Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah


Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah  |  Nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung dua minggu lagi dari 15 April hingga 28 April 2020.. Moga semua ini dapat berakhir dengan cepat dan kembali pulih seperti biasa.. Sepanjang PKP ni rasanya dah bermacam bende aku masak.. Cumanya malas nak up dekat blog ni.. Sampaikan dah tak tahu nak masak apa weh.. Haha.. Hari ni agak rajin sikit menggulai.. Rini aku masak Gulai Kuning Ikan Kembung.. Lama dah tak makan gulai kuning ni.. So kita masak sampai jadi.. Hehe

Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah


Sorry la ye, gambar tak cantik.. Malas nak hias-hias sebab hari ni agak keletihan dok mengemas rumah.. Satu rumah aku kemas hari ni.. Bilik ari jerk belum cuci.. Esok pulak.. Dah siap mengemas dan segalanya selesai, barulah aku nikmati gulai kuning ikan kembung aku ni.. Alhamdulillah masih menjadi walaupun dah lama tak masak lauk kegemaran ni.. Cakap je lauk kegemaran, tapi jejarang jerk masak lauk ni.. Kehkehkeh... Jom tengok resepi ringkas aku..

Oh, eceli masak kali ni memang tak cukup bahan pun... Timun tak de, lada hijau beso pun tak de nak masukkan dalam gulai.. So, kosong jerk la ye.. Tapi serius sedap dimakan walaupun nampak kosong.. Ahakz..

Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah

Bahan-Bahan Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung

  • 4 @ 5 ekor Ikan Kembung
  • 4 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 2 biji cili api (ikut kesesuaian kepedasan sendiri)*
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 1 kotak santan (200ml)
  • 2 cawan air (aku guna cawan kecik jerk)
  • 1 keping asam keping
  • Sedikit garam, gula dan serbuk perasa
Cara-Cara Menyediakan Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung
  • Tumbuk lumat bahan yang bertanda *... Nak kisar pun boleh.. Ikut selesa masing-masing.. Kalau tak nak pedas, kurangkan cili api atau tak yah masukkan terus pun tak pe.. Terpulanglah.. Cam aku, lebih suka ada rasa pedas-pedas sikit..
  • Masukkan bahan tumbuk tadi bersama santan, cir, cili kisar dan asam keping ke dalam periuk... Nyalakan api dan masak dengan api yang sederhana sehingga mendidih..
  • Setelah gulai dah mendidih, masukkan ikan kembung bersama timun atau lada besar hijau (kalau ada).. 
  • Biarkan masak selama 10-15 minit dan masukkan garam, gula dan serbuk perasa.. Sesuaikan rasa.. Dah mendidih dan masak, bolehlah dihidangkan.. 

Selamat mencuba..!



QuickEdit
Lea Azleeya
1 Comments

1 comment:

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)