Assalamualaikum wbt.
Mood Blogging Hilang Disebabkan......... | Beberapa ni tak berapa nak aktif update blog... Mood hilang entah kemana disebabkan Qhaliff tak sihat... Kelmarin aku bawak dia pergi klinik check sebab kali ni dia demam agak berlainan dengan yang sebelum-sebelum ni.. Kali ni ada bintik-bintik gatal tumbuh pada kaki pada awalnya.. Dia tak nak mengusu.. Tak nak makan... Tak nak minum.. Aku agak runsing dengan keadaan dia..
Lepas check dengan doktor, barulah aku tahu rupanya dia dijangkiti virus penyakit tangan, kaki dan mulut.. Kata doktor, dalam mulut dia penuh ulser sebab tulah dia tak nak mengusu, makan dan minum kerana sakit.. Doktor bekalkan ubat sapu dan ubat demam sahaja.. Doktor juga berpesan agak paksa dia makan dan minum kerana takut air kekurangan dalam badan menyebabkan dia akan dimasukkan ke ward... Aduii lagik la risau aku... Doktor pesan lagik.. ehh ehh banyak betul ye pesanan dari penaja.. ekeke.. Doktor suruh buatkan dia nasi bubur lobak sebab sejuk katanya.. Kasi aiskrim vanilla.. Bagi puding.. Pendek kata kasi bende lembut dan sejuk supaya ulsernye cepat baik..
Dengan gigih aku kasi dia aiskrim vanilla.. Nasib baik dia terima.. Makan langsung tak nak.. susu pown macam tu.. Sebab dia tak boleh nak nyonyot puting kerana sakit... So, aku guna syringe untuk kasi susu dan nasi bubur.. Dia hanya boleh terima biskut dan air masak.. Itu pown kengkadang aje dia nak..
Masuk hari ni dah 3 hari dan pagi tadi dia dah boleh terima susu dan makan kueh.. Alhamdulillah.. Bintik-bintik dah membesar di kaki dan tangan.. Moga segalanya dipermudahkan dengan cepat dan cepat sembuh.. Terlalu risau aku bila dia sakit, tak nak makan dan minum... Dia dah agak kurus sekarang...
Doakan Qhaliff cepat sembuh ye kengkawan...