Review Novel | Nota 2 by Shaz Johar


Nota 2 by Shaz Johar  |  Time Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni orang lain dok update sal menu masakan, aku pulak sibuk up sal buku.. Hehe.. Walaupun tak update sal juadah, tak bermakna aku tak memasak kat umah ye.. Hari-hari pun memasak.. Cumanya dalam keadaan sekarang ni aku agak sensitif sikit dengan keadaan atau nasib orang lain yang mungkin susah, tak dapat nak makan sedap-sedap macam kita.. So, aku decide untuk tak up gambar makanan.. Itu aku la.. Korang tu ikut korang la.. Tiada paksaan pun.. hehe.. Buku kedua dari penulis tersohor Shaz Johar iaitu Nota 2, baru saja aku habiskan ari ni.. Dah habis Nota, terus sambung Nota 2 sebab tak sabar nak tahu kesudahan ceritanya...

Review Novel Nota 2 by Shaz Johar


2 hari jugak amek masa nak habiskan novel ni.. Kalau aku ni bujang mungkin sehari pun habis.. Biasalah dah berkahwin dan dah ada anak ni, banyak tanggungjawab lain yang perlu aku lunaskan.. Ada masa terluang baru dapat baca.. Tapi rasanya sehabis cepat dah tu baca dalam masa 2 hari je.. Hehe.. Nasib baiklah ada buku-buku sebagai peneman dikala PKP ni.. Kalau tak, haus screen hp dok mengadap 24 jam.. Huk!

Ok, untuk cover Nota berwarna putih manakala cover Nota 2, berwarna hijau.. Adakah Nota 2 ni ceritanya tergantung jugak? Haaa..


Tajuk : Nota 2
Penulis : Shaz Johar
Muka Surat : 277
Penerbit : Buku Fixi Sdn. Bhd.
Tahun Terbitan : Jun 2016


Sinopsis Nota 2

Review Novel Nota 2 by Shaz Johar

"Betul cakap Mama tu Ray. Siapa kita nak menidakkan kisah hidup orang lain?" - Lisa

Ray meraikan kejayaannya sebagai penulis setelah novel keduanya, NOTA, laris dipasaran. Kemudian, setelah dia membaca nota-nota baru yang diterimanya dari Intan Sofia, wanita yang membenarkan kisah hidupnya ditulis di dalam novel itu, dia menemui lebih banyak sisi gelap.

Ini memberikannya idea untuk menghasilkan novel seterusnya. Dengan bantuan pembaca setianya Rumi, dia cuba menggali lagi kisah lampau wanita itu, mencari punca mengapa hidupnya berakhir dengan tragedi dan mahu memahami apa sebenarnya yang telah terjadi.

Apa yang Ray tidak sedari, tindakannya itu boleh membahayakan hidupnya sendiri.


Review Nota 2

Review Novel Nota 2 by Shaz Johar

Starting Nota 2 ni agak mengelirukan.. Sampai aku berhenti sekejap baca tanya diri sendiri "ini part mana ni".. Haha.. Rupanya starting dia cerita dimana dia dah terlepas diri kurungan.. Kurungan? Haaa.. Untuk Nota 2 ni, cerita dia masih berkisahkan tentang nota jugak.. Dimana si Ray ni nak bongkar cerita yang sebenar setelah dia dapat tahu dari Intan, cerita yang diberi oleh Intan dalam menghasilkan Nota, adalah rekaan dia semata.. Bila intan bagi Note Book yang lain, dimana dia menulis cerita sebenar untuk dinovelkan, bermulalah episod baru dalam hidup Ray..

Aku suka jalan cerita Nota 2 ni.. Walaupun agak susah jugak kadang tu nak faham.. Lebih kurang Nota susah dia.. Namun, aku suka jalan ceritanya.. Atau aku sendiri yang memang susah nak faham.. Haha.. Kalau dalam Nota, Ray ada rakan seperjuangan Rekha atau lebih tepat Dina, dalam Nota2 ni, Ray ada rakan seperjuangan bernama Rumi.. Kira sebagai rakan berborak la sepanjang dia mencari bahan cerita tu.. Hiks..

Kalau starting dia aku tak faham kat mana mulanya, di pertengahan cerita aku kembali tak faham dengan jalan ceritanya.. Atau mungkin aku yang hilang fokus sampai aku tak faham.. Huhu.. Bila dah berlalu kawasan yang aku tak faham tu, jalan cerita kembali tenang dan lancar serta lebih menarik di penghujungnya..

Bermula dengan cerita dari nota yang diberikan, sehinggalah dihujungnya cerita tentang pengalaman Ray sendiri yang di kurung oleh di penjahat Dina, Vin dan Rumi sendiri.. Mereka berkomplot rupanya disebabkan duit RM100,000.00 yang dijanjikan oleh Intan Sofia kepada Iskandar.. Iskandar pulak janji nak beri duit RM100K tu pada Dina.. Berangkai.. Sehinggalah Ray yang menjadi mangsa keadaan sebab sibuk cari cerita si Intan Sofia ni untuk dijadikan sebuah novel.. Hehe.. Bila dah Ray ni tau banyak rahsia mereka, tu sebab la dia kene kurung dan hampir-hampir dibunuh.. Dia terselamat bila Intan Sofia tolong dia untuk larikan diri dari kurungan itu..

Apa jadi lepas tu? Haa kene la baca sendiri yek..

Rating & Cadangan

Review Novel Nota 2 by Shaz Johar

Rating : 🌟 🌟 🌟 🌟 

Aku bagi 4 bintang jugak untuk Nota 2 ni walaupun ada part yang susah aku nak faham jalan citanya.. Tak tahu hujung pangkal dan keadaannya.. Namun, aku suka jalan cerita yang boleh masuk fikiran aku.. Terutama dihujung cerita... Kekuatannya disitu..

Nota-nota yang diberikan juga membuat aku teruja nak tahu kesudahan cerita Intan Sofia ni.. Sehinggalah nota yang kena koyak tu, aku rasa nak koyak je novel Nota 2 ni.. Haha.. Part yang penting, tak dapat dibaca dek kerana telah dikoyak oleh seseorang.. Yang ni masih misteri.. Tataw sape yang koyak nota tu.. Haisss tekanan jadinya aku baca buku ni.. Haha.. Harap-harap Nota 3 nanti lebih padu dari biasa.. Hiks..

Orite, untuk penulis.. Syabas sebab telah berjaya menarik minat pembaca macam aku ni untuk terus membaca novel nota ni walaupun bersiri.. Baca Nota, mesti nak kena baca Nota 2.. Dah habis Nota 2, mesti nak kena baca Nota 3 untuk tau keseluruhan cerita nota ini.. Hiks.. Moga akan datang, penulis dapat menghasilkan novel yang lebih ohsem jalan ceritanya.. Chayok!! Chayok!!


QuickEdit
Lea Azleeya
0 Comments

No comments:

Post a Comment

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)