Ecolite Collagen Bird's Nest Drink Kini Dalam Pek Mudah Bawa

Saturday, June 24, 2023

No comments
Ecolite Collagen Bird's Nest Drink Kini Dalam Pek Mudah Bawa  |  Hi korang! Ada tak peminat air sarang burung? Kalau ada, korang patut cuba Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni.. Rasa dia memang best dengan pelbagai perisa.. Dulu aku tak berapa minat sangat minum air sarang burung sebab rasa dia tak kena dengan tekak aku.. Tapi sejak kenal dengan Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni, memang dah jatuh cinta teruk dengan rasanya.. 


Ecolite Collagen Bird's Nest Drink Kini Dalam Pek Mudah Bawa

Sebenarnya Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni dah lama berada di pasaran tau.. Cumanya sebelum ni ianya dibotolkan dalam botol kaca.. 


Now, Ecolite keluarkan minuman kolagen sarang burung ni dalam packaging yang lebih mudah di bawa dengan harga yang lebih murah berbanding dulu.. Untuk satu pek Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni korang boleh dapat dengan harga RM5 sahaja.. Murah kan! Murah dan sedap! Kalau ada promosi lagilah murah harga dia.. Time promosi tu bolehlah beli banyak-banyak kan.. Boleh beli secara loose ataupun secara cluster pack.. 


Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni didatangkan dalam 3 perisa iaitu, Original, Longan dan Laici Rose.. Aku paling suka perisa Laici Rose memang sedap rasa dia.. Lagi best minum sejuk-sejuk memang layan habis.. Haha~! Walaupun dah tukar packaging tetapi kandungannya tetap sama dengan yang lama.. Cuma tukar packaging sahaja ya..


Kalau ada yang rasa was-was dengan minuman sarang burung dari Ecolite ni, korang tak perlu rasa begitu kerana Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni diperbuat daripada bahan semulajadi seperti sarang burung tulen dan juga kolagen yang diproses menggunakan teknologi canggih masa kini dari resepi tradisional. Sijil Perakuan Halal pun ada dan diiktiraf oleh GMP dan HACCP.

Khasiat Ecolite Collagen Bird's Nest Drink


Macam yang kita tahu, sarang burung ni banyak khasiatnya..  Begitulah juga dengan Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni untuk kecantikan dan kesihatan kerana mengandungi kolagen dan juga sarang burung.. Ok, jom check satu persatu apakah khasiat yang ada pada minuman sarang burung Ecolite ini..
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Menggalakkan kulit awet muda dan berseri-seri
  • Menyokong rambut dan kuku yang lebih sihat
  • Meningkatkan penghidratan kulit.
Disebabkan umur dah diambang 'senda' sebab tu la aku amalkan Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni.. Nak kenalah jaga jugakan supaya kulit sentiasa sihat barulah keyakinan diri tu ada.. Korang yang mana mementingkan penjagaan kulit tu boleh la amalkan Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni.. Bukan sahaja murah tapi sedap dan banyak khasiatnya.. 

Oh ya, bagi korang yang mengamalkan gaya hidup yang sibuk tetapi masih mementingkan penjagaan kulit, Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni sangat sesuai untuk korang kerana peknya mudah dibawa kemana-mana.. Hanya masukkan sahaja dalam handbag korang.. Mudah boleh minum bila-bila masa yang korang rasa nak minum tak kira dimana sahaja...


Bagi yang teringin sangat nak minum air sarang burung, boleh la try Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni.. Harga pun murah dan rasanya pun sedap.. Tak perlu nak spend duit banyak-banyak sebabnya satu pek minuman sarang burung Ecolite ni hanya RM5 sahaja.. So, bolehlah penuhkan peti ais dengan Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni.. Jadikan minuman harian pun boleh.. Hehe..

Dapatkan Ecolite Collagen Bird's Nest Drink Dengan Harga Mampu Milik!


Ok, untuk yang rasa nak cuba Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni, korang boleh dapatkan minuman sarang burung kolagen Ecolite ni di Guardian seluruh Malaysia atau kalau malas nak pergi ke outlet guardian, korang boleh je beli secara online di platform Shopee Ecolite

Untuk info lanjut, boleh layari terus website dan sosial media Ecolite.. Mana tahu ada promosi kan, boleh la beli banyak-banyak buat stok.. Hehe.. 




Read More

Khasiat California Blueberries

No comments
Khasiat California Blueberries  |  Jarang aku nak makan blueberry.. Tapi California Blueberries ni sedap betul rasa dia.. Korang tahu tak apa khasiat California Blueberries ni? Nampak je saiznya kecil tapi khasiatnya banyak tau sebab itulah dia dipanggil 'Super Fruits'.. Bak kata orang, kecil-kecil cili padi, walaupun kecil tapi mengandungi pelbagai jenis nutrisi, vitamin dan kaya dengan antioksidan baik untuk tubuh badan kita..


Kalau korang nak tahu, California merupakan salah sebuah negara pengeluar Blueberry terbesar di Amerika Utara dan sekarang ni musim blueberry tau.. Seronoknya dapat makan Blueberry kan.. Nak lagi California Blueberries ni adalah antara blueberry yang termanis.. Sebab itulah aku suka sangat makan California Blueberries ni.. Manis oiii dan sedap!

Khasiat California Blueberries


Bagi aku, California Blueberries ni bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja tetapi boleh juga diolah menjadi pelbagai menu berkhasiat seperti dessert, kek, minuman dan sesuai juga diambil untuk diet yang sihat. Yang mana nak diet tu sesuai sangat kalau ambil buah blueberry ni tau sebabnya buah ni dapat menambahkan tenaga dan meningkatkan imunisasi badan kita..

Bukan itu sahaja tau, banyak lagi khasiat California Blueberries ni yang korang kena tahu.. Jom ambil tahu..

 
  • Rendah lemak 👉 Satu cawan blueberry mengandungi 80 kalori dan hampir tiada lemak. Jadi boleh nikmatinya seberapa banyak yang boleh.
  • Kaya dengan Serat 👉California Blueberries bukan sahaja lazat, tetapi juga rendah lemak dan sumber serat yang baik dalam mengekalkan kesihatan penghadaman.
  • Vitamin C untuk Penguat Imun 👉Satu hidangan blueberry mengandungi 25%  keperluan Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh untuk membantu meningkatkan sistem imun.
  • Kesihatan Tulang dan Penggalak Tenaga 👉Tinggi dengan Manganese, nutrien penting yang memainkan peranan dalam pembangunan tulang dan menukar protein, karbohidrat dan lemak kepada tenaga.


Banyakkan khasiat California Blueberries ni.. Nampak je kecil tetapi khasiatnya banyak betul.. Lepas ni bolehlah aku jadikan buah blueberry sebagai buah wajib yang ada di rumah aku.. Bukan sahaja sedap tapi berkhasiat tau.. Memang sangat membantu aku untuk bertenaga sepanjang hari.. Sambil tu bolehlah on diet aku balik lepas ni dengan California Blueberries..

Untuk maklumat lanjut boleh layari:-





Read More