Top Social

Safi Shayla Botanical Silk Syampu Terbaik Untuk Wanita Bertudung

Friday, March 27, 2020
Safi Shayla Botanical Silk Syampu Terbaik Untuk Wanita Bertudung  |  Bulan lepas aku tersalah beli syampu.. Bukan tersalah sebenarnya tetapi lebih kepada mengada-ngada nak tukar syampu lain.. Akibatnya, rambut jadi kejung dan susah nak urus.. Amek ko gedik sangat kan.. Haha!! Dah jadi gitu, pergilah cari balik syampu asal yang biasa pakai.. Aku memang pengguna setia syampu Safi Shayla.. Lagi pula apa yang bestnya Safi Shayla ni, ia mempunyai banyak variasi.. Itu yang bestnya.. Now, aku cuba pulak keluaran terbaru dari Safi Malaysia iaitu Safi Shayla Botanical Silk syampu terbaik untuk wanita bertudung macam aku ni.. Hehe..


Safi Shayla Botanical Silk Syampu Terbaik Untuk Wanita Bertudung

Wahai kaum hawa, korang titik berat tak perihal penjagaan rambut ni? Penting tau penjagaan rambut bagi wanita bertudung ni.. Sebaiknya, kitalah yang perlu lebih prihatin tentang penjagaan rambut kita.. Kot la ada yang beranggapan, buat apa jaga sangat, bukan orang tengok pun! Huiii, jangan ada rasa camtu ye.. Kelak, korang jugak tanggung masalahnya.. Masalah apa? Haa masalah rambut berbau, berkelemumur, rambut berbuah, rosak dan paling kritikal rambut gugur.. Bab rambut berbau ni sangat memalukan tau.. Nak duduk tepi orang pun rasa segan.. Serius weh! So, jagalah rambut korang.. Nak yang terbaik, gunalah syampu Safi Shayla Botanical Silk cam aku guna ni.. Memang thorbahek baq hang!!


Masa mula-mula aku tengok syampu ni, tertarik dengan packagingnya yang berwarna hijau cantik.. Nampak eksklusif.. Lagi menarik semasa menggunakannya.. Bau dia masyaallah wanginyaaaaa.. Serius aku jatuh cinta dengan bau syampu keluaran Safi kali ni.. Sangat wangi dan menyegarkan.. Rasa nak syampu rambut hari-hari jerk.. Haha!! Oh ya, untuk Safi Shayla Botanical Silk ni didatangkan dalam 3 jenis iaitu :-
  • Silky Sheen Care
  • Intense Nourishment
  • Hair Fall Rescue
Apa yang bestnya dengan syampu ni ye? Moh le aku cite sikit kat korang..

Kenapa Memilih Safi Shayla Botanical Silk?


Aku pilih Safi Shayla Botanical Silk sebabnya syampu ni banyak keistimewaannya.. Yang paling aku suka ofkoslah bau dia yang wangiii sangat tu.. Serius memang wangi sangat terutamanya Silky Sheen Care... Memang aku suka gile bau dia.. Tahan 48 jam tau.. Bukan sekejap-sekejap je dia punya bau.. Tambahan pulak aku ni jenis yang sekejap dok dalam aircond kejap kerja kat luar.. Sekarang pulak musim panas.. Cepat jerk berpeluh.. Bukan badan je berpeluh, kepala pun boleh berpeluh kalau camni.. Nasib baiklah ada syampu Safi Botanical Silk ni, tak la berbau rambut aku.. Menten harum uollsss.. Hehe

Bukan takat wangi je tau apa yang best lagi, lepas guna Safi Botanical Silk ni rambut jadi ringan sangat dan lembut mudah diurus.. Tak de la kejung jerk cam sebelum ni.. Selalu pun kalau aku tukar syampu lain, lastnya aku akan kembali kepada syampu Safi Shayla jugak.. Aku dah kene akur yang Safi Shayla ni brand feberet aku.. Kini dan selamanya gittchewww!!

Keistimewaan Safi Shayla Botanical Silk


Banyak kelebihan dan keistimewaannya Safi Shayla Botanical Silk ni tau antaranya yang paling utama adalah wangiannya kekal sehingga 48 jam.. Ia juga selamat digunakan kerana diformulasikan dengan 100% botanical aktif dan tanpa paraben.. Selain itu, syampu ni juga no colorant, alcohol, SLS, DEA and no animal testing.. Tu dia, cakap omputeh.. haha!!

Safi Shayla Botanical Silk ni juga mempunyai campuran Sutera Botanical dengan Lipid Layer Enhancer yang dapat membantu mengekalkan kelembapan sambil menguatkan dan memulihkan rambut untuk kembali bersinar, halus dan lembut mudah diurus.. Antara bahan-bahan utama yang terkandung dalam syampu ni adalah :-


💕 Organik Habbatus Sauda

Kaya dengan sumber nutrien yang dapat melindungi dan menyuburkan kulit kepala..

💕 Minyak Argan

Menjadikan rambut lebih lembut bak sutera, lebih mudah diurus dan membuatkan rambut lebih bersinar, sihat dan cantik.

💕 Rose Oil

Dapat mengembalikan kelembapan dan lipid semulajadi untuk rambut kusam dan tidak terurus menjadikan rambut lebih bersinar dan halus..

💕 Charmomile Oil

Sangat bagus untuk mengatasi masalah rambut rapuh disamping menyihat dan menguatkan rambut..

💕 Sunflower Oil

Kebanyakan jenama syampu menggunakan minyak bunga matahari sebagai bahan utamanya termasuklah Safi Shayla ini.. Ia sangat bermanfaat untuk rambut yang kering dan kusam..


Dapatkan Safi Botanical Silk Untuk Rambut Lebih Sihat dan Wangi


Konfiden diri aku naik satu tahap lagi lepas guna Safi Shayla Botanical Silk ni.. Haha!! Mane tak nya, hari-hari yang aku lalui kini penuh dengan bau wangiiii.. Hiks.. Sepanjang masa boleh senyum kalau macam gini.. Korang tak nak cuba ke? Kot tersampuk penyakit senyum cam aku ni.. Haha!! Lagi pun untuk tau pakai Safi Botanical Silk ni sebabnya botol dia besau bapak weh.. Memang tahan lama la.. Silap-silap boleh tahan sampai 2 bulan tu... Harga pun tak mahal mana.. 

Kalau korang nak cuba syampu owsemnesss ni, korang boleh dapatkan di hypermarket, farmasi atau untuk belian secara online boleh terjah laman web Shopee, Lazada dan Watsons... Mudahkan..! So, apa tunggu lagi tu, moh la dapatkan Safi Shayla Botanical Silk Shampoo ni sekarang jugak!!


3 comments on "Safi Shayla Botanical Silk Syampu Terbaik Untuk Wanita Bertudung"
  1. memang best. mek pun dah cuba shampoo safi shayla botanical silk ni. puas hati sebab rambut tak bau kepam dah bila seharian bertudung.

    ReplyDelete
  2. nampak best dan menarik untuk dicuba..

    ReplyDelete