Resepi Bendi Goreng Telur Yang Ringkas Tapi Sedap!


Resepi Bendi Goreng Telur Yang Ringkas Tapi Sedap!  |  Tengok bendi yang dok lepak dalam peti ais tu, rasa teringin lak nak makan bendi.. Tapi tataw nak masak apa.. Biasa masuk bendi dalam singgang jerk... Bila fikir balik, teringat lak menu bendi goreng kat kedai Asam Pedas Ikan pari tu.. Huhu.. Sedapnya.. Lama tak makan.. So, bendi dah ada dalam peti ais.. Dah teringin nak makan, kita buat sampai jadi.. Kali ni kita cuba masak Bendi Goreng Telur pulak.. Biasa masak Kacang Panjang goreng telur.. Hehe..Serius, tak pernah cuba lagi masak menu ni.. Ini firstime cuba. Hiks..

Resepi Bendi Goreng Telur Yang Ringkas Tapi Sedap!

Caranya tak susah mana pun.. Sama jerk aku masak kacang panjang goreng telur tu.. Cumanya adalah satu dua bahan tambahan tu.. Pape pun ia masih Resepi Bendi Goreng Telur yang ringkas tapi sedap.. Jom cuba..

Resepi Bendi Goreng Telur

Bahan-bahan :-

  • 10 biji bendi - dipotong serong
  • 2 biji telur - dipukul (aku pecahkan terus dalam kuali) hehe..
  • Sedikit garam
  • Serbuk perasa
Bahan kisar :-

  • 3 biji lada besar - buang biji ye..
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih

Resepi Bendi Goreng Telur Yang Ringkas Tapi Sedap!

Cara memasak Bendi Goreng Telur
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau
  2. Masukkan bendi dan kacau rata..
  3. Seterusnya masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa..
  4. Bila bendi dah separuh masak, ketepikan sedikit dan pecahkan telur disebelahnya..
  5. Biarkan telur masak barulah kacau..
  6. Biarkan seketika sehingga sedikit kering dan bolehlah tutup api.. 

Mudah sangat resepi ni.. Lagi pun, goreng macam ni memang membuka selesa terutamanya time berbuka puasa.. Tapi masak tu jangan sampai bendi tu terlalu masak ye.. Nanti dah lembik tak sedap makan.. Okla, selamat mencuba..!!




QuickEdit
Lea Azleeya
10 Comments

10 comments:

  1. Nampak pun sedap tu Lea, selalu gak masak camni tapi goreng dengan ikan bilis.

    ReplyDelete
  2. mudah dimasak namun tetap menyelerakan..

    P.S. Jom join segmen blog list di blog abam kie yg bakal tamat pd 10 Mei nanti. Peserta terakhir secara automatik akan dpt tunai RM5.

    ReplyDelete
  3. rangup-rangup bendi tu..sedapnya.

    ReplyDelete
  4. waduh sedapnya tetiba terasa kat tekak nak buat la nanti

    ReplyDelete
  5. Menu ni antara yg fav kalau nak masak bendi. Hehe 😁

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  6. Sedapnya.. TQ Lea share.. bolehlah buat untuk sahur esok pagi..

    ReplyDelete
  7. Biasa kalau goreng, kosong je..sedap juga ye campur telur.

    ReplyDelete

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)