Tudung kanak-kanak

Carrie Junior Kini dalam Pek Isian Semula Lebih Mudah Digunakan

Assalamualaikum wbt..

CARRIE JUNIOR Kini dalam Pek Isian Semula Lebih Mudah Digunakan  | Sebut aje tentang mandian kanak-kanak ni, mesti ada yang tengah dok runsing untuk memilih jenama yang sesuai untuk digunakan kepada anak masing-masing kan... Cam aku dedulu.. Kemaheeennn risau nak pilih mandian yang sesuai untuk anak aku tu.. Ye la, risau tak sesuai, nanti kulit anak jadi kering ke, tumbuh bintik-bintik ke, tak ke haruu jadinya..

Lepas dah mencuba beberapa jenis mandian, nampaknya CARRIE JUNIOR lebih sesuai untuk kulit anak aku.... Kulit pun tak kering dan paling best, wangi wehhh bau dia.. Aku suka!! Haha...

"Ini semua Adik yang punyeeee", kata Qhaliff.. hehe

Ok, kalau korang nak tahu jenama CARRIE JUNIOR ni dah lebih daripada 20 tahun mencipta jenama yang dipercayai dalam pasaran penjagaan diri kanak-kanak yang dirumus khas untuk kanak-kanak dan bayi.. Sebagai jenama yang dipercayai dan inovasi, CARRIE JUNIOR sentiasa mencari cara baru bagi memenuhi keperluan pengguna setia yang sentiasa mengutamakan nilai dan kualiti..

Memandangkan sekarang ni kos sara hidup semakin meningkat, aku sebagai pengguna ni harusssss mencari alternatif untuk mengurangkan perbelanjaan aku setiap bulan... Almaklumlah, gaji tak berapa nak lumayankan.. Kene la cari cara nak kurangkan perbelanjaan tu.. Tapi, walaupun bajet aku ni agak ketat tak bermaksudlah aku perlu korbankan keperluan penjagaan diri, terutamanya keperluan penjagaan diri untuk anak aku.. Jadi, untuk 'meng-kurus-kan' sedikit perbelanjaan bulanan, aku memilih untuk membeli mandian CARRIE JUNIOR Refill Packs.. Jimat ohh!! Dah la jimat, mudah untuk digunakan pula tu.. Hiks..


Orite, kalau korang nak tahu CARRIE JUNIOR kini menawarkan pek isian semula sebagai satu pilihan untuk penjimatan kos.. Pek isian semula mudah guna dan menjimatkan ini bukan sahaja khas untuk pengguna setia, tetapi juga sesuai untuk pengguna baru yang ingin mencari produk penjagaan diri buat si manja tanpa perlu berbelanja lebih.. Haaa korang kalau nak berjimat macam aku, belilah CARRIE JUNIOR Refill Packs ni ye.. Hidup ni kenalah pandai berjimat cermat.. ye tak??.. hehe

Selain itu juga, kelebihan pek isian baru ini adalah turut membantu memulihara alam sekitar kita kerana ia mengurangkan keperluan membeli botol mandian baru yang akan meningkatkan pembaziran sisa plastik dan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar.... Wahhh 2 in 1 tuu uollsss... Boleh berjimat dan juga boleh menyelamatkan alam sambil menyediakan si manja dengan kelengkapan peribadi yang terbaik..

Ok, CARRIE JUNIOR Refill Packs kini tersedia untuk rangkaian Hair and Body Wash dan Baby Bath.. 


CARRIE JUNIOR 
BABY HAIR & BODY WASH
( 500g )

Harga
RM 9.90 (SM)
RM 10.40 (S/S)
( Termasuk GST )



CARRIE JUNIOR
BABY BATH
( 500g )

Harga
RM 8.90 (SM)
RM 9.30 (S/S)
( Termasuk GST )



INFO CARRIE JUNIOR
Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito-E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut di manja.
Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari. CARRIE JUNIOR yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.
Diiktiraf HALAL, rangkaian CARRIE JUNIOR termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion dan Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak. 

Okeh, itu serba sedikit tentang CARRIE JUNIOR yang perlu korang tahu... Hah, tentang produk ni korang dah pun tahu, mesti korang nak tahu kat mane boleh korang beli produk CARRIE JUNIOR ni kan?? Produk CARRIE JUNIOR ni boleh didapati di gedung-gedung runcit terkemuka, pasaraya hyper, pasaraya dan farmasi terkemuka di seluruh Malaysia.. 


Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh layari :-

Website

Facebook


Lazada Malaysia Big Baby Fair

Assalamualaikum wbt..

Lazada Malaysia Big Baby Fair  |  Demam 5th Lazada Birthday Sale dah habis.. Sekarang, demam Lazada Big Baby Fair Sale pulak yang akan melanda.. Memang terbaik la Lazada Malaysia, sentiasa ada sale membuatkan kami bertambah sayang pada Lazada.. Cewahh.. Gitewww!!


Dengar cerita, untuk Lazada's Big Baby Fair kali ni, diskaun yang ditawarkan adalah sehingga 85%... Perghh memang seronok la nak bershopping barang untuk anak-anak.. Dah alang-alang ada baby fair ni, elok lah aku shopping terus barang untuk baby baru aku nanti ni.. Hehe.. Lazada Big Baby Fair ni akan berlangsung pada 29 Mac hingga 02 April 2017 tau.. So, korang jangan lepaskan peluang ni untuk shopping sakan di Lazada nanti.. 


LAZADA MALAYSIA BIG BABY FAIR BLOGGER CONTEST

Selepas tak berjaya dalam Lazada Birthday Blogger Contest tempoh hari, nak la mencuba nasib untuk contest kali ni pulak.. Mane la tahu kot nye ada rezeki anak dan baby baru kan.. Insyaallah Amiin..

Ok, untuk Lazada Malaysia Big Baby Fair Blogger Contest kali ni, aku sebagai peserta perlu menjawab 3 soklan.. Nak tahu soklan ape?? Jom tengok dan baca..

Antara soalannya adalah :-
a. What favourite brand of diapers for your baby (or future baby)?
b. What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)?
c. Choose 1 product form Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children).

Meh tengok apa jawapan aku...


A. What favourite brand of diapers for your baby (or future baby)?


Diapers pilihan aku adalah jenama Mamypoko.. Nak tahu kenapa?? Sebabnya dalam banyak-banyak diapers yang pernah aku gunakan untuk Qhaliff, Mamypoko yang paling bagus.. TAK BOCOR hokeh!!.. Aku memilih yang jenis pants supaya mudah untuk dipakai dan mudah untuk ditanggalkan.. Brand Mamypoko ni banyak jenis dan harga pown berlainan.. Aku pilih Mamypoko Standard ni sebab harganya mampu milik.. hehe..


B. What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)?



Eceli susu Dutch Lady ni memang Qhaliff minum sejak baby lagi.. Lepas 6 bulan menyusu badan, Qhaliff dah mula campur dengan susu formula.. Alhamdulillah susu Dutch Lady ni sesuai dengan Qhaliff.. So, tak perlu aku menukar pelbagai susu untuk mencari kesesuaian dengannya... Aku memilih perisa Original aje.. Sebab perisa lain, aku rasa terlebih manis pulak..


C. Choose 1 product form Lazada Malaysia you'd like to get for your children 
(or future children)


Okeh, 1 produk dari Lazada Malaysia yang ingin aku dapatkan untuk anak aku adalah Food Processor.. Eceli, ni untuk baby baru aku nanti.. Kenapa aku pilih produk ni, sebab bagi memudahkan aku membuat makanan untuk baby aku nanti.. Tak perlu lagi guna blander bawang aku tu.. hehe.. Aku memilih Food Processor jenama Autumnz sebab ramai yang beri feedback yang bagus.. So, aku pown nak la jugak rasai pengalaman menggunakannya.. Hiks..


Alhamdulillah dah settle rupanya aku menjawab kesemua soklan Lazada Malaysia Big Baby Fair Blogger Contest ni.. Korang macam mana? Tak teringin ke nak join contest ni... Rugi tau tak join.. Kalau menang dapat Voucher bernilai RM500 tau.. Boleh shopping sakan di Lazada nanti.. 6 orang pemenang di cari.. Jom la join kasi meriah dan lagi meriah contest ni.. Mane tau ada rezeki untuk menang kan.. 

pada 02 April 2017 ( 11.59 pm )


Ok lah.. Kepada korang yang memang berhajat nak shopping barang anak-anak, boleh la terjah laman web Lazada Malaysia bagi mendapatkan diskaun hebat sehingga 85% sempena Lazada Malaysia Big Baby Fair ni bermula 29 Mac hingga 02 April 2017.. Jangan ketinggalan tau..!!


Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco

Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco  |  Hi korang.. Orite, entry kali ni entry support rakan blogger kite ni.. Elsa, http://www.elsaalicious.blogspot.my/.... Giveaway ni bersempena bisness kecil-kecilan adik beliau.. Jom lah korang kite join reramai.. Bila join itu tandanya kite sokong.. cewahh..

Elsa mencari 5 orang pemenang ye untuk giveaway kali ni untuk memenangi hadiah daripada @luv.sweetchoco... Syarat-syaratnye mudah tak sesusah menebang pokok balak.. Haha.. Jadinya, aku seruuu korang semua untuk join GA ni.. Hiks..

IG : @lea_azleeya
Email : sotskirts@gmail.com

Tarikh Tamat
15 April 2017


Sibuk Mengalahkan Menteri

Assalamualaikum wbt..

Sibuk Mengalahkan Menteri  |  Haaa tu dia, keluar soklan cepu cemas.... Orang lain sibuk menambah ilmu dan beribadah... Aku sibuk sebab apa pulak?? Haha.. Aku pun tataw apa yang aku sibuk sangat... Sampai blog aku pown terabai.. Nak kata internet kat umah tak ade, aku baru jerk top up.. Tapi masih tak sempat nak update blog... Banyak bende yang aku nak update sebenarnya.. Untuk review pown banyak lagi belum setel.. Ada yang tengah draf.. Ada yang belum ambil gambar... Nasib baik due date lambat lagi.. hehe

Barang sendiri pown ada yang nak di review sebenarnya.. Setel job review, aku akan review barang yang aku beli pulak.. Haha.. Excited lebih aku ni kan.. 


Kalau diikutkan kebizian yang melanda ni, rasa macam nak buat jadual.. Tapi jenis aku ni bukan suka nak mengikut jadual bagai.. Ada jadual pown macam tak de jadual je.. Korang sendiri ada buat jadual tak?? Yela cam aku ni 8 hingga 5 petang memang bekerja.. Balik rumah menjawat pulak jawatan suri rumah, isteri dan ummi... Disamping tu kerja partime sebagai blogger.. Haha.. Korang pown mesti macam aku jugak kan.. Camne korang atur masa untuk update blog dengan baik ye? share la dengan aku.. Boleh la aku aplikasikan kekdah yang korang dah buat tu.. Haha..

Sekarang memang huru hara sikit hidup.. Macam dah tak pandai untuk uruskan masa.. Dulu ok jerk.. Mungkin banyak benda nak difikirkan.. Tu sebab aku jadik cenggini kowt.. Hiks..

Jom la share ngan aku kekdah pengurusan masa korang seharian.. Kalau korang buat jadual ke, leh la kongsi ngan aku jugak.. Mane tau cara dan jadual korang tu menarik kan..