Top Social

Image Slider

Showing posts with label story. Show all posts
Showing posts with label story. Show all posts

Pressure Cooker Kenwood Sehebat Pressure Cooker Noxxa!!

Friday, September 14, 2018
Pressure Cooker Kenwood Sehebat Pressure Cooker Noxxa  |  Haaa tu dia tajuk untuk hari ini.. Yang mane dok pakai noxxa tu mesti tergugat baca tajuk ni kan.. Haha.. Saje je buat korang berdebar.. Ekeke.. Kali ni nak lari sikit dari niche Beauty sebab aku nak bercerita perihal kedapuran.. Wahhh perkataan baru 'kedapuran'.. ekeke... Orite, sebenarnya aku nak cerita pasal Pressure Cooker Kenwood yang aku beli dah lama tetapi baru laaaa ni dok study dan praktis penggunaanya..

Pressure Cooker Kenwood Sehebat Pressure Cooker Noxxa!!

Nindia Pressure Cooker Kenwood yang aku maksudkan tu.. Harganya sangatlah murah berbanding Noxxa ye kengkawan.. Tak sampai pun RM300... Ini sahajalah yang aku mampu.. Biasalah, tengok orang mudah di dapur, aku pun nak jugak mudah.. Tapi orang mudah dengan Noxxa, aku pulak hanya mampu bermudah-mudahan di dapur dengan Pressure Cooker Kenwood ini ajo.. Hikhik.. Alah janji ado kann.. Ini pun beli dengan cara main kutu deknon!! Haha.. 

Time mula-mula terima periuk ni dulu, aku memang tak tahu langsung cara penggunaannya.. Puaslah google tetapi tak jugak jumpa cara guna.. Noxxa lain sikit ye button dia tu.. Yang ni lebih kepada automatik.. Nak masak daging, tekan aje button meat. Nak masak nasik, tekan aje button rice.. Hah gitu la kekdahnya.. Tapi masih lagi boleh set timing kalau nak.. Kot nak lama sikit kan.. Cewahh cam dah pro jerk aku kan..

Firstime guna, time tu gas habis!.. Nasib baiklah ada Pressure Cooker ni.. Tak sia-sia aku beli.. Ada hikmah rupanya.. Tapi, time nak guna tu memang buntu la sebab tak reti nak guna.. Lastnya try and error.. Alhamdulillah, berkat aku tekan sana tekan sini, aku berjaya menumis dan memasak.. Nak rujuk manual pun, memang tak disediakan dalam kotak.. Mungkin seller lupa isi balik kot lepas check defect... Tak pe la.. Janji aku berjaya jugak guna.. 


Lepas percubaan pertama tu, nasib Pressure Cooker ni hanya tersimpan kemas di dalam almari.. Haha!! Aku pun dah kembali lupa tentang penggunaannya.. Sehinggalah, dekat opiz aku nak main masak-masak sup tulang.. Member sorang tu suggest bawak pressure cooker aje.. Disebabkan tulang banyak, kena ada 2 pressure cooker.. Member aku dengan gahnya bawak noxxa.. Aku hanya bawah si merah ni aje la.. Ekeke.. Aku bawak periuk aku ni pun separuh hati sebenarnya sebab aku tak tahu guna.. Haha.. Aku dah sound kengkawan aku, nak guna boleh tapi cari sendiri cara nak guna sebab aku tak reti!! Wahaha.. Gile bebes tol kejadian.. Dan akhirnye, semua gagal mengesan cara penggunaanya.. Jadi, gunalah noxxa member aku tu jerk..

Lepas kejadian malang itu, aku nekad nak beli noxxa jugak sebab tengok kehebatan noxxa yang member aku punya buat hati aku tercalar dengan ketidakbestsan periuk sendiri.. Wahaha.. Ayat tak leh blah.. Dah siap usha kot, kat mana-mana yang ada buat kutu.. Dalam masa yang sama, aku nekad juga untuk balik cuba study semula Pressure Cooker Kenwood aku ni.. Hari cuti berikutnya, aku cuba selongkar misteri disebalik Pressure Cooker Kenwood aku dengan menu masakan Kari Daging!! Menjadi ke idokkkk?? Meh tengok video ini.. Ahakz..


Menjadik wehh!! Alhamdulillah dah tak perlu nak bazirkan duit beli noxxa sebabnya Pressure Cooker Kenwood sehebat Pressure Cooker Noxxa!! Haha.. Lepas ni aku tak akan lupa lagi cara penggunaannya.. Dah siap semat dalam otak ni haa.. Hiks.. Syok weh boleh masak daging dengan mudah.. Tak perlu berpanas depan dapur gas lagi dah.. Guna ajer periuk ajaib ni.. Sekejap dah siap..

Bagi yang kekurangan bajet tetapi nak beli Pressure Cooker, bolehlah cuba jenama ni... Ni model lama.. Yang model baru lagik best tau.. Kalau nak beli secara ansuran atau kutu, leh la cuba PM Kak Atie di https://www.facebook.com/inspirasi.azatie.7/ sebab aku pun beli dengan dia.. Hiks.. Oklah, lain kali aku share lagik story aku ye.. Lama dah tak berstory mory... Syok pulak rasa.. Orite, wa chow dulu ya!! 


Nasi Goreng Putih Emak Aku!

Friday, September 07, 2018
Nasi Goreng Putih Emak Aku!  |  Assalamualaikum wbt.. Hai korang.. Dinner apa malam ni? Aku hari ni tetiba teringatkan Nasi Goreng Putih yang selalu mak aku masak dulu.. Rindu pulak air tangan mak.. Dek kerana teringin sangat nak makan nasi goreng putih, untuk dinner hari ni aku goreng la nasi goreng putih yang paling simple alaf ini.. Haha!! 


Time sekolah dulu, aku cukup teruja bila mana sarapan pagi mak aku buat Nasi Goreng Putih ni.. Aku memang tak ade nama special untuk nasi goreng ni jadi aku letak aje la nasi goreng putih sebabnya warna putih semata.. Ekeke.. Bagi aku sendiri, aku lebih suka nasi goreng tanpa perencah macam ni.. Tak tahu la kenapa.. Aku suka, bila makan hanya rasa masin garam secukup rasa, rasa bawang, rasa lada besar... Perghh sedap weh!! Rasa original tanpa perencah.. Nak lagi sedap tarok cili api.. Terangkat weh rasa pedas!!

Tapi kali ni aku buat memang tak isi lada kecik sebabnya aku masih sedar diri yang aku ada anak yang juga ingin merasai air tangan aku ini.. Cewahhh.. Ayat tak leh blah.. Haha!! Walaupun dah makan nasi goreng putih ciptaan aku sendiri, aku masih tetap rindukan nasi goreng putih mak aku yang super sedap tu.. Huhu..

Oh ya, ada satu ketika tu dek kerana nasi goreng putih ni aku bengang gile dengan abang aku.. Nak tahu kenapa? Sebabnya, satu hari tu mak aku buat nasi goreng putih untuk sarapan pagi.. Aku dah bajet, lepas mandi aku nak pekene nasi goreng putuh super sedap mak aku tu.. Korang nak tahu apa jadi time aku nak makan tu? Aku bukak aje kuali, tengok nasi goreng putih dah menjadi nasi goreng kicap.. Abang aku punye kerja.. Dia pergi oter balik nasi goreng mak aku tu.. Kurang asam betol!! Frust menonggeng aku weh tak dapat makan nasi goreng mak aku.. Terus masuk bilik dalam keadaan yang nak marah!! Haha!!

Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku obses sangat dengan Nasi Goreng Putih ni.. Sedangkan adik beradik yang lain, tak berapa suka nasi goreng putih lebih suka nasi goreng berperencah.. Mungkin aku ni UNIK kot.. Wahahaha!! Ok la, cukup lah sampai disini aje aku merepek malam ni.... Jom teman aku makan nasi goreng putih ni untuk second round.. Haha!!


5 Syawal (19 Jun 2018) Dia Pergi Jua Mengadap Sang Pencipta

Sunday, June 24, 2018
5 Syawal (19 Jun 2018) Dia Pergi Jua Mengadap Sang Pencipta |  Bulan Jun adalah bulan yang selalu aku tunggu-tunggu setiap tahun kerana bulan Jun adalah bulan kelahiran aku dimana menjadi penanda bagi usia aku yang semakin meningkat setiap tahun.. Pada Tahun ini juga, umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan Jun iaitu 15 Jun 2018.. Sedang kami semua bergembira menyambut hari raya, Syawal yang ke-5 kami dikejutkan dengan pemergian seorang insan yang kami sayangi perginya mengadap Sang Pencipta.. 19 Jun 2018 (Selasa) adalah hari yang tak mungkin kami sekeluarga lupakan..


Di usia 43 tahun, dia telah kembali kepada Penciptanya.. Dari DIA kita datang kepada DIA jugalah kita akan kembali.. 5 hari telah berlalu tetapi aku masih lagi belum mampu untuk move on sepenuhnya.. Ada masa aku teringat akan kenangan lalu bersamanya, pasti mengalir air mata.. Kadang kala teringat betapa seksa kehidupannya di dunia, menempuhi liku-liku kehidupan yang tak mampu untuk aku bayangkan, pasti mengalir air mata ini.. Pergilah wahai abang.. Tenanglah disana.. Aku akan sentiasa doakan dirimu mendapat kebahagiaan yang tak pernah dirimu dapat di dunia ini..

Dia mengidap penyakit Lelah.. Lelah yang dihidapinya sudah ditahap yang kronik.. Dia pernah melalui saat-saat getir dimana jantungnya terhenti seketika yang boleh menyebabkan nyawanya terputus dari badan.. Tetapi kekuasaan Yang Maha Esa itu melebihi segalanya, bila jantungnya kembali berfungsi.. Allahuakbar.. Alhamdulillah..

Dia juga pernah menghuni bilik ICU di HTAA beberapa kali dek kerana gagal bernafas dengan baik akibat dari penyakit lelahnya.. Itulah rumah keduanya semasa di dunia.. Berulang alik antara rumah dan hospital.. Lebih menyedihkan dan aku tak dapat maafkan diri aku sendiri, dia hidup sendiri semasa di dunia.. Aku tak mampu untuk membela nasibnya.. Aku tak mampu untuk membantu dia semasa di dunia dek kerana keadaan yang tak mengizinkan.. Tak perlulah rasanya aku bercerita disini sebab-sebabnya.. Cukuplah kami sekeluarga tahu keadaannya.. Yang aku mampu, setiap kali solat pasti aku panjatkan doa buatnya agar dirinya dilindungi dan dirahmati oleh ALLAH dan dapat keluar dari kesengsaraan yang dia alami..

Namun, tuhan lebih menyayanginya.. Dia pergi jua.. Pergi kembali kepada Sang Pencipta pada 5 syawal yang lalu.. Alhamdulillah dia pergi dalam keadaan yang baik dan terlalu mudah.. Wajahnya tenang setenang air yang mengalir dan seolah-olah dia sedang tidur.. Wajahnya seolah-olah menggambarkan segala beban dan seksa yang ditanggung selama ini telah terlepas semuanya.. Sangat tenang.. Subhanallah..

Ku titipkan doa ini buatmu wahai abang di setiap solat ku.. Insyaallah..

Ya Allah..
Ampunilah segala dosa-dosa abangku Muhammad Azli bin Embong sama ada dosa besar atau kecil yang pernah dilakukannya dalam keadaan sengaja atau tidak sengaja.. Kasihanilah dia, lindungilah dia, rahmatilah dia dan maafkanlah dia Ya Allah.

Ya Allah..
Muliakanlah keadaannya dan tempat kembalinya, lapangkanlah dan terangilah kuburnya.. Mandikanlah dia dengan air, salju dan air yang dingin.. Bersihkanlah dia dari segala kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian putih dari segala kekotorannya.

Ya Allah..
Gantikanlah kepadanya rumah yang lebih baik daripada rumahnya di dunia, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya di dunia dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya di dunia ketika disana kelak.. Masukkanlah dia ke dalam syurgaMU Ya Allah dan peliharalah dia dari seksa kubur dan azab api neraka.

Amiin YRA..




Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Thursday, June 14, 2018
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin  |  14 Jun 2018, hari terakhir Ramadhan bagi tahun ini.. Sayunya hati nak  melepaskan Ramadhan kali ini.. Adakah masih bertemu Ramadhan seterusnya? Moga kita semua masih diberi kesempatan olehNYA untuk terus menikmati Ramadhan ditahun-tahun akan datang.. Insyaallah.. 


Sekejap je masa berlalu.. Pejam celik pejam celik dah sampai ke penghujung Ramadhan.. Ini bermakna dah sebulan kita berpuasa.. Rasa macam baru semalam berpuasa.. Semakin hari semakin cepat masa berlalu.. Ini bermakna, kita semakin hampir dengan 'hari perhimpunan'.. Moga persiapan untuk kesana nanti dapat kita persiapkan dengan sempurna.. Allahuakbar..

Oklah, dah habis puasa kita beraya pula.. Hehe.. Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam di dunia yang menyambutnya.. Aku juga ingin hulurkan 10 jari ini memohon maaf kepada semua yang mengenali seorang Lea Azleeya andai kata diri ini ada terbuat salah dan silap, terkasar bahasa dan 'terrrrbawang besar dan kecik' sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja.. Diharapkan korang semua sudi memaafkan diriku yang kerdil ini.. cewahh.. Hehe.. 

Kita manusia tak lepas dari berbuat salah.. Begitu jugalah aku... Untuk korang semua, aku dah maafkan korang diatas setiap kesalahan yang korang buat pada aku.. Insyaallah.. Tu pun kalau ada la korang buat salah ngan aku.. Haha.. Kalau tak de alhamdulillah tapi aku tetap nak hulurkan kemaafkan buat semua.. 

Dah habis sesi bermaafan.. Eh, korang balik raya kat mana tahun ni? Aku di kuantan ni jugak.. Inilah kampung halaman aku.. Hehe.. Mungkin ada yang dah berada dikampung sekarang ni kan.. Ada jugak yang baru nak bertolak pulang ke kampung.. Tak kurang juga yang masih bekerja disaat-saat akhir ni.. Macam aku ni, masih bekerja untuk hari terkahir sebelum beraya... Almaklumlah kampung dekat jerk.. 

Walau kemana sahaja destinasi korang nanti untuk pulang ke kampung, aku titipkan pesanan berhati-hati dijalan raya dan doa aku untuk korang yang pulang beraya, moga perjalanan korang dilindungi dan selamat sampai ke destinasi yang dituju.. Amiin YRA..

Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.. 

Maggi Pedas Giler!! Memang Pedas Gilerrrr!!

Tuesday, May 08, 2018
Maggi Pedas Giler!! Memang Pedas Gilerrrr!!  |  Sejak kebelakangan ni ramai betul up pasal Maggi Pedas Giler ni.. Ada yang siap buat challange lagi.. Bila dah tengok bende ni viral, aku pun teringin jugak nak cuba.. Nak tahu jugak sama ada memang betul-betul pedas atau hanya khabar angin sahaja.. Kalau dilihat dari feedback mereka yang dah pernah cuba, rata-rata cakap pedas giler!! Jadi, kite perlu cuba sendiri.. Haha!!


Time beli barang dapur hari tu, encik suami rembat 2 bekas Maggi Pedas Giler!! sebab dia pun nak jugak cuba.. Yang samyang viral dulu, dia dah cuba dan hasilnya, dia masih boleh habiskan dengan jayanya.. Dia cakap tak pedas sangat samyang tu... So, kali ni dia nak cuba pula Maggi Pedas Giler yang viral ni.. Pedas ke?? Huhu..

Untuk memuaskan hati, kami ambil kedua-dua perisa iaitu Tom Yammz dan Ayam bakar... Perisa pilihan aku Tom Yammz dan Encik Suami Ayam Bakar.. Plan asal, encik suami nak makan satu cup aje dulu dan kitorang kongsi.. Tetapi, aku tak puas hati nak jugak makan satu sorang dan nanti baru boleh rasa sikit sorang.. Haha.. Nampak tak gelojoh kat situ...


Bila dah siap bancuh, tengok Maggi Pedas Giler ni dah rasa gerun.. Merah menyala.. Tomyam ka ayam bakar ka, dua-dua merah menyala.. Hadoii... Satu suapan muka dah merah... Dua suapan bibir dah kebas... Tiga suapan lidah dah kelu.. Empat suapan telinga dah berasap.. Lima suapan, aku dah tak boleh blah.. Haha!!

Mula tu aku makan tomyam, lepas tu rasa sikit ayam bakar.. Pergghhh sedap lagi dari tomyam tapi menten pedas.. Siap tukar dengan encik suami lagi sebab ayam bakar berperisa sikit berbanding tomyam.. Tomyam cam tak rasa sangat.. Bagi aku la... Korang aku tak tahu... Walaupun dah tukar dengan encik suami, aku tetap tak mampu nak habiskan sebab terlampau pedas sangat.. Pedas Gilerrrr!!

Mungkin juga aku tak kuat pedas tapi encik suami kuat pedas.. Dia sendiri pun tak tahan dengan tahap kepedasan Maggi Pedas Giler ni.. Sampaikan tak henti-henti minum air untuk hilangkan pedas.. Aku lagi lah, siap makan roti nak bagi hilangkan pedas.. Haha!! 

Esoknya kisah lain pulak kami dapat.. Kisahnya kami mengalami ceriberi.. Haha!! Menyesal makan weh!! Hadoiii.. Lepas ni memang takkan ku makan dah Maggi Pedas Giler ni.. Wuhaaaa!! Korang dah cuba ke? Kalau dah cuba, apa yang korang rasa?? Meh cite kat aku meh!! hehe...

Fattah Amin Dan Fazura Jemput Peminat Ke Majlis Persandingan

Thursday, March 08, 2018
Fattah Amin Dan Fazura Jemput Peminat Ke Majlis Persandingan |  Baru-baru ni kecoh sana sini dok bercakap dan bercerita tentang majlis persandingan si cantik dan si kacak, Fazura dan Fattah Amin.. Aku sendiri pun kemain excited tengok gambar dan video dorang bersanding dengan tema yang cukup cantik dan sweet, Fairytale.. Memang cantik gile.. Temanya memang sepadan dengan pasangan bahagia ini.. hehe..

Peminat Ke Majlis Persandingan, fattzura, fattah amin dan fazura kahwin, majlis kahwin fattzura, fairytale
Sumber : IG Fazura

Baru kejap tadi aku singgah di laman instagram dorang.. Eceli, aku sendiri belum boleh move on dengan majlis persandingan fairytale dorang.. Hari-hari mesti nak tahu perkembangan kehidupan dorang.. Bizibody kan aku.. Haha!! Dulu tak minat, tapi lepas dorang kawen, jadi terlebih minat pulak kat dorang.. Sebab dorang memang pasangan yang sweet.. Moga dorang bahagia dan berkekalan hingga jannah hendaknya.. 

Ehh lain nak cerita lain pulak aku membebel ye.. Ok, sekali lagi.. Baru sat tadi aku singgah laman IG dorang.. Ternampaklah post jemputan dorang.. Fattah Amin dan Fazura jemput peminat ke majlis persandingan dorang wehh!! Gile best.. Tapi best bagi mereka-mereka yang berkesempatan untuk hadir jerk la kan.. Cam aku ni, hanya  mampu tengok dari kejauhan.. Sob Sob Sob.. Apa-apa pun aku doakan moga majlis mereka diberkati, meriah dan berjalan lancar.. Insyaallah.. Jom tengok kad jemputan dorang.. Hiks..

Sumber : IG Fattah Amin

Sumber : IG Fazura

Oklah, Kad Jemputan pun dah diupkan di IG.. So, bagi korang yang mana nak pergi tu, dah boleh fikir baju apa nak pakai nanti.. Hehe.. Yang penting haruslah pakaian tradisional ye.. Majlis akan diadakan pada 13 Mac 2018 (Ahad) dari jam 2 petang hingga 4 petang.. Kat mana tu?

Tempat :-

Royale Palace
Lot 525, Jalan TUDM, Pekan Subang, Seksyen U6,
40150 Shah Alam

Buat Fazura dan Fattah Amin, aku doakan moga perkahwinan mereka kekal, bahagia dan sweet sokmo hingga jannah.. hehe.. :)



Total Pageviews Blog Lea Azleeya Cecah 1 Juta

Thursday, January 18, 2018
Total Pageviews Blog Lea Azleeya Cecah 1 Juta  |  Lama dah tak update tentang blog kesayangan aku ni.. Mungkin sebelum ni tak ada ape yang nak diceritakan tapi kali ni ada sesuatu yang mengejutkan aku dimana aku sendiri tak sedar.. Hehe.. Baru sat tadi aku perasan yang total pageviews blog aku ni dah mencecah ke angka 1 JUTA..!! 

Total Pageviews Blog Lea Azleeya Cecah 1 Juta, pageview, total pageviews, blog lea azleeya

Sebenarnya aku sendiri pun tak sangka pv blog aku ni boleh mencecah ke angka 1 Juta... Alhamdulillah masih ada yang sudi singgah ke blog picisan aku ni.. hihi.. 


Aku mula berblogging since 2013.. Itu pun hanya sekadar suka-suka dan hanya untuk menjadikan blog ni sebagai story book kisah hidup aku.. Tapi siapa sangka, akhirnya dengan berblogging ni aku dapat pergi lebih jauh sampai ke tahap sekarang.. 

Pada mula penglibatan aku dalam dunia blog ni, aku banyak join giveaway untuk tambahkan follower.. Kadang-kadang update story apa yang patut.. Ada masanya idea entah kemana sampaikan blog aku terbiar sepi terlalu lama.. Paling aku suka, menghias blog aku menjadi secantik yang mungkin walaupun pada waktu tu aku belum tahu kemana arah tuju blog aku ni.. Aku masih mencari-cari tujuannya..

Banyak kali juga aku tukar template blog.. Ada yang aku tempah dan ada jugak yang aku edit sendiri.. Aku mula belajar main dengan coding blog.. Mula-mula study pasal coding ni, sampai aku sakit kepala... Susah gile kot.. Dan akhirnya, aku pandailah sikit-sikit walaupun caca marba.. Huhu.. Selepas aku lebih yakin dengan blog aku ni, barulah aku membeli template yang lebih matang.. Seperti sekarang.. Matang ke? Hahaha..

Blog aku mendapat perhatian dan kepercayaan dari PR dan client baru saja lagi sebenarnya.. Aku mula membuat duit dengan blog aku ni kalau tak silap bermula awal tahun 2016.. Alhamdulillah berkat sokongan kengkawan blogger, aku dapat job untuk blog aku ni.. TQ kengkawan blogger yang banyak bantu aku bangkit dulu.. Jasa korang tak pernah aku lupa.. Insyaallah.. Tak yah la ye mention nama kat sini.. Hehe.. Biolah aku simpan aje nama mereka dalam hati aku ni.. Wahaha ayat aku syahdu betul..

TQ juga kepada PR yang percaya akan blog aku ni.. Insyaallah aku akan cuba yang terbaik bila ada yang memberi kepercayaan kepada blog aku ni.. 

Follower Blog Lea Azleeya Semakin Meningkat


Alhamdulillah, follower blog aku pun semakin meningkat dari hari ke hari.. TQ kepada yang sudi follow dan baca blog aku ni.. Ada masa tu, aku tak sempat nak buat jejak balas.. Almaklumlah aku ni partime blogger aje.. Siang aku kerja.. Malam baru ada masa untuk berblog... Jadi, bila jadual aku padat, memang aku tak punya masa nak jejak balas.. Nak blogwalking pun susah.. Insyallah kalau ada kelapangan aku akan buat jejak balas dan akan follow back blog kengkawan yang mana dah follow blog aku... Insyaallah..

Senang Ke Jadi Blogger Ni?



Best la ko jadi blogger... Dapat barang free.. 

Seronok la ko jadi blogger, dapat bayaran job... 

Huhuhu antara ayat yang selalu kedengaran kat telinga aku mahupun dok lalu-lalang kat mata aku bilamana aku baca wasap.. Tak senang diknon nak capai tahap ni.. Bertahun-tahun makan masa untuk meraih kepercayaan client.. Apa yang penting kene berusaha dan terus berusaha untuk majukan diri dan blog.. Ayat nak kene cantekkkk baru orang suka.. Buat kerja nak kena betul-betul baru orang percaya.. Kalau main cincai aje, sape nak kasi job kan..

Sebab tu aku cakap, jadi blogger ni bukannya mudah.. Bukannya sekelip mata boleh berjaya.. Bukan sekelip mata aje boleh femes (bukan aku.. haha).. Contohnya, macam blogger-blogger yang dah femes sekarang ni, diorang tu semua bermula dari bawah dengan tak ada apa-apa.. Dorang berusaha sampai tahap dah femes sekarang seperti Dr. Fatin Liyana, Nisa Kay, Cik Epal, Yuyu Zalikha, Irine Nadia dan ramai lagi lah.. 

Aku berblogging ni bukanlah untuk mengejar glemer tetapi cukuplah sekadar aku boleh jadikan dunia blogging ni sebagai punca pendapatan sampinganuntuk keluarga aku.. Doakan aku ye kengkawan.. Hehe..


Tersenarai 100 Blog Pilihan 2018 HasrulHassan.Com

Sunday, January 14, 2018
Tersenarai 100 Blog Pilihan 2018 HasrulHassan.Com  |  Alhamdulillah, permulaan tahun 2018 menjadi pembukaan tahun yang sangat bertuah bagi aku.. Banyak rezeki yang datang kepada aku.. TQ ALLAH... Salah satunya tersenarai dalam 100 Blog Pilihan 2018 HasrulHassan.Com.. Syukur yang tak terhingga.. Terima kasih kepada blogger femes Hasrul Hassan kerana sudi pilih Blog Lea Azleeya sebagai blog pilihan bagi tahun ini.. 


Bagi warga keluarga blogger malaysia, rasanya semua dah kenal kot Blogger Hasrul Hassan ni kan.. Femes dengan tips SEO dan Adsense.. Banyak maklumat tentang SEO dan terutamanya tentang Adsense boleh didapati di blog beliau.. Kalau korang yang masih terkapai-kapai mencari maklumat dan panduan adsense, bolehlah ke blog beliau untuk menyelongkar tips yang ada.. hehe..



Hah, kalau korang nak blogging tips juga korang boleh terjah blog beliau.. Banyak perkongsian tentang blogging tips di sana.. Memang tak rugi kalau korang singgah di blog beliau.. Korang akan membaca pelbagai ilmu dari sana untuk lebih maju dalam dunia blogging... Bagi yang bukan blogger pula, korang boleh lihat tempat-tempat menarik yang pernah blogger Hasrul Hassan lawati.. Nanti bolehlah korang plan untuk bercuti bersama keluarga.. Tak gitu.. Hiks

Oklah, untuk list 100 blog pilihan 2018 aku  tersenarai di tangga yang ke-50.. Wahh cun-cun dok tengah-tengah tu.. Haha!! Ramai blogger yang aku kenal dan ada dikalangannya merupakan blogger yang agak rapat dengan aku.. Semoga dengan penghargaan ini, dapatlah aku dan kengkawan yang lain lebih bersemangat untuk blogging lepas ni.. 

Kalau korang nak tengok sama ada korang tersenarai ataupun tidak, boleh klik di SINI..


Anak Tak Mahu Menyusu Dengan Botol!

Wednesday, December 20, 2017
Anak Tak Mahu Menyusu Dengan Botol!  |  Masalah yang sering dialami oleh ibu menyusu yang bekerjaya, anak tak mahu menyusu dengan botol.. OMG!! Aku dah lalui saat-saat getir dimana kedua-dua anak aku tak nak hisap susu botol... Masa tu kemain aku risau.. Tak keruan jadinya aku.. Aku ingat dengan pengalaman anak pertama dulu, aku dah boleh handle untuk anak kedua ni.. Rupanya aku silap.. Ternyata setiap baby tu, berbeza caranya..


Masa Qhaliff dulu, aku memang tak punya pengalaman dan pengetahuan yang banyak dalam dunia penyusuan ni.. Yelah, anak pertama kan.. Cuma boleh baca sahaja untuk kutip serba sedikit tentang penyusuan ibu.. Kalau tak silap, aku ajar Qhaliff minum susu menggunakan botol seawal 2 minggu sebelum aku hantar ke pengasuh.. 

Qhaliff

Pada peringkat awalnya, memang agak kritikal keadaan kami.. Qhaliff langsung tak nak hisap susu botol.. Disebabkan itu, aku mula kumpul maklumat tentang masalah ini.. Aku baca di blog-blog orang lain yang mempunyai pengalaman seperti aku dan tips yang boleh dipraktikkan bagi menyelesaikan masalah ini.. Maklumat yang aku dapat pada awalnya ialah baby mungkin tak serasi dengan puting.. Botol susu pertama Qhaliff adalah Tommee Tippee.. Aku beli masa time mengandung lagi sebenarnya botol ni.. Time tu aku tak pernah tahu pun tentang masalah baby tak nak hisap susu botol ni.. Haha.. Main ikut mood jerk la beli botol susu time tu..

Botol susu Tommee Tippee

Bentuk puting Tommee Tippee

Percubaan pertama, dia memang tolak terus puting Tommee Tippee.. Lepas tu aku beli botol lain pulak.. Dia tak nak jugak.. Bermula dari situlah bermacam-macam jenis botol susu aku beli.. Tetap juga sama keadaannya.. Memang berlaku pembaziran disitu.. Botol susu bukan murah harganya.. Hadoi.. Aku dah mula buntu.. Lastnya, aku tanye encik google untuk sekian kalinya, botol susu apa yang paling sesuai untuk baby bagi masalah ini dan aku dapatlah jawapannya.. Ramai yang menggunakan botol susu Pigeon Softouch Peristaltic Plus.. Jadi, aku belilah botol susu Pigeon dan hasilnya memang superb.. Qhaliff menyusu dengan baik lepas tu.. Yeyyy berjaya akhirnya.. Senang hati aku nak tinggalkan dengan pengasuh.. Walaupun botol susu pigeon tu harganya agak 'berada', tapi aku redha asalkan anak aku boleh menyusu dengan baik.. 

Aqiff

Bila tiba anak yang kedua ni.. Aku ingatkan bila dah ada pengalaman, semuanya bisa diatur.. Nahh kau!! Aku lalui sekali lagi fasa-fasa sukar untuk menyusukan Aqiff menggunakan botol.. OMG!! Apakah?? Huhuhu.. Untuk Aqiff, awal-awal lagi aku dah beli botol susu Pigeon kononnya tak nak ulang nasib yang sama seperti anak pertama.. Rupanya, keadaannya berbeza.. Aqiff tetap tak nak susu botol walaupun dah guna puting Pigeon.. Hehe kali ni aku lebih bijak.. Aku beli botol yang murah tetapi boleh guna puting Pigeon.. Haha!! Berjimat cermat wehhh..

Botol Baby King + Puting Pigeon

Puting Pigeon

Bila Aqiff tak nak menyusu botol, aku dah mula gelabah sebab time tu tinggal seminggu jerk lagi masa untuk aku hantar Aqiff ke pengasuh.. Hadoiii.. Masalah negara betul la.. Fikir punya fikir, mungkin dia nak puting jenis lain kot.. Beli lah aku botol lain.. Botol Tommee Tippee... Tetap jugak dia tak nak.. Oh, mungkin susu kot.. Hurmm sebenarnya aku dah start nak ajar Aqiff minum susu formula time tu sebab susu aku kurang dan aku tak buat stok langsung susu badan.. Tak macam Qhaliff dulu, stok susu penuh peti.. Huhu..



Mula-mula aku beli susu jenama Dupro.. Dia tolak.. Tak nak.. Hurmm tak sedap kot.. Andaian aku.. Haha..!! Cari lagi puncanya.. Kenapa Aqiff tak nak susu botol.. Nak cakap puting, macam tak jerk.. Jadi, andaian aku kali ni mungkin disebabkan susu.. Jadi, kami decide untuk tukar susu Dutch Lady pulak sama macam abang dia.. Manelah tahu, dia tak puas hatikan sebab tak sama susu dengan abang dia.. Haha!! Boleh camtu ekk.. Kehkehkeh..


Kenapa aku tak guna susu Dutch Lady terus untuk Aqiff? Hurmm ada orang cakap susu Dutch Lady ni manis.. Tu sebab aku cuba Dupro pulak untuk Aqiff.. Lastnya, kena jugak try kasi Dutch Lady sebab dia tolak Dupro.. Haiss.. Nak tahu apa terjadi bila aku bagi susu Dutch Lady? Hah, dia tolak jugak wehhh!! Tak mahunya dia.. Habis tu, apa yang tak kena ni?? Hadoiyaiii... Pening lorrr... 

Jalan terakhir, aku cuba pump susu aku dan bagi menggunakan botol susu puting pigeon tadi.. Pada awalnya, memang dia tolak tapi tak seperti sebelum ni.. Dia boleh terima walaupun agak sukar.. Dia minum tapi dalam kuantiti yang sikit... Maksudnya, tak habis pun 2oz.. Tapi sekurang-kurangnya ada perubahannya kan.. Rupanya dia nak susu ibunya jugak.. Tak nak susu formula.. Hehe..


Untuk memantapkan lagi penerimaannya terhadap susu botol, aku berusaha juga pump susu dan bagi menggunakan botol tanpa menyusu direct selama seminggu lebih.. Paling dasyat, bila dia tak nak menyusu dia meraung sekuat hati seolah-olah dia didera.. Perghh time tu, tuhan aje tahu aku punye gelabah dan tak keruan.. Pada awalnya, aku terpaksa buat cara mengelat dengan menyusu direct dan perlahan-lahan aku masukkan puting botol kedalam mulut dia.. Hehe.. Alhamdulillah menjadi cara ni.. Dia menyusu dengan baik lepas tu.. Satu lagi cara aku, time dia sedap tidur, aku angkat dan terus menyusu botol.. Hah, dia memang isap dengan baik sekali time ni sebab dia tengah mamai lagik kan.. Hiks.. 

Masa hantar ke pengasuh, hari pertama dan kedua keadaan tetap sama, dia meraung tak nak menyusu.. Sampai pening kepala pengasuh.. Haha.. Tapi yang bagusnya pengasuh anak aku ni, dia tetap berusaha sehabis baik untuk menyusukan anak aku.. Sampailah anak aku dapat terima botol dengan baik.. Alhamdulillah.. Jadinya, sekarang aku akan pump susu untuk kegunaan terus anak aku tanpa membuat stok beku.. Alhamdulillah susu semakin meriah.. Aku banyakkan minum air masak dan makan jamu.. Nak amek milk booster sebenarnya, tetapi belum jumpe yang betul-betul menarik minat aku.. Moga rezeki Aqiff melimpah ruah.. Kalau boleh biarlah sampai umurnya 2 tahun... Masa Qhaliff dulu, sampai 6 bulan sahaja.. Lepas tu susu drop, dia sendiri pun dah tak nak menyusu badan.. 


Sebenarnya aku dah beli 2 botol susu Pigeon untuk Aqiff.. Aku beli masa aku tengah mengandung lagi.. Ini pun aku beli dengan menggunakan voucher Lazada yang aku menang Contest Lazada.. Jadi apa lagi, terus aje aku Shopping Sakan Di Lazada Dengan Voucher Merdeka Contest tu.. Alhamdulillah rezeki anak dan kami sekeluarga juga..

Kalau korang ada masalah anak tak mahu menyusu dengan botol, korang bolehlah try cara aku ni yek.. Langkah pertama yang perlu korang ambil adalah ajar anak menyusu menggunakan botol seawal mungkin agar anak terbiasa dengan puting botol... Ini adalah paling penting.. Jangan jadi macam aku, seminggu lagi nak hantar ke pengasuh, baru terhegeh-hegeh nak ajar botol.. Memang susahlah..

Seterusnya, cari puting yang sesuai untuk anak anda.. Jadilah seperti aku, beli botol murah tetapi guna puting mahal.. Haha.. Leh la jimatkan.. Kalau anak korang boleh carry on dengan puting murah, lagik bagus.. Tapi puting pigeon ni bagus tau.. Ianya lembut dan safety.. Aku suka.. Selain tu, korang boleh cuba taktik-taktik kotor seperti direct feeding beberapa saat, pastu terus masukkan puting botol.. Hehe.. Paling mujarab yang pernah aku buat, time baby tengah tidur sedap tu, korang angkat dan terus menyusu botol.. Gerenti dia hisap susu dengan jayanya.. Insyaallah..

Oklah, itu aje yang aku nak kongsikan dengan korang.. Moga ini dapat membantu korang yang menghadapi masalah yang sama.. Di entry lain nanti aku akan kongsikan pula 8 Tips Melatih Anak Minum Susu Botol Dengan Jayanya.. Tunggu tau.. Hehe..

Iklan Adsense Telah Muncul Di Blog Lea Azleeya

Monday, November 13, 2017
Iklan Adsense Telah Muncul Di Blog Lea Azleeya  |  Pelik tapi benar.. Ehh dah kenapa pulak starting ayat aku cenggitu yek.. Yela, mane taknya jarang-jarang aku bercerita pasal iklan di blog aku ni.. Kali ni nak berkongsi kegembiraan aku pasal iklan adsense telah muncul di Blog Lea Azleeya dengan tiba-tiba.. Haaa nampak tak ayat tu.. Jelas terpancar kegembiraannya.. Haha!!

Iklan Adsense Telah Muncul Di Blog Lea Azleeya, iklan, adsense, google adsense, iklan di blog

Aku pun tak pasti sejak bila iklan ni mula muncul di blog aku.. Tapi yang pastinya aku dah lama mohon iklan adsense ni bermula dari aku menggunakan domain lagi.. Sebelum aku guna domain, memang iklan adsense aku dah diluluskan.. Tetapi bila tukar kepada domain setahun yang lepas, aku terpaksa memohonnya semula.. Tetapi nak nampak kembali kemunculannya di blog aku ni, yang amatttttt lamanya..

Bayangkanlah aku dah renew domain lama dah.. Itu bermakna aku dah pakai domain lebih kurang setahun lebih nak dekat 2 tahun dah.. Barulah iklan adsense muncul diblog aku ni.. Mana tak gumbiranya kan.. Tengok kengkawan lain dok up status pasal lulus adsense, aku meleleh air hidung membacanya.. Haha!! Drama sangat aku!! Tapi sekarang aku bersyukur sebab iklan adsense sudi jugak akhirnya muncul di blog aku ni.. Cuma di sidebar belum muncul lagik.. Tunggu kelulusan lagi la kot.. Hiks..


Buat masa ni aku cuma letak di bawah header dulu.. Nak letak dalam entry, aku malas lagi nak main dengan coding.. Tunggu la dulu bila ada masa free yang panjang.. Sekarang masa terlalu cemburukan aku merelaxkan diri.. Ada saje bende yang nak kene buat.. Tak sabar juga sebenarnya nak tambahkan lagi ruang untuk iklan adsense aku ni... Moga ada rezeki aku dan anak-anak.. Insyaallah.. Amin YRA..


Bila iklan dari google adsense ni keluar di blog, terasa lengkap dah blog aku.. Seolah-olah perkara wajib jerk kan ada adsense di blog.. Haha.. Korang macam mana pulak? Ada rasa macam aku jugak ke.. Aku baru lagik nak belajar tentang iklan di blog  ni.. Mungkin korang dah terlebih expert dari aku ni yang baru nak up bak kata orang-orang sekarang ni..




Pengalaman Bersalin Anak Kedua, Muhammad AQiff RizQi

Monday, October 09, 2017
Pengalaman Bersalin Anak Kedua, Muhammad AQiff RizQi  |  OMG!! Mood untuk update kisah pengalaman aku bersalin anak kedua ni tetiba aje datang... Bila dah mood datang, harus cepat-cepat taip apa yang patut... Kang mood dah lari bertempiaran, susah pulak nak kejar.. hehehe... Pengalaman bersalin anak kedua ni agak berbeza dari yang pertama... Boleh dikatakan, lebih dasyat dari yang pertama.. Orang cakap, lahirkan anak pertamalah yang maha dasyat.. Tapi tidak bagi aku kerana lahirkan anak kedua ni lagik tragis.. Nak tahu cite selanjutnya, kenelah baca sampai habis ye..


Anak pertama dulu aku bersalin belah petang hampir-hampir masuk waktu maghrib... Anak kedua ni aku bersalin belah pagi sebelum subuh... Berbezakan.. Haha..  Waktu bersalin pun aku amek port kan.. Biasa la sebelum kita cerita, kasilah hakak berdrama sikit.. hehe..

10 September 2017
12.00 Tengahari

Tanda dah keluar time ni.. Macam anak pertama jugak, keluar darah... Orang cakap, kalau keluar tanda darah ni sakit dia memang dasyat.. Ternyatalah ianya benar.. Tapi time ni sakit biasa-biasa jerk.. Baru lagik kan.. Boleh relax-relax lagi.. Boleh pergi jalan rumah kawan lagi time ni makan-makan.. Lepas balik dari makan tu, rehat sekejap dan buat persediaan dan check apa yang patut dan sempat lagilah kemas rumah.. hehe.. Qhaliff pun encik suami hantar siap-siap rumah pengasuh petang tu jugak.. In case apa-apa senang nanti... Hati tu rasa dah nak pergi serah diri, risau jugak kan kalau tetiba sakit teruk.. Tapi tenangkan diri lagi tunggu lepas solat isyak baru pergi serah diri..

9.00 Malam

Semua kelengkapan dan keperluan aku dan baby dah ready dalam kereta... Tibalah masa untuk aku serah diri... Dalam perjalanan terfikir untuk pergi makan dulu... Nanti nak bersalin tak de tenaga pulak kalau tak makan... Ada yang pesan, sebelum ke hospital baik makan dulu supaya time nak bersalin kita ada tenaga.. Oleh nasihat itu, aku pergilah makan dulu.. Time ni sakit dah agak terasa dan semakin kerap tapi masih aku boleh tahan lagi... Dah sampai bandar kuantan, mula cari tempat makan.. Buntu pulak nak makan dekat mana.. Selera tak berapa nak ada sebenarnye sebab itu tak tahu nak makan dekat mana... Kebetulan lalu pulak depan McD time tu terus terasa nak makan mekdi tetiba.. Haha.. Selera apakah itu?? OMG!! Terus decide untuk makan mekdi aje.. Drive Thru je la senang sikit.. Tak kuasa mak nak masuk mekdi, makan dalam tu.. Makan aje dalam kereta..

11.00 Malam

Lepas makan, terus aje pergi hospital untuk serah diri.. Hospital depan Mekdi tu je haaa.. Time ni sakitnye lebih kerap dan dah agak terasa sangat.. Tapi tetap under control lagi.. Selawat dan doa Nabi Yunus tak lekang di bibir aku.. Moga dipermudahkan segalanya.. Sampai saje hospital di bahagian Low Risk, terus daftarkan diri dan aku dibawa kedalam bilik rawatan untuk doktor buat pemeriksaan... Terasa agak malang diri ini untuk kali kedua kerana doktor lelaki yang check aku... Tuhan saja tahu betapa aku rasa tak selesa.. Tapi aku tiada pilihan... Ini bukan hospital swasta untuk aku request doktor perempuan... Lebih malang bila doktor tersebut adalah doktor baru a.ka pelatih...

Macam biasa lah, bila dah masuk ke dalam bilik pemeriksaan tu, segala wayar akan dilekatkan kat perut aku untuk dapatkan bacaan denyutan jantung baby dan juga tengok kekerapan contraction.. Lepas tu, bukaan jalan diperiksa.. Aduii malu bukan kepalang bila doktor lelaki yang check.. Baru 1cm katanye.. Aku agak frust sebab sakitnye kemain lagi tapi baru 1cm.. Biar betul.. Pelbagai soalan ditanyanya.. Tentang anak terdahulu, tentang masalah kesihatan dan bagai-bagai lagi.. Kemudian aku diminta pindah ke katil lain untuk scan.. Kali ni doktor wanita yang scan.. Doktor terlatih.. Alhamdulillah.. Dan lepas scan, sekali lagi doktor check jalan.. Kali ni katanya 3cm.. Lalu doktor lelaki tadi ditegurnya kerana salah buat bacaan jalan.. Berhuhu lagi aku kerana aku dibuat seperti bahan uji kaji.. Disuruhnye doktor lelaki tadi, check balik dan belajar semula baca jalan.. Ya Allah, tuhan  sahaja tahu betapa hati aku sakit ketika ini.. Ditambah sakit contraction lagi.. Boleh pulak dia buat aku bahan pembelajaran dia..

Lepas selesai segala prosedur di bilik pemeriksaan tersebut, aku dibawa ke wad bersalin sementara menunggu waktu untuk melahirkan.. Ada 2 orang lagi sedang menunggu masa.. Ada juga yang baru masuk terus ke labour room, mungkin dah sampai masa.. Sepanjang aku tunggu waktu aku, beberapa orang juga telah selamat melahirkan.. Aku dan 2 orang lagi di wad bersalin masih menanti giliran masing-masing... Yang katil sebelah aku, nampak selesa berbaring dan tidur.. Yang seorang lagi, dok berjalan kehulu kehilir, mungkin untuk memudahkan bersalin kot.. Aku lihat dorang relax jerk.. Tak rasa sakit ke dorang ni?... Aku ni bagai nak mati menahan sakit yang tak terperi.. Tapi time ni masih boleh bertahan walaupun dah sakit sangat dan masih boleh pergi toilet beberapa kali... Hehe.. Boleh jugak dok layan wasap and messenger..

11 September 2017
2.00 Pagi

Jam 2.00 pagi, dah mula rasa sakit sangat.. Sampaikan hanya boleh bertahan dengan duduk di birai katil.. Kalau baring, rasa sakitnya lagi maha dasyat.. Jadi, aku hanya mampu duduk di birai katil sahaja sambil menahan sakit.. Dah puas menahan dan rasa tak sedap hati, aku minta nurse checkkan jalan lagi sebab dah rasa lain macam.. Masuklah aku dalam labour room dengan harapan agar inilah penamatnya dan aku boleh melahirkan dengan selamat.. Doktor yang sama check aku.. Doktor pelatih lelaki tersebut menyatakan jalan masih 3CM!! Hoh!! Terpinga-pinga aku.. Betul ke?? Dari jam 11 malam hingga sekarang masih menten 3CM.. Tapi apa boleh aku buat kalau itu dah katanya.. Maka, aku kembali ke katil aku semula.. Nurse maklum pada aku akan datang melawat setiap pesakit selepas 2 jam kemudian.. Aku sabarkan hati menunggu nurse datang melawat nanti.. Time ni dok wasap dengan encik suami.. Katanya dah mengantuk sangat and nak tidur sekejap dalam kereta sambil tinggal pesan supaya call dia kalau dah dekat nak bersalin.. Huhu..

3.00 pagi

Sakit makin mencucuk-cucuk.. Lepas baring aku duduk.. Puas duduk aku baring.. Masa ni sakit makin menyiksakan.. Allahuakbar... Tak dapat nak gambarkan macam mana.. Nak pergi toilet dah tak mampu... Tak mampu nak berjalan lagi.. Tapi masih sabar menanti sehingga jam 4 pagi mengharapkan nurse datang check.. Masa ni aku mengharapkan masa berjalan dengan pantas.. Tak larat dah nak duduk dalam keadaan yang ngeriiii macam ni..

4.00 Pagi

Tenaga makin berkurangan akibat menahan sakit.. Sakit dah tahap maksima... Darah pun makin banyak keluar sampai habis katil kena darah.. OMG!! Apakah.. Bersalin sebelum ni, tak pernah berdarah macam ni sekali.. Kain aku tak payah cakap la.. Darah di merata-rata.. Tapi tak de la macam tumpah darah tu kan.. Cuma darah agak banyak keluar tak seperti aku bersalin yang dulu.. Aku makin takut.. Sakit dah tak tertanggung lagi.. Tunggu nurse datang check tapi tak juga datang... Akhirnya, aku gagahkan diri berjalan ke bilik rawatan sambil berpaut pada dinding.. Sampai saje depan pintu bilik rawatan, aku terus panggil nurse dengan suara tak berapa nak keluar dah sebab sakit sangat.. Huhu.. Nurse suruh aku bertenang dan duduk atas kerusi dulu sementara dia kemas katil bersalin yang baru selesai digunakan oleh pesakit lain.. Lepas tu terus saja aku disuruh naik ke atas katil bersalin untuk check jalan... Kali ni check jalan sangatlah sakit sebab aku memang dah sakit kan.. Doktor yang sama juga check aku.. Katanya dah 7 ke 8cm kalau tak silap aku.. Aku dengar tak dengar dah time tu.. Rasa dah berada kat dunia lain dah.. Haha.. Gile betul la.. Hehe..

Air ketuban dipecahkan... Nurse cakap, baby dah berak dalam perut dan terus disuruhnya aku untuk teran risau baby tertelan najis.. Aku tak rasa nak teran lagi sebenarnya time tu tapi aku gagahkan jugak diri untuk paksa teran.. Tapi kenapa tak boleh.. Aku rasa pundi kencing aku penuh dan dalam masa yang sama nurse pun terus ambil tiub untuk buang air kencing aku.. oh, nurse ni macam tahu-tahu aje kan.. Terima kasih.. Lepas tu barulah aku ada rasa nak meneran.. Pada awalnnya nurse sahaja yang uruskan aku.. Lepas tengok aku tak berjaya dalam usaha meneran, doktor wanita datang membantu.. 2 orang lagi doktor baru, lelaki sebagai pemerhati.. Semua nurse yang ada memberi semangat kat aku dan bantu sedaya mampu.. Seksanya rasa... Sakit bukan kepalang.. Berlainan sekali melahirkan anak pertama dulu.. Kali ni lagi dasyat sakitnya nak bersalin.. Sedaya mungkin aku meneran.. Kata doktor, kepala dah keluar sikit, sampai tang dahi tu tak lepas.. Bila dah segala usaha dilakukan dan aku juga tak berjaya untuk bersalin secara normal, doktor buat keputusan untuk gunting.. Allahuakbar.. Sakitnya.. Rasa sangat masa dia gunting...

Lepas dah gunting, aku disuruh teran sekuathati.. Risau baby lemas... Dan aku usahakan sampai berjaya.. Alhamdulillah tepat jam 4.50 Pagi, anak kedua aku selamat dilahirkan... Bersyukur sangat aku bila dah terlepas dari azab yang maha dasyat.. Azab di atas muka bumi yang hanya secebis.. Di akhirat kelak, tak tahu lah macam mana.. Allahuakbar..

5.00 pagi

Proses untuk mengeluarkan uri dan darah-darah beku dilakukan... Rasa sakit masih mencengkam dek kerana kesan gunting dan kesan bersalin... Selesai urusan tersebut, tibalah masa untuk proses menjahit yang aku sendiri rasa seriau kerana tugas ini diberikan kepada doktor lelaki pelatih tadi.. Aku rasa tak yakin tapi aku redha aje lah.. Aku dibius.. Permulaan, tiada rasa apa-apa.. Berjalan dengan baik.. Cuma aku jadi semakin risau bila doktor menjahit dengan agak lambat.. Terlalu lambat.. Dalam hati, nanti dah habis ubat bius tu mahu aku menjerit nanti time jahit bahagian kulit.. Rupanya rasa tak yakin aku tu bersebab.. Ternyata doktor tersebut tak berjaya nak selesaikan tugasnya dengan baik.. Dia tak pandai jahit hokeh!!! Arggghhh rasa nak marah pun ada.. Nurse pula ambil alih sambil nurse tu membebel kat doktor tu sebab tak maklum dekat doktor wanita tadi yang dia tak pandai jahit.. OMG!! Aku jadi mangsa keadaan lagi..

Nurse tu pun tak tahu nak sambung jahit macam mana lagi sebab katanya jahitan doktor tadi sangat tak cantik.. Dia usahakan juga.. Seperti yang aku jangkakan, time nak menjahit kulit luar, ubat bius dah hilang.. Sakit bukan kepalang.. Aku dijahit hidup-hidup.. Menjerit aku time jahit tu.. Sakit sangat wehhh!! Tapi apa boleh buat, terpaksa bertahan jugak.. Masa bersalin anak pertama dulu, time jahit tak sakit langsung sebab nurse yang jahit tu sangat pantas dan pandai.. Selesai urusan jahit menjahit, nurse mintak maaf sebab jahitan tak cantik akibat sambung kerja orang lain.. Aku pasrah..

Selesai semua, baru aku call encik suami.. Dia pun terkejut sebab semuanya dah selesai.. Tak sempat nak call dia, dah sakit sangatkan tak ingat apa dah.. Makanya, kali ni aku bersalin tanpa ditemani encik suami.. Dia ambil tugas dia untuk azankan anak.. Lepas tu teman aku rehat sekejap dalam labour room sebelum aku ditempatkan ke wad.. Selepas ditempatkan di wad, aku dikhabarkan akan ditahan sehari semalam untuk pemantauan baby kerana baby suspek tertelan najis.. Mari berhuhu.. Alhamdulillah baby ok.. Berak dan kencingnya semua ok dan teratur.. Hari selasa aku dah dibenarkan keluar wad.. Yeyyy boleh balik dahh!! Haha..

Alhamdulillah kali ni pun semua nurse memberi layanan yang baik pada aku.. Terima kasih pada semua nurse dan doktor HTAA yang dah berusaha untuk bantu aku melahirkan anak yang kedua ni sehabis baik dan merawat aku sepanjang aku di hospital dengan layanan terbaik.... Hanya tuhan sahaja yang dapat membalas jasa kalian.. Hiks.. 😉

Ok, la.. Tu aje la pengalaman ngeri yang aku nak cerita.. Hehe..Panjang melebooo dah tu.. Aku titipkan pengalaman ni sebagai kenangan aku dikemudian hari.. Yang anak pertama dulu tak sempat pulak aku nak buat entry.. Tak pe la, cukuplah pengalaman ngeri kali ni aku abadikan dalam blog aku ni.. Juga untuk kengerian korang yang akan mengalaminya.. Haha.. Jom aku belanja sikit gambar baby boy aku, Muhammad Aqiff Rizqi..


11 September 2017 (Isnin)
4.50 Pagi
HTAA

Time ni dah balik umah mak dah..

Kepala dah botak kene cukur dek tukang urut.. 
Tak elok katanya simpan lama-lama rambut baby yang dalam perut..


OMG!! Dia senyum... 


Ni gambar terbaru.. Belum sebulan lagi usiaku..


Cara Untuk Hilangkan Pijar Tangan Akibat Pedas Cili

Friday, August 04, 2017
Cara Untuk Hilangkan Pijar Tangan Akibat Pedas Cili  |  Alkesahnya nak dijadikan cerita.. Semalam aku bercuti disebabkan tak berapa nak larat pergi kerja.. Rajin la pulak memasaknya semalam... Dah alang-alang bercuti, bolehlah memasak, ye dak? Semalam aku bikin Ikan Keli Berlada.. Tabiat aku kalau masak ikan keli berlada ni, mesti aku buang semua bijik lada.. Memang tak lalu dek tekak nak makan bijik lada.. Bukanlah tak de langsung, ada juga tapi tak de la banyak.. Hehe.. Kemain aku kerjakan lada semalam.. Dengan tak bersarung tangannya.. Sarung tangan plastik tu dah habis.. Makanya, dah siap masak tu hangatlah wehhh tapak tangan ni... Berpijar-pijarrrr tapak tangan guweeee!!.. Tak senang duduk jadinya.. Untuk menghilangkan pijar ni aku pun suruhlah encik suami google cara untuk hilangkan pijar tangan akibat pedas cili.. Dapatlah beberapa cara dan aku cuma try 2 cara jerk.. Moh aku kasitau..

Cara Untuk Hilangkan Pijar Tangan Akibat Pedas Cili
Cara Untuk Hilangkan Pijar Tangan Akibat Pedas Cili

Banyak caranya untuk hilangkan pijar ni sebenarnya, tapi aku upkan yang aku try aje la yek.. Sebab cara yang aku try tu memang berkesan.. Sekejap aje pijar tangan dah hilang..


Cara Untuk Hilangkan Pijar Tangan Akibat Pedas Cili

01. Ramas Beras

sumber foto : google

Cara pertama adalah dengan meramas beras... Rumah korang mesti ada beras kan... So, amek sedikit beras dan ramas beberapa minit sehingga rasa pijar tu berkurangan atau hilang... Pastu boleh la basuh tangan korang tu.. Aku cuba semalam memang berkesan.. Siap dapat tapak tangan yang lembut lagik hasil dari meramas beras tersebut.. Ekeke..


02. Rendam Tangan Dalam Air Garam

sumber foto : google

Lepas aku ramas beras tu, aku cuba pulak rendam tangan dalam air garam.. Saje je aku guna dua cara nak tengok berjaya ke idok.. Lepas aku ramas beras tu, masih ada sikit rasa pijar di hujung jari.. Jadi aku guna pulak cara kedua dengan merendam tangan dalam air garam beberapa minit.. Lepas rasa pijar dah hilang, bolehlah cuci tangan.. Hehe.. 

Memang berkesan kedua-dua cara ni.. Alhamdulillah, lepas hilang pijar tangan barulah aku ada selera nak makan nasi lauk ikan keli berlada yang aku masak tu.. Kalau tidak, dok berkibas-kibas ajelah tangan aku... Kalau korang terkena pijar tangan akibat lada, boleh la cuba 2 cara ni.. Atau pun, ada banyak lagi cara sebenarnya.. Korang boleh tengok kat link ni --->  https://siraplimau.com/cara-hilangkan-pijar-tangan-pegang-cili/

Selamat mencuba.. !!


Shopping Kelengkapan Baby Dan Berpantang Di Lazada

Wednesday, August 02, 2017
Shopping Kelengkapan Baby Dan Berpantang Di Lazada  |  Assalamualaikum wbt... Hi olls!! Memandangkan line 'orang kuning' tak berapa nak bagus dan terlalu nazak, aku terpaksa update entry kali ni menggunakan hp kecik aku ni dengan line 4G Redone... Susah betul nak menaip dengan hp seno'et aku ni.. Hadoi... Tapi tak pe, janji ada semangat untuk update blog.. Hiks... Hari gaji baru ni aku dok pulun shopping kelengkapan baby dan berpantang aku... Inilah padahnye bila awal-awal tak nak slow-slow beli.. Bila dah dekat dengan due date, mula la gelabah unta nak lengkapkan segala bende.. Huhuhu..


Kali ni aku pulun shopping secara online jerk kat lazada.. Senang sikit tak perlu aku buang tenaga pergi baby store pilih barang.. Aku pun memang dah tak larat nak berjalan sangat.. Macam biasa, aku akan guna alamat pengasuh anak aku untuk penghantaran barang... Hari tu, sekali gus barang sampai serentak.. Berlonggok sekali sampai.. Kesian kakak pengasuh terpaksa terima barang aku yang banyak tu.. Adehh!!

kelengkapan baby dan berpantang, lazada malaysia
Shopping kelengkapan baby dan berpantiang

Ini hasil shopping aku yang pertama.... Setiap barang dihantar oleh kedai yang berbeza-beza.. Sebab tu lah parcel jadi banyak.. Barangnya tak seberapa pun... 

Untuk berpantang, sebelum ni aku guna produk Anugerah dan kali ni, aku nak cuba pula produk Nona Roguy.... Aku beli 3 barang jerk pun.. Minyak dan krim untuk berbarut serta jamu phytonatal untuk elak sembelit.. Beli yang perlu aje.. Tak ketinggalan juga, krim epal Anugerah tu untuk cover krim barut nona roguy.. Mane lah tahu kot-kot tak cukup ke ataupun x serasi dengan aku, leh guna balik krim epal anugerah tu.. Aku suka!! hehe.. Minyak telon baby masih setia dengan Anugerah.. Harga yang aku dapat di lazada sangat murah berbanding aku beli diluar.. Memang berbaloi-baloi.. Nasib baik skodeng lazada dulu sebelum beli... Hehe..

Disposable Breast Pads tu memang keperluan yang sangat penting bagi aku time berpantang... Cukup la kot sekotak untuk permulaan... Untuk stoken pula, puas jugak mulanya dok mencari stoken sesuai dan tebal.. Lastnya jumpa jugak.. Alhamdulillah, bila sampai tu aku berpuashati dengan kualiti stokennya.. Tebal dan cantik.... Baju baby tu ada kesilapan penglihatan sikit.. hehe. Aku ingat yang pink tu warna peace, sekali sampai warna pink daaaa... Hadoiii.. Hahha simpan ajo la jawabnye yek...


Ni pulak hasil shopping kali kedua aku di lazada... Nasib baik time aku shopping baju baby ni, time baby fair kat lazada.. Dapatlah harga murah dan berbaloi-baloi... Brand Anakku lagi.. Yelah kalau beli dekat butik Anakku, sekotak baju ni harga dalam RM59... Kat lazada aku dapat dengan harga RM 25 - RM 27 sahaja hokeh!! Memang tak lepas peluang la aku memborongnya.. Kat dalam ada 6 item... Memang murah.. Kualiti terbaik dari ladang..


Rompers ni pulak aku mintak tolong kakak aku belikan di GM Plaza, KL... Kebetulan dia nak kesana, terus aje buat order.. hehe.. Aku order 1 set carter's rompers dan 1 set carter's jumpsuit.. Sekali ada pulak rezeki baby nak dapat 1 set lagi rompers hadiah dari kakak aku.. Alhamdulillah.. Sebenarnya, baju ni aku baru jerk dapat petang tadi.. Gambar kat atas ni, gambar dari kakak aku.. Ahakz...


Last sekali, keperluan yang terpenting.. Nipple Cream.. Medela Tender Care Lanolin.. Krim ni harussss ada semasa berpantang dan menyusu baby... Kalau tak de krim ni memang menderita la jawabnye time menyusu... huhuhu... Krim ni kecil je saiznya.. Harga pun boleh tahan jugak tapi setanding dengan keberkesanannya... Time Qhaliff dulu krim ni la aku guna.. Kali ni pun masih setia dengannya..

Alhamdulillah segala kelengkapan yang diperlukan semuanya dah ada.. Mungkin kalau ada yang tercicir pun hanya satu dua barang aje lagi.. Tak de la risau sangat.. Baju bajan baby pun dah siap dibasuh... Sekarang cuma perlu standby aje apa yang patut dan terus simpan dalam kereta.. In case apa-apa nanti, semua dah ada...

Doakan segalanya dipermudahkan untuk aku ye kengkawan... 😎😊😍

BAJET BAGUS - Pintu Ke Arah Ujub, Riak Dan Takabbur

Monday, July 17, 2017
BAJET BAGUS - Pintu Ke Arah Ujub, Riak Dan Takabbur  |  Assalamualaikum wbt... Hi korang!! Moga semuanya berada dalam keadaan yang baik di pagi isnin ni yang penuh dengan monday blues!! Hehe.. Tajuk pagi ni agak best.. Untuk renung kita bersama agar tak menjadikan diri BAJET BAGUS!! huhu..


BAJET BAGUS - Pintu Ke Arah Ujub, Riak Dan Takabbur
BAJET BAGUS - Pintu Ke Arah Ujub, Riak Dan Takabbur
sumber : google





Harga Petrol Naik Lagi!

Thursday, July 13, 2017
Harga Petrol Naik Lagi!  |  Setelah harga petrol turun mendadak semasa musim perayaan yang lalu, kini harga petrol kembali meningkat dari semasa ke semasa.. Minggu ni harga petrol naik lagi! Berikut adalah senarai kenaikan harga petrol mingguan dari tarikh 13 Julai hingga 19 Julai 2017..

harga petrol mingguan
Harga Petrol Mingguan

sumber : SINI


Jodoh Yang Ditakdirkan

Tuesday, July 11, 2017
Jodoh Yang Ditakdirkan  |  Semalam tengah syok baca novel The Greatest Of Destiny!, terkesan dengan satu qoute ni... Jadi hari ni nak share jugaklah kat sini.. Lama dah tak share qoute dengan korang.. Qoute kali ni tentang jodoh.. Jodoh yang ditakdirkan untuk kita... Jodoh dari Allah SWT... 


Kalau Allah SWT sudah takdirkan dia untuk kamu sejak tercatat di lohmahfuz lagi, datanglah pelbagai halangan sekalipun, kamu dan dia tetap akan bersatu juga. Sebab tiada sesiapa dapat menghalang kuasa Allah SWT.. Tetapi andai kata dia bukan milik kamu, ikhlaskan hati dan redalah dengan ketentuanNYA.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNYA.. - The Greatest of destiny! by Al-Wahyu




Cenderahati Dari London

Monday, July 10, 2017
Cenderahati Dari London  |  Raya baru ni berkesempatan beraya di rumah kakak aku di Aspa Cottage pada raya pertama.. Kebiasaannya kalau keluar beraya pun mesti raya ke-2 tapi tahun ni kitorang pulun beraya ke rumah kakak sulong aku raya pertama lagik.. Sempatlah jumpa anak-anak kakak aku walaupun tak semua sekali.. Tapi bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya.. Hehe.. Yang aku nak ceritanya adalah cenderahati dari London yang aku dapat dari anak sedara aku.. Hiks.. Kite layan gambar raya dulu sekeping.. Haha!!


Syok betul makan tu mak buyong... Hehe.. Menambahkan berat badan biasalah kan...  Masa tengah merehatkan diri setelah kekenyangan yang melampau, anak saudara aku datang kat aku hulur tangan.. Ingatkan nak salam, rupanya dia hulur cenderahati yang dibelinya dari London.. Eceli, aku minta dia belikan pelekat peti untuk aku.. Buat kenang-kenangan.. Ingatkan dia tak beli dah.. Rupanya ada rezeki aku dapat pelekat peti dari London.. Yelahkan, nak pergi sana memang tak la.. So, ada yang pergi mintaklah tolong belikan... Hobi baru aku sekarang ni kan kumpul pelekat peti.. Huhuhu.. 

Cenderahati Dari London
Cenderahati Dari London

Inilah hasilnya.. Dapat 2 pelekat peti dari sana.. Alhamdulillah.. Boleh tambah koleksi pelekat peti aku.. Yeahh!! Mintak beli satu tapi dapat 2.. Memang terbaik.. Kalau ada kengkawan yang pergi melancong pastu balik buat giveaway hadiahnya pelekat peti dari sana, memang aku akan join.. Manelah tahu ada rezeki menangkan.. Dapatlah tambah koleksi pelekat peti dari negara lain pulak.. 


Antara koleksi yang ada.. Sikit aje baru sebab baru jerk berjinak-jinak mengumpulnye.. Setakat ni yang best dari korea dan london la.. Yang lain tempatan aje.. Tu pun banyak dah yang rosak kena baling dek budak kecik tu.. Ikan pun hilang muncung.. hehe.. Yang vietnam habis rosak dah si Qhaliff punya kerja.. Tinggal ajelah yang ini.. Huhu... 

Apa-apa pun, thankz to my anak sedara, Azuan coz belikan mak saudaranya ni pelekat peti dari London.. Kehkehkeh!!

A post shared by @shnrzn_ on


A post shared by @shnrzn_ on