri berjalan ke bilik rawatan sambil berpaut pada dinding.. Sampai saje depan pintu bilik rawatan, aku terus panggil nurse dengan suara tak berapa nak keluar dah sebab sakit sangat.. Huhu.. Nurse suruh aku bertenang dan duduk atas kerusi dulu sementara dia kemas katil bersalin yang baru selesai digunakan oleh pesakit lain.. Lepas tu terus saja aku disuruh naik ke atas katil bersalin untuk check jalan... Kali ni check jalan sangatlah sakit sebab aku memang dah sakit kan.. Doktor yang sama juga check aku.. Katanya dah 7 ke 8cm kalau tak silap aku.. Aku dengar tak dengar dah time tu.. Rasa dah berada kat dunia lain dah.. Haha.. Gile betul la.. Hehe..

Air ketuban dipecahkan... Nurse cakap, baby dah berak dalam perut dan terus disuruhnya aku untuk teran risau baby tertelan najis.. Aku tak rasa nak teran lagi sebenarnya time tu tapi aku gagahkan jugak diri untuk paksa teran.. Tapi kenapa tak boleh.. Aku rasa pundi kencing aku penuh dan dalam masa yang sama nurse pun terus ambil tiub untuk buang air kencing aku.. oh, nurse ni macam tahu-tahu aje kan.. Terima kasih.. Lepas tu barulah aku ada rasa nak meneran.. Pada awalnnya nurse sahaja yang uruskan aku.. Lepas tengok aku tak berjaya dalam usaha meneran, doktor wanita datang membantu.. 2 orang lagi doktor baru, lelaki sebagai pemerhati.. Semua nurse yang ada memberi semangat kat aku dan bantu sedaya mampu.. Seksanya rasa... Sakit bukan kepalang.. Berlainan sekali melahirkan anak pertama dulu.. Kali ni lagi dasyat sakitnya nak bersalin.. Sedaya mungkin aku meneran.. Kata doktor, kepala dah keluar sikit, sampai tang dahi tu tak lepas.. Bila dah segala usaha dilakukan dan aku juga tak berjaya untuk bersalin secara normal, doktor buat keputusan untuk gunting.. Allahuakbar.. Sakitnya.. Rasa sangat masa dia gunting...

Lepas dah gunting, aku disuruh teran sekuathati.. Risau baby lemas... Dan aku usahakan sampai berjaya.. Alhamdulillah tepat jam 4.50 Pagi, anak kedua aku selamat dilahirkan... Bersyukur sangat aku bila dah terlepas dari azab yang maha dasyat.. Azab di atas muka bumi yang hanya secebis.. Di akhirat kelak, tak tahu lah macam mana.. Allahuakbar..

5.00 pagi

Proses untuk mengeluarkan uri dan darah-darah beku dilakukan... Rasa sakit masih mencengkam dek kerana kesan gunting dan kesan bersalin... Selesai urusan tersebut, tibalah masa untuk proses menjahit yang aku sendiri rasa seriau kerana tugas ini diberikan kepada doktor lelaki pelatih tadi.. Aku rasa tak yakin tapi aku redha aje lah.. Aku dibius.. Permulaan, tiada rasa apa-apa.. Berjalan dengan baik.. Cuma aku jadi semakin risau bila doktor menjahit dengan agak lambat.. Terlalu lambat.. Dalam hati, nanti dah habis ubat bius tu mahu aku menjerit nanti time jahit bahagian kulit.. Rupanya rasa tak yakin aku tu bersebab.. Ternyata doktor tersebut tak berjaya nak selesaikan tugasnya dengan baik.. Dia tak pandai jahit hokeh!!! Arggghhh rasa nak marah pun ada.. Nurse pula ambil alih sambil nurse tu membebel kat doktor tu sebab tak maklum dekat doktor wanita tadi yang dia tak pandai jahit.. OMG!! Aku jadi mangsa keadaan lagi..

Nurse tu pun tak tahu nak sambung jahit macam mana lagi sebab katanya jahitan doktor tadi sangat tak cantik.. Dia usahakan juga.. Seperti yang aku jangkakan, time nak menjahit kulit luar, ubat bius dah hilang.. Sakit bukan kepalang.. Aku dijahit hidup-hidup.. Menjerit aku time jahit tu.. Sakit sangat wehhh!! Tapi apa boleh buat, terpaksa bertahan jugak.. Masa bersalin anak pertama dulu, time jahit tak sakit langsung sebab nurse yang jahit tu sangat pantas dan pandai.. Selesai urusan jahit menjahit, nurse mintak maaf sebab jahitan tak cantik akibat sambung kerja orang lain.. Aku pasrah..

Selesai semua, baru aku call encik suami.. Dia pun terkejut sebab semuanya dah selesai.. Tak sempat nak call dia, dah sakit sangatkan tak ingat apa dah.. Makanya, kali ni aku bersalin tanpa ditemani encik suami.. Dia ambil tugas dia untuk azankan anak.. Lepas tu teman aku rehat sekejap dalam labour room sebelum aku ditempatkan ke wad.. Selepas ditempatkan di wad, aku dikhabarkan akan ditahan sehari semalam untuk pemantauan baby kerana baby suspek tertelan najis.. Mari berhuhu.. Alhamdulillah baby ok.. Berak dan kencingnya semua ok dan teratur.. Hari selasa aku dah dibenarkan keluar wad.. Yeyyy boleh balik dahh!! Haha..

Alhamdulillah kali ni pun semua nurse memberi layanan yang baik pada aku.. Terima kasih pada semua nurse dan doktor HTAA yang dah berusaha untuk bantu aku melahirkan anak yang kedua ni sehabis baik dan merawat aku sepanjang aku di hospital dengan layanan terbaik.... Hanya tuhan sahaja yang dapat membalas jasa kalian.. Hiks.. 😉

Ok, la.. Tu aje la pengalaman ngeri yang aku nak cerita.. Hehe..Panjang melebooo dah tu.. Aku titipkan pengalaman ni sebagai kenangan aku dikemudian hari.. Yang anak pertama dulu tak sempat pulak aku nak buat entry.. Tak pe la, cukuplah pengalaman ngeri kali ni aku abadikan dalam blog aku ni.. Juga untuk kengerian korang yang akan mengalaminya.. Haha.. Jom aku belanja sikit gambar baby boy aku, Muhammad Aqiff Rizqi..


11 September 2017 (Isnin)
4.50 Pagi
HTAA

Time ni dah balik umah mak dah..

Kepala dah botak kene cukur dek tukang urut.. 
Tak elok katanya simpan lama-lama rambut baby yang dalam perut..


OMG!! Dia senyum... 


Ni gambar terbaru.. Belum sebulan lagi usiaku..


Read More