Custom Jersey Terus Dari Kilang Ohtshirt.com.my

Friday, January 27, 2023

2 comments
Custom Jersey Terus Dari Kilang Ohtshirt.com.my | Ada tak di antara korang kat sini yang nak cari kilang custom jersey sublimation? Kilang printing baju yang boleh buat macam-macam jenis printing baju dengan harga murah, berkualiti serta boleh buat penghantaran ke seluruh malaysia?

Sekarang ni memang dah jadi trend dan kewajipan untuk tempah baju syarikat, baju kelab, baju aktiviti sukan, baju konvoi, baju family day dan banyak lagi la. Kalau di universiti boleh kata hampir setiap bulan akan buat baju untuk aktiviti kat universiti dan kolej. Baru nampak satu keunikkan dan kelainan kat situ kan?


Oh! T-Shirt Perkhidmatan Printing All In-House Production

Oh! T-Shirt ni kalau korang nak tau, semua penghasilan t-shirt adalah All in-house production. Maksudnya semua pengeluaran dikawal sepenuhnya oleh syarikat terus dari kilang sendiri dan bukannya sub atau hantar ke kilang lain ya. Jadi kualiti pastinya terjamin dan siap pada masa yang ditetapkan.


Untuk pengetahuan korang semua, Oh! T-Shirt ni berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang custom jersey, printing t-shirt & cenderahati korporat serta ada 3 kilang printing baju & custom jersey di Shah Alam, Selangor iaitu :   

1. Kilang Printing Tshirt Silkscreen   

Biasanya kalau korang nak print baju rewang, family day, baju kelas, baju persatuan, baju kelab atau sebagainya boleh gunakan perkhidmatan ini kerana boleh dicetak dengan kuantiti yang banyak dan harganya juga lebih murah berbanding dengan teknik printing yang lain. Banyak juga syarikat, kelab dan persatuan yang gunakan perkhidmatan printing SilkScreen ni.  

2. Kilang Custom Jersey   


Apakah Sublimation? Teknik printing sublimation adalah membolehkan korang print t-shirt dengan grafik yang tinggi hampir keseluruhan baju. Nak senang cerita, baju yang selalu geng-geng motor pakai time konvoi tu la Jersi sublimation. Jersey sublimation ni tengah trending sekarang. Bukan setakat geng-geng motor je yang pakai, geng kereta, geng kelab dan persatuan pun ada yang pakai tau. Sebabnya boleh print full color & unlimited design.

Baru nampak gempak dimata orang lain hehe. So, lepas ni kalau nak tempah baju program, custom jersey & sublimation printing tak payah pening2 cari kilang yang boleh buat A-Z. Dari design sampai lah ke jahitan.  

Oh ya… Mereka juga ada tawarkan servis printing cenderahati korporat, medal dan trofi. Kalau korang ada buat pertandingan dan perlukan hadiah cenderahati seperti medal dan trofi boleh la gunakan perkhidmatan mereka ni. Nak buat barangan korporat untuk syarikat pun boleh macam lanyard, pen, beg, cawan dan macam-macam lagi la pun boleh.  

Ha... Macam-macam kan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Oh! Tshirt ni. Semuanya ada dalam satu syarikat! Jadi mudah kerja korang nak cari macam-macam perkhidmatan printing dalam satu tempat.  

3. Kilang Jahit atau Sulaman Berkomputer   


Nak tempah pakaian dengan kuantiti yang banyak atau secara pukal? Ha... Disini mereka juga ada tawarkan perkhidmatan tempahan menjahit Uniform, T-Shirt, Jubah, Blouse, Seluar, Tudung, Baju Melayu, Kurta dan pelbagai jenis pakaian secara ready made atau pun custom made dengan harga kilang. Butik-butik yang nak cari kilang jahit pukal untuk stok Ramadan dan raya nanti boleh la dapatkan perkhidmatan dari mereka ni.

Selain daripada perkhidmatan menjahit, mereka juga ada buat perkhidmatan sulaman berkomputer atau embroidery ya. So korang tak perlu risau kalau tempah jersi & custom jersey kat sini, sebab company ni memang ada kilang jahit sendiri. Harga custom jersey kat sini korang faham-faham lah, mesti terlajak murah. Harga Kilang kan!   

6 Sebab Kenapa korang kena print baju murah di Ohtshirt.com.my?   


  • Harga Murah Terus dari kilang (Jimat beribu-ribu duit korang) 
  • Cepat siap & berkualiti 
  • All in-house production. Memiliki Kilang Jahit, Kilang Printing Silk Screen, Kilang Sublimation Jersi dan Kilang Sulaman Berkomputer. (kualiti, harga & masa dikawal sepenuhnya oleh syarikat). 
  • Khidmat nasihat percuma berkenaan tempahan (Mesra Pelanggan). 
  • Penghantaran ke Seluruh Malaysia 
  • Dipercayai oleh syarikat-syarikat & Jabatan Kerajaan seperti Media Prima, KarangKraf, Ninja Van, UiTM, UNISEL, UMP, UIA, Sime Darby, Pos Malaysia, Maybank, Kastam, Imigresen, MBSA, MPS & banyak lagi.  
Ohtshirt.com.my juga ada buka pendaftaran ejen untuk usahawan serta individu yang nak buat duit tambahan dengan bisnes printing tshirt, printing baju & custom jersey. Latihan dan bimbingan akan diberikan sepenuhnya oleh syarikat. Jadi, kalau korang berminat nak jadi ejen tu cepat-cepatlah daftar kat website mereka atau boleh hubungi nombor telefon yang ada kat website mereka.  

Tawaran ejen ni terhad tau… Siapa cepat dia dapat. Inilah masanya peluang untuk korang jana pendapatan tambahan. Tak salah kalau kita mencuba mana tahu rezeki korang ada kat situ. 

Buat Part-Time ejen printing ni mana tahu boleh cover korang punya bayaran bulanan bil utiliti, duit rumah dan duit kereta tanpa perlu usik duit gaji. Suri rumah pun boleh buat ya. Boleh tampung perbelanjaan isi rumah. Zaman sekarang ni kos hidup semakin meningkat. Baru-baru ni harga sayur-sayuran, ayam segar dan macam-macam lagi barangan naik harga. Kita kena cari alternatif lain untuk tingkatkan pendapatan kita. 


Kalau korang nak printing baju murah, nak custom Jersey harga kilang lepas ni, boleh lah terus hubungi mereka melalui laman-laman berikut.  

Senarai website rakan niaga Oh! T-shirt :-   

MAFEYA SDN BHD 
(Team Cetak) 
32A, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7,  
40000 Shah Alam, Selangor. T
EL: 03-55236690 / 017-2290994 / 017-2290994 
Email: ohtshirtselangor@gmail.com    

MAFEYA SDN BHD 
(Kedai Sublimation) 
30, Jalan Keluli AN 7/AN,  
Taman Perindustrian Bukit Raja Selatan, 
40000 Shah Alam, Selangor   

MAFEYA SDN BHD 
(Oh! Tshirt) 
17-A, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.





Read More

Kempen Kembali ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Menyokong Kehidupan 200 Kanak-Kanak Komuniti Program Perumahan Rakyat

Saturday, January 7, 2023

No comments
Kempen Kembali ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Menyokong Kehidupan 200 Kanak-Kanak Komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) |  Hi guys! Tak lama lagi sesi persekolahan 2023/2024 akan bermula.. Time tu ibu bapa la yang terpaling sibuk menguruskan perihal persekolahan anak-anak.. Ni nak share dengan korang tentang kempen terbaru TOP.. TOP kembali lagi dengan kempen terbarunya iaitu Kempen Kembali ke Sekolah "Cerahi Kehidupan Bersama TOP" dengan menyokong kehidupan 200 kanak-kanak komuniti dalam Program Perumahan Rakyat (PPR). Jom aku story!


Sebahagian besar keluarga di Malaysia tidak sabar menantikan bermulanya tahun baru persekolahan dengan melengkapkan anak-anak mereka dengan barangan keperluan sekolah serba baru sebagai motivasi untuk mencapai kecemerlangan, khususnya di peringkat pendidikan rendah. Namun, bagi keluarga miskin bandar, sesi baru persekolahan juga bermakna perbelanjaan yang amat tinggi.

Walaupun peratusan masyarakat miskin bandar adalah rendah, iaitu 3.8%, Malaysia mempunyai kadar urbanisasi terpantas di Asia Tenggara dengan 77.9% daripada 32.4 juta penduduknya menetap di kawasan bandar. Ini bermaksud hampir 960,000 penghuni bandar hidup dalam kemiskinan.   

Kebanyakan daripada golongan miskin bandar menetap di flat-flat kos rendah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang padat dengan kemudahan asas yang terhad. Perumahan PPR juga sering dikaitkan dengan masalah penyalahgunaan dadah dan alkohol, jenayah dan kecurian serta keganasan rumahtangga dan penderaan, seterusnya mendedahkan penghuni dalam keadaan yang berisiko.    

Mereka yang berkelulusan pendidikan peringkat rendah kebiasaannya datang daripada isi rumah berpendapatan rendah, seterusnya menyumbang kepada peningkatan jurang pendapatan. Kunci dalam mengurangkan ketidaksamaan pendapatan masyarakat dapat dicapai menerusi galakan dan meningkatkan peluang pendidikan kepada golongan rentan (vulnerable) ini.


Prihatin dengan isu yang membelenggu keluarga-keluarga miskin bandar dan menyedari akan kepentingan pendidikan untuk semua, kempen dana amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP, yang melibatkan kerjasama MYDIN, melengkapkan seramai 200 murid Tahun Satu daripada keluarga miskin dan daif yang menetap di flat-flat PPR di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang dengan barangan kembali ke sekolah bagi sesi persekolahan 2023/2024.

Sebahagian jualan daripada produk-produk detergen TOP terpilih di pasar raya MYDIN di seluruh negara dari 15 Disember 2022 sehingga 15 Januari 2023 akan disalurkan untuk menyediakan keperluan 200 murid Tahun Satu ini.   


Kelengkapan yang disediakan untuk setiap murid termasuk pakaian seragam, kasut dan stokin sekolah, set alat tulis, kotak pensil dan pensil warna. TOP akan menghantar pek-pek kembali ke sekolah khusus kepada keluarga terlibat sebelum bermulanya sesi baru persekolahan, memberikan ibu bapa dan kanak-kanak terlibat ketenangan minda bahawa mereka juga mempunyai kelengkapan baru yang sama dengan rakan-rakan kelas yang lain.    

Sejak diwujudkan pada tahun 2015, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP telah memberi manfaat kelengkapan kembali ke sekolah kepada 3,206 pelajar daripada 97 komuniti di seluruh negara, pada masa sama menyumbang produk-produk detergen TOP kepada keluarga dan penjaga mereka.  


TOP baru-baru ini memperkenalkan rangkaian TOP Colour Signature yang terdiri daripada serbuk detergen premium Super Colour dan cecair detergen premium Colour Protect dengan teknologi terkini 5D Colour ProTech yang membenarkan pengguna mencuci kesemua pakaian mereka sekali gus dengan penuh yakin kerana warna pakaian tidak akan turun dan menjejaskan pakaian lain. Ia juga memastikan warna pakaian terus cerah berseri dan pakaian berwarna gelap kekal gelap.  

Rangkaian terbaharu ini turut mencegah fabrik daripada kelihatan lusuh lebih awal dan memastikan ia sentiasa kelihatan baru. Ini seterusnya membantu memanjangkan hayat pakaian dan menggalakkan kehidupan yang lestari. Setiap keluarga yang terlibat dalam program Cerahi Kehidupan Bersama TOP akan menerima pek 2.1kg serbuk detergen TOP Super Colour dan sebuah dispenser detergen boleh diguna semula.     

Kesemua detergen TOP, termasuk rangkaian Colour Signature, dikuasai oleh Advanced Micro-Clean Tech dengan Anti-Mikrobial Tech oleh Lion Japan yang menggunakan teknologi detergen generasi baharu dengan kemampuan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya termasuk (COVID-19, Influenza A dan Coxsackie) serta bakteria secara berkesan. Formulasi pelbagai teknologi yang khusus ini merangkumi fungsi Anti-Hapak, Anti-Hama dan Anti-Sebum, dipertingkatkan dengan Teknologi Haruman Menyerlah (Bolder Scent), iaitu wangian khusus dengan keberkesanan terbukti menyingkirkan bau hapak dan meningkatkan mood si pemakai.    

TOP bekerjasama dengan Kloth Cares dan INTI untuk memperkenalkan rangkaian detergen Colour Signature dan pada masa sama, mengumpul lebih 700 kilogram pakaian terpakai elok yang disumbangkan oleh masyarakat umum yang prihatin. Pakaian-pakaian ini akan dibersihkan dan disediakan kepada keluarga mengambil bahagian yang berminat dalam projek-projek kitar semula.   

Peningkatan kos kehidupan adalah satu isu global dan golongan miskin bandar adalah kumpulan masyarakat yang paling berisiko. Persediaan kembali ke sekolah bagi untuk seorang pelajar sahajapun mampu memberi kesan kepada perbelanjaan keluarga ini. Namun demikian, pendidikan juga aspek penting dalam memastikan kanak-kanak terlibat keluar daripada kitaran kemiskinan. Mempunyai kelengkapan kembali ke sekolah yang serupa dengan pelajar lain mampu memotivasikan mereka untuk mencapai kecemerlangan. Inilah sebab kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP menarik perhatian dan menerima sokongan rakyat Malaysia yang ingin membantu rakyat Malaysia lain mencapai potensi penuh mereka. Kami amat menghargai kerjasama MYDIN dalam menjayakan kempen ini -  Cik Carmen Foo, Pengurus Besar Kanan Southern Lion Sdn Bhd.   


Untuk menyokong kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP dalam menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah kepada 200 pelajar Tahun Satu daripada keluarga miskin bandar, orang ramai boleh membeli produk detergen TOP dari mana-mana pasar raya MYDIN yang mengambil bahagian dari 15 Disember 2022 sehingga 15 Januari 2023. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/TOPdetergentMY.   

Kami komited dalam menyokong kehidupan 200 kanak-kanak menerusi kempen ini. Kami juga berharap untuk menghimpunkan dana yang lebih tinggi agar dapat membantu lebih ramai kanak-kanak. Sertai TOP untuk mengubah kehidupan keluarga miskin bandar agar mereka mampu mencapai masa depan yang lebih cerah - Cik Carmen Foo.    

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian produk TOP dan kempennya, sila layari laman http://www.southernlion.com.my atau menghubungi talian khidmat pelanggan di 1800-880-133.  





Read More