Tampil Lebih Muda dan Cerah Berseri Dengan SAFI Youth Radiance


Tampil Lebih Muda dan Cerah Berseri Dengan SAFI Youth Radiance | Yang tak cantik, nak cantik.. Yang dah cantik pun, masih nak lagi lagi lagi cantik.. Betul tak kaum hawa? Hehe.. Biasalah wanita ni tak dapat berpisah dengan cantik tu.. Ibarat kembar dah.. Hiks.. Orite, kali ni nak kenalkan dekat korang produk terbaru SAFI iaitu SAFI Youth Radiance.. Aku sendiri dah try produk ni.. Macam biasa produk SAFI memang serasi dengan kulit aku sejak dulu lagi.. Cumanya aku ni aje yang suka bertukar-tukar produk sebab perasaan ingin mencuba tu terlalu tinggi.. Haha.. Tapi serius, produk terbaru SAFI kali ni memang thorbahek!!

Tampil Lebih Muda dan Cerah Berseri Dengan SAFI Youth Radiance

SAFI memperkenalkan SAFI YOUTH RADIANCE jenama rangkaian produk anti-penuaan pertama yang menggabungkan teknologi Saffron Gold dengan kombinasi manfaat ekstrak herba mewah Saffron, Nano Gold, Beetox dan Lipo Vit-C di dalam produknya.

Rangkaian inovasi kecantikan terbaharu dari SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaaan kulit muka oleh SAFI Research Institute, makmal produk penjagaan kulit Halal terbesar di dunia, yang beroperasi di Malaysia. Rangkaian produk ini diuji secara dermatologi, bebas minyak mineral, bebas alkohol, bebas paraben dan tidak diuji keatas haiwan..

Tampil Lebih Muda dan Cerah Berseri Dengan SAFI Youth Radiance

SAFI Youth Radiance menawarkan dua jenis produk iaitu SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence dengan Nano Gold 24K dan Saffron serta SAFI Youth Radiance Serum Infused Moisturiser dengan Nano Gold 24K dan saffron. Setiap satu produk berfungsi melawan masalah penuaan kulit dari faktor luaran, mengurangkan garis halus, mengecilkan pori serta mengekalkan kelembapan kulit sekaligus mengekalkan keremajaan kulit agar cerah berseri.

1.  SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence

Tampil Lebih Muda dan Cerah Berseri Dengan SAFI Youth Radiance

SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence dengan Nano Gold 24K diperhebat dengan manfaat nutrisi mewah ekstrak saffron, Beetox dan Lipo Vit-C. Formulasi berasaskan air  SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence diperhebat dengan Asid Hialuronik yang mengunci lembapan dengan lebih mendalam. Oleh yang demikian ia mampu mempertingkatkan kadar kandungan air di dalam kulit sekaligus mengembalikan keanjalan kulit muka anda.

Tampil Lebih Muda dan Cerah Berseri Dengan SAFI Youth Radiance

Produk 2 dalam 1 ini memberikan penghidratan segera, menghaluskan pori serta membantu untuk menyerap manfaat produk yang seterusnya dengan lebih baik. Diperkaya dengan teknologi Saffron Gold, SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence membantu mencegah masalah penuaan luaran dari dalam lapisan kulit, membaiki struktur kulit dengan mencerahkan kulit sekaligus melambatkan proses penuaan.

Ia mengandungi kombinasi nutrisi ramuan mewah kecantikan kulit seperti :-
  • Ekstrak Saffron - Memperbaiki dan mencerahkan kulit wajah
  • Lipo Vit-C - Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan pencemaran
  • Hialuronik Asid - Menghidrat dan mengunci kelembapan kulit sehingga 24 jam
*Produk ini diuji secara dermatologi

Tampil Lebih Muda dan Cerah Berseri Dengan SAFI Youth Radiance

Cara Guna
  • Tuangkan dengan kadar yang mencukupi ke telapak tangan
  • Sapu dan ratakan produk di wajah anda
  • Urut lembut dengan hujung jari secara bulatan sehingga meresap sempurna
  • Untuk hasil optimum, gunakan produk bersama SAFI Youth Radiance Serum Infused Moisturiser
Harga : RM 55.90 (100ML)

2.  SAFI Youth Radiance Serum Infused Moisturiser

Tampil Lebih Muda dan Cerah Berseri Dengan SAFI Youth Radiance

SAFI Youth Radiance Serum Infused Moisturiser dengan Nano Gold 24K & Saffron diperhebat dengan manfaat nutrisi ekstrak Saffron, Beetox dan Lipo Vit-C. Dirumuskan untuk menjadi ringan, tidak melekit dan tidak berminyak untuk penyerapan cepat ke dalam kulit.  

Serum menyerap lebih mendalam untuk merawat dan melembapkan kulit anda dalam satu aplikasi. Gel krim bertukar menjadi butiran serum kristal saat diaplikasi memberikan anda kulit lembut, licin dan lembap.

Tampil Lebih Muda dan Cerah Berseri Dengan SAFI Youth Radiance

Ia mengandungi kombinasi nutrisi ramuan mewah kecantikan kulit seperti :-
  • Ekstrak Saffron - Mengurangkan kadar keterlihatan kedutan pada wajah dan menyuburkan lapisan epidermis kulit wajah
  • Lipo Vit-C - Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan pencemaran
  • Vita-B3 - Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata mengurangkan garisan halus dan kulit kusam
*Produk ini diuji secara dermatologi

Tampil Lebih Muda dan Cerah Berseri Dengan SAFI Youth Radiance

SAFI Youth Radiance Serum Infused Moisturiser telah terbukti :-
  • 67% peningkatan kadar keanjalan kulit yang lebih baik 
  • 75% peningkatan kadar pencerahan kulit 
  • Berdasarkan ujian klinikal, dengan penggunaan rangkaian SAFI Youth Radiance secara berterusan
Tampil Lebih Muda dan Cerah Berseri Dengan SAFI Youth Radiance

Cara Guna
  • Sapukan produk diwajah dan leher
  • Urut lembut dengan cara bulatan sehingga bertukar menjadi titisan air.
  • Teruskan mengurut dengan lembut sehingga meresap sempurna.
  • Untuk hasil optimum, gunakan produk ini bersama SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence
Harga : RM 55.90 (40g)

Rangkaian SAFI Youth Radiance boleh didapati di Watsons, Guardian dan AEON Wellness seluruh negara. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, sila layari laman sesawang rasmi SAFI di www.safi.com.my, laman Facebook rasmi SAFI di www.facebook.com/SAFI.MY dan laman instagram rasmi SAFI di www.instagram.com/SAFIMalaysia


QuickEdit
Lea Azleeya
3 Comments

3 comments:

  1. produk yang diyakini, semakin cantik je packaging safi ni haha ni buat sha geram nk beli

    ReplyDelete
  2. Kak Sue pun tengah cuba Safi yang nie.. memang best..

    ReplyDelete
  3. Packaging cantik.. buat gift ohsem nie..

    ReplyDelete

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)