Servis Laptop Murah Di KL Hanya Di FR Laptop Service

Saturday, June 22, 2019

15 comments
Servis Laptop Murah Di KL Hanya Di FR Laptop Service  |  Baru-baru ni ada la seorang sahabat ni mengadu yang mana laptop dia lambab macam siput.. Nak tunggu loading untuk on laptop tu pun kemahen memakan masa yang lama.. Tu belum masalah hang lagi.. Bila ditanya, pernah servis tak? Jawapannya, tak pernah servis sebab tak tahu pun kepentingan servis laptop ni.. huhu.. Inilah masalahnya bila beli dan hanya tahu pakai sahaja.. Maintanance tak jaga.. Macam aku dulu-dulu jugak.. Haha!! Sekarang dah cerdik sikit.. Hiks..


Ok, ni nak cerita sikit la kan.. Sebenarnya masalah laptop lembab macam siput ni memang tak asing lagi dah bagi semua orang yang mempunyai laptop.. Time masih baru, kepantasannya memang berdesup... Bila dah sampai satu tahap, masalah ini akan membelenggu setiap pemilik laptop jika pakai tak pernah nak servis.. Bila dah terjadinya masalah sebegini, memang boleh mengganggu kehidupan seharian terutamanya dalam kerjaya.. Kalau macam aku sebagai blogger, bila on laptop then nak loading pun lembab pastu hang pulak memang mendatangkan kemarahan.. Semua kerja akan terganggu sekaligus merosakkan fokus dan komitmen kita pada kerja.. So, apakah jalan penyelesaiaannya?


Kebiasaannya yang menjadi punca laptop lembab ni selalunya adalah masalah windows.. Sama ada windows tu sendiri yang bermasalah ataupun ianya tidak sesuai dengan spesifikasi laptop kita.. Lagi parah kelembaban dia tu bilamana banyak sangat dok simpan software dalam laptop.. Selain tu, hardisk rosak pun menjadi punca laptop lembab.. Selepas processor, hardisk juga menentukan kelajuan sesebuah laptop itu.. Walaupun processor laju, bila hardisk rosak maka laptop akan tetap menjadi perlahan..

Satu lagi kene tengok jugak spesifikasi laptop korang tu sama ada rendah atau tinggi.. Kalau dah memang laptop jenis spesifikasi rendah, memang lembab la laptop korang.. Kalau untuk penggunaan biasa-biasa mungkin tiada masalah tetapi kalau untuk multi-tasking memang tak dapat la weh sebabnya multi-tasking ni memerlukan RAM yang tinggi barulah laju laptop korang tu..

Paling kritikal bila laptop diserang virus.. Huh ini memang masalah yang agak stress bila dihadapi.. Virus adalah salah satu punca laptop menjadi lembab.. Inilah juga masalah terbesar yang aku hadapi sepanjang menggunakan laptop..

Habis tu, macam mana nak selesaikan masalah ini semua?

Kedai Servis Laptop Murah Di KL Mampu Menyelesaikan Masalah Laptop Anda


Jangan risau, sekiranya korang mengalami masalah laptop lembab, hang, crash dan sebagainya korang boleh ke kedai servis laptop murah di KL iaitu FR Laptop Service kerana mereka menawarkan pelbagai servis laptop dengan harga yang berpatutan..

Sebelum ni aku dah pernah share kan cerita tentang format laptop mudah di KL .. Haa kalau korang nak tahu format laptop juga merupakan salah satu servis yang ditawarkan di kedai servis laptop murah di KL ini malah format laptop juga merupakan salah satu jalan penyelesaian bagi masalah laptop lembab ataupun hang..


FR Laptop service merupakan sebuah kedai servis laptop murah di KL yang bertapak di Kampung Pandan dimana ianya adalah sebuah syarikat bumiputera yang pakar dalam bidang teknologi maklumat dan laptop yang menjalankan perniagaan membaiki laptop. Mereka menyediakan pelbagai jenis servis untuk laptop tidak kira sama ada dari segi software mahupun hardware.. Servis yang ditawarkan oleh FR Laptop Service kedai servis laptop murah di KL ini pada harga yang sangat murah dan berpatutan.. Korang juga boleh memeriksa masalah laptop korang di kedai servis laptop murah di KL ini secara percuma, malah boleh terus membaikinya sekiranya mengalami masalah hanya dalam masa 24 jam.


FR Laptop Service ini dikenali dan diyakini ramai kerana perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka adalah berbaloi-baloi, berkualiti dan murah berbanding tempat lain. Antara servis yang ditawarkan di kedai servis laptop murah di KL ini adalah :-
  • Format
  • Clean Dust
  • Hardware/Parts
  • Windows
  • Software
  • Apple/Mac
  • Upgrade
Untuk masalah-masalah lain, korang boleh berhubung terus dengan mereka dan mereka akan mengenal pasti permasalah laptop korang serta mereka akan menyelesaikannya..


Aku sendiri ada pengalaman laptop rosak dimana motherboardnya rosak.. Bila on, laptop akan shutdown dengan sendirinya.. Time tu memang down sangat sebab semua kerja tergendala.. Bila dilihat balik, ini disebabkan aku tak servis laptop aku.. Main guna aje.. Sama kisah dengan sahabat aku tadi.. Cumanya laptop dia hanya bermasalah dengan loading yang lembab.. So, aku nasihatkan dia supaya hantar servis laptop dia di kedai servis laptop murah di KL kerana di FR Laptop Service perkhidmatanya sangat berkualiti dan berbaloi-baloi..

Mujurlah ada FR Laptop Service ni, semua masalah laptop dapat di atasi.. Now, aku lebih bijak dalam maintance laptop aku tak macam dulu-dulu.. Aku dah tak perlu susah hati dah sebabnya aku dah ada tempat servis laptop mudah di KL untuk aku servis laptop aku dengan kadar harga yang murah dan berbaloi-baloi.. Walaupun terpaksa ke Kuala Lumpur, aku sanggup supaya laptop aku sentiasa berada dalam keadaan yang baik.. Alah, pergi sana sesambil menyelam sesambil la minum air.. Hehe.. Dapat jugak jenjalan kat sana.. Hehe..

Perbezaan FR Laptop Service Kedai Servis Laptop Murah Di KL Dengan Kedai Servis Laptop Yang Lain


FR Laptop Service berbeza dengan kedai servis laptop yang lain kerana kedai servis laptop murah di KL ini menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh bermula dari sekecil-kecil part sehinggalah pengendalian dan pembaikian part yang lebih besar seperti motherboard dan sebagainya. Bukan itu sahaja tau, apa yang lebihnya kalau korang servis laptop korang di kedai servis laptop murah di KL ini, mereka juga menerima semua jenis versi windows termasuklah macbook.. Haaa tak semua ye kedai mengambil semua jenis laptop.. FR Laptop Service ni tak memilih, semua pun dia ambil.. Tu yang bagusnya..


Apa yang lagi menarik, kedai servis laptop murah di KL ini menyediakan perkhidmatan runner.. So, bagi korang yang tiada masa untuk menghantar laptop ke kedai untuk servis dan repair, bolehlah menggunakan servis runner yang mereka sediakan.. Korang boleh guna servis 'pickup and delivery' di kedai servis laptop murah di KL ini bagi memudahkan korang yang mengalami kekangan masa.. Mereka akan datang ke tempat korang untuk mengambil laptop untuk dibaiki dan menghantar semula setelah siap dibaiki.. Ia dapat menjimatkan masa korang.. Tak perlu bersesak-sesak dijalan raya mahupun menggunakan perkhidmatan awam yang agak melemaskan..

Selesaikan Masalah Laptop Anda Di Kedai Servis Laptop Murah Di KL


Laptop ni kalau tak di servis memang akan mendatangkan masalah sebabnya laptop ni lebih sensitif daripada dekstop.. So, untuk mengatasi masalah laptop korang, bolehlah dapatkan servis laptop mudah di KL ini iaitu di FR Laptop Service.. Bagi yang berada di KL terutamanya student dan mereka yang bekerja menggunakan laptop seperti aku sebagai blogger ni yang mempunyai masalah laptop jangan lepaskan peluang untuk servis laptop korang di kedai servis laptop murah di KL ini kerana mereka memang pakar dan berpengalaman luas dalam bidang IT dan juga laptop..

Apa yang lebih penting, selain perkhidmatan yang berkualiti, harga mereka adalah yang termurah berbanding di tempat lain.. Memang berbaloi! Ramai yang dah mencuba perkhidmatan servis laptop murah di KL ini dan mereka berpuashati dengannya..




Bagi mereka yang jauh, kalau berkesampatan ke KL bolehlah berkunjung ke kedai servis laptop murah di KL ni untuk mengenalpasti masalah laptop korang sebabnya customer mereka juga ramai dari luar kawasan KL.. Mereka sanggup ke KL semata-mata untuk mendapatkan perkhidmatan servis laptop murah di KL ini sebabnya mereka yakin dengan FR Laptop Service.. Servis mereka memang tiptop dan cepat!!


Kalau korang nak lebih detail tentang servis laptop murah di KL ni, korang boleh layari laman web mereka atau ke facebook mereka dimana korang boleh melihat sendiri review dari pelanggan mereka.. Nak PM mereka di facebook pun boleh untuk bertanyakan servis laptop murah di KL ini... Staff mereka yang sangat friendly sedia membantu korang..

Servis Laptop Murah Di KL Hanya Di FR Laptop Service

Kepada korang yang mempunyai masalah laptop yang perlu di servis, aku sangat recommend korang untuk dapatkan servis laptop murah di KL hanya di FR Laptop Service ini untuk korang menikmati keistimewaan yang ditawarkan oleh mereka.. Gerenti korang berpuashati..




Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram

No. Telefon / Whatsapp
017-288 2349

Alamat
508, Jalan Kanan 1,
Kg. Pandan,
55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi (Kecuali Cuti Am)
9.00 pagi - 9.00 malam

Waze & Google Maps
FR Laptop Service


Read More

Dashing - Semburan Badan Deodoran Dan Wangian Badan Untuk Lelaki

3 comments
DASHING - Semburan Badan Deodoran Dan Wangian Badan Untuk Lelaki  |  Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka.


Menggunakan dua produk bagi memastikan mereka tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar! Mengapa? Adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja. 

Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Mereka tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi. Pastinya lebih bagus kalau mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat, itulah mantra seorang lelaki.

Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki, DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari.


Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol! Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari. Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.

Semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh meyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari! Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN! 

Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi.

DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY kini hadir dalam variasai :- 


HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.


ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.


SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.


HITMAN - Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.


DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada RM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian. 


Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING, sila layari :-

FACEBOOK

INSTAGRAM


Read More

Ulang Tahun Kelahiran 2019 Membawa Seribu Makna

Sunday, June 16, 2019

7 comments
Ulang Tahun Kelahiran 2019 Membawa Seribu Makna  |  Uis jarang-jarang aku update pasal birthday ni.. Mungkin ada sesetengah orang gembira dan seronok beronok ronok update tentang hari lahir ni.. Bagi aku, ia satu yang mengingatkan aku kearah ke-senja-an ^_^ dimana umur aku semakin meningkat.. Dipendekkan cerita semakin tua lah.. Hehe.. Sape yang nak tua oii.. Tapi itulah lumrah sebuah kehidupan.. Yang muda akan tua.. Yang hidup akan mati.. Dari sudut positif, setiap tahun ia akan memperingatkan dan menyedarkan aku untuk mencari kehidupan yang lebih baik dan menjadi umat yang terbaik disisiNYA.. Insyaallah.. Kalau ada rezeki dari ilahi, bolehlah rancang untuk pergi tanah suci. Cari pakej umrah yang sesuai dengan bajet untuk memudahkan kita beribadat disana.


Alhamdulillah, sempena ulang tahun aku yang ke berapa entah, (tak cukup jari nak kira umur.. hahaha) aku masih diberi kesihatan yang baik olehNYA.. Bukan sahaja kesihatan malah rezeki yang tidak pernah putus.. Syukur Alhamdulillah.. TQ Allah.. Walaupun aku tahu aku adalah pendosa yang sering kali melakukan kesilapan atas muka bumi ini, DIA tetap sayangkan aku dan menutup aib aku.. Terima kasih Ya ALLAH.. 

Aku ingin sekali menjadi umatMU yang tidak sama sekali melakukan kesalahan dan dosa.. Tetapi aku sedar yang aku adalah manusia yang tidak lepas melakukan kesalahan dan dosa hampir setiap hari.. Allahuakbar.. Ampunilah aku ya ALLAH.. Moga aku akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.. Insyaallah..


Apa yang lebih aku syukuri adalah aku masih bersama insan-insan kesayangan aku dikala ini.. Masih berkudrat menjaga dua orang hero aku iaitu Muhammad Qhaliff Amsyar dan juga Muhammad Aqiff Rizqi bersama sang suami.. Alhamdulillah.. Doa aku, moga anak-anak aku menjadi anak yang soleh, menghormati orang tua dan berjaya dunia akhirat.. Amiin YRA..

Tanggal 12 Jun 2019, aku menerima banyak ucapan hari lahir daripada rakan dan taulan.. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua kerana ingatkan aku tentang sebuah kelahiran insan bergelar Lea Azleeya.. Kadang aku pun lupa tarikh lahir aku.. hehe.. Sebab tu kadang tu lupa nak renew lesen kete.. Haha!! Nasib baik tahun depan baru tamat tempoh.. Kalau tak gerenti gelabah unta lagik.. huhu..


Apa yang menariknya, besdey aku jatuh pada bulan syawal.. Malam sebelum hari besdey aku, kami satu family keluar makan.. Menu pilihan seperti biasa asam pedas kegemaran aku.. Hehe.. Memang niat dah nak banje family walaupun belum sampai tarikhnya.. hiks.. Sebenarnya, tahun ni memang aku lupa langsung tarikh besday aku, seb bek ada seorang ni ingatkan aku.. Hiks.. Apa yang tak bestnya, anak aku si Aqiff tak berapa sihat pulak.. Makan pun tak mahu.. Huhu.. Pape pun, dorang seronok sebab dapat kuau jenjalan.. Tak de la terperuk jerk lam umah..




Tahun ni nampaknya banyak pulak rezeki aku.. Ada yang sudi kasi hadiah walaupun aku tak pernah berharap untuk dapat hadiah hari jadi.. Serius weh, lama dah tak sambut besdaynya.. Last, time bujang dulu kot.. Huhu.. Bak kata orang, rezeki jangan ditolak, musuh jangan sibuk-sibuk nak carik!! hehe.. Hadiah apa yang aku dapat? Ngeeee!!


Parcel sampai aku tertanya-tanya.. Apakah? Barang untuk review ke? Bila bukak terpegun dengan box cantik ni.. Memang cantik box dia.. Exclusive.. Tertanye lagi.. Apakah? Terus bukak kotak sebab tak sabar nak tahu apakah?


Bukak sahaja penutup kotak dah nampak kad ucapan.. Ada ucapan "Selamat Hari Lahir & Terima Kasih".. Oh, tahulah aku bukan barang untuk review.. Ia merupakan hadiah besdey aku.. Cam aku kata tadi, rezeki jangan ditolak, musuh jangan nak menggatal pegi carik k.. hiks.. Tapi apakah isi kandungan kotak cantik ni?


Bila dah bukak kertas pembalutnya, Ya Allah alhamdulillah telekung solat.. OMG!! Aku suka sangat.. Aku memang fanatik dengan telekung solat.. Cam tetahu jerk apa yang aku suka kan.. Haha.. Telekung solat dari Zara Awliya.. Tak pernah lagi aku beli brand ni.. So, bertambahlah koleksi telekung solat aku.. Ada yang murah dan ada yang mahal.. Yang ni aku tataw berapa harganya.. Nama lagi hadiahkan, takan orang nak kasitau harganya pulak.. Hiks..


Warna grey.. Tak terlalu over.. Nice..!! Jahitan dan sulaman memang kemas.. Kain pun selesa.. Tak sabar nak basuh dan pakai.. Thankz to giver.!! MUaxxx ciked!! Oh ya, kot ada yang nak buat present pada yang tersayang, aku suggest korang beli telekung dari Zara Awliya ni sebabnya kotaknya pun cantik.. Sesuai sangat dibuat hadiah... Siap dengan kad ucapan.. Nak buat surprise pun boleh uolls.. Ehh ter-promot lak.. Haha!!


Malam 12 Jun, encik suami lak ajak p makan KFC dia banje sempene besdey aku.. Rezeki lagi.. Hehe.. Sempat snap gambar ayam jerk weh!! Anak buat perangai.. Huhu.. Tapi serius, ayam kfc baru ni sodap hingga menjilat jari.. Nyumm nyumm.. TQ encik suami.. Tahun depan banje agik.. Haha!!


Jumaat pagi, abang pos express datang terjah pintu pejabat.. Uihh beso weh parcel dapat.. Tak sangka secepat ini dapat parcel pink ni.. Ini hadiah hari jadi dari Althea Korea.. Alhamdulillah rezeki lagi.. Dua box weh.. Ada produk makeup, skincare dan pelbagai lagi.. Macam-macam aku pilih kali ni sebabnya point untuk besdey agak meriah sehinggakan aku rambang mata nak pilih yang mana satu.. Setelah berhari-hari shopping, barulah aku dapat sempurnakan kesemua point yang ada.. Alhamdulillah.. Thank Althea kasi hadiah yang best ni.. 


Excited kot nak bukak.. Tu eksen jerk tu.. Tak bukak lagik pun parcel ni.. Tak de masa agik nak bukak dan tengok hasilnya.. Nantilah aku buat video unboxing.. Baru syok.. hiks.. Apa lagi yang aku dapat untuk tahun ni? 


Selepas solat jumaat aku kembali ke opiz setelah keluar rehat beraya ke rumah kawan.. Penuh perut weh.. Macam-macam member hidang.. Alhamdulillah, rezeki tu.. Hehe.. Masuk aje opiz, si kerani depan aku tu hulur paperbag comel katanya ada orang kasi hadiah besday.. Wahh sape pulak la kasi ni.. 

Bila bukak paperbag nampak keychain nama sendiri.. Handmade lagi.. Cam dah boleh agak sape kasi.. Hehe.. TQ kak uda.. Selalu ingat orang.. Muaxxx!! Keychain ni dah selamat tersangkut pada kunci kete.. Comel sangat.. Aku suka.. Alhamdulillah.. 


Itulah sahaja cerita besdey aku untuk tahun ni.. Terima kasih kepada semua yang wish besday aku dan mendoakan aku.. Terima kasih!.. Moga tahun depan memberi sinar yang lebih baik buat aku dan semua orang.. Alhamdulillah, ulang tahun kelahiran 2019 membawa seribu makna yang tak dapat aku ungkapkan disini.. xoxo!!


Lea Azleeya
12 Jun 2019


Read More

Joielle Baby VCO Set Untuk Penjagaan Bayi Berkulit Sensitif

12 comments
Joielle Baby VCO Set Untuk Penjagaan Bayi Berkulit Sensitif  |  Holaa!! Im back setelah bercuti raya sakan.. Hehe.. Rindu gila nak berblogging.. Kali ni nak story tentang produk baby.. Kalau korang perasan, entry yang lepas aku ada cerita tentang satu jenama produk baby yang berasaskan bahan semula jadi iaitu Baby Skincare Essentials Dari Joielle Baby Set Lengkap Untuk Penjagaan Kulit Bayi.. Bagus sangat tau produk keluaran Joielle Baby ni.. Memang sesuai sangat dengan kulit anak-anak aku.. Now, sekali lagi aku nak story tentang jenama yang sama tetapi produk yang berbeza iaitu Joielle Baby VCO Set sesuai untuk baby berkulit sensitif.. Jom aku story!


Kalau yang sebelum ni, rangkaian produknya terdiri daripada 7 jenis.. Untuk set VCO ni pula hanya terdapat 3 produk sahaja iaitu :-
  • Joielle Baby VCO Bath
  • Joielle Baby VCO Lotion
  • Joielle Baby VCO Cream
Didatangkan dalam saiz yang agak comel sebabnya ia merupakan set untuk travel.. Nahh bagi yang kaki travel tu dan mempunyai anak kecil, mudah sangat kalau guna produk ni.. Senang  nak bawak kemana-mana.. Sumbat aje dalam bag dan tak memerlukan ruang yang banyak... Cam aku la balik beraya baru ni, tak payah susah-susah dah nak pack barang mandian anak-anak.. Ambil jerk set Joielle Baby VCO set ni sumbat dalam bag.. Mudah uolls!! Lengkap untuk anak..

Seperti produk Joielle Baby Skincare Essentials, VCO set ni juga baunya wangi dan menyenangkan.. Itu salah satu faktor kenapa aku suka sangat jenama ni.. Yelah, kalau produk yang kita guna tu baunya semacam dan tak menyenangkan, mana mahunya kita nak guna kan.. So, ofkoslah kite nak guna yang berbau harummm barulah dapat feel yang best.. hehe.. Bukan mak aje yang suka bau produk ni tau, si Qhaliff tu pun kemain lagi puji baunya.. Paling penting produk ni adalah HALAL dan boleh digunakan tanpa was-was..

Joielle Baby VCO Bath


Apa yang bestnya dengan Joielle Baby VCO Bath ni adalah ia dirumus dengan Minyak Kelapa Dara dan bahan-bahan yang berkualiti tinggi, Halal dan selamat seperti ekstrak Aloe Vera dan juga Vitamin E membantu untuk membersihkan dan melembapkan kulit sensitif baby... Paling penting, produk ni selamat digunakan kerana ia bebas dari bahan kimia yang berbahaya.. Yelah, nak pilih produk untuk anak-anak ni, kenalah yang selamat supaya tidak memudaratkan..

Antara kelebihan Joielle Baby VCO Bath ini adalah :-
  • Menjaga kelembapan semulajadi kulit
  • Merawat jangkitan kulit dan kemerahan
  • Bau yang menenangkan untuk melegakan bayi serta keselesaan bayi untuk tidur
Cara Guna :-
  • Macam biasa, basahkan badan baby dengan air bersih
  • Letakkan Joielle Baby VCO Bath ke tapak tangan
  • Sapu keseluruh badan bayi
  • Bilas dengan air bersih

Joielle Baby VCO Lotion


Selepas mandi, cam biasa aku akan sapu lotion pada kulit anak-anak aku.. Kali ni memang excited untuk guna Joielle Baby VCO Lotion ni sebabnya baunya sangat wangi.. Baunya sangat menyenangkan dan menenangkan.. Dengan bau yang camni, anak pun jadi selesa dan tenang.. Aku sendiri pun boleh hilang stress tau.. haha..

Ok untuk lotion ni pula, ia dirumuskan dengan khasiat Minyak Kelapa Dara, ekstrak Aloe Vera dan Vitamin E sesuai digunakan pada kulit baby setiap hari.. Losyen VCO ni sangat bagus untuk melembutkan kulit baby yang kering dan kasar jika disapu secara berterusan.

Antara kebaikannya adalah :-
  • Melindungi kelembapan kulit
  • Sesuai digunakan untuk kulit yang kering
Cara guna :-
  • Guna losyen dalam kuantiti yang diperlukan
  • Sapu ke kulit baby selepas mandi terutamanya bahagian yang kering dan bermasalah.
  • Boleh digunakan setiap hari untuk kesan yang lebih ohsem!

Joielle Baby VCO Cream


Last produk yang aku nak kenalkan pada mommies seantero iaitu Joielle Baby VCO Cream.. Ok, baby cream ni biasanya aku guna bila perlu sahaja.. Contohnya bila anak aku terkena ruam, aku akan sapu cream ni kat area ruam tu.. Sangat mujarab untuk anak aku.. Baunya pun sangat-sangat best tak seperti krim ruam yang lain.. Bukan takat ruam aje tau, kalau kulit anak kering dan menggelupas pun, aku akan sapu cream ni.. Selesa jerk baby tau..

Tekstur Joielle Baby VCO Cream ni pekat ye mommies.. Apa yang bestnya, ia tidak melekit sama sekali dan penuh dengan kebaikan bahan semulajadi yang mampu menguatkan dan melembapkan kulit bayi sepanjang gari. Ia juga boleh digunakan oleh ibu mengandung untuk mengelakkan rekahan pada perut..

Joielle Baby VCO Cream membantu merawat kulit seperti :-
  • Ekzema
  • Ruam
  • Sinaran Matahari
  • Kulit kering dan bersisik
  • Rekahan kulit perut
  • Kulit gatal
Cara guna :-
  • Sapukan Joielle Baby VCO Cream pada kawasan kulit yang bermasalah dalam kuantiti yang diperlukan.

Joielle Baby VCO Set Untuk Penjagaan Bayi Berkulit Sensitif


Nampaknya bertambahlah koleksi penjagaan diri anak-anak aku.. Set Joielle Baby VCO ni memang wajib ada untuk anak-anak aku bagi membantu mengatasi masalah kulit.. Apa yang membuatkan aku suka sangat dengan produk ini adalah ia selamat digunakan kerana diperbuat daripada bahan semulajadi yang mampu menjaga dan merawat kulit anak-anak aku tanpa kesan sampingan.. Korang yang mempunyai anak yang berkulit sensitif, aku recommend sangat guna produk ni.. Untuk kulit anak aku memang serasi dan sesuai.. Nak tahu sesuai ke idok dengan kulit anak korang, kenalah cuba sendiri dulu ye.. Tak cuba tak tahu kan..

Selain ia didatangkan dalam travel pack yang mudah dibawa kemana-mana, banyak lagi kelebihan dan kebaikan yang ada pada produk Joielle Baby VCO Set ni.. Antaranya :-
  • Memberi kelembapan pada kulit bayi
  • Membantu mengurangkan masalah kulit ekzema
  • Membantu melegakan ruam lampin bayi
  • Membantu mengurangkan kemerahan atau keradangan kulit bayi
  • Mengurangkan kegatalan kulit
  • Memberikan keselesaan dan ketenangan pada bayi
  • Mengurangkan rekahan pada kulit bayi dan juga ibu mengandung
  • Bebas dari bahan kimia berbahaya



Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram



Read More