others
10 comments
Bersukan Dengan Lebih Selesa Dengan Tudung Sukan Paling Viral Di Malaysia TAHAN Instant Sports Hijab
Wednesday, July 29, 2020
Bersukan Dengan Lebih Selesa Dengan Tudung Sukan Paling Viral Di Malaysia TAHAN Instant Sports Hijab | Assalamualaikum.. Hi Korang.. Dah nak masuk bulan ogos kita ni ye.. Sekejap je masa berlalu kan.. Sekarang ni, kat tempat kerja aku setiap hari Jumaat merupakan hari sukan - sihat, cergas dan langsing.. Langsing keh? Haha.. Tak pe, kita cuba kearah itu ye.. Hiks.. Memandangkan aku sekarang gigih bersukan setiap hari Jumaat, terpanggil la pulak nak ada tudung sukan supaya lebih selesa semasa bersukan.. Bukan apa, kalau pakai tudung yang lebih selesa ni barulah time sukan tu kita dapat melakukan aktiviti sukan dengan lebih baik..
Jadinya, untuk mencapai hasrat tersebut, aku surveylah beberapa jenis tudung sukan yang ada di pasaran sekarang ni.. Dah habis survey, hati berkenan dengan tudung sukan paling viral di Malaysia iaitu TAHAN Instant Sports Hijab dari PTT Outdoor... Serius weh, aku suka design dia.. Tu belum ambil kira materialnya lagi.. Sebelum berkenan tu, aku tengok jugak dulu feedback dari pengguna lain.. So, memang ramai yang beri feedback yang baik tentang TAHAN Instant Sports Hijab ni.. Sebab itu jugalah aku memilih tudung sukan paling best ni..
TAHAN Instant Sports Hijab Dari PTT Outdoor Tudung Sukan Yang Ringan Dan Cepat Kering
Dalam pemilihan apa juga jenis tudung, perkara pertama yang perlu dititikberatkan adalah materialnya.. Tak kira la tudung sukan ke, tudung bawal ke, atau ape sahaja, aku pasti melihat dari materialnya terlebih dahulu sebelum membelinya.. Sama jugalah dengan tudung sukan dari PTT Outdoor ni..
Kenapa tudung sukan TAHAN ini menjadi pilihan aku?
Haaa mesti korang nak tahukan sebab apa? Salah satunya adalah sebab materialnya.. Kalau korang nak tahu, tudung ni materialnya adalah 90% Polyester dan 10% Spandex.. Ini membuatkan ia lebih ringan dan selesa di pakai.. Sungguhpun tudung sukan ini ringan tetapi ianya tidak mudah diterbangkan oleh angin semasa dipakai.. Bukan tu aje tau, tudung sukan TAHAN ini juga cepat kering.. So, kalau bersukan tu korang berpeluh sakan, tak yah la risau sangat sebabnya tudung ni serap peluh dan cepat kering.. Korang akan kembali selesa untuk terus bersukan.. Sangat sesuai untuk wanita yang cepat atau kuat berpeluh.. Oh ya satu lagi tidak berbau.. Serius terbaik!
Selain itu juga, apa yang bestnya dengan tudung sukan TAHAN ni, kain dia ofkos sejuk.. Kalau kain jenis panas mana maunya datang keselesaannya tu kan.. Pengaliran udara pun baik.. Jadi, tak de la rasa melemaskan atau merimaskan semasa memakai tudung sukan ni.. Sangat sesuai untuk buat aktiviti luar.. Yang mana jenis malas nak iron tudung tu, ini adalah tudung terbaik buat korang sebabnya tudung sukan ni anti kedut.. Haha.. Silalah beli ya..
Keistimewaan TAHAN Instant Sports Hijab
Dah alang-alang dok bercerita tentang kelebihan TAHAN Instant Sports Hijab ni, moh le aku perincikan keistimewaan lain yang ada pada tudung sukan superb best ni..
- Fabrik yang sangat selesa
Tudung ni direka khas untuk muslimah aktif yang gemar bersukan dan seperti yang aku cerita pada mulanya tadi, ianya cepat kering.. Jadi, bagi yang kuat berpeluh tu sangat sesuai pakai tudung instant ni.. Paling best bila pakai tudung TAHAN ni adalah cengkaman di bahagian wajah membuatkan kita rasa lebih selesa.. Tak longgar dan tidak terlalu ketat.. Kalau korang nak pakai bukan untuk sukan pun boleh, tak jadi masalah.. Nak-nak lagi kalau time travel.. Mudah gila kot, main sarung jerk.. Lagi pula tudung ni memang anti kedut.. Bertambahlah mudahnya..
- Reka bentuk yang menarik
Serius tudung TAHAN ni sangat ringat fabriknya dan designnya jugak cantik.. Aku suka! Bila pakai terletak jerk nampak.. Tak perlu dah nak pin sana pin sini.. Just pakai dah nampak elok.. Memang senang sangat nak dipakai dan diperbuat dengan menggunakan kain yang berkualiti tinggi.. Bagi aku reka bentuk tudung ni melambangkan wanita kontemporasi ke arah menjalani gaya hidup sihat.
Material TAHAN Hijab ni sangat bagus sebabnya ia menyerap peluh dengan baik dan bukan itu sahaja, semasa memakainya pengaliran udara juga baik menjadikan ianya selesa dipakai dalam tempoh yang lama.. Selain itu, apa yang lebih menarik reka bentuknya dapat mengelakkan pendedahan rambut semasa melakukan aktiviti sukan..
Dapatkan Tudung Sukan TAHAN dari PTT Outdoor Untuk Bersukan Dengan Lebih Selesa
Segala tentang TAHAN Instant Sports Hijab ni dah aku bongkarkan.. Tiada lagi rahsia.. Segalanya istimewa tentang tudung sukan viral ni.. So, bagi korang yang aktif bersukan mahupun yang inginkan tudung yang berkualiti dan mudah dipakai, boleh dapatkan tudung sukan TAHAN ini dari PTT Outdoor untuk menjadikan aktiviti sukan yang korang lakukan lebih selesa..
Oh ya, buat pembaca Blog Lea Azleeya ini untuk korang.. Guna code : LEA semasa checkout, korang akan dapat potongan sebanyak 10%.. So cepat-cepat checkout TAHAN Instant Hijab sekarang!!
Untuk info lanjut, boleh baca kat sini ye..
⏩ Facebook : https://www.facebook.com/pttoutdoor/
⏩ Instagram : https://www.instagram.com/pttoutdoor/