Berjalan Kaki Ke McDonalds Untuk Dapatkan Hello Kitty Carrier

Monday, December 23, 2019

Berjalan Kaki Ke McDonalds Untuk Dapatkan Hello Kitty Carrier  |  Punyalah lama dok peram entry Hello Kitty Carrier ni.. Almaklumlah hidup terlalu bizi sampaikan takde masa nak habiskan entry ni.. Sudahnya peram dulu.. Cerita dah lama viral, aku pulak baru jerk nak up kisahnya.. Tak kisahlah yang penting cerita disebalik untuk dapatkannya itu lagi penting berbanding viralnya Hello Kitty Carrier dari Mekdi ni beberapa bulan yang lepas.. Hiks..

Berjalan Kaki Ke McDonalds Untuk Dapatkan Hello Kitty Carrier

Alkisahnya, satu hari tu aku jadi pelik ramai beno yang up gambar dengan Hello Kitty Carrier ni kat facebook dan instagram terutama dikalangan blogger.. Aku ketinggalan sesuatu keh? Selepas disiasat, rupanya mcdonalds baru sahaja keluarkan Hello Kitty Carrier yang comel ni.. Wah, aku pantang ada bende yang comel-comel ni.. Mulalah nak dapatkannya.. Tambahan pula harganya hokeh-hokeh saje..

Berjalan Kaki Ke McDonalds Untuk Dapatkan Hello Kitty Carrier

Walaupun pada awalnya aku tak tahu menahu tentang fungsi carrier ni.. Untuk apa? Aku sendiri pun tak amek peduli.. Yang aku tahu carrier ni cute.. Haha.. Nak dapatkannye? Hurmm malas gile kot nak pergi mekdi.. Pulak tu balik kerja dah letih.. Sampai rumah memang susah dah nak keluar.. Nak dijadikan cerita, aku usha la #bffe aku ni ada dekat mana.. Kot la dia ada berhampiran dengan mekdi, leh la mintak tolong dia dapatkan hello kitty carrier ni kan.. Haha.. Mudah betul kerja aku kan.. Hiks..

Selepas di riki-riki, nampaknya nasib aku agak baik sebab #bffe aku ni berada diluar kawasan tetapi tempat dia menginap berdekatan dengan mekdi.. Haha.. Apa lagi yang ditunggu terus aje mintak dia belikan.. Hiks.. Bermulalah cerita, dia berjalan kaki pergi mekdi untuk dapatkan Hello Kitty Carrier.. Itu pun kebetulan dia nak beli makanan untuk makan malam.. So, sekali harung la dia beli mekdi untuk santapan malam dia.. Dah alang-alang, beli la terus carrier aku tu.. Hiks..

Berjalan Kaki Ke McDonalds Untuk Dapatkan Hello Kitty Carrier

Bila carrier ni dah berjaya dibeli, barulah rasa lega.. Biasalah, kalau benda rare camni memang sekejap jerk habis.. Bukan nak guna sangat pun, cuma nak buat kenang-kenangan jerk.. Hello Kitty kot.. Kalau kat luar ni harga meninggal tau.. Itu pun, lepas beberapa hari viral, terus je ada yang jual di shopee dengan harga yang tak masuk harga.. Giles bebes betul la.. Ada ke orang beli? Hurmm kalau peminat fanatik hello kitty, harus beli tu.. Nasib baik aku tak fanatik sangat.. haha!!

Berjalan Kaki Ke McDonalds Untuk Dapatkan Hello Kitty Carrier

Member dah balik dari outstation barulah carrier ni berada di tangan.. Lagi best, #bffe aku tu banje aku.. Haha.. Thankz la ye #bffe.. Sayang kam0 ketat-ketat.. Nanti leh banje agik.. Haha!! Bila dah dapat kat tangan tu barulah tau apa kegunaan bende alah ni.. Mudah jugak sebenarnya ada carrier ni dalam kereta.. Kot tempat letak air tak mencukupi kan, leh la tambah carrier ni.. Kalau beli mekdi tu, leh la letak kentang dan air dalam carrier ni.. Nice jugak kan.. Hiks.. 

Berjalan Kaki Ke McDonalds Untuk Dapatkan Hello Kitty Carrier

Berjalan Kaki Ke McDonalds Untuk Dapatkan Hello Kitty Carrier

Cara guna pun ada dipaparkan di belakang kotak.. Tengok ni barulah tahu kat mane nak letak.. Haha.. Pape pun, aku tak guna la kot carrier ni.. Aku simpan buat hiasan jerk la.. Hehe... Kenangan tu, #bffe jalan kaki kot ke mcdonalds untuk dapatkan hello kitty carrier ni.. Haha.. 


2 comments:

  1. Kak tak sempat beli pu. Huhu. Tapi rasanya kak pun sama, kalau beli takdanya nak guna. Sebab comel sangat. Haha

    ReplyDelete
  2. Pergh!! Comel.. Kalau dekat, sha pun nak beratur.. malangnya jauh.. Tengok jelah orang share.. hehehe.. Yang kelakarnya bila tengok orang up dekat shopee.. Kemain dia punya harga..

    ReplyDelete