BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength Baik Untuk Jantung, Otak dan Mata

Wednesday, March 24, 2021

BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength Baik Untuk Kesihatan Jantung, Otak dan Mata  |  Hi guys! Lama tak bercerita kat sini.. Rindu serindu rindunye... hehe.. Ok kali ni aku nak bercerita tentang supplement yang sedang aku amalkan untuk kekal sihat.. Supplement tambahan ni penting tau sebabnya macam aku sendiri, pengambilan makanan seharian bukanlah seimbang mana.. Memang tak terjaga sangat.. Sebab itulah, aku perlukan supplement tambahan untuk mencukupi apa yang tak cukup dalam badan aku ni.. hehe.. Ok, kali ni aku nak sembang tentang supplement minyak ikan pula.. Mesti korang dah familiar kan atau korang pun mengamalkannya juga..

BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength Baik Untuk Jantung, Otak dan Mata

Ingat lagi masa kecil-kecil dulu, ayah aku selalu sangat belikan supplement minyak ikan dalam bentuk cecair untuk kami adik beradik.. Katanya kami ni, kurus sangat.. Ikan pun tak berapa nak makan, asyik dok hadap ayam jerk.. Haha.. Sebab itulah, dia belikan minyak ikan untuk kami.. Paling tak boleh nak hadap minyak ikan perisa original yang warna putih, perghh nak telan tu bercita-cita... Tapi kena telan jugak.. Kalau tak, kena marah dengan ayah.. Haha.. Itu cerita zaman kanak-kanak dulu la.. Now, dah dewasa aku masih amalkan supplement minyak ikan ni tapi dalam bentuk softgel iaitu BiO-LiFE MaxX Fish Oil Double Strength..

BiO-LiFE MaxX Fish Oil Double Strength Baik Untuk Kesihatan Jantung, Otak dan Mata

BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength Baik Untuk Jantung, Otak dan Mata

Tahukah anda? Omega-3 merupakan sejenis kumpulan asid lemak poli tak tepu yang diperlukan oleh tubuh.. Kalau korang nak tahu, ianya tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita dan mesti diambil dalam diet harian kita.. So, diet kita mesti kena seimbang untuk dapatkannya.. Omega-3 ni memainkan peranan penting tau dalam fungsi otak, perkembangan dan tumbesaran juga memberi kebaikan kepada kesihatan kita seperti mengurangkan risiko penyakit jantung, mencegah kemurungan dan banyak lagi... Sebab itulah kita disarankan untuk mengambil satu sajian ikan dalam diet harian kita kerana ia dapat membantu pengambilan omega-3 yang mencukupi dalam diet seharian kita.. 

Kalau korang nak tahu, omega-3 boleh didapati daripada pelbagai sumber tetapi sumber yang paling kaya adalah daripada sumber ikan laut seperti :-

  • Ikan tuna
  • Ikan parang
  • Ikan sardin
  • Ikan kembung
  • Ikan bilis

Bagi korang yang mungkin tiada masa untuk mengatur diet harian dengan seimbang atau mungkin ada juga yang tidak gemar makan ikan, bolehlah mengamalkan supplement minyak ikan.. Sekarang ni di pasaran terdapat pelbagai produk supplement omega-3 terutama dalam bentuk supplement minyak ikan.. Jadi, bagi korang yang mengalami kekurangan pengambilan kumpulan asid lemak penting daripada diet harian bolehlah mengambil supplement minyak ikan ni.. Supplement apa yang bagus? Ofkos la Bio-Life MaxX Fish Oil Double Strength guys!! Korang nampak tak perkataan 'double' tu.. Jom aku cerita.. hehe..

BiO-LiFE MaxX Fish Oil Double Strength


MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength adalah minyak ikan berkualiti berganda yang mengandungi asid lemak Omega-3 untuk menyokong fungsi normal badan yang sihat.. Asid lemak omega-3 diekstrak dari ikan laut dalam iaitu ikan bilis dan minyak ikan yang digunakan dibersih menggunakan proses penyulingan molekul..

Mengapa ia dipanggil "Double Strength"?

Minyak ikan 1000mg biasa menyediakan 180mg EPA dan 120mg DHA .. Oh ya, kalau korang nak tahu EPA dan DHA ini adalah sejenis Omega-3 ya.. Apa yang bagusnya BiO-LiFE MaxX Fish Oil Double Strength 1000mg ini adalah ia mengandungi 360mg EPA dan 240mg DHA dalam satu kapsul.. Jadi kandungan omega-3 nya 2 kali lebih pekat berbanding minyak ikan biasa.. 

Kelebihan MaxX Fish Oil Double Strength

  • Mengandungi 2 kali ganda kepekatan Omega-3 EPA & DHA
  • Berbentuk Omega-3 triglyceride, yang mudah diserap dan digunakan oleh badan
  • Diproses melalui penyulingan molekul yang menghilangkan hampir semua kotoran dan bahan cemar dari minyak ikan mentah (safety & quality assurance)
  • Dihasilkan daripada ikan bilis, salah satu ikan kecil laut dalam yang kaya dengan asid lemak omega-3

MaxX Fish Oil Double Strength ni merupakan kaedah yang paling mudah untuk kita ambil bagi meningkatkan pengambilan omega-3 untuk kekal sihat dan mengurangkan risiko penyakit jantung.. Bukan sahaja baik untuk jantung tau tetapi baik juga untuk otak dan juga mata.. Siapa yang disyorkan untuk mengambil MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength ni? Semua orang terutamanya orang yang kurang pengambilan ikan secara semulajadi dan orang yang ingin menjaga kesihatan..

Cara Pengambilan MaxX Fish Oil Double Strength

BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength Baik Untuk Jantung, Otak dan Mata

Dos yang disyorkan dalam pengambilan MaxX Fish Oil ini adalah :-

  • Dewasa : Ambil 1 kapsul, 2 kali sehari selepas makan atau seperti yang disarankan oleh doktor atau ahli farmasi anda..

Dapatkan BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength Untuk Kekal Sihat


BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength Baik Untuk Jantung, Otak dan Mata

Ok, bagi korang yang ingin kekalkan kesihatan atau yang memang tak suka makan ikan, bolehlah amalkan BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength ini.. Kat mana nak dapatkannya? Orite, korang boleh dapatkan di farmasi berdekatan dengan korang dengan harga RM190 untuk satu box ini kat dalamnya ada 3 botol fish oil yang mengandungi 100 biji softgel bagi setiap botol.. (RM190 untuk 100s X 3)

Untuk maklumar lanjut, korang boleh layari : http://www.biolife.com.my/



1 comment: