product ·
review ·
wd40
7 comments
Membersih Kenderaan Jadi Lebih Mudah Dengan WD-40®
Tuesday, August 15, 2017
Membersih Kenderaan Jadi Lebih Mudah Dengan WD-40® | Tidak kira usia, jenis atau rupa, kenderaan yang bersih dan dijaga rapi akan sentiasa nampak lebih cantik. Ia juga umpama cermin kepada personaliti pemiliknya, dan disebabkan itu ramai peminat kereta/motor akan menghabiskan ribuan ringgit dan ratusan jam untuk memastikan kenderaan mereka sentiasa bersih dan kemas. Namun begitu, ramai yang terlupa bahawa Produk Pelbagai-Guna WD-40® yang ada dirumah itu bukan sahaja boleh digunakan sebagai pelincir, penghalang kelembapan dan bahan anti-karat tetapi ia juga sebenarnya adalah pembersih pelbagai-guna untuk kenderaan anda. Membersih kenderaan jadi lebih mudah dengan WD-40®...
Ramai pengguna WD-40® yang mengakui sendiri bahawa ia sangat berkesan bagi membersihkan kekotoran-kekotoran degil seperti tar, lumpur dan kesan melekit pada permukaan krom atau bercat tanpa merosakan permukaan tersebut.
Produk Pelbagai-Guna WD-40® juga sangat efektif untuk digunakan pada gril hadapan kenderaan kerana ia mampu membuang kekotoran degil seperti kesan serangga dan sebagainya. Malah, ia juga menghalang kekotoran dari melekat di situ.
Kadang-kadang ada pelekat-pelekat lama pada kenderaan kita yang sudah lusuh dan perlu dibuang tetapi kesan gam pada pelekat itu adalah antara yang paling sukar untuk dihilangkan. Sebenarnya, ia mampu dibuang dengan lebih mudah bila ia disembur dengan Produk Pelbagai-Guna WD-40®.
Satu lagi contoh terbaik ialah kesan gam dari pelekat cukai jalan. Ia mengotorkan cermin hadapan kenderaan dan sukar untuk dihilangkan. Cara paling mudah sebenarnya ialah dengan semburkan WD-40®, gosok dengan kain dan kesan melekit itu akan hilang!
Terpaksa meletakan kenderaan di bawah pokok? Pastinya najis burung dan getah pokok akan mula hinggap di atas bumbung kenderaan dan memang diketahui ramai kedua elemen itu mampu merosakkan cat kenderaan. Cara termudah untuk menghilangkannya ialah dengan semburkan WD-40® dan bilas dengan air sabun. Mudah bukan?
WD-40® bukanlah produk yang hanya boleh digunakan untuk bahagian luaran kenderaan. Ia juga berguna untuk bahagian kabin kereta anda. Bagi mereka yang berkeluarga, fabrik tempat duduk atau karpet lantai kenderaan yang diconteng dengan krayon anak-anak atau yang dikotori dengan bekas jari dan tangan berminyak mampu dibersihkan dengan WD-40®.
Cuma sembur dan sental beberapa kali dengan kain untuk menghilangkan kekotoran tersebut. Satu lagi masalah yang memeningkan kepala ialah apabila ada gula-gula getah (chewing gum) yang melekat di karpet kenderaan. Ia melekit dan sukar dihilangkan. Sebenarnya, Produk Pelbagai-Guna WD-40® boleh menghilangkan kesan gula-gula getah juga. Caranya, semburkan WD-40® dan sental menggunakan kain sebelum dibilas dengan air sabun.
Produk WD-40® yang sinonim dengan tin biru itu memang praktikal dan anda tidak perlu membazir wang ringgit dengan membeli barangan pembersihan kenderaan yang mahal itu. Cuma pastikan ada satu tin biru Produk Pelbagai-Guna WD-40® di rumah kerana selain dari membersihkan kenderaan, ia juga mempunyai pelbagai lagi penggunaan lain seperti melincirkan engsel, menghentikan bunyi berkriuk malah ia juga mampu melepaskan nat dan bolt yang melekat kuat!
Untuk mengetahui lagi kenapa peminat kenderaan sangat meminati WD-40® dan kenapa mereka akan pastikan akan ada setin biru produk itu di garaj mereka, layari laman web www.wd40.asia sekarang!