- Rendah lemak 👉 Satu cawan blueberry mengandungi 80 kalori dan hampir tiada lemak. Jadi boleh nikmatinya seberapa banyak yang boleh.
- Kaya dengan Serat 👉California Blueberries bukan sahaja lazat, tetapi juga rendah lemak dan sumber serat yang baik dalam mengekalkan kesihatan penghadaman.
- Vitamin C untuk Penguat Imun 👉Satu hidangan blueberry mengandungi 25% keperluan Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh untuk membantu meningkatkan sistem imun.
- Kesihatan Tulang dan Penggalak Tenaga 👉Tinggi dengan Manganese, nutrien penting yang memainkan peranan dalam pembangunan tulang dan menukar protein, karbohidrat dan lemak kepada tenaga.
Menangi Percutian Ke Jepun Dengan Sertai Contest Spin & Win Sushi King Sekarang!
Saturday, May 27, 2023
- Muat turun Aplikasi Sushi King di Google Play Store, Apple App Store atau Galeri Aplikasi Huawei.
- Daftar sebagai ahli Happy Members
- Berbelanja di Sushi King minimum RM50 dan ke atas dalam 1 resit
- Join Contest Spin & Win di Aplikasi Sushi King dengan melakukan Spin & Win!
- Percutian ke Jepun
- Oppo N2 Flip Phones
- Apple Watch SE
- 600,000 Smile Points
- dan banyak lagi hadiah menarik bernilai sehingga RM 1,000,000
Vit’s Italian Mi Goreng Series Will Definitely light up Your Christmas Theme
Monday, December 27, 2021
Vits Kan Ada, Meriahnya Raya | Bulan Ramadan sudah tiba dan umat Islam di seluruh dunia pasti rasa teruja untuk menyambut ketibaan bulan suci ini walaupun dalam suasana yang sama macam tahun lepaskan? Mana taknya, tahun ni umat Islam di Malaysia masih perlu menjalani ibadah puasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Berkawal ni (PKPB).
Yang istimewanya tahun ini, umat Islam dah boleh solat terawih macam biasa di masjid dan surau tapi arahan SOP yang ketat tetap perlu diambil kira. Bazaar Ramadan pun boleh beroperasi macam biasa dengan SOP yang sewajarnya demi menjaga keselamatan semua. Walaupun masih tak boleh merentas negeri untuk balik ke kampung masing-masing untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta, tapi kita tetap bersyukur sebab pihak kerajaan dah bagi sedikit kelonggaran dan wajib mematuhi segala perintah yang kerajaan Malaysia dah tetapkan. So harap-harap kita tak langgarlah peraturan yang telah ditetapkan ye.
Disebabkan itu, Vit’s jenama mi segera dan mi kering Halal yang telah bertapak di Malaysia sejak 46 tahun yang lalu ingin menjemput anda semua sempena menyambut Ramadan kali ini dengan peraduan Masak, Kongsi dan Menang dan melancarkan produk terbaru tau, Mi Segera Pek Istimewa Ramadhan
Produk ini sangat mudah dan cepat untuk disediakan ketika sahur atau berbuka puasa. Cara cara untuk menyertai peraduan ini adalah :
- Beli satu pek produk VITS Mi Kering Pek Istimewa Ramadan dalam satu resit.
- Imbas QR kod , isi maklumat diri dan resit pembelian.
- Masak menu ada menggunakan produk VITS Mi Kering Pek Istimewa Ramadan dan kongsi di akaun sosial media korang ( Facebook, Instagram, Twitter atau Tiktok).
- Tag akaun rasmi VITS dan hashtag #vitskanadameriahnyaraya.
Peraduan Masak, Kongsi dan Menang ni akan bermula daripada 1 April 2021 sampai 14 Jun 2021. Orang ramai boleh menyertai peraduan ini dengan pembelian sekurang kurangnya 1 pek Mi Segera Istimewa Ramadan di seluruh pasaraya dan juga boleh membuat pembelian atas talian di Shopee dan Lazada.
Untuk info lanjut tentang peraduan, boleh tonton video di bawah ini..
.
5 Menu Pencuci Mulut Mesti Cuba di Ipoh Perak | Ipoh adalah salah satu tempat yang boleh dianggap sebagai syurga makanan. Dari sarapan pagi, makan tengahari, makan malam sehingga ke kedai kopi, semuanya ada di bandar kecil ini.
Ipoh juga terkenal dengan menu makanannya yang pelbagai. Sesuai dengan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Di sini ada senarai lima tempat makan terbaik untuk aneka hidangan pencuci mulut penyejuk tekak yang sedap dan menyelerakan di Ipoh.
1. Hokkaido Ice Cream Puff
Hokkaido Ice Cream Puff salah satu tempat yang terbaik untuk dikunjungi pada waktu panas di Ipoh. Konsep di sebalik makanan ringan yang menggembirakan ini mendapat perhatian ramai orang.
Paling banyak sambutan adalah ice cream puff! Di sini ada juga roti segar seperti scone yang rangup. Dengan lebih daripada sepuluh pilihan ais krim, pelanggan pasti akan jatuh hati. Nama yang diberi juga unik, poket doremon!
Alamat : 36, Jalan Yau Tet Shin, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Negeri Perak
Jam : 12.30 PM - 7.30 PM
2. Tai Soo Ipoh
Tai Soo menyajikan beberapa pencuci mulut tempatan terbaik. Ramai mengunjungi tempat makan ini untuk mencuba Soya Bean dan Pandan Syrup Tau Fu Fah.
Tau Fu Fah di sini cukup terkenal dengan lapisan atasnya yang mempunyai kacang bersama hidangan sirap wangi yang tidak terlalu manis. Minuman soyanya pula di buat segar di sini setiap hari dan soya ini merupakan salah satu minuman yang boleh menyejukkan badan.
Alamat : 24, Jalan Mustapha Al-Bakri, Bandar Ipoh, 30300 Ipoh, Negeri Perak
Jam : 10.30 PG - 6.00 Petang (Tutup pada hari Rabu)
3. Mooghurt
Yogurt beku selalu menjadi pilihan pencuci mulut yang hebat. Bukan sahaja rasanya enak, tetapi juga bagus untuk usus! Di Mooghurt, pelanggan boleh memilih untuk membuat menu pencuci mulut hasil ciptaan sendiri dengan perkhidmatan layan diri.
Menu paling disyorkan adalah Crossy Choco Berry, croissant berlubang yang diisi hingga penuh dengan rasa yoghurt beku coklat dan ditaburkan dengan segenggam Oreos dan sirap coklat. Hidangan coklat yang sedap ini turut ditambah dengan strawberi segar yang dihiris untuk rasa yang lebih wow!
Alamat : 81, Jalan Raja Ekram, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Negeri Perak
Jam : 12.00 PM - 11.00 PM
4. Funny Mountain Soya Bean & Tau Fu Fah
Kedai ini mempunyai konsep yang agak lucu. Mereka tidak mempunyai ruang makan, dan hanya menyajikan tiga pencuci mulut di sini iaitu Tau Fu Fah, Ais Kacang Soya dan Ais Lengkong. Walaupun pilihan menu terhad, orang ramai datang hingga tahap beratur panjang. Kedai pencuci mulut ini merupakan salah satu tempat pelancongan terkenal di Ipoh.
Alamat : 50, Jalan Mustapha Al-Bakri, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Negeri Perak
Jam : 11.00 Pagi - 4.00 Petang
5. Bella Zia Gelato
Pemilik kedai gelato ini telah dilatih di Itali. Jika belum pernah merasa menu gelato, inilah tempatnya. Gelato dari bahasa Itali ini maksudnya adalah ‘beku’. Gelato dibuat dengan bahan asas seperti susu, krim, gula, dan dirasakan dengan puri buah-buahan, kacang dan lain-lain perasa. Ia biasanya rendah lemak, tetapi lebih tinggi gula berbanding ais krim biasa.
Gelato boleh disajikan dalam bermacam cara seperti ais krim kon, sandwich, kek, pai, dan sebagainya. Di sini gelato boleh dinikmati bersama donat atau bersama muffin yang baru dibakar.
Alamat : 23 (Bahagian Depan, Jalan Sultan Iskandar, 30000 Ipoh, Negeri Perak
Jam : 11.00 Pagi - 9.00 malam
Boleh buat tempahan pesanan melalui aplikasi Foodpanda juga. Dengan Foodpanda, para pelanggan tak perlu bersusah payah. Siapa saja boleh order online food delivery dengan senang tanpa masalah.
Lokasi penghantaran juga boleh dipilih berdasarkan lokasi di mana anda sedang berada. Cuaca di Malaysia ini memang tidak menentu, kadang terlalu panas hingga boleh membuatkan diri rasa malas untuk ke mana-mana.
Di mana saja sedang berada, baik di Ipoh, Kuantan, Kuala Lumpur dan sebagainya, cara mudah order makanan sudah ada jadi kenapa perlu nak bersusah payah. Terlalu panas untuk keluar? Tidak perlu risau! Muat turun aplikasi foodpanda ke telefon bimbit masing-masing sekarang juga.
Terasa Nak Jerit Kuat Bila Nampak Aiskrim Terbaik di Kuala Lumpur & Lembah Klang Ni!
Wednesday, December 30, 2020
IT'S Cup Series dan BLACK Series Coffee Keluaran Terbaru Aik Cheong Coffee
Monday, December 28, 2020
IT'S Cup Series dan BLACK Series Coffee Keluaran Terbaru Aik Cheong Coffee | Holaaaa!! Hi Guys.. Ada tak dikalangan korang penggemar kopi tegar? Kalau ada korang patut baca entry aku ni sampai habis kerana aku nak kenalkan kepada korang produk terbaru keluaran Aik Cheong Coffee yang bagi aku sangat sedap.. Aku sendiri yang tak berapa minat kopi ni, dah menjadi peminat kopi sejak merasai kenikmatan kopi keluaran Aik Cheong Coffee ni..
Tentang Aik Cheong Coffee
Sebelum aku perkenalan produk terbaru dari Aik Cheong Coffee ni, jomlah kita ambil tahu dulu tentang Aik Cheong Coffee ni ye.. Ok, Kalau korang nak tahu jenama terkenal Malaysia ni telah ditubuhkan lebih kurang 65 tahun bermula 1955.. Dua tahun sebelum merdeka guys! Dah lama tau jenama ni di pasaran.. Seiring dengan perkembangan semasa, mereka telah mempelbagaikan lagi variasi kopi mereka dengan mengeluarkan produk minuman segera bermula dengan Black Coffee, White Coffee, Milk Tea, Hot Chocolate dan banyak lagi yang menjadi minuman kegemaran ramai..
Dengan menggunakan konsep "Enjoying the great of coffee at home", kini Aik Cheong Coffee berjaya melancarkan produk terbaru mereka dengan trend baru masa kini minuman segera dalam 'Hot Cup' yang dikenali sebagai IT'S dengan pelbagai variasi.. Biasanya kita tengok mee maggi jerk dalam hot cup kan.. Haa sekarang kita dah boleh nikmati instant coffee dalam 'Hot Cup'.. Lebih mudah untuk disediakan.. Bukan IT'S Cup Series sahaja produk terbaru dari Aik Cheong Coffee, malah baru-baru ini mereka telah melancarkan satu lagi produk baru iaitu Black Series Coffee dengan konsep "Black to Basic"...
IT'S Cup Series
IT'S Cup Series ini dilancarkan pada Jun 2019 yang lalu dengan memperkenalkan minuman segera "Hot Cup" dengan pelbagai variasi.. Kalau korang nak tahu, rekod penjualan dalam setahun, produk ini telah terjual lebih dari 1 juta cawan.. Satu pencapaian yang membanggakan.. Lagi menarik bila IT'S Cup Series ni dikeluarkan dalam packaging dengan warna ceria yang menyegarkan.. Bagi aku packagingnya simple tapi menarik.. IT'S Cup series ni mempunyai 8 variasi iaitu :-
a) IT'S Cup Series Coffee
- IT'S Flat White Extra Shot
- IT'S Cappuccino Choco Topping
- IT'S Teh Tarik Gula Melaka
- IT'S Long Black Extra Shot
- IT'S Matcha Latte Nata De Coco
- IT'S Chocolate Marshmallow
- IT'S Granola Berries
- IT'S Granola Mix Fruits and Nuts
- Cold Brew - Ethiopia Yirgacheffe
- Milk Brew - 70% Brazil Santos 30% Columbia
- Etiopia Yirgacheffe
- Colombia Medellin
- Guatemala Huehuetenago
- Nicaragua Jinotega
10 Menu Chinese Food Yang Boleh Di Cuba Sepanjang Masa | Menu chinese food sememangnya sudah lama ada di Malaysia dan menu makanan cina ini tidak hanya disukai oleh masyarakat cina tetapi oleh kaum yang lain juga seperti Melayu dan India. Apa yang lebih bagus, di Malaysia ketika ini ada banyak restoran cina muslim yang diusahakan oleh mualaf (cina masuk islam). Dengan adanya restoran sebegini, secara tidak langsung para Muslim dapat turut merasai keunikan menu makanan cina yang ada.
Terdapat pelbagai jenis menu makanan cina yang boleh di cuba sebenarnya. Ada juga di kalangan menu ini yang boleh dinikmati selalu sepanjang masa. Dan antara beberapa menu chinese food yang boleh di cuba dan dinikmati sepanjang masa ini adalah seperti yang di senaraikan di bawah ini.
Berikut adalah senarai 10 hidangan Cina terbaik di kalangan orang dalam dan luar negara iaitu :
#1 - Dumpling
Dumpling merupakan hidangan Cina yang sudah sangat terkenal dan menu dumpling ini juga sudah berjaya mendapat tempat di hati ramai warga Malaysia. Tidak hanya kaum cina, malah kaum melayu, india dan lain-lain turut menyukai menu dumpling ini.
Dumpling ini sebenarnya sangat diperlukan ketika upacara makan malam perjumpaan pada Malam Tahun Baru Cina, terutama di wilayah utara di negara China. Dumpling yang terawal telah dicipta oleh Zhang Zhongjing, seorang yang bijak dalam bidang perubatan Cina lebih dari 1.800 tahun yang lalu.
Selari dengan peredaran masa, dumpling semakin diperluas dan saat ini sudah ada pelbagai jenis dumpling dengan isi yang berbeza. Antara isi untuk dumping ini adalah seperti daging ayam, daging kambing, daging lembu, isi ikan, sayur-sayuran cincang dan lain-lain lagi. Isi ini kemudian dibungkusnya ke dalam kulit dumpling yang nipis.
#2 - Telur Hancur dengan Tomato
Telur hancur dengan tomato walau sajian ini nampak sangat simple tetapi ia mampu berada di dalam senarai carta teratas sebagai salah satu hidangan sedap bagi kebanyakan orang Cina. Resipi ini cukup mudah yang hanya terdiri daripada telur, tomato, minyak, dan garam.
Orang yang tinggal di wilayah selatan sering menggantikan garam dengan gula. Selain itu, hidangan ini kaya dengan jus. Dan tatkala makan selalunya ia akan dicampur antara kuah dengan nasi untuk rasa yang lebih puas ketika makan.
#3 - Hot Pot
Orang Cina menganggap Hot Pot pilihan pertama mereka untuk mengadakan majlis makan malam kerana dapat memenuhi selera semua orang. Seperti namanya, Hot Pot dimasak dalam kuali besar yang diletakkan di atas dapur untuk terus dipanaskan.
Setelah sup yang direbus menggelegak, setiap orang yang ada akan memasukkan kepingan daging dan pelbagai sayur-sayuran ke dalam kuali sambil menunggu ia masak untuk terus di makan secara panas-panas. Tatkala ini, hot pot sudah mula menjadi salah satu trend makan di Malaysia dan sudah ada banyak restoran yang menawarkan menu sebegini untuk dinikmati.
#4 - Nasi Goreng Yangzhou
Nasi Goreng Yangzhou merupakan salah satu hidangan Cina yang terkenal dan ia boleh dikatakan sangat popular di hampir seluruh negara China. Seperti namanya, Nasi Goreng Yangzhou berasal di daerah Yangzhou, Provinsi Jiangsu, dan pada asalnya ia ditelusuri pada tahun sekitar 770 - 476 SM.
Nasi dan telur adalah dua bahan penting untuk memasak hidangan ini. Selalunya ia turut dihidangkan dengan udang. Nasi Goreng Yangzhou tidak hanya mempunyai rasa yang segar dan wangi, malah warnanya yang agak cerah turut berjaya memenuhi selera ramai orang.
#5 - Nasi Ayam Hainan
Nasi ayam hainan agak berbeza sikit dengan nasi ayam biasa kerana selalunya ayam untuk nasi hainan ini di rebus manakala nasi untuk ayam biasa di goreng hingga garing setelah diperap bersama kicap manis dan manis.
Dikatakan nasi ayam hainan ini mendapat namanya disebabkan oleh golongan orang cina Hainan ketika datang ke Malaysia di zaman penjajahan dulu. Orang hainan ini diceritakan pandai memasak dan sering dipilih untuk menjadi orang gaji bagi keluarga barat pada ketika itu.
#6 - Itik Panggang Peking
Peking Roast Duck atau itik panggang peking adalah adalah salah satu makanan yang mesti dicuba jika berada di Beijing, China. Proses memakan itik panggang di sana selalunya dilakukan secara tradisional.
AWAS! Untuk pelanggan muslim hendaklah memastikan itik panggang peking yang dibeli benar-benar di kedai yang halal (restoran cina muslim) sepenuhnya. Jika tidak pasti tolong jangan di beli kerana takut itik yang disembelih itu tidak mengikut cara Islam. Jika sudah pasti kedai tersebut adalah restoran cina muslim maka bolehlah di beli. Salah satu restoran yang menyajikan menu itik panggang peking yang halal adalah restoran Norazlina Chong Setapak.
Itik panggang peking ini selalunya di masak secara seekor penuh dan kemudian baru dipotong sehingga menjadi hirisan daging itik yang nipis. Daging itik ini berjus dan sangat lembut. Rasanya juga sangat manis dan sedap untuk dimakan begitu saja ataupun bersama nasi.
#7 - Barbeku dan Cucuk Lidi
Di China, makanan segar dibakar secara langsung, atau di atas kepingan logam. Ia selalunya dipanggang secara langsung atas bara ataupun dicucuk pada lidi seakan satay. Makanan sebegini sangat digemari pada malam musim panas di kalangan orang muda. Menu ini juga sangat digemari oleh pelbagai golongan usia.
#8 - Mi Tarik
Hand-Pulled Beef Noodles ataupun mi tarik adalah salah satu makanan Cina terbaik dengan sup ringan yang digabungkan dengan hirisan daging lembu lembut dan nipis halus. Ia sangat popular dengan rasa yang hebat.
Sup daging selalunya direbus terlebih dahulu untuk jangka masa yang lama kemudian baru akan dibuat mi tarik secara hand made untuk dihidangkan bersama sup tersebut. Rasa mi tersebut sangat kenyal dan boleh memberi rasa kenyang seperti makan nasi. Salah satu tempat makan menu mi tarik ini adalah Mee Tarik Warisan Asli yang bertempat di Kampung Padang Jawa.
#9 - Chow Mein
Chow Mein adalah mi goreng tumis Kantonis. Ini adalah salah satu hidangan Cina terbaik dan biasanya mi akan dimasak bersama bawang, daging yang dihiris, lada hijau dan juga daun bawang.
Pertama sekali, mi perlu direbus sehingga 90% masak. Setelah sejuk, tumis mi dengan bahan lain hingga kuning keemasan dan Chow Mein ini biasanya menjadi pilihan pertama untuk makanan larut malam kepada kebanyakan orang Cina.
#10 - Kuih Bulan
Kuih bulan adalah sejenis pastri tradisional Cina yang biasanya dimakan pada Festival Pertengahan Musim Luruh. Kebanyakan daripada kuih bulan ini berbentuk bulat untuk melambangkan perjumpaan keluarga. Rasanya manis dan biasanya ia diperbuat dari buah-buahan, pes kacang merah, pes biji teratai dan kacang.
Terasa ingin untuk makan menu chinese food bersama keluarga? Boleh saja buat pesanan secara atas talian jika tidak tahu di mana boleh dapatkan menu makanan cina sebegini. Yang paling mudah, boleh pesan secara online melalui aplikasi Foodpanda.
Dengan aplikasi Foodpanda ini, setiap menu boleh dilihat infonya sama ada halal atau tidak. Dengan cara begini, pelanggan muslim boleh tahu dan tidak akan tersalah saat membuat pesanan tersebut. Makanan yang dipesan juga akan terus dihantar sehingga ke tangan pelanggan mengikut lokasi pilihan jadi tidak perlu lagi bersusah payah seperti dulu hanya kerana ingin menikmati sesuatu hidangan.