Review Novel | Sanctuaria by Shaz Johar


Sanctuaria by Shaz Johar  |  Dah kenape asyik buku Shaz Johar jerk yang aku layan ni? Haha.. Sebenarnya buku Shaz Johar ni ada beberapa buah dalam simpanan aku... Bila mood membaca tu datang balik time Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, makanya aku tertarik nak baca buku hasil tulisan beliau dulu.. Bermula dengan novel NOTA, NOTA 2, NOTA 3 dan sekarang aku dah habiskan juga novel fixi Sanctuaria ni juga karya dari Shaz Johar... Memang aku suka penulisan beliau.. Sebab itulah aku melekat dengan novel beliau.. Hehe..

Review Novel Sanctuaria by Shaz Johar


Untuk novel Sanctuaria ni, firstime aku tengok cover buku ni, aku ingatkan darah.. Hehe.. Bila dah baca buku ni, barulah tau yang cover dia ni adalah air sirap limau.. Ahakz... Cover dia ni relate la dengan jalan ceritanya.. Sirap limau ni boleh dikatakan 'mastermind' dalam cerita novel ni.. Haha.. Gitu sekali kan kuasa sirap limau ni.. Hiks..

Tajuk : Sanctuaria
Penulis : Shaz Johar
Muka Surat : 297
Penerbit : Buku Fixi
Tahun Terbitan : April 2014

Sinopsis Sanctuaria

Review Novel Sanctuaria by Shaz Johar

"Satu kampung ni tau pasal tempat tu. Orang-orang kat situ buat ajaran sesat. Sembah patung, sembah api, minum air kaki orang, seks liar, hisap dadah, sumbang muhrim, macam-macam lagilah kerja setan yang dorang buat".

"Mana pakcik tau semua ni? Pakcik pernah pergi sana ke?"

"Tak."

SANCTUARIA (baca : sang-tu-a-ria) membuka misteri satu kelompok manusia yang ingin mencari pegangan hidup yang lebih baik di satu dunia yang baru. Hidup yang lebih bebas dan bertoleransi, Tiada agama yang mengekang dan melarang. Tiada bangsa yang menang. Semua hidup dalam satu ideologi yang sama. Semuanya satu : Satu Sanctuaria.


Review Sanctuaria

Review Novel Sanctuaria by Shaz Johar

Sanctuaria ni berbeza dengan novel Nota dimana Sanctuaria ni lebih tersusun jalan ceritanya.. Bergerak dengan jayanya tanpa perlu peningkan kepala fikir itu ini untuk lebih faham.. 

Cerita yang digarapkan oleh penulis adalah berkisarkan tentang ajaran sesat.. Bila baca buku ni, aku mula terfikir adakah setiap ajaran sesat itu kejadiannya seperti ini.. Huh agak menakutkan.. Eceli, Sanctuaria ni adalah nama sebuah tempat.. Tempat yang dibina oleh seorang ketua yang ingin menyebarkan ajaran sesat kononnya yang boleh membawa kebahagiaan kepada semua orang tanpa teringat dengan mana-mana agama sekali pun yang dianggapnya menyusahkan.. Bebas melakukan apa sahaja tanpa sekatan.. 

Dalam cerita ni ada beberapa watak penting..

Mus/Musli/Musliha - Nama panggilan banyak tapi orangnya sama je.. Berperwatakan tomboy dan sempat menipu orang kampung melekit tentang identiti yang sebenar.. Hehe.. Dia sebenarnya hilang ingatan selepas selamat melarikan diri dari Sanctuaria.. Dia tak ingat apa yang berlaku sebelumnya.. Yang dia ingat adalah namanya sahaja.. Ada sebab kenapa dia hilang ingatan..

Yang Arif - Nama Arif jerk.. Bila dah bajet-bajet jadi tuhan tu, soh orang panggil dia Yang Arif.. Huh.. Naik meluat pulak aku.. Eh, emosi lak.. Haaa inilah ketuanya.. Asalnya dia ni baik sebenarnya.. Bila dalam kehidupan dia dari kecik sampai ke beso, ada je dugaan buat dia sehinggakan dia rasa tak berguna dan orang tak suka dia, so, bermula dari situlah dia nekad selepas mendapat mimpi kononnya mendapat wahyu dari tuhan, dia nak bina satu tempat yang dianggapnya sebuah negara dia sendiri untuk menolong orang-orang yang susah dan tiada tujuan hidup untuk 'dihidupkan' balik hidupnya..  Bajet dia Perdana Menteri la kononnye.. Huh.. Nama pun macam panggilan untuk Hakim.. Haha.. 

Ok, malas dah aku nak ulas watak yang lain.. Dua watak ni cukup la kot.. Nak tahu kenapa Musliha hilang ingatan? Haa sebab sirap limau tu la.. Setiap pengikutnya akan diberi air sirap limau yang dicampur cendawan merah beracun setiap kali perhimpunan diadakan.. Pengikutnya akan lupa semua bende yang terjadi sebelumnya dan yang dia ingat cuma kehidupan dia dalam Sanctuaria jerk..

Seronok juga sekali sekala baca buku yang tak berapa mendatangkan stress ni.. Laju je baca dan laju je habis.. Cerita ni memang tersusun cantik.. Dari satu plot ke satu plot yang lain.. Ada perincian kenapa dan kenapa sehinggalah tamat cerita.. Di akhir cerita pun agak suspen jugak sebenarnya.. Berjaya ke perempuan thailand ni selamatkan diri.. Huhu.. 

Rating & Cadangan

Review Novel Sanctuaria by Shaz Johar

Rating : 🌟 🌟 🌟 1/2

Cerita Sanctuaria ni bagi aku best la jugak.. Walaupun isunya agak berat, tetapi jalan ceritanya tak memberatkan kepala aku untuk habiskan novel ni.. Dalam novel ni pelbagai rasa ada.. Suspen, takut, gerun, seriau, risau, sedih, kasih sayang dan bermacam lagi.. Bahasa yang digunakan pun santai-santai jerk.. 

So, buat penulis, moga dilimpahi lagi idea yang best-best untuk dijadikan sebuah novel yang lebih mantap selepas ini.. Aku masih mencari-cari novel tulisan Shaz Johar untuk dijadikan koleksi.. Tapi yang meletop jerk la reviewnya.. Biasa baca review kat Goodreads.. Haha..


QuickEdit
Lea Azleeya
4 Comments

4 comments:

  1. dulu rajin juga baca.. tapi skrng minat baca novel
    tah kemana.. minat baca benda lain pulak hehe..

    ReplyDelete
  2. Belum pernah baca lagi tulisan dari penulis Shaz Johar ni. Nampak menarik. Boleh cari la nanti novel ni. Tq

    ReplyDelete
  3. okay kenapa cover nampak menarik smcm? adakah sbb gmbr air haha

    ReplyDelete

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)