travel
Showing posts with label travel. Show all posts

4 Best Kota Kinabalu Hotels Recommended

Thursday, May 11, 2023

No comments
4 Best Kota Kinabalu Hotels Recommended  |  Sabah’s state capital is located in Kota Kinabalu on the island of Borneo. Mount Kinabalu, which is located very close to the city, is the inspiration for its name, “Kota Kinabalu.” It is a significant tourist attraction as well as an established gateway for tourists going to Sabah in general. There are a number of interesting places to visit in the surrounding area, such as the Sabah State Museum, Tunku Abdul Rahman Marine Park, and Gaya Island. Spend the evening in one of the luxurious hotels in Kota Kinabalu hotel, many of which are located in this area.

Best Hotels in Kota Kinabalu

1.  Sabah Oriental Hotel 


Address : Jalan Kemajuan, Kota Kinabalu City Centre, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88000 

Price : starts from RM 149 

Leisure travelers should begin their stay in Kota Kinabalu at the Sabah Oriental Hotel. Views of Mount Kinabalu, the South China Sea, the islands, and the lively city are just some of the highlights of a stay at this luxurious 4-star hotel. The Sabah Oriental Hotel is conveniently placed near many popular sights in the heart of Kota Kinabalu.  

It is on the street known as Lorong Kemajuan. All of the amenities and services at the Sabah Oriental Hotel are designed with the guests' comfort in mind. The hotel offers five different room kinds to its visitors. Each room has a contemporary aesthetic and is supplied with the essentials. They also offer supplementary amenities tailored to individual quarters.

The hotel’s main restaurant offers a fine dining experience for its guests. A wide selection of meals from the restaurant’s specialty cuisine are available. Sabah Oriental Hotel Kota Kinabalu is prepared to provide the best for business and leisure travelers to Kota Kinabalu with its convenient and comfortable facilities.

2.  Ming Garden Hotel And Residence


Address : Lorong Ming Garden, Jalan Coastal, Kota Kinabalu City Centre, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88000

Price : starts from RM 126 

The Ming Garden Hotel & Residences is an elegant, 5-star establishment. It can be found in the heart of Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, at Jalan Ming Garden, Jalan Coastal, Postal Code 88000. Because of its cutting-edge design and innovative take on the hospitality industry, dining, art, and music, this hotel is a favorite among both domestic and international guests.

Some updates have been done to modernize the architecture and make it simpler to attract tourists and business travelers. The location of this five-star hotel in the center of Kota Kinabalu must be maintained, and it makes it easier for both tourists and businessmen to reach services such as restaurants, banks, and shops.

3.  Promenade Hotel Kota Kinabalu


Address : No. 4, Lorong Api-Api 3, Api Api Centre, Kota Kinabalu City Centre, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88000

Price : starts from RM 246

Kota Kinabalu is home to the Promenade Hotel. It’s 4.75 kilometers frohe Kota Kinabalu International Airport. Distance from Jesselton Point to the hotel is 1.94 kilometers. (Ferry to Tunku Abdul Rahman Marine Park). Centre Point Sabah is 0.33 kilometers away, while KK Plaza is 0.9 kilometers.

The Promenade Hotel Kota Kinabalu has everything you and your coworkers may need for any business function or corporate meeting. The Promenade Hotel Kota Kinabalu is a great place to stay for a family vacation because of its convenient location and many enjoyable amenities. 

4.  Sky Hotel Kota Kinabalu 


Address : Lorong Kemajuan Karamunsing,, Kota Kinabalu City Centre, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88000 

Price : starts from RM 196 

The luxurious Sky Hotel Kota Kinabalu is complemented by excellent service and a convenient location. The front desk is open around the clock to help you with any aspect of your stay, from arrival to departure. Staying in touch with loved ones is easy thanks to the free Wi-Fi available throughout Sky Hotel Kota Kinabalu.  

The Sky Hotel Kota Kinabalu is an excellent option for visitors to the heart of Kota Kinabalu. This hotel enjoys a prime location, with easy access to various attractions, including a wide selection of shops, restaurants, and entertainment options. 

Book Hotels and Entrance Ticket Destinations on Traveloka 

Planning the best holiday is always good when you have the best way to do it. Get your best holiday offers for hotels, flight tickets, activities, and many more with Traveloka. You can make your reservation on favorite hotels, destinations, and the best flight tickets at the best price!





Read More

The Haven Musical Extravaganza Menampilkan Karya Selangor Symphony Orchestra Di The Haven Resort Hujung Oktober 2022

Thursday, October 20, 2022

1 comment
The Haven Musical Extravaganza Menampilkan Karya Selangor Symphony Orchestra Di The Haven Resort Hujung Oktober 2022  |  Pada 27, 28 dan 29 Oktober 2022, pemenang Anugerah All Suite Resort, The Haven Resort Ipoh akan mempersembahkan The Haven Musical Extravaganza hasil kerjasama Selangor Symphony Orchestra dan disokongi oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan  (MOTAC). 


Wahh bukan selalu boleh layan muzik orkestra ni.. Inilah masanya.. So, bagi tetamu dan peminat muzik bolehlah menikmati penginapan mewah di samping malam muzikal dan gastronomi di persekitaran resort yang indah di The Haven Resort ni nanti.. Bukan senang tau nak tengok persembahan orkestra ni.. Rugi kalau tak ambil peluang ni.. 

The Haven Musical Extravaganza Menampilkan Karya Selangor Symphony Orchestra Di The Haven Resort Hujung Oktober 2022

Ini merupakan pengalaman 'Sensurround' yang pertama seumpamanya. Tetamu resort dapat  membuat pilihan untuk menikmati konsert sama ada di taman di tepi tasik, Amfiteater atau dari balkoni yang selesa di unit bilik mereka melalui pakej muzik istimewa yang telah  disediakan. Alunan muzik dari tasik menjadi lebih istimewa dengan kedudukan strategik pemuzik di sekitar resort, pinggir hutan dan di setiap aras ketiga-tiga blok. 

Konsert tersebut akan dipersembahkan oleh konduktor Eugene Pook, mezzo-soprano Jiayao  Sun, pemain biola antarabangsa Dr. Hyungi Kim dan penyanyi Asyraf Farhan Adi Zairi dari  Malaysia. Karya dari The Sound of Music, Phantom of the Opera, dan Kitaro, serta karya  Selangor Symphony Orchestra akan ditampilkan dalam program ini. Kesemua persembahan  akan bermula tepat pada jam 8:00 malam.

(Kiri-Kanan: Konductor SSO Eugene Pook, Pemain Biola Dr. Hyungi Kim, Mezzo-Soprano Jiayao Sun &  
Penyanyi Asyraf Farhan Adi Zairi). 


Peter Chan, Ketua Pegawai Eksekutif  The Haven All Suite Resort, berkata,
Selepas  berehat daripada pandemik, kami ingin sambung kembali industri pelancongan. Apakah  lagi cara yang lebih baik kalau bukan menyediakan percutian hujung minggu ke The Haven Resort di Ipoh dengan persembahan muzikal ekstravaganza yang indah?  
Tetamu yang menginap bersama kami akan diberikan pengalaman konsert musik yang  unik dan pertama seumpamanya dengan alunan muzik dari pentas terapung di tasik  yang dilengkapi dengan alam semula jadi hutan di sekelilingnya. 
Diinspirasikan oleh Festival Muzik Tahunan Hutan Hujan Sarawak; kami percaya The Haven Musical Extravaganza berpotensi untuk menjadi acara  tahunan yang paling menarik dan dijadikan tarikan penting untuk negeri Perak. Kami  berharap pertunjukan muzikal ini akan menjadi pemangkin kepada banyak lagi acara yang akan mempromosikan Ipoh sebagai Bandar Batu Kapur, Muzik dan Kesenian.

Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, turut hadir semasa majlis pelancaran.. Beliau berkata, 
Sudah tiba  masanya untuk The Haven memperkenalkan Muzikal Extravaganza di Ipoh. Usaha  memperkenalkan muzikal ekstravaganza ini sememangnya kreatif dan dialu-alukan oleh Kerajaan Negeri Perak yang sedang berikhtiar untuk mempromosi Ipoh sebagai Bandar Batu Kapur, Muzik dan Kesenian Asia. Sokongan sektor swasta, terutamanya dalam  usaha mereka untuk mempromosikan Ipoh sebagai destinasi pelancongan utama amat  dihargai khususnya untuk pelancong tempatan dan asing.
Setelah wabak ini beransur-ansur hilang, Ipoh dijadualkan terus menjadi  perhatian serta pilihan percutian yang indah untuk para pelancong. Dengan kesan  pandemik selama 2 ½ tahun, ia tidak melemahkan semangat The Haven untuk memulih  serta memastikan kemajuan Bandaraya Ipoh lebih hebat lagi.
SSO amat teruja untuk bekerjasama dengan The Haven Resort Ipoh dalam  memberikan pengalaman deria baharu dalam muzik. Siri ini menghimpunkan orang  ramai daripada semua latar belakang untuk menikmati muzik bertaraf dunia di dalam  suasana yang paling indah, di salah satu bandar bersejarah Malaysia - Eugene Pook, Pengasas Selangor Symphony Orchestra. 
L-R: Tuan Haji Khairul Anuar bin Haji Lodin (Senior Technical Director), Dr. Richard Ng (Ipoh City Councillor),
Mr Peter Chan (CEO, The Haven), Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md Daud (Datuk Bandar Ipoh),
Puan Nurmalis bt Musa (CEO, Tourism Perak), Dato Seri Steve Low (CEO, Ab Life).

The Haven Resort juga merupakan penyokong pelbagai inisiatif yang diketuai oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Lembaga  Penggalakan Pelancongan Malaysia dan Kerajaan Negeri Perak. Dengan itu, The Haven Resort telah iktiraf kepentingan menyokong industri pelancongan Perak dan  peningkatan ekonomi tempatan dengan usaha-usaha mereka untuk menarik  pengunjung dari seluruh Asia. Majlis Bandaraya Ipoh di bawah pimpinan Dato' Rumaizi  bin Baharin @ Md Daud juga telah mula mempromosikan Ipoh sebagai sebuah Bandar Batu Kapur, Muzik & Kesenian di Asia. 

The Heven Musical Extravaganza akan diadakan tiga malam berturut-turut bermula dari RM390++ Seorang

Pengalaman yang imersif ini pasti akan didapati dalam persembahan muzik "Sensurround" yang merupakan  persembahan yang pertama seumpamanya, dilengkapi oleh landskap unik akustik semula jadi dan teknologi di The Haven Resort. Persembahan tersebut akan diadakan selama tiga malam berturut-turut iaitu pada 27, 28 dan 29 Oktober 2022.

The Haven Musical Extravaganza ini adalah salah satu daripada persembahan-persembahan yang akan datang. Puan Nurmalis bt Musa, CEO Tourism Perak, juga akan  menghadiri acara tersebut. Pakej muzikal ini bermula dari RM390++/seorang* dan boleh dibeli melalui :-

WhatsApp : +6019-7598285
WhatsApp : +6012-5705498 (Cik Yee Lai Kuan)

Keseluruhan pakej yang tersedia termasuk penginapan di suite yang serba lengkap, dan  sarapan yang mewah disajikan pada pagi berikutnya. Para tetamu juga boleh memilih  untuk menambah makan malam bufet antarabangsa untuk melengkapkan pengalaman  mereka dengan harga RM75.00 bersih. 

Sila layari https://www.thehavenresorts.com/ untuk maklumat lanjut.



Read More

Plan Percutian Selepas PKP Nak Staycation Di Kuala Lumpur Bersama Family

Wednesday, September 22, 2021

1 comment
Plan Percutian Selepas PKP Nak Staycation Di Kuala Lumpur Bersama Family  |  Baru-baru ini, Pulau Langkawi mula dibuka kepada pelancong dari seluruh negara kecuali mereka yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bermula 16 September 2021 dan mestilah memenuhi kriteria SOP yang ditetapkan.. Ramai juga aku lihat mengambil peluang ni pergi bercuti ke sana.. Aku pun ada la jugak menyimpan hasrat untuk pergi bercuti ke sana nanti.. Cuma buat masa ni aku lebih prefer untuk bercuti tempat yang dekat-dekat je dulu sebab tak suka bersesak-sesak.. Hehe.. Bila dah reda keadaan, barulah plan bercuti ke Langkawi pula..
Read More

The Best Staycation in Singapore

Sunday, December 27, 2020

9 comments

The best staycation in Singapore | It's been a while since our last vacation. Especially nowadays we are facing pandemic covid-19, we are a bit worried about going to crowded places. It is just the matter how we comply to SOP. That is the most important thing nowadays.

Actually we still can go on holiday. We can spend time with family, enjoy bathing together in the hotel's swimming pool, workout in the gym, make sand castles at the beach, as long the hotel is not too overcrowded with people and they comply to COVID-19 SOP. We also can reduce our stress from our daily routines.


In Malaysia, tourism places such as Genting Highlands, Cameron Highlands, Langkawi, Pulau Tioman and Pulau Pangkor are nice places to go since they are quite far from busy areas.


The best staycation in Singapore


Singapore also has many interesting places for us to visit. Wanna know some interesting places in Singapore? Let us watch out some interesting places for our staycation Singapore


3 greatest staycation places in Singapore:


1. M Social Singapore


The best staycation in Singapore


Just taking a look at the hotel buildings already makes us excited to stay right?


M Social Singapore is a popular hotel in Singapore. You want to know why I suggested this hotel? In this hotel, it has many facilities such as, swimming pool, gymnasium, snooker and many more facilities which we can spend our quality time together with our family members. This can match our preferences especially during  pandemic covid-19 if we feel unsafe to do outdoor activities.


For those who prefer to do outdoor activities, don't worry. There are many interesting places surrounding this hotel that we can visit such as Orchard Road, Chinatown, Sand Skypark Observation Deck, Singapore Flyer and many more. All we need to do is just ensure that we comply with Pandemic Covid-19 SOP. So what are you waiting for? Let's book a stay in M Social Hotel Singapore for this year's vacation.


2. Shangri-La Singapore


The best staycation in Singapore


What is so interesting about this hotel is their decorations. It is using an antique touch atmosphere  to decorate their rooms. It's seriously awesome!


In this Shangri-La Singapore, it is located in a 15 acres tropical garden. That is the factor that made this hotel is so special. Other than that, as I said before, the decorations in their room are so interesting especially in their beds. It's so unique which made it an attraction for tourists to stay here. During your stay here, if you also feel unsafe to do outdoor activities during this pandemic time, you can just do so many activities in this hotel as it provides many facilities such as tennis court, library, spa and many more. This hotel also provided areas for children to play with their family members. 


The best staycation in Singapore


If you are thinking about food, don't worry, there are 7 restaurants here which offer a variety of food which you can choose. They serve food from Japan, Italy, China, Singapore and many more so that you can choose everything that you wish to eat.  


3. Four Points by Sheraton Singapore, Riverview


The best staycation in Singapore


Riverview Awesome..


What makes this hotel so special is it surrounded by the river.


The swimming pool here is also provided with cabana. Not even just that, this hotel also provided with all basic facilities which we can use during our stay here. We can also visit some interesting places around here such as Great World City, Amped Trampoline Park, Fort Canning Park and many more.


The best staycation in Singapore


Room offered here is also so comfortable and luxurious with decorations that use natural color. So it may help us to release our tensions. This hotel also serves international and Chinese cuisine , where you can enjoy your food casually with your family members.


So there are 3 hotels in Singapore you can choose for your staycation. They are among popular hotels in Singapore which get positive feedback from their customers who stayed in these hotels.


What are you waiting for!!!. Let's plan your vacation to singapore and create a memorable moment with your family members there!!!


You can booking hotel by using Traveloka because it offered so many hotels according to your preferences. Don't waste your time, quickly book your hotel before it is fully booked.! Good luck and happy holiday guys!







Read More

Hotel Kea Garden Penginapan di Cameron Highland Yang Dikelilingi Pemandangan Ladang Yang Indah

Monday, March 30, 2020

No comments
Hotel Kea Garden Penginapan di Cameron Highland Yang Dikelilingi Pemandangan Ladang Yang Indah | Lama gile rasanya tak ke Cameron Highland.. Last pergi masa bujang dulu.. Banyak lagi tempat yang tak dilawati kat sana sebenarnya.. Time-time camni, syok gile kalau dapat pergi bercuti di Cameron Highland sambil rehatkan badan dan minda dengan menikmati suasana yang nyaman dan menyegarkan.. Lagi best, dapat release stress dengan pemandangan indah kat sana.. Serius tenang weh!! Next kalau pergi sana, aku teringin sangat nak stay kat Hotel Kea Garden sebabnya hotel ni cantik sangat dikelilingi dengan taman bunga yang indah.. Kalau bergambar gerenti chantekk ni !!

Hotel Kea Garden Penginapan di Cameron Highland Yang Dikelilingi Pemandangan Ladang Yang Indah

Read More

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Tuesday, March 24, 2020

5 comments
12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung  |  Holaaaa!! Hehe lama gile rasanya tak meluah rasa kat sini.. Rindu weh!! Kali ni nak membebel pasal homestay.... Hah, dah kenape pulak?

Hehe, aku plan nak bercuti kat Cameron Highland so aku riki-riki la tentang homestay terbaik kat sana yang mana best dan menarik..

12 Homestay Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Dah alang-alang aku dok survey tu, baiklah aku up terus kat sini.. Dapatlah jugak korang  buat panduan nanti.. Betul tak? Hiks.. Jadi, jom kite check 12 homestay terbaik di Cameron Highland yang menjadi pilihan para pengunjung bila bercuti di sana..

1. Cameron Muslim Apartment by Nurul

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

Read More

Welcome to Philippines

Sunday, March 22, 2020

11 comments
Welcome to Philippines | Melancong bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya. Banyak perkara yang perlu difikirkan. Contohnya, kalau pergi luar negara, kena fikir flight, penginapan, makanan halal dan beberapa lagi faktor penting yang kena ambik tahu. Bukan boleh main redah je ye korang.. Macam percutian aku baru-baru ni ke Filipina. Banyak bende yang aku pelajari sepanjang percutian tersebut.. Biasalah, setiap percutian tu mesti ada benda baru yang kita dapat pelajari darinya terutamanya dari segi persiapan.. Kalau nak travel ni apa yang penting kene plan betul-betul dan persiapan tu nak kene cemerlang.. Haa.. Tapi pada aku, untuk percutian aku kali ni semuanya baik-baik sahaja.. Hehe..

Welcome to Philippines
Read More

Impian Menunaikan Umrah Dengan Pakej Umrah Terbaik Di Malaysia Dari Tabung Haji Travel

Tuesday, November 5, 2019

5 comments
Impian Menunaikan Umrah Dengan Pakej Umrah Terbaik Di Malaysia Dari Tabung Haji Travel  |  Assalamualaikum wbt.. Hi korang! Hurmm semalam dok sembang dengan kengkawan pasal umrah.. Ada antara kami dah pernah pergi umrah.. Seronok je dengar cerita dorang sal pengalaman dorang dalam mengerjakan umrah.. Bilalah agaknye peluang untuk aku pula ye.. Sebagai umat Islam, aku pun teringin sangat sangat sangat menunaikan ibadah umrah ni.. Haji apatah lagi.. Andailah aku berpeluang untuk mencapai impian aku menunaikan umrah, aku pilih pakej umrah Tabung Haji plan pergi bulan Ramadhan 2020.. Hah gittew!! Impian tu tau..

Impian Menunaikan Umrah Dengan Pakej Umrah Terbaik Di Malaysia Dari Tabung Haji Travel

Read More

5 Benda Ibu Wajib Bawa Ketika Travel atau Holiday Bersama Baby atau Anak Kecil

Friday, October 11, 2019

9 comments
5 Benda Ibu Wajib Bawa Ketika Travel atau Holiday Bersama Baby atau Anak Kecil  | Travel bersama keluarga ini bukan perkara yang mudah, terutama kepada mereka yang mempunyai anak kecil berumur setahun kebawah ni. Percutian bersama anak yang masih kecil mesti dilakukan dengan teliti supaya semua orang yang berada dalam perjalanan itu berasa gembira dan enjoy. Ibu bapa pun tak la berasa stress sepanjang percutian.

5 Benda Ibu Wajib Bawa Ketika Travel atau Holiday Bersama Baby atau Anak Kecil
foto : google

Read More

Melaka Hotels Untuk Percutian Yang Tidak Dapat Dilupakan

Monday, July 8, 2019

19 comments
Assalamualaikum wbt

Melaka Hotels Untuk Percutian Yang Tidak Dapat Dilupakan  |  Hai korang!! Nak tanye sikit ni.. Korang ada apa-apa rancangan tak untuk holiday akan datang? Kalau ada, apa kata holiday kali ni jom kita plan pergi melawat Melaka dan tinggal kat hotel yang terbaik untuk pelancong.. Nak tak?? Hehe.. Commonly, kalau kita bercakap pasal vacation dekat Melaka ni mesti terbayangkan tempat-tempat bersejarah kan!! Nama lagi Melaka Bandaraya Bersejarah kan, ofkos la banyak tempat-tempat bersejarah kat sana.. Contohnya Kota A'Famosa, The Stadthuys, Baba & Nyonya Museum dan sebagainya... Tetapi hakikatnya, ramai sebenarnya yang tidak tahu bahawa terdapat pelbagai tempat baru yang belum kita terokai di Melaka ni.. Tempat apa tu?? Haaa meh sini nak kasi tau kat korang semua.... 

Kalau korang nak tahu, di Melaka terdapat beberapa tempat baru yang dapat menarik perhatian para Pelancong untuk ke Melaka seperti Freeport A'Famosa Outlet (FAO) Village, The Pirate Adventure Melaka, Melaka Upside Down House dan banyak lagi..

Freeport A'Famosa Outlet (FAO) Village


Freeport A'Famosa Outlet (FAO) Village boleh dikatakan syurga buat kaki shopping kerana terdapat pelbagai barangan yang berjenama ada dijual di sini seperti Nike, Carlo Rini, Cotton On, Hush Puppies dan banyak lagi.. Freeport A'Famosa Outlet (FAO) Village ini dibuka pada penghujung tahun 2015.. Kalau korang datang ke sini mesti korang teruja dengan senibina bangunan disini yang menyerupai senibina Eropah.. Siap ada Kinchir Angin lagi tau.. Sangat menarik.. Tak hairanlah kalau ramai yang datang ke sini sekadar mencuci mata dan untuk bergambar sahaja.. Hehe..

Alamat :-
Freeport A'Famosa Outlet
Jalan Kemus, Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.

Masa Operasi :-
Setiap Hari : 10.00 am - 10.00 pm

Credit Foto : The Bgirl World

Terdapat hampir 70 jenama terkenal yang ada disini
Credit foto : Freeport A'Famosa Outlet


The Pirate Adventure Melaka

credit foto : vkeong.com

Satu lagi tempat menarik di Melaka adalah The Pirate Adventure yang terletak di Melaka Alive, Bandar Hilir Melaka.. Bagi mereka yang dah biasa ke Melaka, mesti dah mahir dengan selok belok di Bandar Hilir kan.. Kalau korang ada plan nak berkunjung ke The Pirate Adventure Melaka ni, jangan lupa tau bawa anak-anak bersama kerana kat sini terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh korang lakukan bersama dengan family seperti mencari harta karun dan korang juga dapat merasakan sendiri pengalaman menjadi lanun dalam masa satu hari.. Best tau... Bila lagi nak merasa jadi lanun kan.. Bukan senang nak dapat pengalaman cam ni..

Alamat :-
The Pirate Adventure Melaka
Melaka Alive, Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Melaka

Masa Operasi :-
Isnin - Khamis : 10.00 am - 7.00 pm
Jumaat - Ahad & Cuti Umum : 10.00 am - 9.30 pm

credit foto : sini.com


Melaka upside Down House & Street Art Melaka

Next things to do in Melaka is, apalagi bergambar sakan la!! Bagi orang yang kaki selfie dan wefie, korang bolehlah berkunjung ke Melaka Upside Down House dan Street Art Melaka.. Kat sana memang banyak sudut-sudut yang menarik untuk korang capture dan abadikan gambar yang korang ambil tu sebagai kenangan bercuti di Melaka... 


Ingin merasai pengalaman tinggal di dunia yang terbalik, Melaka Upside Down House adalah tempatnya.. Korang boleh rasai sendiri pengalaman berada di dunia yang serba serbi terbalik.. Gambar-gambar yang menarik boleh dirakamkan di sini sebagai kenangan..

Alamat :-
Melaka Upside Down House 
G12 & G14, Jalan PM 7, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, Melaka


credit foto : travelblog

Street Art Melaka ini terletak di sepanjang Sungai Melaka dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri.. Terdapat perkhidmatan River Cruise yang membolehkan korang menyelusuri Sungai Melaka ataupun korang juga boleh hanya berjalan kaki dan melihat dengan lebih dekat gambar-gambar art yang ada di sini... Korang pasti teruja dengan seni lukis yang ada di Street Art Melaka ni..

Okay la, dah puas berjalan situ sana sini, mesti la nak cari tempat penginapan untuk berehat pulak kan?? Haaa korang tak payah nak risau bagai, dengan melayari https://www.traveloka.com/en-my korang boleh pilih sahaja tempat penginapan yang menepati citarasa korang... Nak yang mahal ada, nak yang murah pown ada.. Tengoklah bajet masing-masing ye.. Kat sini ada beberapa list hotel yang disyorkan oleh pengunjung sebelum ni, antaranya adalah :-

Courtyard @ Heeren Boutique Hotel

credit foto : melaka.my

Korang bosan tak asyik tinggal kat hotel backpakers biasa-biasa je?.. Haaaa korang jangan bimbang, sebab Courtyard @ Heeren Boutique Hotel ni adalah salah sebuah boutique hotel di Melaka gaya ala-ala Baba dan Nyonya ataupun orang kata 'peranakan style', digabungkan bersama dengan design citarasa modern yang dihias cantik...


Lokasi butik hotel ini terletak betul-betul di tengah-tengah Jalan Jonker.. Bukan itu sahaja, kakitangan di hotel ini juga sangat friendly tau serta mengalu-alukan kedatangan pengunjung di Courtyard @ Heeren... Seriously, hotel ini memang cantik dan mempunyai style yang tersendiri. Antara yang menariknya bilik hotel ini adalah bilik mandinya yang luas dan siap ada Jakuzi lagi!! Sudah semestinya korang kena cuba try test tempat ni kalau korang menginginkan tempat penginapan yang cozy dan selesa gitu..!! Jom layan gambar bilik di Courtyard @ Heeren..

Superior Room

Deluxe Room

Junior Suite

Ada beberapa lagi jenis bilik yang terdapat di Courtyard @ Heeren Boutique Hotel ni sebenarnya.. Kalau korang nak tengok senarai bilik yang ada, korang boleh la check di SINI ye..


Limastiga Homestay

credit foto : limastiga

Kepada korang yang plan nak buat family day, family gathering or friend reunion ke, mesti korang perlukan tempat penginapan yang boleh menampung jumlah yang ramai kan? Jangan risau, sebabnya Limastiga Homestay ni memang menyediakan tiga buah rumah dalam satu kawasan.. Dengan berkonsepkan kampung melayu style, korang boleh merasakan yang korang sedang merehatkan diri dalam suasana kampung halaman... Jom tengok suasana kat sana.. 

Suasana Rumah Satu

Rumah Satu

Suasana Rumah Dua

Suite Room Rumah Dua

Suasana Rumah Tiga

Bukan itu sahaja tau, bahkan terdapat kemudahan seperti dapur, dewan makan yang besar and open space serta 2 buah swimming pool yang luas di Limastiga Homestay ni... So, kalau korang ada plan nak buat masjlis makan-makan bersama keluarga or kawan-kawan, boleh dikatakan homestay ni memang pilihan yang tepat untuk korang pilih... Limastiga Homestay ini juga berkonsepkan 'Private Homestay', jadi korang digalakkan untuk menyewa seluruh kawasan ni agar ruang privasi korang bersama dengan keluarga tidak terganggu.. Walaupun ia merupakan sebuah homestay, ia masih lagi boleh dikira sebagai one of the best Melaka hotels.


Masbro Village Homestay


Kalau korang nak bawak family pergi bercuti ala-ala oversea gitu, Masbro Village Homestay adalah tempatnya!! Terdiri daripada rumah yang berbentuk segitiga, dua tingkat dan berwarna-warni serta halaman rumah yang teratur dan bersih ditambah pula dengan bunga-bungaan yang kiut miut kat halaman rumah membuatkan korang berasa seperti berada di luar negara kerana suasananya nyaman dan menyenangkan.... Oh ya, homestay ini terletak di Paya Rumput, Melaka.. 

credit foto : wanista

credit foto : qairunissakhan 

Boleh dikatakan spacious juga rumah ini walaupun berbentuk segitiga, tapi siap dengan dining hall, kitchen, two queen size beds.


credit foto : homesweethomemy

Homestay ni gated area tau.. So, korang tak perlulah bimbang tentang keselamatan disini sebab hanya member Masbro Village sahaja yang dapat access area homestay ni.. The most important things, jangan lupa ambil gambar banyak-banyak bila bercuti di Masbro Village ni, barulah ada kenangan feeling-feeling bercuti di luar negara.. Tak gitu?? Haha..


Menarikkan tempat-tempat di Melaka.. Dari tempat yang boleh kita melawat sampailah ke tempat untuk kita menginap.. Semuanya menarik dan cantik-cantik belaka.. Jadi, apa tunggu lagi?? Jom la plan vacation for next holiday and don't forget to choose which Melaka Hotels you would like to stay at Traveloka!!



Read More

Cari Hotel Terbaik di Cherating Yang Hampir Dengan Tempat Menarik Di Bagasi.my

Wednesday, May 22, 2019

17 comments
Cari Hotel Terbaik di Cherating Yang Hampir Dengan Tempat Menarik Di Bagasi.my  |  Hi guys!.. Rasanya dah lama tak bercuti dengan family.. Dengan kekangan  masa yang aku hadapi kini mana mungkin membolehkan aku plan holiday di tempat yang jauh.. Ada juga plan nak bercuti sebenarnya tetapi mungkin di kawasan yang berhampiran sahaja.. Kalau dari tempat aku ni, tempat bercuti paling hampir adalah Cherating.. Walaupun di tempat sendiri, keseronokan bercuti tu masih dapat dirasai sekiranya tempat menginap yang kita cari tu hampir dengan tempat menarik.. Betul tak?


Sebelum ni aku dah pernah ke Cherating untuk bercuti tetapi malangnya pada ketika itu aku belum tahu terdapat tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di sana. Nampak sangat aku kurang buat research kan sebelum pergi bercuti.. Hehe.. Lagi pula time tu, belum banyak laman web yang membuat full review tentang tempat percutian.. Kalau ada pun hanya review dari mereka yang dah pernah pergi ke satu-satu tempat itu... Jadi, skop pengetahuannya lebih kecil..

Kalau pergi bercuti, perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat menginap.. Tak dinafikan, kini terdapat pelbagai hotel yang boleh dipilih sebagai tempat penginapan.. Tetapi, adakah hotel yang dipilih itu lokasinya strategik dan hampir dengan tempat yang menarik? Haa yang tu juga perlu dititikberatkan sebabnya bila bercuti sudah pastinya kita mahu melawat tempat menarik disekitarnya kan.. Takan la bercuti hanya semata-mata dan rehat dalam bilik hotel aje.. Tak best la kalau camtu.. Baik lepak kat rumah aje.. Betul tak?

Jadi, pemilihan hotel yang strategik adalah penting supaya kita dapat melakukan aktiviti yang menyeronokkan.. 

Booking Hotel Terbaik Dengan Lokasi Strategik Di Bagasi.my


Kalau dulu aku pergi bercuti memang main terjah aje.. Booking hotel pun ikut bajet dan asal ada je tanpa memikirkan tentang aktiviti yang ingin dilakukan sepanjang percutian tersebut.. Bila dah sampai hari kejadian, mula la terkial-kial tak tahu kemana hendak dituju.. Lagi teruk, hotel yang dipilih, jauh dari tempat-tempat yang menarik.. 

Now, kalau nak pergi bercuti aku dah tak perlu nak bersusah payah lagi survey sana sini.. Aku hanya perlu ke laman web Bagasi.my sahaja untuk dapatkan maklumat hotel dan juga tempat menarik disekitarnya.. Nak booking hotel terus pun boleh tau kerana di Bagasi.my, mereka ada membuat review tentang hotel, destinasi dan juga homestay.. 

Cakap jerk nak bercuti dekat mana? Haa semua mereka dah survey untuk kita.. Hotel yang terbaik dan tempat-tempat yang menarik disekitarnya.. Untuk booking tempat menginap, korang boleh juga bandingkan harga mengikut bajet yang korang sendiri.. Mudahkan? 

Hotel Terbaik di Cherating Yang Hampir Dengan Tempat Menarik Di Bagasi.my


Orite, kali ni aku nak share dengan korang hotel terbaik yang ada di Cherating yang boleh korang pilih untuk percutian tepi pantai dengan keluarga atau rakan-rakan korang.. Dari hasil pembacaan aku di Bagasi.my memang terdapat banyak hotel yang best-best di Cherating.. Lagi menarik, di Bagasi.my mereka bukan sahaja berkongsikan tentang hotel semata-mata malah mereka turut kongsikan senarai hotel di Cherating yang menawarkan lokasi strategik dan terletak berhampiran dengan tempat-tempat menarik di sekitar Cherating, Kuantan dan Bandar Kemaman.

Hotel-hotel yang mereka kongsikan juga ada menawarkan pelbagai kemudahan yang dapat memberikan keselesaan kepada kita sepanjang penginapan dan memuaskan hati dengan harga yang berbaloi-baloi.. 

Jangan tak tahu ye, review di Bagasi.my adalah yang terpilih dan terbaik sahaja.. So, tak perlu nak ragui tentang ketepatan maklumat dan juga harga hotel tersebut.. Ok, kalau ada yang plan nak bercuti ke Cherating, korang boleh semak 17 Hotel Terbaik Di Cherating Dengan Lokasi Strategik Yang Hampir Dengan Tempat Menarik..

Booking Hotel Dengan Mudah Di Bagasi.my


Kalau nak booking hotel di Bagasi.my ni memang sangat mudah.. Korang hanya perlu klik kotak "Selanjutnya di Booking.com" seperti gambar kat atas ni.. Korang akan dibawa ke laman web Booking.com untuk tempahan tiket.. Oh ye, di Bagasi.my korang akan buat tempahan hotel sama ada melalui laman web Booking.com, Agoda.com ataupun Tripadvisor.com.my.. Sekiranya mereka rekomen Booking.com, itu bermakna harganya lebih berbaloi-baloi.. Jadi, korang dah tak perlu nak bersusah payah untuk bandingkan harga di banyak laman web..

Nampak tak pada gambar di atas, terdapat review tentang tempat menarik yang ada kawasan berhampiran dengan hotel.. Jadi, ia memudahkan korang plan perjalanan percutian korang dengan aktiviti melawat tempat menarik.. Seronok weh, sambil bercuti sambil kenali tempat-tempat menarik disekitarnya.. 

17 Hotel Terbaik Di Cherating Dengan Lokasi Strategik Yang Hampir Dengan Tempat Menarik


Cherating sememangnya menjanjikan pengalaman percutian yang menenang dan menghiburkan hati. Kalau kesana, pasti hilang segala stress dan sekaligus dapat melupakan seketika kesibukan rutin harian.. Kalau ada yang belum pernah sampai ke Cherating, aku cadangkan korang ke sana menikmati percutian di tepi pantai yang menyeronokkan.. Untuk pemilihan tempat penginapan, korang tak perlu risau sebabnya terdapat 17 hotel terbaik di sana.. Antaranya :-
  • Holiday Villa Beach Resort Cherating
  • Eastana Cherating Beach Resort
  • Royale Chulan Cherating
  • LaVilla By Holiday Villa Cherating
  • Villa Teja
  • The Kasturi
  • Sanctuary Resort - Apartment Hotel
  • Club Med Cherating
  • Samsuria Beach Resort & Residences
  • Hotel Kemaman Sand
  • Legend Cherating Beach Resort
  • Cherating Bayview Resort
  • Impiana Resort Cherating
  • Lis Na Ree Resort
  • Residence Inn Cherating
  • eRYA by Suria Cherating Resort
  • Casa Titik

Banyak gile kot pilihan hotel di Cherating.. Pilih sahaja yang mana berkenan dan kena dengan bajet korang.. Pastinya setiap tempat menginap di Cherating ini menjanjikan yang terbaik buat korang.. Jadi, jangan lupa ye buat tempahan hotel sekarang dan dapatkan kadar harga terkini bagi hotel pilihan korang di Booking.com, Agoda.com ataupun Tripadvisor.com.my.

So, next trip aku pasti akan ke Cherating bersama family.. Cumanya kena tau bajet terlebih dahulu dan baru boleh book hotel di Bagasi.my.. Wahh mudahnya kerja aku.. Tak perlu lagi nak survey merata tempat hanya di https://bagasi.my/ sahaja sudah memadai.. Jom pakat bercuti di Cherating!!


Read More

Flight to Kuala Lumpur Y’alll

Monday, February 18, 2019

9 comments
Flight to Kuala Lumpur Y’alll  |  Hi guys, korang buat apa je tu? Ada rasa nak keluar bercuti dengan kawan-kawan atau keluarga tak? Mesti seronok kan kalau dapat keluar bercuti dekat tempat yang best-best. Tak kisahlah tempat yang korang pergi tu dalam negara je ataupun luar negara. Tapi apa yang paling penting, apabila kita pergi bercuti kita dapat buang rasa stress dalam diri kita tu.. Betul tak? Kita mesti akan enjoy dan tempat yang kita pergi tu mesti akan berikan kita kenangan yang menyeronokkan dan pasti akan kita ingat sampai bila-bila. Aku yakin, korang juga mesti ada tempat yang korang suka kan contohnya, ada orang suka pergi bercuti dekat tempat yang ada pantai, bercuti dekat bandar yang cantik dan banyak lagi tempat yang menarik. Bercuti ni adalah salah satu cara nak reward diri korang and bercuti juga boleh membuatkan korang ada perspective baru dari pelbagai pengalaman yang korang lalui.

foto : google
Bila korang travel ni tak kisahlah korang naik bas ke, keretapi ke ataupun kapal terbang. Benda yang paling wajib korang kena ada, adalah tiket. Kalau takda tiket transportation yang korang nak naik nanti, confirm korang tak boleh pergi. Contohlah korang ambil kapal terbang sebagai korang punya transportation untuk travel. Jadi, cara korang nak dapatkan tiket, ada dua cara. Satu, korang boleh dapatkan tiket di kaunter tiket di airport. Dua, korang boleh access secara online. Yang pastinya, beli secara online adalah lebih mudah dan cepat. Ini tak bermakna yang cara pertama itu tak membantu, cumanya cara ni akan ambil masa yang agak lama kerana korang kena pergi ke airport lepas tu tanya dengan lebih details. Apa yang bezanya dengan beli online adalah korang boleh dapatkan tiket hanya dari rumah dan semua yang korang nak tahu semua dah ada dekat situ.

foto : google

Bila korang guna kapal terbang, benda yang korang kena consider adalah, syarikat penerbangan mana yang patut korang pilih. Bagi pendapat aku, korang boleh cuba Scoot Airline. Scoot Airline juga ada provide servis online melalui website dorang dimana korang boleh book scoot flight dekat website dorang je. Zaman sekarang ni semua urusan guna online servis. Nak pergi ke website airline ni senang je sebenarnya, korang cuma perlu buka google then tulis scoot airline. Link first yang keluar tu, korang klik and korang akan nampak website scoot airline. Dari sini korang boleh nampak ada satu section yang korang boleh booking tiket terus. Cara nak booking pun senang je uollsss, korang cuma masukkan tarikh bila korang nak bertolak dan bila korang nak balik, tempat korang nak pergi and last sekali berapa orang passenger yang akan ikut serta.


Korang boleh travel guna airline ni untuk ke Kuala Lumpur. Jadi bila korang buka website scoot airline tu, dekat bahagian destination korang boleh search flights to Kuala Lumpur. Lepas tu, jangan lupa masukkan tarikh korang nak bertolak and bila korang nak balik. Proses yang korang kena buat adalah sama yang macam ditulis seperti yang diatas. Tak lupa juga nak ingatkan yang kalau korang bernasib baik and kena pada waktunya, korang boleh dapat harga yang lebih murah sebab scoot airline ni selalu jugak buat promotion. Jadi korang kena alert lah and manalah tahu, korang boleh dapatkan tiket yang jauh lebih murah. 

foto : google

Usually, bila korang beli tiket flight ke Kuala Lumpur, korang akan mendarat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).  Airport ni juga ada provide korang shopping mall dimana korang boleh beli belah macam-macam benda dekat situ. One more thing, dekat situ juga ada satu tempat nama ‘duty-free zone’ dimana korang boleh dapatkan barang tanpa cukai. Obviously harga barang dekat situ akan lebih murah dari biasa.

foto : google

Selain dari tempah tiket, kalau korang nak cari tempat untuk berehat, dengan website ni jugak korang boleh tempah hotel sekali. Cool kan? Korang boleh tempah dua benda dalam satu masa. And lagi satu korang dah tak payah nak serabut-rabut nak cari bilik dah bila korang dah sampai tempat yang korang tuju tu. Jangan lupa dapatkan tiket korang and rancang percutian korang dengan baik!


Read More