Lirik Lagu Pasrah - Damia


Lirik Lagu Pasrah - Damia  |  Aku sendiri sebenarnya tak sedar pun lagu ni wujud dan dah #01 trending di youtube.. Sedangkan selama ni aku mengikuti pekembangan Apak Khalifah.. Mungkin terlalu fokus dan risau dengan dunia hari ini tentang Covid-19 sehingga tak tahu dah perkara lain yang terjadi di sekeliling.. Setiap hari, hanya mengikuti perkembangan tentang virus merbahaya ni aje..

Lirik Lagu Pasrah nyanyian Damia

Sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) ni, memang aku sepanjang masa berada di rumah menyahut seruan PM kita #JustStayAtHome so kita duduk aje dirumah.. PKP ni pun dah dilanjutkan lagi dari 18 Mac - 31 Mac ke 01 April - 14 April... Ada sebab perintah ini dikeluarkan.. Ia bertujuan untuk memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 ni.. Selagi korang bersepah dekat luar, ia sukar untuk dibendung dan semakin menular.. Jadi, tolonglah sama-sama fikirkan dan ikut arahan yang diberi dari masa ke semasa ye.. Jangan pentingkan diri sendiri! Kesiankanlah Frontliners yang sedang bertungkus lumus 24jam bertugas untuk atasi masalah ini.. 

Oklah, sesambil mengikuti perkembangan semasa Covid-19 ni, jom kita layan lagu Pasrah dari Damia ni.. Best jugak lagu ni.. Aku suka..




LIRIK LAGU PASRAH - DAMIA

*****

Berapa lama harusku menderita
Sedangkan engkau disirami bahagia
Sukarnya untukmu setia padaku

Mudahnya engkau melupakan semua
Semua janji waktu kita bersama
Tibalah masanya aku mengalah

Puisi indah kini tinggal kenangan
Ikatan cinta yang penuh kedukaan
Sayunya hatiku melepaskanmu
Berat bagiku untuk melupakanmu
Apakan daya takkanku nak merayu
Inilah masanya ku nokhtahkannya

Aku berserah
Jika ditakdir untuk tidak bersama
Kerana ku mahu dirimu bahagia
Bersama dirinya

Dan aku pasrah
Jika diriku untuk tidak bahagia
Pergilah kau sayangku
Pergilah kau kasihku bersamanya

*****

#StayAtHome #DudukRumah


QuickEdit
Lea Azleeya
0 Comments

No comments:

Post a Comment

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)