Cara simpan Ubat Yang Selamat Dan Betul

Assalamualaikum wbt..


Cara simpan Ubat Yang Selamat Dan Betul  |  Kebanyakan orang bila balik dari klinik atau hospital dan dibekalkan dengan ubat, mesti simpan dalam peti ais kan.. Samalah dengan aku... Peti ais la tempat aku simpan segala macam ubat.. Bebaru ni, aku terbaca satu artikel tentang cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul ni.. Barulah aku tahu cara yang sebenar simpan ubat ni.. Bila dah tahu, terpanggil pulak nak kongsikan dengan korang semua..

Bukan saja cara pengambilan ubat aje yang kena betul, tetapi cara simpan ubat pown kena betul tau supaya kualiti, keberkesanan dan keselamatan ubat tu terjamin..


PANDUAN PENYIMPANAN UBAT YANG SELAMAT DAN BETUL

1. Tempat Khas

Simpan ubat di tempat yang selamat dan yang dikhaskan adalah penting supaya memudahkan pencarian ubat yang diinginkan jika berlaku sebarang kecemasan.. Selain itu juga, ia memudahkan kita mengingati tempat ubat yang disimpan disamping itu dapat mendisiplinkan diri untuk mengambil ubat tepat pada waktu yang ditetapkan..

2.  Asing Mengikut Jenis

Simpan ubat secara berasingan mengikut jenis yang berbeza seperti ubat makan (tablet dan sirap) dan ubat kegunaan luar (krim, salap dan ubat titis) supaya dapat mengurangkan kekeliruan .. Mencampur adukkan ubat-ubatan yang berlainan jenis boleh menyebabkan kesilapan pengambilan ubat..

3.  Mengikut Suhu Yang Disarankan

Simpan ubat mengikut suhu yang disarankan (sila rujuk label bungkusan ubat) dapat mengelakkan kerosakan ubat tersebut kerana terdapat beberapa jenis ubat yang memerlukan tempat penyimpanan dengan suhu tertentu.. Jika ubat berkenaan rosak disebabkan kesilapan cara penyimpanan, maka kualiti ubat juga akan terganggu dan keberkesanan ubat tidak terjamin serta berkemungkinan akan mendapat kesan sampingan yang tak diingini..

4.  Simpan Dalam Bekas Asal Yang Berlabel

Simpan ubat dalam bekas asal dan jangan sesekali tanggalkan label ubat yang mengandungi maklumat seperti nama ubat, kekuatan ubat, cara pengambilan, kaedah penyimpanan dan tarikh luput..

5.  Jauh Dari Kanak-Kanak

Simpan ubat di tempat yang tidak dapat dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini..


PERKARA YANG PELU DIELAKKAN DALAM PENYIMPANAN UBAT


  • Jangan simpan ubat di dalam kereta dalam jangka masa yang lama
  • Jangan simpan ubat berlainan dalam bekas yang sama dan bercampur aduk
  • Jangan simpan ubat ditempat yang terdedah kepada cahaya matahari, suhu tinggi dan kawasan yang lembap seperti di tepi tingkap, di atas peti sejuk atau di dalam bilik air..
  • Jangan simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkan berbuat demikian (rujuk label bungkusan ubat)
  • Jangan simpan ubat yang sudah tamat tarikh luput, rosak dan hilang labelnya.


sumber : Portal Rasmi MyHealth KKM


9 comments on "Cara simpan Ubat Yang Selamat Dan Betul"
  1. Kalau letak kat dalam bekas kedap udara je okay tak ?

    ReplyDelete
  2. tq kak lea untuk tips ni. berguna untuk semua org :)

    ReplyDelete
  3. mcm sllu tgk org simpan dalam peti ais..

    ReplyDelete
  4. Memang ada ubat tak boleh letak peti ais. Sebab nanti dibawa keluar berpeluh ubat tu. Dah rosak

    ReplyDelete
  5. nice sharing..sy kalau letak ubat memang letak di satu tempat khas so takdala nanti tercari cari bila perlu

    ReplyDelete
  6. Jauhi dari kanak-kanak paling penting.. Budak-budak suka tengok ubat lebih-lebih lagi yang berwarna warni. Pastu ngap. Uhuhu

    Tips yang awesome kak lea..

    ReplyDelete
  7. semenjak ade kes hr tu, mek jadi tk percaya dah dekat ubat yg up to 2 weeks. hhuu

    ReplyDelete