Review Novel | Nota 3 by Shaz Johar


Nota 3 by Shaz Johar  |  Lepas habis Nota 2, terus sambung Nota 3 sebabnya cerita ni bersambung-sambung dan nak tahu kesudahan ceritanya secepat mungkin.. Walaupun pada awalnya aku rasa novel Shaz Johar ni boleh membuatkan aku gila, tapi aku tetap juga gagah untuk habiskannya.. Setiap episod memberi tekanan perasaan kepada aku.. Haha.. Dasyat betul penangan novel Nota ni kan.. Bagaimana pula dengan Nota 3? Boleh gila ke tak? Haha..

Review Novel Nota 3 by Shaz Johar


Kalau buku yang menarik, memang boleh habis cepat.. Nota 3, aku ambil masa 3 hari untuk khatam.. Itu pun nyaris-nyaris nak masuk 4 hari sebab aku dah hampir jadi gila.. Haha.. Serius buku yang Nota yang ke-3 ni membuatkan aku lebih tertekan dengan jalan ceritanya... 

Cover depan macam biasa memang bergaya dan masih sama rupanya kecuali warnanya sahaja berlatarbelakangkan warna biru... 

Tajuk : Nota 3
Penulis : Shaz Johar
Muka Surat : 300
Penerbit : Buku Fixi Sdn. Bhd.
Tahun Terbitan : April 2017


Sinopsis Nota 3

Review Novel Nota 3 by Shaz Johar

"Aku nak bagi story bagus kat kau ni.. Memang ada orang yang cuba nak bunuh aku. Aku ada dapat surat. Macam notis. Macam Nota. Macam ni ha.." - Amri Adnan


Kali ini Ray disogokkan pula dengan beberapa siri nota yang diterima oleh musuh tradisinya untuk dijadikan nocel. Setiap satu nota itu mengandungi 117 patah perkataan dan kesemuanya berupa ancaman bunuh. Akibat rasa ingin tahu siapa pengirim dan apa kaitan angka 117 pada nota-nota itu, dia bersetuju untuk mencari jawapannya.

Dalam penceriannya itu, dia menelusuri dua jalur yang berbeza. Antara memaafkan dendam lampaunya atau terus berperang dengan perasaannya sendiri.


Review Nota 3

Review Novel Nota 3 by Shaz Johar

Nota 3 lebih memberikan aku tekanan.. Jalan ceritanya agak berat untuk aku fikirkan dan selusuri.. Tapi dek kerana dah baca Nota sebelum ni, aku gagahkan jugak untuk habiskan episod Nota ni.. Aku nak tahu kesudahannya.. 

Aku rasa inilah buku yang paling gila yang pernah aku baca.. Starting cite dah buat aku kecut perut dengan nota yang si Amri Adnan terima dari seseorang.. Nota ugutan bunuh.. Dek kerana si Ray ni dah ada pengalaman ngan nota sebelum ni dan dapat selesaikan kes sebelum ni, si Amri Adnan ni lebih percaya Ray selesaikan masalah dia berbanding pihak polis.. Hoh!! Pada awalnya si Ray ni tak nak amek tau pun.. Lastnya dia terjebak jugak untuk jawapannya..

Keadaan tenang sikit bila Ray dapat offer ke india untuk mewakili penerbit kesayangan dalam mesyuarat di sana.. Kembali tak tenang bila dia terserempak dengan Rekha yang disangkanya Dina.. Walhal Dina dalam penjara.. Bila disiasat, rupanya Rekha masih hidup dan lari dari kehidupan sebenar dia dengan berhijrah ke India..Ada cerita disebalik penemuan mereka berdua menjadikan cerita ini lebih comlicated dan agak menggilakan..

Dah balik dari India, berkonflik pulak dengan nota yang Amri Adnan terima.. Dari satu nota ke satu nota.. Kesemua nota yang diterima, mengandungi 117 patah perkataan.. Ada misteri di sebalik nombor itu yang Ray sendiri tidak perasan sehinggalah terjadinya pembunuhan.. Amri Adnan kena bunuh!! Depan rumah Ray!! Yang bernombor 117!! Hoho.. Itu klunya dari nombor tersebut.. 

Pelbagai plot menarik lagi dalam Nota 3 ni.. Bertwist-twist ceritanya sehingga buat aku stress baca buku ni.. Serius, aku stress untuk hadam novel ni.. Tapi jalan cerita dia best jerk.. Cuma aku je tak boleh nak hadap cerita yang agak sarat dan berselirat ni.. Last sekali barulah tau angkara siapa, plan siapa, apa puncanya dan siapa yang GILA!! haha.. Korang nak tau, kena baca sendiri ye.. Hadam ketiga-tiga novel Nota ni.. Serius boleh gila cam watak dalam novel ni.. Bukan senang nak hayati watak orang gila sesambil nyaris-nyaris jadi gila.. Haha..

Rating & Cadangan

Review Novel Nota 3 by Shaz Johar

Rating : 🌟 🌟 🌟 1/2

3  1/2 bintang aku bagi kat novel Nota 3 ni.. Kenapa? Haa sebab penulis dah buat aku separuh gila baca novel ni.. Betapa struggle nye aku untuk habiskan Nota 3 ni dengan perasaan yang bercampur baur dek kerana jalan cerita yang agak mencabar untuk difahami.. Kena fokus betul-betul baru boleh faham dan dapat kaitkan dengan cerita yang terdahulu..

Kejap cerita dia camtu, pastu camni pulak sebab watak dalam ni banyak mengeluarkan cerita yang direka kepada watak yang lain.. Jadinya aku kena hadam lagi satu lagi cerita betul yang diceritakan pada akhir ceritanya.. Perghhh memang struggle weh..

Apa-apa pun, aku ucapkan tahniah pada penulis sebab ada idea untuk menulis cerita yang sebegini dengan plot cerita yang berpusing-pusing tapi menarik diakhirnya.. Moga penulis terus maju jaya dengan karya yang lebih owsemnessss!!



QuickEdit
Lea Azleeya
1 Comments

1 comment:

  1. struggle juga nak habiskan buku ni, cerita dia lebih complicated compare dengan buku sebelum ni.

    ReplyDelete

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)