10 Menu Chinese Food Yang Boleh Di Cuba Sepanjang Masa


10 Menu Chinese Food Yang Boleh Di Cuba Sepanjang Masa | Menu chinese food sememangnya sudah lama ada di Malaysia dan menu makanan cina ini tidak hanya disukai oleh masyarakat cina tetapi oleh kaum yang lain juga seperti Melayu dan India. Apa yang lebih bagus, di Malaysia ketika ini ada banyak restoran cina muslim yang diusahakan oleh mualaf (cina masuk islam). Dengan adanya restoran sebegini, secara tidak langsung para Muslim dapat turut merasai keunikan menu makanan cina yang ada.

Terdapat pelbagai jenis menu makanan cina yang boleh di cuba sebenarnya. Ada juga di kalangan menu ini yang boleh dinikmati selalu sepanjang masa. Dan antara beberapa menu chinese food yang boleh di cuba dan dinikmati sepanjang masa ini adalah seperti yang di senaraikan di bawah ini.

Berikut adalah senarai 10 hidangan Cina terbaik di kalangan orang dalam dan luar negara iaitu :  

#1 - Dumpling

10 Menu Chinese Food Yang Boleh Di Cuba Sepanjang Masa

Dumpling merupakan hidangan Cina yang sudah sangat terkenal dan menu dumpling ini juga sudah berjaya mendapat tempat di hati ramai warga Malaysia. Tidak hanya kaum cina, malah kaum melayu, india dan lain-lain turut menyukai menu dumpling ini.

Dumpling ini sebenarnya sangat diperlukan ketika upacara makan malam perjumpaan pada Malam Tahun Baru Cina, terutama di wilayah utara di negara China. Dumpling yang terawal telah dicipta oleh Zhang Zhongjing, seorang yang bijak dalam bidang perubatan Cina lebih dari 1.800 tahun yang lalu.

Selari dengan peredaran masa, dumpling semakin diperluas dan saat ini sudah ada pelbagai jenis dumpling dengan isi yang berbeza. Antara isi untuk dumping ini adalah seperti daging ayam, daging kambing, daging lembu, isi ikan, sayur-sayuran cincang dan lain-lain lagi. Isi ini kemudian dibungkusnya ke dalam kulit dumpling yang nipis.

#2 - Telur Hancur dengan Tomato

10 Menu Chinese Food Yang Boleh Di Cuba Sepanjang Masa

Telur hancur dengan tomato walau sajian ini nampak sangat simple tetapi ia mampu berada di dalam senarai carta teratas sebagai salah satu hidangan sedap bagi kebanyakan orang Cina. Resipi ini cukup mudah yang hanya terdiri daripada telur, tomato, minyak, dan garam.

Orang yang tinggal di wilayah selatan sering menggantikan garam dengan gula. Selain itu, hidangan ini kaya dengan jus. Dan tatkala makan selalunya ia akan dicampur antara kuah dengan nasi untuk rasa yang lebih puas ketika makan.

#3 - Hot Pot

10 Menu Chinese Food Yang Boleh Di Cuba Sepanjang Masa

Orang Cina menganggap Hot Pot pilihan pertama mereka untuk mengadakan majlis makan malam kerana dapat memenuhi selera semua orang. Seperti namanya, Hot Pot dimasak dalam kuali besar yang diletakkan di atas dapur untuk terus dipanaskan.

Setelah sup yang direbus menggelegak, setiap orang yang ada akan memasukkan kepingan daging dan pelbagai sayur-sayuran ke dalam kuali sambil menunggu ia masak untuk terus di makan secara panas-panas. Tatkala ini, hot pot sudah mula menjadi salah satu trend makan di Malaysia dan sudah ada banyak restoran yang menawarkan menu sebegini untuk dinikmati.

#4 - Nasi Goreng Yangzhou

10 Menu Chinese Food Yang Boleh Di Cuba Sepanjang Masa

Nasi Goreng Yangzhou merupakan salah satu hidangan Cina yang terkenal dan ia boleh dikatakan sangat popular di hampir seluruh negara China. Seperti namanya, Nasi Goreng Yangzhou berasal di daerah Yangzhou, Provinsi Jiangsu, dan pada asalnya ia ditelusuri pada tahun sekitar 770 - 476 SM.

Nasi dan telur adalah dua bahan penting untuk memasak hidangan ini. Selalunya ia turut dihidangkan dengan udang. Nasi Goreng Yangzhou tidak hanya mempunyai rasa yang segar dan wangi, malah warnanya yang agak cerah turut berjaya memenuhi selera ramai orang.

#5 - Nasi Ayam Hainan

10 Menu Chinese Food Yang Boleh Di Cuba Sepanjang Masa

Nasi ayam hainan agak berbeza sikit dengan nasi ayam biasa kerana selalunya ayam untuk nasi hainan ini di rebus manakala nasi untuk ayam biasa di goreng hingga garing setelah diperap bersama kicap manis dan manis.

Dikatakan nasi ayam hainan ini mendapat namanya disebabkan oleh golongan orang cina Hainan ketika datang ke Malaysia di zaman penjajahan dulu. Orang hainan ini diceritakan pandai memasak dan sering dipilih untuk menjadi orang gaji bagi keluarga barat pada ketika itu. 

#6 - Itik Panggang Peking

10 Menu Chinese Food Yang Boleh Di Cuba Sepanjang Masa

Peking Roast Duck atau itik panggang peking adalah adalah salah satu makanan yang mesti dicuba jika berada di Beijing, China. Proses memakan itik panggang di sana selalunya dilakukan secara tradisional.

AWAS! Untuk pelanggan muslim hendaklah memastikan itik panggang peking yang dibeli benar-benar di kedai yang halal (restoran cina muslim) sepenuhnya. Jika tidak pasti tolong jangan di beli kerana takut itik yang disembelih itu tidak mengikut cara Islam. Jika sudah pasti kedai tersebut adalah restoran cina muslim maka bolehlah di beli. Salah satu restoran yang menyajikan menu itik panggang peking yang halal adalah restoran Norazlina Chong Setapak. 

Itik panggang peking ini selalunya di masak secara seekor penuh dan kemudian baru dipotong sehingga menjadi hirisan daging itik yang nipis. Daging itik ini berjus dan sangat lembut. Rasanya juga sangat manis dan sedap untuk dimakan begitu saja ataupun bersama nasi.

#7 - Barbeku dan Cucuk Lidi

10 Menu Chinese Food Yang Boleh Di Cuba Sepanjang Masa

Di China, makanan segar dibakar secara langsung, atau di atas kepingan logam. Ia selalunya dipanggang secara langsung atas bara ataupun dicucuk pada lidi seakan satay.  Makanan sebegini sangat digemari pada malam musim panas di kalangan orang muda. Menu ini juga sangat digemari oleh pelbagai golongan usia.

#8 - Mi Tarik

10 Menu Chinese Food Yang Boleh Di Cuba Sepanjang Masa

Hand-Pulled Beef Noodles ataupun mi tarik adalah salah satu makanan Cina terbaik dengan sup ringan yang digabungkan dengan hirisan daging lembu lembut dan nipis halus. Ia sangat popular dengan rasa yang hebat.

Sup daging selalunya direbus terlebih dahulu untuk jangka masa yang lama kemudian baru akan dibuat mi tarik secara hand made untuk dihidangkan bersama sup tersebut.  Rasa mi tersebut sangat kenyal dan boleh memberi rasa kenyang seperti makan nasi. Salah satu tempat makan menu mi tarik ini adalah Mee Tarik Warisan Asli yang bertempat di Kampung Padang Jawa.

#9 - Chow Mein

10 Menu Chinese Food Yang Boleh Di Cuba Sepanjang Masa

Chow Mein adalah mi goreng tumis Kantonis. Ini adalah salah satu hidangan Cina terbaik dan biasanya mi akan dimasak bersama bawang, daging yang dihiris, lada hijau dan juga daun bawang. 

Pertama sekali, mi perlu direbus sehingga 90% masak. Setelah sejuk, tumis mi dengan bahan lain hingga kuning keemasan dan Chow Mein ini biasanya menjadi pilihan pertama untuk makanan larut malam kepada kebanyakan orang Cina.

#10 - Kuih Bulan

10 Menu Chinese Food Yang Boleh Di Cuba Sepanjang Masa

Kuih bulan adalah sejenis pastri tradisional Cina yang biasanya dimakan pada Festival Pertengahan Musim Luruh. Kebanyakan daripada kuih bulan ini berbentuk bulat untuk melambangkan perjumpaan keluarga. Rasanya manis dan biasanya ia diperbuat dari buah-buahan, pes kacang merah, pes biji teratai dan kacang.

Terasa ingin untuk makan menu chinese food bersama keluarga? Boleh saja buat pesanan secara atas talian jika tidak tahu di mana boleh dapatkan menu makanan cina sebegini. Yang paling mudah, boleh pesan secara online melalui aplikasi Foodpanda.

Dengan aplikasi Foodpanda ini, setiap menu boleh dilihat infonya sama ada halal atau tidak. Dengan cara begini, pelanggan muslim boleh tahu dan tidak akan tersalah saat membuat pesanan tersebut. Makanan yang dipesan juga akan terus dihantar sehingga ke tangan pelanggan mengikut lokasi pilihan jadi tidak perlu lagi bersusah payah seperti dulu hanya kerana ingin menikmati sesuatu hidangan.




QuickEdit
Lea Azleeya
9 Comments

9 comments:

  1. Perhhhh rasa macam nak cuba semuanya laaa...sedap...

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni kalau teringin Chinese food, FoodPanda kan aje :)

    ReplyDelete
  3. Sedapnya tgk gmbr2 menu tu..🤤 dumpling tu tak pnh mkn..selalu tgk org share je

    ReplyDelete
  4. Senang kan ada Food Panda nie, macam-macam pilihan makanan ada..

    ReplyDelete
  5. Wow so many chinese food i love! My all time favourite is hot pot, dumpling, and peking duck; yumms!

    ReplyDelete
  6. Wow semua sedap, i like chinese food. My favourite are the hot pot, dumpling, and peking duck.

    ReplyDelete
  7. Mi tarik tu favourite saya. Lagipun suka sebab portion besar

    ReplyDelete

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)