Assalamualaikum wbt..
Buku Amalan Mengangkat Darjat | Minggu lepas aku dapat hadiah buku ni daripada seorang member opiz aku ni... Alhamdulillah rezeki untuk aku... Moga dengan pembacaan aku nanti, ganjaran pahala buat dia... Insyaallah.. Kat sini aku nak kongsikan dengan korang kebagusan buku ni.. 'Kebagusan' hokeh.. Hahaha.. Ayat tamo kalah tu...
Buku ini menghimpunkan amalan-amalan mudah yang boleh dilaksanakan pada setiap hari seawal bangun daripada tidur hinggalah tidur kembali... Bagus tau buku ni... Lengkap.. Setiap amalan diatur dalam sebuah jadual mengikut waktu... Amalan-amalan biasa dalam kehidupan kita jika dilakukan dengan ilmu dan penghayatan secara berterusan serta istiqamah, tinggi nilainya di sisi ALLAH SWT...
Jom tengok isi kandungan buku ni dulu..
Bermula dengan Qiamulail sampailah amalan dan adab ketika nak tidur... Siap ada lampiran lagik tu... Sangat membantu untuk kita dalam amalan seharian...
Ni la jadual yang aku maksudkan... Setiap waktu disediakan jadual, apa yang patut dilakukan.. Mengikut aturan... Aku suka sangat dengan aturan jadual ni.. Kalau kita amalkan, terasa lengkap amalan kite seharian... Ada beberapa jadual dalam buku ni mengikut waktu-waktu yang ada.. Aku up kat sini satu aje la jadualnye.. Kalau korang nak tengok jadual yang lain, kena lah beli ye.. Tak rugi beli buku ni.. Banyak ilmu di dalamnye yang mungkin ada yang kita tak tahu..
Bacaan wirid selepas solat (Wirid Al-Qusyasyiah) dan Wirid Rabbani pown ada dalam buku ni... Mungkin ada yang dah biasa dengan wirid-wirid ni dan mungkin juga ada yang belum tahukan tentangnya.. So, dengan buku ni korang boleh kenal dan belajar tentang wirid ni... Sanad pown ada disertakan tau dalam buku ni.. memang terbaik.. Lupa lak aku nak snap wirid-wirid tersebut.. Sori yekk.. Hehe..
Ni last sekali dalam buku... Jadual yang boleh kite guna dan tick yang mana kite dah amalkan.. Mudahkan.. Buku ni siap disediakan jadual untuk memudahkan kita tick amalan yang dah kita buat... Tak yah susah-susah nak buat jadual sendiri.. Semuanya dah disediakan.. Cuma beramal aje yang tinggal.. Hiks..
Oklah.. Jom kite kenal dengan penulis buku ini..
USTAZ JAFRI ABU BAKAR MAHMOODI berasal dari Kampung Tambun Tulang, Arau, Perlis. Kini menetap di Bandar Baharu, Kedah. Merupakan Pengasas Kompleks Islam Dar al-Faizin (KIDAF) merangkap Mudir (Pengetua) di Maahad Darul Faizin, Madrasah Mahmudiyah, Arau dan Pra Tahfiz al-Fateh, Sg. Duri, Pulau Pinang. Kini menjadi Pendakwah Bebas sepenuh masa yang aktif berdakwah ke seluruh tanah air.. Beliau pernah menjadi pengacara rancangan Ayat Riwayat (TV Alhijrah), Pengisi Slot Mujahadah Ramadhan (TV Alhijrah) dan Tanyalah Ustaz (TV9)..
AMALAN MENGANGKAT DARJAT adalah karya susunan pertama beliau bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd.