Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik

Friday, March 20, 2020

Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik | Bukan senang tau nak cari skincare yang betul-betul sesuai dengan kulit kita kecualilah kulit kita ni jenis yang tak bermasalah dan boleh terima apa juga jenis skincare tanpa sebarang kesan.. Ada ke? Hehe.. Cam aku sendiri pun tak berani nak pakai sebarangan skincare sebabnya pernah tersalah pakai, habis berjerawat muka.. Lagi teruk muka jadi kering dan mengelupas.. Fuh, mimpi ngeri sangat!

Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik


Now, aku nak share dengan korang satu jenama skincare yang superb best gile iaitu Kitohana.. Perhh nama pun dah korea kowt.. Aku sekarang ni memang gilakan produk korea... Pantang ada yang baru, teruja jerk nak cuba.. Setakat ni, yang aku cuba semuanya sesuai dengan kulit aku sebabnya aku pastikan dulu produk tu betul-betul selamat barulah aku cuba.. Kalau awal-awal pakai pun dah rasa semacam memang aku akan stop terus.. Tapinya kebanyakan produk yang aku cuba adalah bebas dari bahan kimia berbahaya.. 

Kitohana Skincare Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik

Produk Kitohana ini diformulasikan tanpa Parabens, Phthalates, Formaldehyde, Sulfates (termasuk SLS dan SLES), Mineral Oil, Diethanolamine (DEA), Fragrance dan animal ingredients.. Produk ini dihasilkan daripada bahan-bahan yang selamat dan berkualiti mengikut garis panduan EWG (Environmental Working Group) sebagai guidlines untuk penjagaan kulit yang baik.

Kalau korang nak tahu produk Kitohana ni mengetengahkan pelbagai MOIST LI Cious bagi mengekalkan keseimbangan lembapan kulit secara optimum.. Set lengkap Kitohana menggabungkan penghidratan sepanjang hari dengan bahan semulajadi supaya kulit kelihatan lebih muda, segar dan selesa.. Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit yang sensitif.. Set lengkap Kitohana terdiri daripada 6 jenis produk iaitu :-
  • Foaming Cleanser
  • Aqua Gel Mask
  • Aqua Essence
  • Day Protector
  • Night Cream
  • O² Bubbly Mask
Aku suka packaging produk ni.. Bermula dari box dia sehinggalah packaging produk itu sendiri.. Bagi aku ia memberi daya penarik kepada yang melihat.. Sangat eksklusif.. Firstime tengok tu rasa sayang sangat nak bukak dan guna.. Hehe..


Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik

Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik

Di usia yang agak senja ni, kenalah cari skincare yang betul-betul boleh jaga muka kita dengan baik dan sentiasa memberi kelembapan pada kulit agar nampak sihat dan muda remaja gitchew!! Hehe.. Korang tau tak, penuaan kulit bermula pada usia 20-an tau... Sebaik sahaja usia mencapai 25 tahun, paras kolagen dalam badan kita ni akan berkurangan secara perlahan-lahan.. Inilah yang menyebabkan kulit kita kelihatan berkedut dan kendur.. Hakak dah senja dik, kena jaga kulit betul-betul supaya tak ketara sangat penuaan tu.. Haha.. Selain amek supplement, kene jugak guna skincare yang terbaik seperti Kitohana ni.. Barulah kulit sihat, muda dan cantik sentiasa.. Hah gitu!!

Untuk jaga kulit ni, antioksidan tu sangat penting seperti Vitamin C boleh membantu mengekalkan kulit muda dan sihat.. Samalah juga dengan produk Kitohana ni yang merangkumi semua kebaikan yang diperlukan untuk rejim penjagaan kulit kita.. Hah, sebab tu la selain supplement Vitamin C, aku juga menggunakan skincare Kitohana ni.. Lengkap untuk penjagaan kulit aku.. Hiks!!

Oh ya, sebelum aku bercerita lebih lanjut tentang produk Kitohana ni, aku nak bagi petua pada korang untuk dapatkan kulit yang cantik.. Moh ikuti 4 petua ni ye..
  • Kekalkan terhidrasi - Dehidrasi adalah penyebab kulit berkedut dan kusam.. Jadi, pastikan korang minum banyak air putih setiap hari untuk terus terhidrasi dan meningkatkan keanjalan kulit.
  • Dapatkan tidur yang cukup - Semasa tidur sel-sel kulit kita memperbaharui diri dan peningkatan pengeluaran kolagen serta membantu kulit kelihatan cantik, sihat dan muda
  • Manjakan kulit - Jangan lupa ye untuk menjaga dan memberi 'kasih sayang' kepada kulit kita.. Haha.. Luangkan masa untuk manjakan kulit kita agar ia sentiasa terjaga dengan baik..
  • Diet sihat - Selain ambil supplement, korang kena amalkan diet sihat supaya ia memberi kesan yang baik pada kulit. Ia bukanlah penyelesaian yang segera tetapi akan memberi kesan yang bermanfaat dimasa akan datang dan dalam jangka masa panjang.

Jom kenal produk Kitohana satu persatu..

1. Kitohana Foaming Cleanser

Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik


Perkara yang paling asas dalam penjagaan kulit muka adalah pencuci muka.. Apa-apa nak pakai pun kat muka, kena pastikan dulu muka bersih barulah kulit bebas dari sebarang masalah.. Sekurang-kurangnya cuci muka dua kali sehari untuk menghilangkan segala kotoran, sel kulit mati dan minyak di permukaan kulit.. 

Kitohana Foaming Cleanser ni bagus sangat tau.. Bersih sangat muka lepas cuci dengan foaming ni.. Foaming Cleanser dari Kitohana ni merupakan pembersih harian bebas sabun didatangkan dalam botol pump yang sangat mudah digunakan.. Ia membersih secara lembut dan memanjakan kulit dengan buih yang menyegarkan..

Foaming Cleanser ni dihasilkan daripada bahan semulajadi seperti ekstrak Centella, Minyak Biji Delima. Aloe Vera, Allantoin, Acid Hyaluronic dan Trehalose yang boleh meningkatkan kadar antioksida, melindungi kulit dari radikal bebas, dapat menenangkan dan menghidrat kulit.. Bagus tau pencuci muka dari Kitohana ni.. Ia dapat membersihkan minyak, solekan dan kekotoran sehingga ke dalam liang pori.. Lepas guna, muka rasa lembut, licin dan bersih sangat..

Cara Guna

Pam Kitohana Foaming Cleanser pada tangan yang telah dibasahkan.. Kemudian urut pada muka dan leher perlahan-lahan.. Bilas dengan air bersih.. Gunakan setiap pagi dan petang.. Untuk keputusan yang lebih baik, biarkan selama 3-5 minit sebelum dibilas..

2. Kitohana Aqua Gel Mask

Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik

Untuk treatment muka, lepas cuci muka aku akan pakai Aqua Gel Mask dari Kitohana ni pada hujung minggu... Aku suka sangat gel mask ni.. Bila pakai tu sejuk jerk muka.. Bau dia pun menyenangkan sangat.. Apa yang best sangat dengan Aqua Gel Mask ni adalah ia boleh melembapkan dan mencerahkan kulit.. 

Apa yang ada dalam Aqua Gel Mask ni? Haaa kalau korang nak tahu, gel mask ni mengandungi Asid Hyaluronik, Urea dan Sodium PCA dan Aloe Vera yang boleh mengekalkan kelembapan, menyihatkan, melindungi kulit, menghalang dehidrasi dan mengurangkan garis-garis halus. Kulit pun tak kusam lagik lepas guna gel mask ni.. Memang terbaik.. 

Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik

Cara Guna

Sapukan Aqua Gel Mask ke muka dan leher yang telah dibersihkan.. Biarkan selama 15-20 minit dan bilas dengan air bersih.. Gel mask ni mudah je kering.. Tak perlu nak tunggu berjam-jam.. Tu yang best.. 

3. Kitohana Aqua Essence

Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik

Toner dan Essence ni sama ke? Kalau korang nak tahu toner digunakan untuk mengimbangi paras pH kulit dan menghilangkan kekotoran yang tersisa pada kulit muka selepas pembersihan manakala essence pula digunakan dalam penjagaan kulit korea sebagai cara terbaik untuk rutin penjagaan kulit.. Sebenarnya kedua-duanya pun penting untuk kulit... Apa yang membezakan kedua-dua ni adalah essence teksturnya lebih pekat berbanding toner yang lebih cair dan mudah menyerap ke dalam kulit..

Bagi aku sendiri, aku dah jatuh cinta dengan Kitohana Aqua Essence ni sebabnya ia memberikan kelembutan dan menenangkan kulit aku.. Paling penting, ia boleh mengekalkan kelembapan kulit secara optimum dan menyampaikan nutrien penting kepada sel-sel kulit serta membaiki tisu kulit dan meningkatkan keanjalannya.. Ada lagi tau, ia juga membantu melambatkan kemunculan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis halus..

Kitohana Aqua Essence ni mengandungi Asid Hyaluronic, Aloe Vera, ekstrak bunga matrikaria dan derivatif ekstrak akar licorice dan minyak biji delima yang dapat menghidrat dengan optimum, menyembuh, melembut, melega dan memberi perlindungan kepada kulit.. Essence ni sangat ringan tau dan mudah menyerap ke dalam kulit.. Selain itu, ia dapat membantu menghasilkan kulit yang berseri, sihat dan segar..

Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik

Cara Guna

Titiskan beberapa titik di atas tangan ataupun guna kapas muka pun boleh.. Sapu perlahan-lahan pada muka dan leher setiap pagi dan petang selepas membersihkan muka dengan Kitohana Foaming Cleanser..

4. Kitohana Day Protector

Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik

Dah guna essence kenalah cover muka dengan krim protector pulak supaya kulit sentiasa terlindung dari cahaya matahari.. Day Protector ni bertindak sebagai pelembap yang boleh kembalikan seri pada kulit menjadikan kulit lebih muda untuk lebih lama.. Perghh terbaik weh!! Hehe

Kitohana Day Protector ni mengandungi natrium PCA dan asid hyaluronik yang menawarkan penghidratan yang bukan berminyak berfungsi sebagai pelembap semulajadi.. Ekstrak lidah buaya dan ekstrak matricaria pula dapat menenangkan dan menyembuhkan kulit semasa hydroxyacetophenone mengurangkan kemerahan dan menyegarkan kulit.. Selain itu, ia juga dirangsang dengan minyak biji delima dengan antioksidan untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat UV dan penuaan..

Aku suka day protector ni.. Serapannya sangat cepat dah tak melekit.. Teksturnya warna putih dan ringan jerk.. Pakai kat muka tak rasa tebal malah selesa..

Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik

Cara Guna

Guna pada waktu pagi lepas bersihkan muka dan pakai essence.. Sapu krim pada muka dan leher secara nipis.. 

5. Kitohana Night Cream

Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik

Bukan waktu siang jerk kena jaga muka ni tau.. Malam pun kena jugak ada perlindungannya.. Nak lagi ohsem, kenalah guna Night Cream dari Kitohana ni pada waktu malam.. Nama lagi krim malam kan, mestilah kene pakai waktu malam.. hehe..

Satu formula yang dihasilkan khas untuk waktu malam yang sangat bagus dalam melembapkan kulit secara mendalam, menenangkan kemerahan dan kerengsaan kulit serta dapat meningkatkan keanjalan kulit sekaligus dapat mengembalikan keremajaan kulit.. Kalau pakai night cream ni kan, yang bestnya bila bangun pagi muka glowing gile.. Seronok jerk tengok muka..

Antara kelebihan krim malam ni adalah ia dapat membaikpulih, meremajakan dan menyuburkan kulit dengan ekstrak botani.. Sodium Hyralurunate dan natrium PCA yang terkandung dalam night cream ni berfungsi untuk melembapkan manakala vitamin E pula menggalakkan penyembuhan kulit yang rosak.Dalam krim ni ada kolagen jugak tau yang boleh meningkatkan keanjalan kulit sementara argireline pula dapat mengurangkan kedutan.. Oh ya, dalam krim ni juga ada ekstrak minyak biji delima tau dimana ia kaya dengan antioksidan dan vitamin c yang mampu melawan radikal bebas.

Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik

Cara Guna

Sapu krim di seluruh muka dan leher secara nipis setiap malam selepas cuci muka..

6. Kitohana O² Bubbly Mask

Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik

Yang ini aku suka! Bila pakai tu dia akan bertukar menjadi buih-buih oksigen halus pada kulit.. Ia berfungsi untuk menghilangkan kotoran, minyak berlebihan dan menghasilkan kulit yang lebih cerah.. Mask ni dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi seperti Aleo Vera, asid hyaluronik dan minyak biji delima untuk menjadikan kulit lebih berseri.. Solekan pun jadi lebih cantik tau lepas pakai bubbly mask ni.. Kelebihan lain menggunakan mask ni adalah kulit kelihatan lebih lembut, licin, sihat, lebih muda dan garis-garis halus serta kedutan akan berkurangan...

Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik

Cara Guna

Biasanya aku guna mask ni 2 kali seminggu sebab aku suka sangat dengan bubbly mask ni.. Cara guna dia, sapukan bubbly  mask ni ke muka yang telah dibersihkan.. Elakkan sapu dikawasan mata dan bibir ye... Selepas beberapa saat, akan kelihatan buih-buih oksigen diseluruh muka yang disapu tadi.. Biarkan selama 5-10 minit dan bilas selepas semua buih hilang.. Korang akan rasa perbezaannya lepas guna mask ni.. 

Guna 3-4 kali seminggu atau bergantung kepada keperluan.. 

Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik
Rutin Kitohana Skincare

Nak Kulit Cantik dan Sihat? Kitohana Skincare jawapannya!

Set lengkap Kitohana ni memang memenuhi rutin penjagaan kulit harian kita.. Ada cleanser, essence, krim siang, krim malam dan mask.. So, dah tak perlu nak cari skincare lain dah.. Cukup hanya satu set skincare Kitohana ni dah lengkap rutin seharian kita.. Lagi pun produk ni selamat digunakan sebabnya tidak mengandungi bahan kimia berbahaya..

Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik

Nak kulit cantik dan sihat cam kulit orang korea tu, moh try Kitohana Skincare ni.. Sangat recommended!! Tapi perlu diingat ye, setiap kulit kita ni berbeza-beza kesesuaiannya.. So, kene cuba dulu.. Kesannya juga berbeza bagi setiap kulit kita.. Apa-apa pun skincare dari Kitohana ni sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif..

Ok, untuk info lanjut, boleh layari :-




3 comments:

  1. Memang eksklusif packaging dia.. Buat hadiah pada yang tersayang, ohsem nie..

    ReplyDelete
  2. ini rahsia wajah dia semakin berseri.

    ReplyDelete