Merdeka! Merdeka! Lazada Blogger Contest

Merdeka! Merdeka! Lazada Blogger Contest  |  Setiap tahun, bulan Ogos adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia kerana peristiwa paling bersejarah telah berlaku di bulan Ogos ini dimana rakyat Malaysia mendapatkan Kemerdekaan.. Hari merdeka semakin menghampiri kita hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.. Nampaknya dah banyak bendera-bendera malaysia dikibarkan.. Tak kiralah di rumah-rumah, pada kereta dan sebagainya.. Itu menandakan masih ada semangat patriotik dalam diri rakyat Malaysia... 


Bersempena Hari Kemerdekaan yang ke-60 ini, Lazada dengan berbesar hatinya mengadakan Merdeka! Merdeka! Sale dimana pelbagai barangan menarik ditawarkan dengan diskaun hebat sehingga 80%... Merdeka! Merdeka! Sale ini akan berlangsung dari 25 hingga 31 Ogos 2017.. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan barangan yang diidamkan dengan harga yang sangat, sangat, sangat murah...!! Rugi tak grab tau..

Buat para blogger juga ada yang istimewa kerana Lazada juga melancarkan Merdeka! Merdeka! Blogger Contest dengan 6 hadiah yang menarik untuk dimenangi!!.. Bila Lazada yang anjurkan contest, haruslah hadiahnya pun best dan lumayan kan... 6 orang pemenang dicari untuk memenangi Lazada Shopping Voucher... Rugi tak join uolls.. Kalau menang boleh shopping sakan di Lazada Malaysia.. Korang tak nak ke? Kalau nak, sila join ye.. Klik aje banner kat bawah ni ok.. Contest akan berlangsung dari 21 hingga 31 Ogos 2017.. Jom join ramai-ramai..

Merdeka! Merdeka! Lazada Blogger Contest, lazada, lazada malaysia, contest
Merdeka! Merdeka! Lazada Blogger Contest

Syaratnya mudah saja.. Hanya perlu jawab soalan yang diberikan.. Meh tengok apa jawapan aku... Hiks..

1. What do you love about being Malaysia?

Aman Damai & Berbilang Kaum
Malaysia aman damai dan bebas dari peperangan.. Itu yang paling aku suka.. Paling nice, rakyat Malaysia ni berbilang kaum tetapi masih boleh hidup dalam keadaan yang aman damai, harmoni dan bersatu padu antara satu sama lain..

Pelbagai Makanan
Malaysia terkenal dengan syurga makanan.. Nak apa, semuanya ada.. Pendek kata kat Malaysia ni terdapat pelbagai jenis makanan.. Daripada yang pelik hinggalah yang biasa-biasa.. Best ohh!! Haha..


2. Your favorite brand?

Ofkos PENSONIC!!! Kalau dah jadi mak-mak ni, memang dok usha barang letrik ajelah... Ada beberapa barang pensonic yang masih belum dimiliki lagi dan masih dalam wishlist.. Hehe.. Aku suka brand Pensonic ni sebab ianya local brand yang berkualiti dan harga pun berpatutan serta mampu milik... Tak de la rasa terbeban sangat nak belikan.. Satu lagi, brand Pensonic ni mudah didapati.. Terbaikk ohh!!


3. Select two products from the Malaysian Brands that you love..


Dah lama aku dok usha Pensonic Chef's Like Air Fryer ni sebenarnya.. Apa yang best dengan Air Fryer ni, bila kita nak goreng ayam ke, tak perlu nak guna minyak.. Jadi, makanan kita pun berkhasiat.. Tu yang best tu... Selain dapat jimat daripada membeli minyak masak.. Haha!!



Yeahh ini barang kedua yang menjadi idaman aku... Pensonic Food Processor.. Pelbagai guna.. Boleh blending, chopping, slicing, grating, juicing and emulsifying... Paling perlu bila nak buat makanan untuk baby.. 


Oklah, semua soalan dah aku jawab untuk Merdeka! Merdeka! Lazada Blogger Contest ni... Kalau korang bergelar blogger, jom kita pakat join ramai-ramai ye.. Bagi korang yang suka shopping secara online tu, jangan lepaskan peluang untuk shopping di Lazada sekarang.. Diskaun hebat menanti korang tau!! Cepat-cepat pergi terjah laman web lazada sekarang atau boleh terus aje klik link kat bawah ni.. 



18 comments on "Merdeka! Merdeka! Lazada Blogger Contest"
  1. Good luck...
    sama barang pilihan kita :)

    ReplyDelete
  2. the best part pasal makanan Malaysia best ooo hahaha. btw good luck kak

    helloaiman

    ReplyDelete
  3. Goodluck Sis Lea. SElamat menyamput hari Kemerdekaan dan Hari raya Aidiladha

    ReplyDelete
  4. good luck lea....rajin sungguh mak buyung niii....

    ReplyDelete