Oxwhite Menyambut Ulang Tahun Kedua Dengan Memberi Baucar Tunai Bernilai Lebih RM60000 Dan Diskaun Lebih 50%


Oxwhite Menyambut Ulang Tahun Kedua Dengan Memberi Baucar Tunai Bernilai Lebih RM60000 Dan Diskaun Lebih 50%   |  Pada 30 Jun 2020 yang lalu, Oxwhite telahpun mencecah usia dua tahun.. Bersempena dengan sambutan ulang tahun kedua ini, jenama e-dagang gaya hidup pengguna yang berkembang pesat di Malaysia ini, melancarkan promosi ulang tahun dengan memberikan baucar tunai bernilai lebih RM60,000.

OXWHITE MEMBERI BAUCER TUNAI BERNILAI LEBIH RM60,000

Apa yang bestnya, pelanggan boleh menebus baucar bernilai antara RM5-RM20 untuk pembelian bernilai RM50 ke atas.

Selain itu, pelanggan juga akan mendapat potongan harga sehingga 50% untuk koleksi ulang tahun Oxwhite - yang menampilkan buku terlaris Oxwhite, produk organik dan barangan terpilih dalam kategori pakaian, rumah dan keperluan hidup.

Di samping itu, platform runcit dalam talian HappyFresh, turut memberikan baucar bernilai RM11,320 kepada pelanggan Oxwhite yang berbelanja  antara jam 12.00 tengah hari pada 30 Jun 2020 dan 11.59 malam pada 7 Julai 2020.

Pelanggan aplikasi Digi, Maxis dan RHB juga akan menikmati potongan tambahan apabila mereka berbelanja di platform e-dagang mulai 1 Julai 2020.

Bukan itu sahaja, Oxwhite juga akan melancarkan dua produk baru di platform e-dagang. Produk berkenaan adalah :-

1. Kemeja T Asas Oxwhite

OXWHITE MEMBERI BAUCER TUNAI BERNILAI LEBIH RM60,000

Dibuat menggunakan fabrik 100% kain kapas yang lembut dan selesa, kemeja T asas ini direka dengan teliti agar sesuai dengan bentuk tubuh si pemakai. Setiap kemeja T asas dihantar dalam bungkusan kertas 100% biodegradasi, boleh diguna semula dan dikitar semula.

2. Tuala Bamboo

OXWHITE MEMBERI BAUCER TUNAI BERNILAI LEBIH RM60,000

Lebih lembut dan gebu berbanding tuala kapas biasa, tuala bambu ini menjadi lebih popular di spa dan premis mewah di seluruh dunia. Tuala berkualiti hotel ini dibuat secara eksklusif daripada viskose buluh dengan penuh tanggungjawab sosial. Tuala ini sangat menyerap, cepat kering, antibakteria dan anti bau.

Kini, Oxwhite telah berjaya menarik lebih 80,000 pelanggan dan berusaha untuk terus meningkatkan asas pelanggan dengan sasaran 200% tahun ini. Oleh itu, jenama gaya hidup ini akan melancarkan lebih banyak produk dan promosi dalam beberapa bulan akan datang. 

OXWHITE MEMBERI BAUCER TUNAI BERNILAI LEBIH RM60,000

Sebagai satu jenama, Oxwhite bertujuan untuk terus menambah baik penawaran barangan untuk menjadi e-dagang pilihan penduduk Asia yang mahu tampil bergaya dan selesa dengan harga yang berpatutan. Untuk lebih maklumat sila layari www.oxwhite.com




QuickEdit
Lea Azleeya
1 Comments

1 comment:

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)