Tasneem Marketplace Bakal Menjadi Platform Pilihan Untuk Suri Rumah Menjana Pendapatan

Sunday, August 21, 2022

Tasneem Marketplace Bakal Menjadi Platform Pilihan Untuk Suri Rumah Menjana Pendapatan  |  Bila sebut je Tasneem, automatik aku terbayang balm baby.. Sebabnya aku mula-mula kenal jenama ni memang dari produk balm baby keluaran mereka.. Kedua-dua anak aku menggunakan balm Tasneem ni.. Memang serasi sangat dengan mereka.. Rasanya jenama Tasneem ni dah tak asing lagi bagi ibu-ibu di Malaysia ni.. Tasneem memang terkenal dengan jenama yang menjual produk bayi..

Baru-baru ni aku ada la terbaca tentang perkembangan terbaru Tasneem ni.. Di mana Tasneem Naturel akan berkolaborasi bersama empat jenama besar malaysia dengan memperkenalkan platform untuk menjana pendapatan dengan mudah iaitu Tasneem Marketplace.. Aku yakin Tasneem Marketplace ni bakal menjadi platform pilihan untuk suri rumah menjana pendapatan.. Aku sendiri pun teruja tau.. Hehe..


Kolaborasi Tasneem Naturel Dengan Empat Jenama Besar Malaysia Melalui Platform Tasneem Marketplace Bantu Ramai Golongan Suri Rumah Menjana Pendapatan Dengan Mudah

Kalau korang nak tahu, Tasneem Business Legacy merupakan sebuah syarikat yang membawa jenama Tasneem Naturel, Tasneem Food dan Twobirds yang banyak mempelopori perniagaan barangan bayi berasaskan bahan semulajadi telah mengumumkan usahasama baharu dengan beberapa jenama besar Malaysia seperti Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman (PDI) dan Eyyoo melalui penyatuan di dalam sebuah platform baharu yang dinamakan Tasneem Marketplace.  


Apa yang lebih menarik, usahasama ini dibuat dalam usaha untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana untuk menjana pendapatan tanpa modal tapi berpeluang untuk mendapat keuntungan yang tinggi disamping mendapat pelbagai ganjaran yang menarik terutamanya suri rumah.. 


Selaras dengan objektif untuk membantu suri rumah menjana pendapatan dengan mudah dan senang, Tasneem Marketplace (TMP) mengalu-alukan individu yang berminat untuk bergerak ke hadapan bersama pasukan TMP untuk mendaftar sebagai reseller TMP secara percuma. TMP meletakkan sasaran untuk melahirkan seramai 10,000 usahawan yang berjaya menjana pendapatan melalui platform yang disediakan menjelang Disember 2022.


Bagi aku sendiri, ini merupakan peluang yang baik buat kita.. Walaupun aku mempunyai kerja tetap, aku rasa agak teruja untuk turut serta menjana pendapatan dengan Tasneem Marketplace ni.. Yelah, boleh juga aku tambah pendapat aku kan menjadikan hidup lebih selesa dari sebelumnya.. Bagi suri rumah di luar sana, sangat rugi kalau lepaskan peluang ini kerana korang dapat menjana pendapatan hanya dari rumah tanpa perlukan modal.

Tak perlu modal?? Biar betul!!!

Kelebihan Menjadi Tasneem Marketplace Reseller (TMPR)


Ya betul, tanpa modal gais!! Mesti korang nak tahukan lebih detailkan apa kelebihan yang korang akan dapat kalau jadi Tasneem Marketplace Reseller ni kan.. Aku sendiri pun agak teruja dengan kelebihan yang ada.. Mana taknya, cara berniaga paling mudah bagi aku.. Jom kita lihat apa kelebihan yang kita dapat bila jadi Tasneem Marketplace Reseller..
  • Daftar Percuma 
  • Modal tidak perlu dikeluarkan 
  • HQ uruskan semua postage 
  • Pelan pemasaran yang membantu untuk mendapatkan pendapatan dengan mudah 
  • Produk berkualiti dan sudah ada pasaran tersendiri 
  • Reward yang menarik. 
  • Bonus dibayar di awal 7hb bulan seterusnya 
  • Ada penyata pendapatan
Nampak tak siap ada penyata pendapatan tu.. Bukan biasa-biasa tau.. So, aku recommend sangat buat korang yang ingin menambah pendapatan atau yang baru mencari peluang untuk menjana pendapatan tu, ini jalannya.. Jalan yang paling mudah untuk menjana pendapatan.. Yang penting usaha dan konsisten.. Bak kata orang 'usaha tu tangga kejayaan'.. Betul tak? So, kenalah berusaha.. Kejayaan tak datang bergolek tau.. Hehe.. Jalan dah ada, cuma perlu usaha je.. Korang mesti boleh!! Eh, untuk aku juga.. Haha..

Haaa bukan sahaja reseller ada kelebihan tau.. Buat bakal-bakal customer Tasneem Marketplace pun ada juga disajikan kelebihannya.. Nak tau apa? Teruskan membaca sampai habis ye.. Hiks!

Kelebihan Menjadi Tasneem Marketplace Customer (TMPC)


Kalau rasa tak boleh nak jadi Reseller, jadi customer Tasneem Marketplace pun ada kelebihannya.. Sambil membeli sambil menikmati keistimewaan yang disediakan.. Apa pula kelebihan kalau jadi Customer kepada Tasneem Marketplace ni? Haaa ini korang kene tahu..
  • Daftar Percuma 
  • Minimum 3% cashback 
  • Komisen Kumpul point 
  • Postage direct HQ
Siap dapat cashback tu gaiss.. Bukan tu je, dapat juga kumpul point.. Baru syok kan nak membeli belah di Tasneem Marketplace.. Dah membeli, dapat pulangan balik melalui cashback dan juga point yang dikumpul.. Bagusnya ada platform macam ni kan.. Zaman-zaman gawat ni kenalah bijak dalam membeli kan.. Kena pilih platform yang beri kemudahan yang sebegini.. Baru la best!

Tasneem Marketplace Bakal Menjadi Platform Pilihan Untuk Suri Rumah Menjana Pendapatan


Aku yakin ini adalah peluang terbaik dan platform terbaik untuk korang menjana pendapatan terutamanya kepada suri-suri rumah diluar sana.. Walaubagaimanapun, tak kiralah sama ada korang suri rumah atau sesiapa sahaja yang mungkin sekarang ni sedang berhadapan dengan masalah kewangan yang ingin mengubah hidup, inilah jalan dan peluangnya untuk korang bangkit memperbaiki nasib diri dengan menjana pendapatan bersama Tasneem Marketplace.. Dan aku juga percaya Tasneem Marketplace ini bakal menjadi pilihan suri rumah untuk menjana pendapatan mereka..


Apa di tunggu lagi.. Jom gais ubah nasib diri dengan menjana pendapatan melalui platform Tasneem Marketplace ini.. Peluang dah ada, so jangan sia-siakannya.. Mana tau, melalui platform ini dapat mengubah kehidupan korang menjadi lebih baik.. Yang penting usaha dan konsisten dengan apa yang kita buat..

Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran, korang boleh terus klik link di bawah ini ye..





No comments

Post a Comment