anna lee ·
book
22 comments
Review Novel | Naskah Terakhir Laura Isabell by Anna Lee
Monday, October 16, 2017
Naskah Terakhir Laura Isabell by Anna Lee | Assalamualaikum.. Hi, korang... Nampaknye hari ni aku agak ketandusan idea untuk mengarang entry.. Entah kenapa, dari tadi dok taip, padam, taip, padam.. Hadoiii.. Tapi mood untuk aku review novel tu menewaskan segala-galanya.. Sampaikan aku berusaha perah idea aku ke tahap maksima kuasa dua.. Haha.. Giless betol.. Ok, kali ni aku nak review novel karya Anna Lee lagi.. Entah yang keberapa kali pun aku tak sure.. Malas nak kire sebenarnya... Novelnye berjudul Naskah Terakhir Laura Isabell..
Eceli, novel ni aku habis baca dah lama gile kot.. Kalau nak tahu bila aku baca sila selongkar goodreads aku ye.. haha!! Nampak tak, penyakit malas tengah menyerang aku sekarang... Hiks..
Orite, berkenaan novel ni.. Pada awalnye, pandangan aku terhadap novel ni sangat teruk.. Aku jangkakan novel ni tak best dan membosankan sebab aku dapat tahu ceritanya tentang kisah-kisah zaman dahulu kala.. Dalam fikiran aku dah terbayang kebosanannya semasa membaca.. Tapi kenapa aku beli? hurmm aku beli sebab aku suka penulis Anna Lee ni dan cuba mengumpul karyanya.. Hehe..
Tapi selepas baca novel ni, segala anggapan dan pandangan aku tu berkecai sama sekali sebab jalan cerita novel ni best hokeh!! Tak terjangka dek fikiran aku, yang penulis boleh garap cerita sedemikian rupa.. Jalan cerita yang menarik dan tak membosankan... Ada juga part yang menyentuh perasaan tau.. Sob.. Sob.. Sob..
Tak nak menceceh panjang-panjang sangat.. Apa yang boleh aku katakan disini, aku suka novel ni.. Malas nak cerita jalan ceritanya.. Korang bacalah sinopsisnya kat gambar atas ni yek.. Tak nampak kalu, kasi besar itu gambar... Haaa dah keluar bahasa pelik.. Tatabahasa kelaut.. Haha!! Untuk review yang lebih cun, korang baca review di goodreads aku seperti kat bawah ni yek.. Yang mane ada akaun goodreads tu, sudi-sudikanlah follow aku disana ekk.. 😎😁
My rating: 4 of 5 stars
Naskah Terakhir Laura Isabell... Kisah yang menarik dan mengagumkan... Tak terbayang bagaimana penulis boleh menulis kisah sebegini... Kisah dizaman dahulu kala.. Di tahun 1911.. Sebuah garapan yang baik dari penulis..
Pada awalnya, aku ingatkan novel ni akan membosankan aku.. Tapi ternyata tidak... Aku membaca tanpa mahu berhenti.. Kisah yang membuatkan aku ingin mengetahui kesudahannya secepat mungkin..
Sebuah kisah cinta di zaman dahulu.. Cinta sejati cinta kerana Allah... Walaupun tidak bersatu tapi cinta mereka tetap utuh kerana Allah.. Cinta yang membawa kepada penghijrahan seorang yang bernama Laura Isabell... Wanita inggeris yang berjaya diislamkan oleh kekasihnya kerana Allah..
Jalan cerita yang menarik... Aku suka!!..