Top Social

Image Slider

Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Header Blog Super Cute By Azhafizah Design

Thursday, April 19, 2018
Header Blog Super Cute By Azhafizah Design  |  Rasa macam dah lama blog aku ni tak bertukar wajah.. Nak tukar template, rasa sayang.. Jadi, tak dapat tukar 'baju', kita tukar 'tudung' aje lah.... Eh! Tudung? Hehe header la.. Dah duduk di atas sekali kan, so tudung la tu.. Hiks.. Untuk menghilangkan rasa bosan dengan pemandangan yang sama, jadi aku buat keputusan untuk menukar header blog aku supaya dapat tampil dalam suasana baru yang lebih segar.. Barulah tak bosan kan?


Untuk design header kali ni, sekali lagi aku meletakkan kepercayaan kepada blogger Azhafizah untuk menghasilkan header untuk blog aku.. Rasanya, sepanjang aku berblog ni, dah banyak kali jugak aku menggunakan perkhidmatan beliau dan Alhamdulillah aku memang berpuas hati dengan hasilnya.. Tak hairanlah, sampai sekarang pun aku masih percaya dengan hasil kerja beliau.. Macam dah tak boleh nak move on dengan orang lain.. Haha..!!

Design yang aku request kali ni adalah yang simple tetapi menten cute.. Tak nak nampak terlalu sarat dan melemaskan pandangan sesiapa yang melihatnya.. Macam pakai tudung gak la.. Kalau pakai terlalu sarat ni memang rimas dan lemas la jawabnya.. Orang tengok pun serabut mata.. Betul tak? Hiks..


Inilah header blog super cute by azhafizah design yang aku tempah tu.. Korang nak tahu, cepat gile kot fiza buat kerja.. Pagi tadi aku transfer duit, tak sampai setengah jam dah siap header blog aku ni.. Terkejut aku.. Sungguhpun disiapkan dalam waktu yang singkat, tetapi hasilnya menten mantop wehh!! Pendek kata, hasil kerja fiza memang tak pernah mengecewakan aku..

Kalau korang nak tempah design tak kiralah, template blog ke, header, sampul raya dan sebagainyalah, korang bolehlah terjah blog fiza.. Bisness card pun dia boleh buat.. Harga memang berpatutan.. Untuk tempahan header blog macam aku ni, hanya dikenakan bayaran sebanyak RM20 sahaja.. Murah gila kot!! Jadi, yang mana nak membuat tempahan tu, bolehlah terus hubungi fiza.. 

Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut, sila layari :-


Facebook

Instagram

Email
azhafizahmdnor@gmail.com

Total Pageviews Blog Lea Azleeya Cecah 1 Juta

Thursday, January 18, 2018
Total Pageviews Blog Lea Azleeya Cecah 1 Juta  |  Lama dah tak update tentang blog kesayangan aku ni.. Mungkin sebelum ni tak ada ape yang nak diceritakan tapi kali ni ada sesuatu yang mengejutkan aku dimana aku sendiri tak sedar.. Hehe.. Baru sat tadi aku perasan yang total pageviews blog aku ni dah mencecah ke angka 1 JUTA..!! 

Total Pageviews Blog Lea Azleeya Cecah 1 Juta, pageview, total pageviews, blog lea azleeya

Sebenarnya aku sendiri pun tak sangka pv blog aku ni boleh mencecah ke angka 1 Juta... Alhamdulillah masih ada yang sudi singgah ke blog picisan aku ni.. hihi.. 


Aku mula berblogging since 2013.. Itu pun hanya sekadar suka-suka dan hanya untuk menjadikan blog ni sebagai story book kisah hidup aku.. Tapi siapa sangka, akhirnya dengan berblogging ni aku dapat pergi lebih jauh sampai ke tahap sekarang.. 

Pada mula penglibatan aku dalam dunia blog ni, aku banyak join giveaway untuk tambahkan follower.. Kadang-kadang update story apa yang patut.. Ada masanya idea entah kemana sampaikan blog aku terbiar sepi terlalu lama.. Paling aku suka, menghias blog aku menjadi secantik yang mungkin walaupun pada waktu tu aku belum tahu kemana arah tuju blog aku ni.. Aku masih mencari-cari tujuannya..

Banyak kali juga aku tukar template blog.. Ada yang aku tempah dan ada jugak yang aku edit sendiri.. Aku mula belajar main dengan coding blog.. Mula-mula study pasal coding ni, sampai aku sakit kepala... Susah gile kot.. Dan akhirnya, aku pandailah sikit-sikit walaupun caca marba.. Huhu.. Selepas aku lebih yakin dengan blog aku ni, barulah aku membeli template yang lebih matang.. Seperti sekarang.. Matang ke? Hahaha..

Blog aku mendapat perhatian dan kepercayaan dari PR dan client baru saja lagi sebenarnya.. Aku mula membuat duit dengan blog aku ni kalau tak silap bermula awal tahun 2016.. Alhamdulillah berkat sokongan kengkawan blogger, aku dapat job untuk blog aku ni.. TQ kengkawan blogger yang banyak bantu aku bangkit dulu.. Jasa korang tak pernah aku lupa.. Insyaallah.. Tak yah la ye mention nama kat sini.. Hehe.. Biolah aku simpan aje nama mereka dalam hati aku ni.. Wahaha ayat aku syahdu betul..

TQ juga kepada PR yang percaya akan blog aku ni.. Insyaallah aku akan cuba yang terbaik bila ada yang memberi kepercayaan kepada blog aku ni.. 

Follower Blog Lea Azleeya Semakin Meningkat


Alhamdulillah, follower blog aku pun semakin meningkat dari hari ke hari.. TQ kepada yang sudi follow dan baca blog aku ni.. Ada masa tu, aku tak sempat nak buat jejak balas.. Almaklumlah aku ni partime blogger aje.. Siang aku kerja.. Malam baru ada masa untuk berblog... Jadi, bila jadual aku padat, memang aku tak punya masa nak jejak balas.. Nak blogwalking pun susah.. Insyallah kalau ada kelapangan aku akan buat jejak balas dan akan follow back blog kengkawan yang mana dah follow blog aku... Insyaallah..

Senang Ke Jadi Blogger Ni?



Best la ko jadi blogger... Dapat barang free.. 

Seronok la ko jadi blogger, dapat bayaran job... 

Huhuhu antara ayat yang selalu kedengaran kat telinga aku mahupun dok lalu-lalang kat mata aku bilamana aku baca wasap.. Tak senang diknon nak capai tahap ni.. Bertahun-tahun makan masa untuk meraih kepercayaan client.. Apa yang penting kene berusaha dan terus berusaha untuk majukan diri dan blog.. Ayat nak kene cantekkkk baru orang suka.. Buat kerja nak kena betul-betul baru orang percaya.. Kalau main cincai aje, sape nak kasi job kan..

Sebab tu aku cakap, jadi blogger ni bukannya mudah.. Bukannya sekelip mata boleh berjaya.. Bukan sekelip mata aje boleh femes (bukan aku.. haha).. Contohnya, macam blogger-blogger yang dah femes sekarang ni, diorang tu semua bermula dari bawah dengan tak ada apa-apa.. Dorang berusaha sampai tahap dah femes sekarang seperti Dr. Fatin Liyana, Nisa Kay, Cik Epal, Yuyu Zalikha, Irine Nadia dan ramai lagi lah.. 

Aku berblogging ni bukanlah untuk mengejar glemer tetapi cukuplah sekadar aku boleh jadikan dunia blogging ni sebagai punca pendapatan sampinganuntuk keluarga aku.. Doakan aku ye kengkawan.. Hehe..


Tersenarai 100 Blog Pilihan 2018 HasrulHassan.Com

Sunday, January 14, 2018
Tersenarai 100 Blog Pilihan 2018 HasrulHassan.Com  |  Alhamdulillah, permulaan tahun 2018 menjadi pembukaan tahun yang sangat bertuah bagi aku.. Banyak rezeki yang datang kepada aku.. TQ ALLAH... Salah satunya tersenarai dalam 100 Blog Pilihan 2018 HasrulHassan.Com.. Syukur yang tak terhingga.. Terima kasih kepada blogger femes Hasrul Hassan kerana sudi pilih Blog Lea Azleeya sebagai blog pilihan bagi tahun ini.. 


Bagi warga keluarga blogger malaysia, rasanya semua dah kenal kot Blogger Hasrul Hassan ni kan.. Femes dengan tips SEO dan Adsense.. Banyak maklumat tentang SEO dan terutamanya tentang Adsense boleh didapati di blog beliau.. Kalau korang yang masih terkapai-kapai mencari maklumat dan panduan adsense, bolehlah ke blog beliau untuk menyelongkar tips yang ada.. hehe..



Hah, kalau korang nak blogging tips juga korang boleh terjah blog beliau.. Banyak perkongsian tentang blogging tips di sana.. Memang tak rugi kalau korang singgah di blog beliau.. Korang akan membaca pelbagai ilmu dari sana untuk lebih maju dalam dunia blogging... Bagi yang bukan blogger pula, korang boleh lihat tempat-tempat menarik yang pernah blogger Hasrul Hassan lawati.. Nanti bolehlah korang plan untuk bercuti bersama keluarga.. Tak gitu.. Hiks

Oklah, untuk list 100 blog pilihan 2018 aku  tersenarai di tangga yang ke-50.. Wahh cun-cun dok tengah-tengah tu.. Haha!! Ramai blogger yang aku kenal dan ada dikalangannya merupakan blogger yang agak rapat dengan aku.. Semoga dengan penghargaan ini, dapatlah aku dan kengkawan yang lain lebih bersemangat untuk blogging lepas ni.. 

Kalau korang nak tengok sama ada korang tersenarai ataupun tidak, boleh klik di SINI..


Iklan Adsense Telah Muncul Di Blog Lea Azleeya

Monday, November 13, 2017
Iklan Adsense Telah Muncul Di Blog Lea Azleeya  |  Pelik tapi benar.. Ehh dah kenapa pulak starting ayat aku cenggitu yek.. Yela, mane taknya jarang-jarang aku bercerita pasal iklan di blog aku ni.. Kali ni nak berkongsi kegembiraan aku pasal iklan adsense telah muncul di Blog Lea Azleeya dengan tiba-tiba.. Haaa nampak tak ayat tu.. Jelas terpancar kegembiraannya.. Haha!!

Iklan Adsense Telah Muncul Di Blog Lea Azleeya, iklan, adsense, google adsense, iklan di blog

Aku pun tak pasti sejak bila iklan ni mula muncul di blog aku.. Tapi yang pastinya aku dah lama mohon iklan adsense ni bermula dari aku menggunakan domain lagi.. Sebelum aku guna domain, memang iklan adsense aku dah diluluskan.. Tetapi bila tukar kepada domain setahun yang lepas, aku terpaksa memohonnya semula.. Tetapi nak nampak kembali kemunculannya di blog aku ni, yang amatttttt lamanya..

Bayangkanlah aku dah renew domain lama dah.. Itu bermakna aku dah pakai domain lebih kurang setahun lebih nak dekat 2 tahun dah.. Barulah iklan adsense muncul diblog aku ni.. Mana tak gumbiranya kan.. Tengok kengkawan lain dok up status pasal lulus adsense, aku meleleh air hidung membacanya.. Haha!! Drama sangat aku!! Tapi sekarang aku bersyukur sebab iklan adsense sudi jugak akhirnya muncul di blog aku ni.. Cuma di sidebar belum muncul lagik.. Tunggu kelulusan lagi la kot.. Hiks..


Buat masa ni aku cuma letak di bawah header dulu.. Nak letak dalam entry, aku malas lagi nak main dengan coding.. Tunggu la dulu bila ada masa free yang panjang.. Sekarang masa terlalu cemburukan aku merelaxkan diri.. Ada saje bende yang nak kene buat.. Tak sabar juga sebenarnya nak tambahkan lagi ruang untuk iklan adsense aku ni... Moga ada rezeki aku dan anak-anak.. Insyaallah.. Amin YRA..


Bila iklan dari google adsense ni keluar di blog, terasa lengkap dah blog aku.. Seolah-olah perkara wajib jerk kan ada adsense di blog.. Haha.. Korang macam mana pulak? Ada rasa macam aku jugak ke.. Aku baru lagik nak belajar tentang iklan di blog  ni.. Mungkin korang dah terlebih expert dari aku ni yang baru nak up bak kata orang-orang sekarang ni..




Cover Profile Facebook Page Blog Lea Azleeya By Blogger Busyra

Monday, September 04, 2017
Cover Profile Facebook Page Blog Lea Azleeya By Blogger Busyra  |  Lama dah nak buat entry ni tapi tertangguh aje.. Lama juga rasanya tak menaip sesuatu yang agak personal.. Kali ni cuba cari masa untuk taip entry ni sedaya mungkin.. Hehe.. Orite, ritu ada terbaca entry dari adik blogger kite ni.. Busyra Takiyudin tentang Request Free Header Blog | Little Home Design... Beliau nak hadiahkan header yang beliau create sendiri buat blogger yang berhajat nak tukar baru header blog.. Wahh teruja mak nak.. Tapi aku nak buat cover profile facebook page aku.. Jadi aku try la tanye kot-kot dia boleh buat.. Alhamdulillah, dia terima.. Thankz Busyra... Jadi rini aku nak kasi tunjuk cover profile facebook page Blog Lea Azleeya yang di create oleh Blogger Busyra ni..

Cover Profile Facebook Page Blog Lea Azleeya By Blogger Busyra
Cover Profile Facebook Page Blog Lea Azleeya By Blogger Busyra 

Inilah designnya.. Sedondon dengan header blog... Aku suka!! Hiks.. Bezanya cuma aku tambahkan sekali email aku di cover profile ni.. Jadinya, bila orang tengok header blog n cover profile facebook page aku dah boleh tau itu AKU..!! haha.. Kekwat betulkan MAK!!

Facebook page Blog Lea Azleeya


Ok, dah siap pasang dah pun.. Cantik tak?? Hehe.. Thankz sangat-sangat buat Adik Busyra sebab sudi buatkan akak cover profile yang cantik dan kemas ni... Percuma lagik tu... Yang sedang membaca tu, kalau nak sedekah LIKE untuk facebook page Blog Lea Azleeya dialu-alukan yek.. Jasamu dikenang.. Hehehe.

Oklah, kalau korang rasa nak tukar design header ke atau korang nak tempah bisness card pun boleh dengan Adik Busyra ni.. Design yang beliau buat memang MELATOP hokeh!! Bukan takat bisness card tapi memang beliau menyediakan perkhidmatan printing.. Boleh terjah blog beliau di http://www.busyratakiyudin.com/ sekarang untuk maklumat lanjut atau untuk sebarang pertanyaan, korang boleh terus email ke busyra_23@yahoo.com... 


Remove Widget Top Commentators

Wednesday, April 12, 2017
Remove Widget Top Commentators  |  Untuk yang entah keberapa kali aku remove widget top commentators blog aku ni... Bukan saje nak remove tapi TERPAKSA remove... Kenapa remove?? Hurmm sebab utama, ianya dah mengganggu banyak fungsi dalam blog aku.. Nak tahu apa yang dah jadi kat blog aku ni bila pasang widget ni?? Haa baca kat bawah ni...
  • Aku tak boleh balas komen kengkawan kat entry aku lebih dari SATU..
  • Blog lambat loading.. Lambat sesangat.. Sampai tahap menyampah aku menunggu.. huh..
  • Aku perasan juga, sejak pasang widget ni BUTTON DELETE dekat kotak komen dah jadik berterabur.. OMG!! tensen hakuuu.. Dah nak kene setting balik.. Berpinar mata dok tengok coding... Hadoii!!
  • Lain-lain masalah, belum dikesan lagi.. Ngeeee... haha!!
Pendek kata, template blog aku  ni tak support kot widget Top Commentator ni.. So, maaf la ye pada pengomen-pengomen setia blog aku ni.. Tak dapat nk hargai korang dengan memasang widget ni... Insyaallah aku akan usha widget lain untuk top commentators ni.. 


Remove Widget Top Commentators
Remove widget Top Commentators
Tamatlah riwayat widget ni.. Dah nak kene fikir pulak nak letak ape dekat column bawah blog nun.. Letak bloglist aje la kowt.. Tengok la camne nanti.. Hiks..


Widget Top Commentators Muncul Kembali

Tuesday, April 04, 2017
Assalamualaikum wbt..

Widget Top Commentators Muncul Kembali  |  Orang pasang aku pown nak pasang.. Tak nak kalah.. Hehe sebenarnya, dulu dah pernah pasang tapi aku remove balik sebab blog aku jadi berat bila pasang widget ni dan bloglist aku hilang entah kemana... Bila dah tukar template baru ni aku try la balik pasang kot-kot dah ok kan.. Mula-mula pasang baru ni, masalah sama masih mengganggu.. Bloglist hilang dan blog lambat loding.. Lepas aku remove column bloglist dan masukkan semula, dia dah jadi ok.. Tentang blog lambat loading tu, takat ni bahagian bawah sekali jerk lambat keluar.. Mungkin nak kakulate comment ni kot.. Haha!! Entah leee labuu...

Aku pasang balik widget ni bukan apa sebabnya nak menghargai pengomen-pengomen blog aku ni.. Setia sungguh dia dengan aku.. Aku pown selalu curang dengan mereka.. Adeh.. Aku cuba buat yang terbaik hokeh lepas ni.. Moga masa mengizinkannya.. Hiks.. Jangan marah hakak, nanti cepat tua tau.. Haha..

Pape pown aku nak ucapkan thankzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz pada semua pengomen blog aku ni.. Korang memang sporting lah!!.. Insyaallah, kalau ada rezeki lebih aku nak jugak bagi hadiah kepada pengomen-pengomen tegar blog aku ni.. Mungkin aku pilih seorang atau pown dua.. Tak pown tiga... Tengok kepada rezeki aku.. ekeke.. Kire cam hadiah untuk pengomen bertuah laaa gituuu.. Dramaaa sangat hakak kannn.. Hukk..

Korang jangan la segan-segan atau serik untuk singgah kat blog hakak ni yeee.. Hakak tak bela singa pown kat blog hakak ni dek nonnn.. Jangan takut hokeh!! Aku akan cuba yang terbaik untuk buat kunjung balas ke blog korang dan jugak akan berusaha dengan gigih untuk blogwalking blog-blog kengkawan seangkatan.. Hehe..

Korang memang ohsemnesssssss!!


Blog Hampir Berlumut Tebal

Monday, March 13, 2017
Assalamualaikum wbt..


Blog Hampir Berlumut Tebal  |  Dah kenapa lumut tebal sangat tuuuu?? Hehe lama sangat dah rasanya aku abaikan blog ni.. Last posting pown pada  6 Mac 2017 ritu pasal Scandalsss aku... Bukan atas faktor malas aku tak apdet blog tetapi kesihatan aku agak terganggu minggu lepas.. Cuti Sakit berpanjangan... Sampai kerja kat opiz pown banyak tertangguh... Hari ni baru aku start kerja balik.. Cover semua kerja yang tertangguh.....


Rindu gile nak update blog sebenarnya... Banyak benda yang nak aku apdate tetapi perlu masa yang betul-betul free baru rasa selesa untuk keluarkan idea... Ada juga aku dapat job berbayar tetapi terpaksa aku tolak kerana aku takut tak dapat beri komitmen disebabkan kesihatan aku ni.. Huhuhu.. Mungkin bukan rezeki aku untuk kali ni kan...

Rindu jugak untuk blogwalking blog korang semua... Nak tahu perkembangan terkini korang.. Rasa dah seminggu aku tak ikuti perkembangan korang.. Insyaallah hari ni aku cuba untuk blogwalking blog korang semampu mungkin ye... hehe

Moga korang tak pernah melupakan aku... (Drama sangat aku... hahaha)... K la.. nak sambung kerja pulak... Banyak lagi yang perlu dibereskan... Hiks..  Doa aku moga korang semua berada dalam keadaan sihat sejahtera... :)

My Scandal's

Monday, March 06, 2017
Assalamualaikum wbt..


My Scandal's  |  Petang ni nak cerita pasal scandal-scandal aku.... Scandal-scandal okeh!! Itu menunjukkan betapa banyaknye scandalsssss aku.. Hahaha.. Haaaa tu nak mengumpat hakak la tuuu... Lex ar lu weh.. Tunggu aku habis cerita dulu..

Sebenarnya, aku nak habaq kat hampa semua aku dah ada senarai 'scandal' aku yang baru... Bilangannya mungkin akan bertambah nanti.. Untuk permulaan ini aku ambil beberapa orang dulu sebagai scandal aku... Harap korang redha la ye untuk dimasukkan kedalam list scandal aku.. Wahaha!!

Saboooo ni nak kasi tunjuk la ni, siapa yang terlibat dalam scandal aku ni... Tak menyabooo betul korang ni.. Haha!!


Wohaaa!! Ini la list scandal aku... Haha.. Bloglist sebenarnya.. Untuk memudahkan aku blogwalking nanti.. Tak de la aku terkial-kial ingat satu-satu blog kengkawan yang selalu terjah blog aku... Kalau ada list ni, senang sikit aku blogwalking... Tak perlu nak perah otak aku yang dah berlumut ni untuk ingat satu-satu.. 

Untuk permulaan ni aku amek yang selalu komen kat blog aku.. Yang selalu terjah blog aku dan tinggalkan jejak.. Kalau ada yang tak tersenarai tu , insyaallah aku akan masukkan nanti ye... Tak tercapai dek akal ni nak masukkan semua sekali.. Slow n stedi bak kata orang... Tunggu ada masa terluang sikit aku akan selidik balik list ni.. Haha.. Ayat tak leh blah.. huh!!

Okeh la.. Harap korang sudilah masuk dalam list scandal aku ni ye... Yang dah terkutuk tu baik mintak maap sekarang kat aku.. Hahaha!!


Chat Box Bertukar Version

Friday, February 24, 2017
Assalamualaikum wbt..
Chat Box Bertukar Version  |  Kuwekk kuwekk!! Hehe dah kenapa bunyik cenggitu ye... Ok, rini nak sembang pasal Chat Box... Ingat balik sakit hati pulak bila pakai Chat Box lama.. Macam-macam problem dok mai.. 


Ini problem last sekali yang aku hadap.. Chat box ghaib.. Hadoii... Ritu aku guna Cbox... Sangat banyak menimbulkan masalah kepada aku... Jadinya aku decide untuk tukar chat box lain.. Carik punya carik, jumpa la aku dengan chat box yang best ni kat sini >>> http://www.free-shoutbox.net/


Dah beberapa hari guna chat box ni.. Bagi aku chat box ni best dan senang untuk digunakan.. Aku harap korang pown suka untuk tinggalkan jejak korang kat chat box aku ni.. Mudah untuk aku blogwalking nanti... Hehe..

Harapnye pasni tak de masalah yang timbul lagi.. Hiks..


Watermark Baru Lagi

Friday, February 10, 2017
Assalamualaikum wbt..

Watermark Baru Lagi  |  Ehhh terlebih rajin pulak hari ni... Rehat tadi aku dok sorang kat opiz.. Yang lain-lain semua buat urusan masing-masing.. Ada yang pergi solat jumaat.. Ada yang keluar atas urusan sendiri.. Ada yang halfday balik kampung.. Tinggallah aku sengsorang dalam opiz.. Hari ni kan waktu rehat panjang... Bila dah boring, tergerak hati pulak nak buat watermark untuk sendiri... Hehe.. Dah lama nak create sendiri tapi tak punya masa yang terluang... So, hari ni tercapai hasrat untuk buat watermark sendiri untuk yang ke berapa kali entah.. Ekeke..

Nak tengok tak hasilnya... Simple aje aku buat.. Janji mata aku berkenan.. Mata korang tataw la camne.. Hihi.. Jom skodeng...


Yeahhh inilah hasilnye... Ok tak korang?? Hurmmm.. Kalau letak kat gambar pulak, ini hasilnye.. Tengok pica kat bawah ni.. hiks..


Haaaa ok tak?? ehh 2 kali dah aku tanye.. hahaha.. Abaikan.. Aku bukan mahir sangat nak guna adobe photoshop.. So, hasilnya cenggini aje la yang mampu aku buat... Nak lebih hebat memang bukan kepakaran aku la.. Hehe.. 

So, lepas ni aku guna watermark yang ni pulak... Kalau dah bosan yang ni, aku guna balik yang aku tempah dekat Blogger Azhafizah ritu... 

Ehh.. baru-baru ni pown aku ada tempat Header dengan fiza... Korang tengok je la kat atas tu ye.. Aku suka sangat hasil kerja Fiza... Kemas dan cantik... Thankz Fiza.. Len kali kite tempah agik yeeee.. Hiks.. 


Ranking Alexa LeaAzleeya.com Januari 2017

Tuesday, January 17, 2017
Assalamualaikum wbt..

Ranking Alexa LeaAzleeya.com Januari 2017  |  Lama dah tak check ranking Alexa.. Seperti yang dijangkakan, statistiknya agak  menurun dari yang lepas.. Bila blog terabai beberapa hari, akan memberi kesan pada statistik/trafik blog.. Huhu.. Jom tengok statistik blog aku untuk bulan Januari 2017 ni..

17 Januari 2017

Keywords

Korang dah check ke alexa rank blog korang.. Kalau belum, boleh check dekat link bawah ni ye..



Follower Blog Lea Azleeya Cecah 500

Thursday, January 05, 2017
Assalamualaikum wbt

Follower Blog Lea Azleeya Cecah 500  |  05 Januari 2017, follower cecah 500.. Alhamdulillah.. Tahun 2017 ni membawa pembukaan yang baik pada aku dan blog aku... First, pageviews cecah setengah juga.. Pastu hari ni, follower pulak cecah 500.. Walau pown tak setanding dengan blogger-blogger lain tapi aku tetap bersyukur kerana aku tak pernah membayangkan aku punya follower seramai ini...


Aku mula berblogging pada Jun 2013.. Sekarang Jan 2017.. Ini bermakna lebih kurang 2 tahun 6 bulan aku berkecimpung dalam dunia blog ni...Moga aku diberikan kesihatan yang baik olehNYA agar aku dapat terus berblogging.. Terima kasih tak terhingga pada semua follower blog aku yang sudi follow Blog Lea Azleeya ni.. Moga kalian dirahmati oleh-NYA.. Kepada viewers blog aku pula, thank to all kerana sudi menyinggah di blog picisan ni dan meninggalkan jejak di blog ini.. Hehe..

Dah macam ucapan pemenang award pulak ye.. Hahaha.. Sekali lagi, TQ so much buat semua follower + viewers + rakan-rakan blogger yang baik hati yang sentiasa support diri ini dan juga blog ini.. Hehe.. Bebila datanglah menyinggah lagi yek.. Jangan serik tau... ;)


Pageview Blog Lea Azleeya Cecah Setengah Juta

Tuesday, January 03, 2017
Assalamualaikum wbt..


Pageview Blog Lea Azleeya Cecah Setengah Juta  |  Alhamdulillah.. Mungkin tak sehebat blog blogger-blogger lain yang dah mencecah juta-juta.. Tapi aku bersyukur dengan pencapaian blog aku saat ini.. 


Kalau nak diikutkan pada awal aku berblogging dulu, tak terjangka dek akal aku untuk capai pageview sampai setengah juta iaitu 500K + +.. Walaupun memakan masa yang agak lama untuk mencapainya, namun aku berpuas hati.. Pada blogger yang dah mencapai angka juta-juta, aku doakan korang terus berjaya dalam dunia blogging ni.. Aku masih bertatih dalam dunia ini.. Mohon beri tunjuk ajar ye dan mohon beri teguran andai aku tersasar cara atau perbuatan.. Hehe..

Tq tak terhingga pada yang tak pernah jemu datang singgah ke blog aku ni.. :)


Tempat Dating Dengan Encik Blog

Saturday, December 31, 2016
Assalamualaikum wbt

Tempat Dating Dengan Encik Blog  |  Tajuk kemain saspen lagik ye.. Isi cerita hanya simple aje.. Hiks.. Beberapa hari lepas, aku kerah tenaga aku yang sekangkang kera ni untuk kemas tempat aku berblogging.. Ruangan kerja aku la senang cerita.. Kemahin aku mengangkat buku dan rak buku.. alih sana alih sini meja study aku  ni.. Dulu la meja study, sekarang dah jadi meja kerja.. Hehe.. 

Lepas dah penah pusing sana pusing sini, barulah aku berpuas ati dengan susun atur dan kekemasan tempat aku berblogging ni.. Rasa selesa diri sendiri dan juga bijik mata ni memandang persekitaran meja kerja aku ni.. Baru rasa semangat sikit nak berblogging.. tak gitu korang??

Moh le aku lanje satu gambo suasana kedamaian di meja kerja aku ini.. Huhu..


Aceee aceee, siap tunjuk laman blog tu.. Tau la pakai template baru... ehh terrrrrr-kabo lak.. Haha.. Tapi bukan itu isunye disini.. Yang aku nak tekan kan disini adalah meja kerja aku bersih berkilat dan kemas.. Kemas tak korang?? Adehh aku lupa nak amek gambo sebelum dan selepas.. Ehh Selepas yang ni la.. Gambo sebelum lupa nak amek..

Inilah hasilnya setelah penat lelah mengejas sana sini.. Alhamdulillah aku sangat berpuas hati.. Selesa sangat.. Korang tamo ke kongsi tempat korang lak?? Mane tau leh curik idea.. Hahaha!!


Review Blog Lea Azleeya by Safirul Amar

Thursday, December 08, 2016
Assalamualaikum wbt..

Review Blog Lea Azleeya by Safirul Amar  |  Pada 17 November 2016 aritu aku ada join segmen review by blogger Safirul Amar... Dan blog aku telah di review oleh beliau.. Bila baca review daripada beliau barulah aku tahu kekurangan yang ada pada blog aku ni dan aku cuba perbaiki dari hari ke hari...



Thankz to Blogger Safirul Amar kerana sudi review blog Lea Azleeya ni dan menyenaraikan kekurangan yang ada pada blog picisan ni.. Hiks.. 

Apakah yang direviewnya dan apakah kekurangan blog ni?? Moh kita baca..




Ranking Alexa LeaAzleeya.com 08 Disember 2016

Thursday, December 08, 2016
Assalamualaikum wbt..

Ranking Alexa LeaAzleeya.com 08 Disember 2016  |  Dah lama rasanya tak check Ranking Alexa blog aku ni.. Hari ni baru tergerak hati nak check.. Hehe.... Jom tengok ranking alexa blog Lea Azleeya untuk hari ini, 08 Disember 2016



Jom check ranking blog korang di www.alexa.com...


Review Blog Lea Azleeya by Adik Rii Sa-vior

Thursday, December 01, 2016
Assalamualaikum wbt

Review Blog Lea Azleeya by Adik Rii Sa-vior  |  Alahai tak terjaga dah blog aku ni sejak kebelakangan ni.. Silap-silap kembali berlumut.. Hehe.. Meh lee aku luangkan masa sikit untuk taip entry ni.. Entry yang hanya ada gambar dala draf yang dah lama di peram tanpa menaip apa-apa.. So, hari ni aku nak kasi settle entry ni sebab esok hingga ahad aku dah bizi menyertai Sukan AADK Peringkat Kebangsaan di Bangi.. Memang tak punya masa nak menjengok blog aku ni..


Okeh, dipendekkan cerita... Baru-baru ni aku dikejutkan dengan entry review dari blogger SA-VIORS [Adik Rii] ... Adik Rii telah mereview Blog Lea Azleeya ni.. Terharu aku membacanya.. Thankz too Adik Rii kerana sudi memilih blog picisan ini untuk direview.. Sayang kam0 ketat-ketat... :)

Review oleh Adik Rii [ SINI ]

Segan pulak bila baca review Adik Rii ni.. Hehe.. Rasa sangat dihargai.. Cewahh.. 

Buat Adik Rii,
Akak doakan semoga adik sentiasa dibawah lindunganNYA, dilimpahkan rezeki yang halal, bahagia dunia dan akhirat dan berjaya dalam dunia berblogging..



Ada lagi seperais dari Adik Rii untuk aku, Dapat pulak header dan cursor comel.. Haddoi.. Gilee terharu.. Insyaallah nanti akan digunakan.. Tak diblog, pasti akan dipakai di FB... Thankz Adik Rii...


Pageview Blog Lea Azleeya Terkini

Tuesday, November 15, 2016
Assalamualaikum wbt..

Pageview Blog Lea Azleeya Terkini  |  Jarang-jarang apdet tentang pageview Blog Lea Azleeya ni.. Hehe.. Salah satu sebab tak berapa nak apdet, segan dengan blogger-blogger yang ohsem dimana pageview blog dorang tinggi melangit.. Huii.. Tapi tak pe, itulah dinamakan cabaran dalam berblogging kan... So, aku kene berusaha untuk menaikkan PV blog aku ni.. 

Jom tengok pageviews blog aku semalam (14.11.2016)




Untuk hari semalam 14 November 2016, pageviews sebanyak 4,526.. Alhamdulillah... Pada 13 November 2016 pula sebanyak 5,562.. Ehhhhh sehari sebelumnya lagi banyak la pulak.. Cam merosot jerk.. haha.. Hurmm bukan camtu, biasa la 13hb tu kan hari Ahad.. Hari cuti ramai sikit la yang review ye dak?? Blog aku kebiasaannya akan ramai yang review pada hari cuti.. Sabtu dan Ahad...Lagi pown pada hari cutilah aku punya masa yang panjang untuk mengapdet blog dengan rajinnya.. Haha..

Moga pageview blog aku akan bertambah baik dan meningkat... Thankz pada yang sudi singgah di blog aku yang tak seberapa ni.. Sayang korang sume.. Muaxxx..

Kepada mereka yang nak bersiaran atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami iaitu nak menggunakan khidmat review produk atau servis/bisness di blog aku ni boleh la email aku di sotskirts@gmail.com.. Terima kasih.. :)




Problem Blog | Main Menu Blog Tak Berfungsi

Friday, November 11, 2016
Assalamualaikum wbt..


Problem Blog | Main Menu Blog Tak Berfungsi  |  Masalah pada blog datang lagi.. Kali ni banyak gadget tak berfungsi.. Setakat ni yang dapat dikesan adalah main menu (menu tab) dan comment button... Oh my!! Pening kepala fikirkan jalan penyelesaiannya.. 

Problem 1

Menu tab tak berfungsi seperti yang sepatutnya.. Bila aku klik dekat menu tab tersebut, akan terpapar halam utama dan bukan halaman yang sepatutnya yang telah aku label pada tajuk-tajuk tersebut..


Problem 2

Add caption
Comment button pown macam tu jugak.. Bila klik akan terpapar laman utama.. Dan bila klik sekali lagi baru akan terbuka entry tersebut.. 

Adoii apakah masalah yang melanda blog aku ni.. Rasanya aku tak de ubah apa-apa pada coding.. Lama dah dah mengupdate coding blog.. Masih setia dengan yang asal.. Tapi kenapa tetiba boleh terjadi masalah-masalah ni..

Aku tak punya masa yang banyak untuk melihat coding.. So, kalau korang tahu jalan penyelesaian harap dapat membantu aku ni.. Huwaaaaa.. Ataupown korang memang pakar atau mengambil upah untuk mengejas-ejas coding blog, dan boleh menyelesaikan masalah ni, bolehlah pm aku.. Hiks..