Jenama TOP Menjadi Pilihan Untuk Mencuci Pakaian Di Rumah

Wednesday, January 22, 2020

Jenama TOP Menjadi Pilihan Untuk Mencuci Pakaian Di Rumah  |  Assalamualaikum.. Wahh lama betul rasanya tinggal blog kesayangan aku ni.. Dah bersawang nampaknya.. Nak kene cuci semula sawang ni.. Haha!! Ok, nak tanye korang ni.. Korang pakai bahan pencuci pakaian jenama apa dekat rumah? Cam aku, dari dulu setia dengan jenama TOP.. Tak kiralah dari jenis serbuk maupun cecair.. Memang aku suka jenama TOP ni.. 

Jenama TOP Menjadi Pilihan Untuk Mencuci Pakaian Di Rumah


Apa yang membuatkan aku suka sangat dengan jenama ni, aku suka baunya dan cucian juga jauh lebih bersih.. Lagipun TOP sekarang ni selalu buat kerja amal.. Macam baru ni TOP telah melancarkan kempen "Cerahi Kehidupan Bersama TOP" dimana mereka telah memberi sumbangan keperluan kembali ke sekolah kepada 674 orang pelajar orang asli.. Antara sumbangan yang diberikan adalah pakaian seragam sekolah baru, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan, buku kerja, buku aktiviti, bekalan alat seni dan kraftangan serta alat muzik.

Jenama TOP Menjadi Pilihan Untuk Mencuci Pakaian Di Rumah

Bukan takat tu je tau sumbangan TOP ni.. Mereka juga bekerjasama dengan TESCO untuk menjalankan kempen mengumpul dana CSR bermula 15 November hingga 15 Disember 2019 yang lalu. Tiga puluh sen daripada jualan produk terpilih TOP dari semua cawangan TESCO di seluruh negara dan Tesco Online telah disalurkan ke tabung kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’.

Jenama TOP Menjadi Pilihan Untuk Mencuci Pakaian Di Rumah

Kalau korang nak tahu, sumbangan kembali ke sekolah TOP kepada 674 pelajar Orang Asli ini telah mencatat rekod tiga kali ganda sasaran dananya.. Jadi, TOP mengucapkan terima kasih kepada pengguna jenama mereka yang membeli produk mereka kerana 30 sen dari setiap pembelian produk ini telah berjaya melengkapkan 674 orang pelajar orang asli dengan kelengkapan Back To School..


3 comments:

  1. waalaikumussalam. alhamdulillah memang puas hati guna top ^_^

    ReplyDelete
  2. kadang beli juga sabun top ni kalau murah..hehe

    https://tiaarasapphire.blogspot.com/

    ReplyDelete