Joymix Yoghurt Yuja Suplemen Probiotik Untuk Kesihatan dan Tingkatkan Imuniti Badan
Tuesday, April 27, 2021
Joymix Yoghurt Yuja Suplemen Probiotik Untuk Kesihatan dan Tingkatkan Imuniti Badan | Hi guys! Salam Ramadhan.. Nampaknya tahun ini sekali lagi kita sambut Ramadan dalam musim pandemik Covid-19.. Korang mesti rindukan nak sambut ramadan macam dulu-dulu.. Bebas kemana sahaja.. Now, dah tak boleh guys.. Kita dah ada norma baru dalam kehidupan kita.. Harus ikut SOP yang telah ditetapkan supaya kita dapat halang jangkitan covid ni.. Di musim pandemik ni, apa yang paling penting kita kena pastikan imuniti badan kita ni kuat supaya dapat melawan segala penyakit yang datang pada kita..
Joymix Yoghurt Yuja Suplemen Probiotik Untuk Kesihatan dan Tingkatkan Imuniti Badan
Dekat sini aku nak share dengan korang suplemen yang boleh membantu meningkatkan imuniti badan kita iaitu suplemen probiotik Joymix Yoghurt Yuja ni.. Aku pun baru sahaja amalkan suplemen ni.. Katanya bagus untuk tingkatkan daya tahan tubuh badan kita.. So, aku decide untuk cuba supaya dapat melawan segala penyakit yang datang nak menyinggah pada aku ni kan.. hehe.. Bukan aku saje yang ambil suplemen ni tetapi anak-anak aku juga..
Pada hari ini, statistik peningkatan kes akibat jangkitan Covid-19 di Malaysia masih ditahap membimbangkan.. Aku ada terbaca satu fakta tentang covid-19 ni di The Star Online yang menyatakan bahawa Covid-19 tanpa bergejala merangkumi 89% daripada jumlah pesakit Covid-19 di Malaysia. Korang boleh refer kat SINI..
Kenapa begitu ramai tanpa bergejala?
Ok, kalau korang nak tahu.. Ini kerana immunity badan dapat memerangi virus Covid-19 ini.. Tetapi bila PCR Test dibuat, pegawai kesihatan hanya dapat mengesan DNA virus Covid-19 yang telah mati.. Oleh kerana tidak dapat pastikan sama ada virus itu ada dalam badan atau tidak, hidup atau mati, maka pesakit diasingkan.. Dalam tempoh 2 minggu, boleh tengok ada yang sakit atau tidak.. Kebanyakannya masih boleh menjalankan aktiviti macam biasa..
Oleh itu, imuniti badan sangat penting dalam musim pandemik Covid-19 ini.. Joymix Yoghurt Yuja sememangnya dihasilkan untuk meningkatkan imuniti badan melalui usus (yang merangkumi 70% imuniti sel badan), limpa dan darah. Kesimpulannya, ia boleh memberikan 3 lines Immunity kepada kita..
Joymix Yoghurt Yuja juga penting dalam mengaktfikan imuniti sel yang dormant akibat gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam, makan makanan yang manis dan kurang berkhasiat. Sel dormant diibaratkan sel yang malas. Kandungan Joymix Yoghurt Yuja ini mengandungi Yeast Beta Glucan yang sememangnya terkenal untuk mengaktifkan imuniti sel supaya berfungsi untuk melawan virus atau bakteria yang bahaya..
Joymix Yoghurt Yuja menghasilkan 3 sistem pertahanan
Kalau korang nak tahu, suplemen probiotik Joymix Yoghurt Yuja ini meningkatkan imuniti badan dengan 3 bahan utama iaitu Sacchoromyces boulardii (yis), Yeast Beta Glucan dan Colostrum (first form of cow milk). Ketiga-tiga bahan ini dapat menghasilkan tiga sistem pertahanan dalam tubuh badan manusia. Ia merupakan gabungan yoghurt dan Yuja dengan rasa manis masam yang ringan menjadikan suplemen ini wonderful..
1st Defense System
Bahan utama yang pertama iaitu Sacchoromyces Boulardii (yis) bermanfaat dalam mencegah dan merawat cirit-birit.. Kalau korang nak tahu, ini merupakan sejenis ragi yang terdapat dalam laici dan manggis.. Kajian membuktikan bahawa S. Boulardii ini adalah satu-satunya spesis ragi yang dijumpai sebagai probiotik yang berkesan dalam ujian klinikal anti cirit-birit..
Nak tahu macam mana ia berfungsi?
Mekanisme tindakan utama adalah penghambatan pertumbuhan bakteria patogen dalam usus serta rangsangan pengeluaran antibodi terhadap toksin yang dikeluarkan oleh mikroba usus dimana ia membantu menyahtoksin yang dihasilkan oleh bakteria jahat dalam usus yang merangkumi 70% sistem imun badan. Untuk penggunaan kali pertama, mungkin akan mengalami keadaan najisnya lebih berbau.. Tetapi jangan bimbang ini adalah perkara biasa..
2nd Defense System
Yeast Beta Glucan (YBG) pula memainkan peranan penting dalam meningkatkan imuniti, anti-jangkitan dan penyembuhan luka. Saluran gastrousus adalah organ imun utama kerana jumlah sel imun yang tinggi terdapat di sini.. YBG juga membantu meningkatkan kecekapan sel-sel yang bertanggungjawab membasmi dan memusnahkan patogen untuk bertindak balas dengan cepat terhadap jangkitan, menyokong sistem kekebalan tubuh kita. Dengan kata lain, ia memberi amaran kepada sel imun dalam sistem limfa usus untuk menyerang sel asing.
Selain itu, YBG juga dapat meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan kulit yang penting dalam penyembuhan luka.. YBG juga memainkan peranan penting dalam mengaktifkan sel imun yang mungkin sudah tidak aktif.
Faham tak? Ok, kalau tak faham aku fahamkan korang dengan situasi ini..
Sel kebal diumpamakan sebagai polis.. Sekiranya polis bersikap malas, maka negara akan menjadi tidak aman seperti lebih banyak berlakunya rompakan atau pembunuhan.. Sekarang ni kita berikan YBG kepada polis, bekerja dengan insentif, kemudian polis akan menjadi rajin dan mula menangkap pencuri dan perompak sebagai bakteria atau virus jahat.. Itulah perumpamaannya.. hehe..
3rd Defense System
Imunnoglobulins (IGg) berasal dari kolostrum adalah sejenis antibodi yang disediakan oleh mamalia untuk bayi baru lahir bagi mewujudkan imuniti seumur hidup.. Sebilangan besar antibodi IGg dalam peredaran darah pasti dapat menurunkan risiko jangkitan alergi bersama penyakir autoimum.
Kebaikan IGg
- Anti cirit-birit
- Menyokong sistem imun yang berkaitan dengan selsema (rhinitis) dan asma
- Mengurangkan H.pylori
- Mengurangkan Sindrom Usus Kerengsaan (IBS)
- Penyembuhan luka terutama pada pesakit diabetes
- Membantu anti-alergi atau ekzema
- Membantu pergerakan usus
- Membantu anak membesar dengan lebih cepat
Dah panjang berjela aku share info penting tentang Joymix Yohurt Yuja ni dengan korang.. Bagi aku suplemen ini sangat bagus dan banyak manfaatnya.. Jadi, sebab itu jugalah aku mengamalkan pengambilan suplemen probiotik ini.. Bukan aku saje tau amalkannya tetapi seisi keluarga aku juga.. Takkanlah aku je yang nak sihat kan.. Mereka juga kena sihat.. Cumanya untuk anak-anak, aku akan berikan mengikut dos yang disarankan..
Rasanya sedap tau.. Masam-masam manis gitu.. Mulanya aku ingat anak-anak aku tak dapat terima rasanya tau tetapi lepas berikan mereka rasa, wahh kemain suka lagi dorang.. Siap mintak lagi.. Sedap katanya.. Hehe..
Aku dah amalkan Joymix Yohurt Yuja selama 2 minggu.. Sepanjang pengambilan suplemen probiotik ni, kami tidak lagi mengalami masalah kesihatan.. Biasanya ada je masalahnya.. Batuk la... Selesema la.. Demam la.. Setakat 2 minggu ni, memang kami tiada masalah kesihatan.. Masing-masing aktif dengan aktiviti seharian.. Owh ya, satu lagi yang paling best, sangat membantu dalam proses penghadaman tiada lagi masalah sembelit.. Memang terbaik.. Hehe..
Perbezaan antara Joymix Yohurt Yuja dengan Vitamin C
|
Joymix Yoghurt Yuja |
Vitamin C supplement |
Active Ingredients |
Colostrum, Yeast Beta Glucan (YBG), S.Boulardii (yeast) |
Ascorbic Acid |
Mechanism of Immunity |
The vital mechanism is to activate the dormant immune cell to find and kill the foreign bacteria or virus. |
Ascorbic Acid is strong antioxidant. It works as to protect the immune cell from being damage by free radical. If immune cells do not damage better chance of immunity. |
Advantage |
More effective in increasing immunity up to 3 layer protection |
Cheap and water soluble. Easy to mix with other flavour |
Disadvantage |
More expensive |
Acidic. May cause gastric. |
Vitamin C hanya membantu melindungi sel imun dari kerosakan akibat radikal bebas. Jadi ia kurang cekap dalam melindungi tubuh dari serangan bakteria dan virus jahat. Joymix Yoghurt Yuja pula akan memberikan cara yang lebih proaktif dengan mengaktifkan sel imun untuk membunuh bakteria atau virus jahat.
Cara Pengambilan Joymix Yoghurt Yuja
- Dewasa 2 sachet
- Kanak-kanak 1 sachet
- Sekiranya korang menghadapi masalah elergi atau eczema, makan Joymix Yoghurt Yuja ini sebelum korang makan makanan yang akan menyebabkan korang alah.
Cara penyimpanan Joymix Yoghurt Yuja
Ok, cara penyimpanannya pula, Joymix Yoghurt Yuja ini boleh disimpan dalam rak dan tidak perlu disimpan dalam peti sejuk walaupun kebanyakan suplemen probiotik yang lain mesti disimpan di dalam peti sejuk kerana haba boleh membunuh probiotik hidup.. Baguskan Joymix Yoghurt Yuja ni.. :)
Dapatkan Joymix Yoghurt Yuja ini sekarang untuk kekal sihat
Imuniti badan yang kuat sangat penting untuk kita meneruskan kehidupan seharian dalam musim pandemik ini.. So, Untuk mendapatkan imuniti badan yang kuat, bolehlah consume Joymix Yoghurt Yuja ini.. Rasanya pun sedap dan sesuai untuk seisi keluarga..
Untuk info lanjut, korang boleh layari :-
➥ Website : https://www.joypremix.com/
➥ Pembelian : https://www.joypremix.com/products/joymix-yoghurt-yuja-20-sachet
➥ Facebook : https://www.facebook.com/joypremix
➥ Instagram : https://www.instagram.com/joymixsb/
BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength Baik Untuk Jantung, Otak dan Mata
Wednesday, March 24, 2021
BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength Baik Untuk Kesihatan Jantung, Otak dan Mata | Hi guys! Lama tak bercerita kat sini.. Rindu serindu rindunye... hehe.. Ok kali ni aku nak bercerita tentang supplement yang sedang aku amalkan untuk kekal sihat.. Supplement tambahan ni penting tau sebabnya macam aku sendiri, pengambilan makanan seharian bukanlah seimbang mana.. Memang tak terjaga sangat.. Sebab itulah, aku perlukan supplement tambahan untuk mencukupi apa yang tak cukup dalam badan aku ni.. hehe.. Ok, kali ni aku nak sembang tentang supplement minyak ikan pula.. Mesti korang dah familiar kan atau korang pun mengamalkannya juga..
Ingat lagi masa kecil-kecil dulu, ayah aku selalu sangat belikan supplement minyak ikan dalam bentuk cecair untuk kami adik beradik.. Katanya kami ni, kurus sangat.. Ikan pun tak berapa nak makan, asyik dok hadap ayam jerk.. Haha.. Sebab itulah, dia belikan minyak ikan untuk kami.. Paling tak boleh nak hadap minyak ikan perisa original yang warna putih, perghh nak telan tu bercita-cita... Tapi kena telan jugak.. Kalau tak, kena marah dengan ayah.. Haha.. Itu cerita zaman kanak-kanak dulu la.. Now, dah dewasa aku masih amalkan supplement minyak ikan ni tapi dalam bentuk softgel iaitu BiO-LiFE MaxX Fish Oil Double Strength..
BiO-LiFE MaxX Fish Oil Double Strength Baik Untuk Kesihatan Jantung, Otak dan Mata
Tahukah anda? Omega-3 merupakan sejenis kumpulan asid lemak poli tak tepu yang diperlukan oleh tubuh.. Kalau korang nak tahu, ianya tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita dan mesti diambil dalam diet harian kita.. So, diet kita mesti kena seimbang untuk dapatkannya.. Omega-3 ni memainkan peranan penting tau dalam fungsi otak, perkembangan dan tumbesaran juga memberi kebaikan kepada kesihatan kita seperti mengurangkan risiko penyakit jantung, mencegah kemurungan dan banyak lagi... Sebab itulah kita disarankan untuk mengambil satu sajian ikan dalam diet harian kita kerana ia dapat membantu pengambilan omega-3 yang mencukupi dalam diet seharian kita..
Kalau korang nak tahu, omega-3 boleh didapati daripada pelbagai sumber tetapi sumber yang paling kaya adalah daripada sumber ikan laut seperti :-
- Ikan tuna
- Ikan parang
- Ikan sardin
- Ikan kembung
- Ikan bilis
Bagi korang yang mungkin tiada masa untuk mengatur diet harian dengan seimbang atau mungkin ada juga yang tidak gemar makan ikan, bolehlah mengamalkan supplement minyak ikan.. Sekarang ni di pasaran terdapat pelbagai produk supplement omega-3 terutama dalam bentuk supplement minyak ikan.. Jadi, bagi korang yang mengalami kekurangan pengambilan kumpulan asid lemak penting daripada diet harian bolehlah mengambil supplement minyak ikan ni.. Supplement apa yang bagus? Ofkos la Bio-Life MaxX Fish Oil Double Strength guys!! Korang nampak tak perkataan 'double' tu.. Jom aku cerita.. hehe..
BiO-LiFE MaxX Fish Oil Double Strength
MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength adalah minyak ikan berkualiti berganda yang mengandungi asid lemak Omega-3 untuk menyokong fungsi normal badan yang sihat.. Asid lemak omega-3 diekstrak dari ikan laut dalam iaitu ikan bilis dan minyak ikan yang digunakan dibersih menggunakan proses penyulingan molekul..
Mengapa ia dipanggil "Double Strength"?
Minyak ikan 1000mg biasa menyediakan 180mg EPA dan 120mg DHA .. Oh ya, kalau korang nak tahu EPA dan DHA ini adalah sejenis Omega-3 ya.. Apa yang bagusnya BiO-LiFE MaxX Fish Oil Double Strength 1000mg ini adalah ia mengandungi 360mg EPA dan 240mg DHA dalam satu kapsul.. Jadi kandungan omega-3 nya 2 kali lebih pekat berbanding minyak ikan biasa..
Kelebihan MaxX Fish Oil Double Strength
- Mengandungi 2 kali ganda kepekatan Omega-3 EPA & DHA
- Berbentuk Omega-3 triglyceride, yang mudah diserap dan digunakan oleh badan
- Diproses melalui penyulingan molekul yang menghilangkan hampir semua kotoran dan bahan cemar dari minyak ikan mentah (safety & quality assurance)
- Dihasilkan daripada ikan bilis, salah satu ikan kecil laut dalam yang kaya dengan asid lemak omega-3
MaxX Fish Oil Double Strength ni merupakan kaedah yang paling mudah untuk kita ambil bagi meningkatkan pengambilan omega-3 untuk kekal sihat dan mengurangkan risiko penyakit jantung.. Bukan sahaja baik untuk jantung tau tetapi baik juga untuk otak dan juga mata.. Siapa yang disyorkan untuk mengambil MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength ni? Semua orang terutamanya orang yang kurang pengambilan ikan secara semulajadi dan orang yang ingin menjaga kesihatan..
Cara Pengambilan MaxX Fish Oil Double Strength
Dos yang disyorkan dalam pengambilan MaxX Fish Oil ini adalah :-
- Dewasa : Ambil 1 kapsul, 2 kali sehari selepas makan atau seperti yang disarankan oleh doktor atau ahli farmasi anda..
Dapatkan BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength Untuk Kekal Sihat
Ok, bagi korang yang ingin kekalkan kesihatan atau yang memang tak suka makan ikan, bolehlah amalkan BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength ini.. Kat mana nak dapatkannya? Orite, korang boleh dapatkan di farmasi berdekatan dengan korang dengan harga RM190 untuk satu box ini kat dalamnya ada 3 botol fish oil yang mengandungi 100 biji softgel bagi setiap botol.. (RM190 untuk 100s X 3)
Untuk maklumar lanjut, korang boleh layari : http://www.biolife.com.my/
Kempen Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte 2019
Sunday, March 17, 2019
Gincosan Membantu Menguatkan Daya Ingatan dan Tingkatkan Kesihatan
Thursday, February 7, 2019
- Meningkatkan fungsi kognitif terutamanya yang berkaitan dengan ingatan dan prestasi mental seperti keupayaan mental dan ketahanan
- Mengelakkan keletihan mental dan meningkatkan pengekalan maklumat
- Mengatasi kurang tumpuan dan kurang perhatian
- Mengurangkan kelalaian
- Ekstrak Ginkgo Biloba GK501
- Ekstrak Ginseng Panax G115
- Untuk dos harian yang disyorkan adalah 2 kapsul setiap hari iaitu satu kapsul selepas breakfast dan satu kapsul lagi selepas lunch.
- Sebaiknya ambil kapsul bersama segelas air masak.
- Adalah disyorkan untuk mengambil Gincosan sekurang-kurangnya selama empat minggu.
ZACT Ceriakan Hidup Anda Dengan Senyuman Menawan Dan Nafas Segar
Sunday, February 3, 2019
Biosol Pembersih Kewanitaan Prebiotik Dengan Madu
Wednesday, December 19, 2018
Sebenarnya penjagaan kawasan intim ni sangat penting.. Mungkin ada dikalangan kita pada hari ni mengambil ringan akan hal ini dengan menggunakan sabun biasa untuk mencuci.. Ramai yang tidak tahu sebenarnya, penggunaan produk yang bukan direka untuk bahagian tersebut mungkin boleh memudaratkan. Ini boleh menyebabkan jangkitan kuman atau rengsa, pH vagina berubah, berbau, gatal, dan keputihan.
Vagina yang sihat bergantung kepada tiga faktor iaitu bakteria yang sihat, keseimbangan pH dan kandungan glikogen epitelium dimana jika salah satunya tidak berfungsi dengan baik, boleh menyebabkan pelbagai gejala dan masalah... Jadi, buat wanita-wanita diluar sana jadilah pembeli yang bijak dengan memilih produk pencuci yang kaya dengan kandungan semula jadi dan prebiotik untuk melindungi bahagian intim daripada pelbagai gejala yang berkait rapat dengan ketidakseimbangan pH.
- Melenyapkan kekeringan vagina
- Mengekalkan pH optimum untuk vagina
- Menegang dan mengetatkan kulit/otot yang kendur
- Meningkatkan kesihatan dan menyamankan kulit
- Merancang pembiakan bakteria yang berfaedah dalam lapisan kulit dalaman
- Mengandungi ciri anti-penuaan dan menukar sel kulit yang lesu
- Mengetatkan dan menegangkan otot vagina, mengembalikan tona dan tekstur
- Menyediakan nutrien penting yang diperlukan untuk melembap dan menghidrat kulit
- Menggalakkan pertumbuhan semula epidermis untuk memperbaiki, melembut dan memulihkan kulit
Dah 2 minggu aku guna Biosol.. Alhamdulillah sangat serasi dengan aku dan tiada sebarang kesan sampingan.. Aku lebih yakin kini sebab biosol ni memberikan aku keselesaan sepanjang hari.. Jadi, nak buat apa-apa aktiviti pun dah tak risau lagi akan ketidakselesaannya.. Serius aku dah jatuh cinta pandang pertama dengan Biosol ni weh!.. Oh ya, ia didatangkan dalam cecair yang sedikit likat tetapi tak melekit sama sekali.. Itu yang bestnya... Kalau melekit ni, boleh menyebabkan ketidakselesaan.. Betul tak?
Baunya pun best.. Ada sedikit bau madu.. Almaklumlah bahan utamanya adalah madu, jadi tak hairanlah kalau ada sedikit bau madu.. Yang penting sekali, Biosol ni tidak mengeringkan vagina.. Kalau dilihat dari segi packagingnya, yesss sangat praktikal.. Mudah dibawa kemana-mana kerana botolnya tidak terlalu besar.. Jadi, dalam handbag pun boleh isi.. Aku sangat recommend semua kaum wanita di Malaysia untuk mencuba Biosol ni.. Sekali cuba pasti setia selamanya.. Cewahh.. Haha!! Ayat dah macam iklan tv jerk kan.. Hiks..
Dapatkan Biosol Sekarang Untuk Kesihatan Dan Keselesaan
Yeahh, bagi korang yang rasa nak cuba jugak, bolehlah dapatkan Biosol ni sekarang.. Jangan mengambil mudah akan kebersihan kawasan intim kita ye jika tidak mahu pelbagai gejala dan masalah datang menyinggah.. Hehe.. Harga untuk sebotol Biosol ni adalah RM 107.80 untuk 200ML..
Dettol Profresh | Dettol Melancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri
Monday, November 12, 2018
Dr. Steven Chow - Senior Consultant Dermatologist |