Salad Telur Hancur Terlebih Sedap

Wednesday, June 7, 2017

15 comments
Salad Telur Hancur Terlebih Sedap  |  Lama betul tak buat Salad Telur Hancur ni.. Sekali buat bertambah-tambah nasi... Salad Telur Hancur ni sedap kalau dimakan dengan nasi dan sedap juga di makan begitu sahaja.. Wahh dah macam iklan tv pulak ye... hehe.. Tapi serius memang sedap rasanya... Kalau dulu-dulu rasa nak diet sikit tak nak makan nasi, aku buat aje salad telur hancur ni.. Kengkonon la nak diet kan.. haha!!

resepi, food, salad hancur terlebih sedap, resepi lea azleeya
Salad Telur Hancur Terlebih Sedap

Orite, inilah rupa Salad Telur Hancur tersebut... Ini yang dah aku gaul semua sekali termasuk mayones dan sos cili... Dah nak makan kene la gaul semua.. Kalau buat untuk amek gambar aje, memang mayones dan sos cili tu hanya sebagai hiasan ajerk la kan.. Ahakz.. Jom tengok bahan-bahannya dan cara penyediaannya... Mudah aje.. Petik jari dah boleh siap.. Opssss!! Haha...~!!


RESEPI SALAD TELUR HANDUR TERLEBIH SEDAP

Bahan A
3 biji telur
2 biji cili merah (Ditumbuk @ dikisar)
2 biji bawang merah
2 sudu makan  minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B - Untuk Sayur (Dihiris)
Sedikit kubis (Kuantiti mengikut citarasa)
2 biji tomato
3 biji cili merah
1 batang lobak merah
1 labu bawang besar

Bahan C - Sebagai hiasan
1 cawan mayones
3 sudu makan sos cili


Cara Membuat
  • Gaulkan bahan untuk telur kecuali minyak dan masakkan di dalam kuali sebagai telur hancur
  • Gaulkan semua bahan sayur bersama telur hancur
  • HIaskan dengan mayones dan sos cili
  • Hidangkan bersama roti ataupun nasi
Mudahkan.. Simple aje cara nak membuatnya.. Oh ya, aku dapat resepi ni dalam buku masakan sebenarnya... Buku ni aku dah beli tahun 2012 dulu lagi... Sebelum kawen lagik uolls.. Buku apakah?? 1 Hari 1 Resepi oleh Chef Hanieliza.. Aku percaya ramai yang dah memiliki buku masakan yang terbaik di pasaran ni.... Terdapat 365 resepi di dalam buku ni... Sepanjang tahun, kalau ikut betul-betul, memang 1 hari 1 resepi... Tapi rajinkan anda?? Ehhh rajinkah aku?? Huhuhu..

 Buku Resepi 1 Hari 1 Resepi by Chef Hanieliza


Resepi Telur Handur Terlebih Sedap itewww!!



Read More

Must Love Giveaway By Auroma Scents

Tuesday, June 6, 2017

8 comments
Must Love Giveaway By Auroma Scents  |  Haisss terasa gatal jari jemari ni nak join giveaway.. Giveaway yang terpilih untuk disertai adalah giveaway dari blogger Farah Zahirah... hehe dah macam mengumumkan pemenang ajerk kan... Orite, pape hal pun kita kasi up dulu banner "Must Love Giveaway by Auroma Scents ni..

Must Love Giveaway By Auroma Scents
Must Love Giveaway By Auroma Scents
Klik banner untuk join

Banner pun cantik... Lagik bertambah semangat aku nak join.. Syarat yang ditetapkan sangat mudah.. Just follow aje blog n media sosial penganjur.. Jadinya, semua syarat dah dipenuhi.. Alhamdulillah... 5 orang pemenang bertuah dicari oleh penganjur untuk memenangi Travel Pack Auroma Scents (5 in 1 balm worth RM55)... Menarik kan... Jadi, apa tunggu lagi.. Jom la ramai-ramai pakat join giveaway ni.. Mane tau ada rezeki untuk menang kan.. 

Tarikh Tamat
11 Jun 2017


Read More

Review Novel | Kisah Seram Malam Jumaat Vol 1

10 comments
Review Novel | Kisah Seram Malam Jumaat Vol 1  |  Assalamualaikum wbt.. Hi uollss... Salam 11 Ramadhan.. Puasa tak hari ni?? Hehe.. Alhamdulillah aku dah habis baca sebuah lagi buku iaitu Kisah Seram Malam Jumaat Vol. 1... Kenapa ada Vol.1 tu? Sebenarnya novel ni ada 2 buah.. Volume 1 dan Volume 2... Sekarang aku tengah hadap Kisah Seram Malam Jumaat Volume 2 pulak.. 

Kisah Seram Malam Jumaat Vol 1
Kisah Seram Malam Jumaat Vol 1
Novel ni aku baca pada 24 Mei 2017 dan baru jerk habis baca pada 5 Jun 2017 yang lalu.. Dah kenapa ambil masa yang agak panjang tu? Walaupun novel ni nipis sahaja tapi aku terpaksa ambil masa yang panjang kerana aku baca 2 novel dalam 1 masa.. Novel ni aku bawa kemana-mana termasuk di tempat kerja... Time waktu rehat, kalau tak ada apa-apa yang perlu aku selesaikan barulah aku boleh hadap novel ni.. Tu sebab sedikit lambat aku habiskannya.. hehe..


Dalam novel Kisah Seram Malam Jumaat ni ada 4 cerita dari 4 orang penulis hebat... Ceritanya bukan bersambung-sambung tetapi kisah yang berlainan.. Dengan cara berkolaborasi ni, pembaca tak akan bosan membaca kisah yang sama sepanjang membaca novel ni.. Kita dapat baca 4 kisah terus dalam satu buku.. Memang terbaik.. Dalam 4 cerita dalam novel ni, ada 2 kisah yang aku suka dan membangkitkan keseraman aku semasa menghadamnya.. 


Cerita pertama yang boleh membuatkan aku rasa seram adalah kisah Syaitan oleh A. Darwisy.. Cara penulisan dan garapannya memang menarik dan tak membosankan.. Ada unsur-unsur seram dan mistik.. Jalan cerita pun menarik dan tak de cacat celanya.. Tahniah pada penulis kerana menulis cerita ini.. Ianya juga memberi pengajaran kepada sang pembaca... Bukan hanya cerita yang sia-sia.. Ada sesuatu disebalik kisah yang dinukilkan...


Orite, kisah kedua adalah Mancis dari Sufi Abqari... Mula-mula tengok tajuk ni, tak sangka ceritanya sebuah kisah yang hantu.. Aku ingatkan lebih kepada mistik.. Rupanya kisah hantu mancis.. Sampai aje cerita mancis ni aku dah buat andaian, mesti tak best cerita ni.. Bila dah baca, wah memang terbaik!! Tak sangka ada cerita yang macam ni.. Walaupun jalan ceritanya nampak macam simple, tapi ianya berjaya buat aku seram semasa membaca.. Tahniah juga kepada penulis kerana berjaya menghasilkan karya yang simple ini tetapi menarik jalan ceritanya... Paling penting boleh dapat feel seramnya tu.. Hiks..!!


Review Aku
*****

Kisah Seram Malam Jumaat Vol 1
My rating: 4 of 5 stars

Novel yang mengandungi 4 cerita seram yang berbeza karya 4 penulis yang hebat..

SYAITAN by A. DARWISY
➡️Sebuah cerita yang menarik dan berjaya membuatkan aku rasa seram semasa membacanya.. Kisah seorang wanita yang baru ingin berubah daripada kehidupan yang jahilliah kepada yang lebih baik.. Tetapi syaitan terlebih dahulu menguasai dirinye sehingga dia hampir tersesat jalan dengan mengamalkan ajaran sesat.. Ada sebab dia terjerumus dalam kancah ajaran sesat.. Disebabkan perasaan hasad dengki dan cemburu, kawan baiknya sendiri telah mendajalkannya secara halus sehingga dia tersesat dan terpengaruh dengan syaitan..

RAYA by NAIM TAMDJIS
➡️Cerita ni sekali baca cam seram tetapi rupanye kelakar... Boleh dikatakan cerita horror comedy la.. Di malam raya terserempak dengan jin (bunian) dan hantu... Sampaikan diekori hingga kerumah.. Siap tumpang naik motor lagi... Last sekali, rupanye bermimpi.. Hadoiii.. Tekanan mak membacanye nakk!! hahaha.

MANCIS by SUFI ABQARI
➡️Cerita mancis ni memang mengujakan aku semasa membaca.. Garapan dari penulis memang real dan sangat menyeramkan... Kisah seorang kanak-kanak mati akibat kesejukan dalam hujan yang dipaksa oleh mak tirinya untuk menjaja/menjual mancis sehingga habis... Selagi tak habis selagi itulah dia tak boleh pulang kerumah.. Sehinggalah dia mati dalam kesejukan.. Sejak itu, roh kanak-kanak itu mengganggu org kampung.. Dia digelar Hantu mancis..

POTRET LAMA by FAZRIN FAUZI
➡️Utk cerita yang terakhir ni, jalan ceritanya ok la jugak.. Kisah sebuah potret lama yang dicuri oleh tiga org pelajar yang ingin menyiapkan task mereka disebuah banglo lama.. Lepas potret lama dicuri, pelbagai kejadian yang mengerikan berlaku kepada mereka...

Orite, dalam keempat-empat cerita ni aku lebih suka kisah Syaitan dan Mancis.. Kisahnye lebih menyeramkan...




Baca juga :

Read More

Silhouette CAMEO® 3 Mesin Pemotong Elektronik Dari Liberty Printing

Monday, June 5, 2017

11 comments
Silhouette CAMEO® 3 Mesin Pemotong Elektronik Dari Liberty Printing  |  Sekarang di pasaran terdapat pelbagai jenama mesin pemotong elektronik yang didatankan dalam pelbagai bentuk dan saiz. Kebiasaannya mesin pemotong atau lebih dikenali dengan nama 'plotter' digunakan dalam insdustri percetakan dan pembuatan cenderamata seperti menghasilkan tag, kotak, pelekat bersaiz besar untuk hiasan dinding dan sebagainya. Dalam industri seni bina juga menggunakan plotter untuk menghasilkan pelan dan membina mockup sebuah bangunan... Kali ni aku nak memperkenalkan pada korang sebuah Plotter yang boleh disambung ke komputer dan korang boleh hasilkan kreativiti dengannya serta boleh juga menjana pendapatan dari rumah. Silhouette Cameo, mesin pemotong elektronik dari Liberty Printing.

Silhouette CAMEO® 3 Mesin Pemotong Elektronik Dari Liberty Printing
Silhouette CAMEO® 3 Mesin Pemotong Elektronik Dari Liberty Printing

Apa itu Silhouette CAMEO® 3?

Silhouette CAMEO® 3 adalah sebuah mesin pemotong elektroik yang bersambung ke komputer anda. Saiznya adalah sama dengan pencetak kecil dan dilengkapi dengan perisian yang membolehkan anda membuat apa sahaja reka bentuk grafik dan kemudian memotong imej secara terperinci dengan material paper, vinyl, fabric atau heat transfer material


Sekiranya anda seorang yang kreatif dalam mereka bentuk grafik, mesin ini sangat sesuai untuk anda bagi menghasilkan kretiviti anda dengannya disamping dapat menjana pendapatan anda dari rumah.. 


Bagaimana Silhouette CAMEO® 3 Bekerja?

Dengan menggunakan perisian Silhouette Studio anda boleh meluahkan hasil kreativiti anda dan menjadikannya realiti dengan mesin pemotong Silhouette CAMEO® 3 ini.. Bagaimana mesin ini berfungsi? Kalau nak tahu, jom tonton video di bawah ini..


Mudahkan?? Sebab itu mesin ini sangat sesuai digunakan walaupun di rumah.. Hasilnya pun sangat mengagumkan dan ohsem!!

Pakej Silhouette CAMEO® 3

Sekiranya anda berminat untuk memiliki mesin pemotong elektronik Silhouette CAMEO® 3 ini, anda bolehlah mendapatkannya sekarang kerana dengan setiap pembelian Silhouette CAMEO® 3 anda akan dapat :-
  • 1 x Silhouette CAMEO® 3
  • 1 x Power cable, USB cable
  • 1 x 12-inch cutting mat
  • 1 x AutoBlade
  • 1 x Crosscutter
  • Silhouette Studio® software (download)
  • 100 free digital designs (download)
  • 1 month Design Store subscription



Spesifikasi Silhouette CAMEO® 3 



Produk Hasil Daripada Silhouette CAMEO® 3 

Pada masa ini, Silhouette CAMEO® 3 merupakan salah salah satu plotter pemotong yang paling popular di pasaran. Mesin ini sangat sesuai untuk kegunaan profesional sama ada di rumah mahupun di pejabat.. Bagi anda yang ingin menjana pendapatan dengan memulakan perniagaan dalam dunia percetakan, mesin ini sangat sesuai digunakan bagi menghasilkan kreativiti anda dalam mereka bentuk menjadi realiti. Kerja-kerja pemotongan menjadi lebih mudah dengan adanya mesin pemotong elektronik Silhouette CAMEO® 3 ini.. Antara produk yang boleh dihasilkan dengan menggunakan mesin Silhouette CAMEO® 3 ini adalah seperti :-



Pembekal Mesin Silhouette CAMEO® 3 

Rasanya nama Liberty Printing tak asing lagi dikalangan mereka yang berkecimpung dalam bidang percetakan kerana Liberty Printing adalah syarikat yang membekalkan Heat Transfer Machine, 3D Sublimation Machine, Sublimation Blanks, Vinyl Cy\utters, Button Badge Machine, Thermal Stiker Printer, PVC Card Printer serta lain-lain mesin dan bahan percetakan khusus. Mereka juga mengimport terus dari luar negara untuk memastikan produk mereka adalah dari highest grade, test proven, dipercayai dan berkualiti tinggi.. Mesin pemotong elektronik Silhouette CAMEO® 3 adalah antara produk terbaru keluaran Liberty Printing. Jadi, untuk mendapatkan mesin Silhouette CAMEO® 3 ini, anda boleh terus membelinya daripada Liberty Printing.. 

Kenapa anda perlu membeli Silhouette CAMEO® 3 dari Liberty Printing? 
  • mempunyai jurulatih profesional yang mempunyai pengalaman khusus dalam percetakan lebih daripada 5 tahun yang sedia membantu anda. 
  • Dapat mengikuti bengkel dalam talian secara PERCUMA di Facebook Secret Group -Silhouette Workshop untuk membantu anda meningkatkan kemahiran dan sokongan teknikal pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

  • Proses tempahan lebih mudah hanya dengan Online Order Form dan Order History Tracking.
  • Cash and Carry dan tiada minimum kuantiti order
  • Perkhidmatan penghantaran seluruh dunia
  • Menyediakan perkhidmatan mesra pelanggan dan perkhidmatan selepas jualan
Selain itu juga, Liberty Printing menyediakan kelas latihan bulanan juga secara PERCUMA dan live training bagi pengguna yang membeli mesin Silhouette CAMEO® 3 dengan mereka. Wahh banyak betul keistimewaannya kan bila membeli dengan Liberty Printing ni.. Rugi kalau anda lepaskan peluang istimewa ni... Jadi tunggu apa lagi? Jom dapatkan mesin pemotong elektronik Silhouette CAMEO® 3 ini dari Liberty Printing sekarang juga!! 


Untuk  maklumat lanjut atau sebarang pembelian, boleh hubungi :-

No. Telefon
019-984 8151 ( Amin ) / 019-985 8151 ( Elaine)

Alamat
Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T)
6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3,
Pusat Commercial Kristal Klang,
42100 Klang, Selangor

Email
cs@libertyprinting.com.my / order@libertyprinting.com.my

Website

Website (Package)

Facebook

Waktu Operasi
Isnin hingga Sabtu
( 9.00 am - 6.00 pm )


Read More

Kulit Cantik Mulus Sekata Dengan Syahirah Korean Secrets

Sunday, June 4, 2017

9 comments
Kulit Cantik Mulus Sekata Dengan Syahirah Korean Secrets  |  Kalau bercakap tentang K-Pop ni mesti ramai yang terbayang-bayang artis K-Pop yang cantik-cantik dan handsome-handsome kan.. Aku tahu kat Malaysia ni begitu ramai peminat artis K-Pop.. Tak hairan la ada segelintir darinya yang ingin memiliki kecantikan seperti artis K-Pop itewwww.. Kan kan.. Ngaku jerk laaa.. Hehe.. Orite, hari ni aku nak kenalkan korang dengan satu produk ni yang boleh membuatkan impian korang tu tercapai.. Mesti korang teringin sangat mempunyai kulit cantik mulus sekata seperti artis K-Pop tu kan dan selalu mengikuti tips kecantikan dan trend dari mereka tetapi mungkin ada yang bimbang akan lambakan produk Korea di pasaran sekarang yang tidak Halal dan Selamat pada kulit... So, kali ni korang toksah bimbang kerana SYAHIRAH, ada penyelesaiannya!! Tak percaya?? Jom baca sampai habis!!

Kulit Cantik Mulus Sekata Dengan Syahirah Korean Secrets
Kulit cantik mulus sekata dengan Syahirah Korean Secrets

Memahami impian setiap gadis yang ingin memiliki kulit yang cantik mulus sekata bagaikan artis korea, SYAHIRAH sebagai rangkaian penjagaan kecantikan Halal sejak tahun 2007 kini berbangga untuk membawakan inovasi terbaru buat semua pencinta produk kecantikan  Korea. Formulasi gabungan teknologi terkini dari Korea dengan ramuan bunga-bungaan terpilih dari Pulau Jeju, Korea iaitu Tri-Flower Essence yang dirumuskan khas dengan  manfaat pencerahan serta penghidratan yang diperakui Halal oleh JAKIM, dapat membantu kulit tampil cantik mulus sekata sekaligus meningkatkan keyakinan diri untuk lebih menyerlah..!!

SYAHIRAH membawa kepada pengguna 2 rangkaian  penjagaan wajah di bawah SYAHIRAH KOREAN SECRETS iaitu Hydra Soft dan White Glow.. Kedua-duanya pasti akan membatkan kulit wajah persis gadis Korea!


SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft, rangkaian istimewa sesuai untuk gadis yang menginginkan kulit wajah mulus sekata yang dirumuskan khas dengan agen penghidratan dari Tri-Flower Essence campuran bunga-bungaan putih iaitu Bunga Ginseng, Chamonile dan Teh Hijau yang membantu membekalkan kelembapan agar kulit sihat, dan mulus sekata. Bukan itu sahaja, ia juga memiliki manfaat pencerahan serta mengandungi antioksidan yang tinggi untuk mengurangkan cela dan rengsa pada kulit agar kulit kelihatan cantik mulus sekata secara semulajadi.. 

SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft ini didatangkan dengan 5 produk iaitu Gel Pembersih Muka, Scrub Muka, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Pelembap Muka dan Krim Kecantikan.

Rejim lengkap SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft :-

1. Gel Pembersih Muka
Membantu membersihkan kotoran di samping memelihara kelembapan kulit.



2. Skrub Muka
Diformulasikan dengan manik pengelupasan lembut yang membantu menghilangkan kotoran dan sel-sel kulit mati untuk mendapatkan kulit yang lebih licin.



3. Penyegar Tanpa Alkohol
Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap kali pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk sekaligus menjadikan kulit lebih licin.


4. Krim Pelembap
Membantu membekalkan kelembapan untuk kulit wajah yang segar dan berseri.



5. Krim Kecantikan
Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit.


Bagi si gadis yang inginkan pilihan lain untuk tampil dengan kejelitaan cerah berseri pula, SYAHIRAH menawarkan SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glow yang direka khas dengan agen pencerahan dari Tri-Flower Essence dengan campuran bunga-bungaan merah jambu iaitu Bunga Sakura, Lotus dan Camelia yang dapat membantu memberikan pencerahan pada kulit wajah agar tampil cerah berseri! Rangkaian SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glow ini didatangkan dengan 6 produk iaitu Gel Pembersih Muka, Gel Pembersih Muka Anti-Jerawat, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Siang SPF20, Krim Malam serta Krim Kecantikan SPF15.


Rejim Lengkap SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glow :-

1. Gel Pembersih Muka
Membantu membersihkan sisa kotoran pada kulit wajah di samping meningkatkan kecerahan kulit.

2. Gel Pembersih Muka Anti-Jerawat
Membantu membersihkan kotoran dan lebihan minyak pada kulit wajah yang menjadi punca munculnya jerawat dan bintik hitam.

3. Penyegar Tanpa Alkohol
Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap kali pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk sekaligus menjadikan kulit lebih licin.

4. Krim Siang SPF20
Membantu mencerahkan kulit disamping melembapkan kulit wajah. Dengan SPF20 ia membantu melindungi kulit wajah dari sinaran merbahaya UVA dan UVB.

5. Krim Malam
Membantu untuk mencerahkan kulit disamping melembapkan kulit wajah. Teksturnya yang lembut dan kurang berminyak memberi keselesaan dan kesegaran pada kulit semasa tidur.

6. Krim Kecantikan SPF15
Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit. Dengan SPF15 ia membantu melindungi kulit wajah dari sinaran merbahaya UVA dan UVB.

Pilihan ada ditangan anda... Tetapkan pilihan anda dan dapatkan SYAHIRAH KOREAN SECRETS sekarang untuk tampil cantik mulus sekata persis gadis Korea! Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuklah pasaraya utama dan farmasi terpilih.


Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Facebook

Instagram

Email
enquiries@syahirah.com.my


Read More

Review Novel | Rindu Awak Separuh Nyawa By Siti Rosmizah

Saturday, June 3, 2017

8 comments
Review Novel | Rindu Awak Separuh Nyawa By Siti Rosmizah  |  Akhirnya aku dapat juga habiskan novel yang tersangatlah tebal ni.. Ketebalannya boleh membawa maut semasa membaca sekiranya tertimpa ke atas muka yang boleh menyebabkan sesak nafas.. Ekekeke.. Memang tebal gile oh! novel ni.. Rindu Awak Separuh Nyawa oleh Siti Rosmizah... Aku memang peminat karya beliau kerana karya beliau tak pernah menghampakan aku.. Jalan cerita superb ohsemmm!!

Rindu Awak Separuh Nyawa By Siti Rosmizah
Rindu Awak Separuh Nyawa By Siti Rosmizah
Dah lama sebenarnya aku start baca novel ni.. Bermula 16 Disember 2016 sehinggalah 28 Mei 2017 baru-baru ni aku berjaya tamatkan misi aku membaca buku ni... Memandangkan ianya terlalu tebal, membuatkan aku membacanya dalam tempoh yang agak lama.. Biasala, siang aku baca novel lain.. Malam baru aku hadap novel tebal  ni.. Malam pun hanya beberapa waktu aje aku spend untuk membaca.. Kengkadang sejam.. Kengkadang setengah jam.. Tu sebab lama sangat tempoh yang aku perlukan untuk habiskan pembacaan aku.. 


Tengok saja dari tepi novel ni.. Betapa tebalnya.. Kalau nak bawak kemana-mana memang tak terbawak oleh aku.. Tak larat ohh!! Bio le dia statik duduk dalam bilik aje dan aku habiskan membacanya dalam bilik aje.. Hehe.. Nak pegang masa baca tu dah sekian hal beratnya.. Sepanjang baca, berapa kali dah jatuh atas perut aku.. Hadoii.. 


Novel ni ada 156 chapter... Banyak gile.. Tu belum kira muka surat lagi tu.. Korang ghase, boleh habis tak dalam masa 1 hari kalau korang baca?? Kalau boleh, memang aku tabik spring kat korang.. Nak tengok berapa muka surat tak novel ni? Meh ikut ke gambar seterusnya..


Tu dia... 1225 muka surat hokeh!! Korang bayangkanlah ketebalannya.. Ehhh sori, aku terlebih review pulak pasal body novel ni.. Haha.. Biasala, nak la jugak aku bercerita tentang bodynya dulu kan.. Nanti baru review isinya pula.. Okeh, moh baca sinopsis novel ni dulu..


SINOPSIS RINDU AWAK SEPARUH NYAWA
************

Macam biasa, kemalasan menaip sinopsis masih tersisa pada jari jemari aku ni.. Jadinya, aku harap korang memahami akan jari jemari aku ni.. Hiks.. Nampakkan sinopsisnya kan.. Haa kalau tak nampak, leh baca kat sini jerk.. Sinopsis Rindu Awak Separuh Nyawa...


REVIEW AKU
******

Rindu Awak Separuh Nyawa

My rating: 5 of 5 stars

Rindu Awak Separuh Nyawa.. Seperti karya Siti Rosmizah yang terdahulu, kisah cinta, kasih sayang kecewa, sedih diterapkan dalam novel ni.. Emosi sedih pasti ada yang membuatkan kita menitiskan air mata membacanye... Jalan cerita yang tak pernah mengecewakan dari penulisnya..

Permulaan cerita agak membosankan dan bergerak terlalu slow dengan kisah romantik antara Nazril dan Kasih Maisarah... Atau aku sendiri yang rasa bosan sebab dah lama tak baca novel romantik kan.. Haha... Sebab sebelum ni terlebih baca novel seram dan ngeri... Huhu.. Sampai di pertengahan novel, jalan cerita kembali menarik perhatian aku.. Aku makin serasi dengan kisah romantik mereka suami isteri... Disulami juga dengan kisah sedih mereka yang menyebabkan aku menitiskan air mata.. Nak tahu tak kisah apa novel ni?? Haha.. Moh aku cite sikit..

Orite, novel ni mengisahkan seorang student kolej, Kasih Maisarah berkahwin dengan seorang student lelaki kolej tersebut juga, Nazril Nazim atas dasar nak balas dendam dan nak menang betting... Pada awalnya, si Nazril ni memang tak suka dengan Kasih Maisarah kerana dia anak orang kaya yang kekwat, sombong, bongkak, bajet best dan bagai-bagailah perangai buruknya.. Lepas berlakunya satu insiden dimana Kasih Maisarah menyelamatkan dia dari dilanggar kereta dan Kasih Maisarah sendiri mengalami kecelakaan dalam kemalangan itu yang menyebabkan dia sukar untuk hamil, Nazril telah jatuh sayang dekat si minah kekwat tu.. Dan bersetuju untuk mengambilnya sebagai isteri... Kasih sayang dan cinta Nazril adalah tulus ikhlas sebaliknya Kasih Maisarah hanya berpura-pura semata-mata untuk melunaskan dendamnya terhadap lelaki itu dan untuk menang betting..

Seperti cerita novel lain, akhirnya mereka jatuh cinta sesama sendiri.. Masing-masing berjanji setia.. Biasalah dalam sesebuah hubungan tu ada pasang surutnyakan.. Ada cemburu, benci, sakit hati dan bagai-bagailah dilalui mereka.. Sampai satu tahap, bila Nazril dapat tahu Kasih Maisarah tak ikhlas menyayanyinya, dia pergi dari hidup maisarah.. Padahal masa tu Maisarah dah ikhlas sayang dan cintakan dia.. Cuma terdapat salah faham dan mulut-mulut jahat yang menyampaikan cerita sehingga retak rumah tangga mereka..

Sekembalinya Nazril ke kampung halaman membawa diri, dia hendak ditunangkan dengan Huda pilihan uminya.. Uminya tak tahu menahupun dia dah kahwin sebab dia kahwin tanpa pengetahuan uminya.. Huda ni musuh si Maisarah tu sebenarnya,... Bila Maisarah dapat tahu, apa lagi dia pergi serang masa majlis tunang tersebut dan mengatakan dia mengandung untuk rancangan pertuangan tersebut..

Apa lagi jadi selepas tu.... Haaa korang baca sendiri la ye.. Penat aku menaip.. Takan nak cite semua.. Tebal kot buku tu.. Tapi jalan ceritanya memang best dan sedih... Aku siap menangis hokeh!! So, sila lah beli dan baca sendiri kesudahannya...

Read More

Bonus Raya 2017 Untuk Kakitangan Awam Dan Pesara

Friday, June 2, 2017

11 comments
Bonus Raya 2017 Untuk Kakitangan Awam Dan Pesara  |  Alhamdulillah.. Siaran Media berkenaan Bonus Raya bagi tahun 2017 iaitu Bantuan Khas Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2017 telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia hari ini... Hampir 1.6 juta penjawat awam akan menerima bonus raya iaitu sebanyak RM 500 manakala Pesara pula sebanyak RM 250 bagi persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.. 

bonus raya 2017
Siaran Media Bonus Raya 2017

Semoga dengan adanya bonus raya ni dapatlah mengurangi bebanan kita untuk sambut Aidilfitri nanti.. Untuk mendapatkan Pekeliling Bantuan Khas Kewangan Tahun 2017 boleh klik kat SINI ye..


Baca juga :



Read More

Jom Pakat Join "Duit Raya Giveaway By Abam Kie And Pals"

9 comments
Jom Pakat Join "Duit Raya Giveaway By Abam Kie And Pals"  |  Orite, hari ni aku nak ajak korang, korang dan korang semua yang bergelar blogger untuk join giveaway  by Abam Kie ni... Duit Raya Giveaway By Abam Kie And Pals... Ramai penaja giveaway ni dan termasuklah aku sendiri.. hehe... Rugi tak join..!! Hadiah menarik menanti korang semua tau... Nak tau hadiah apa? Moh le aku kabo...

Duit Raya Giveaway By Abam Kie And Pals
Duit Raya Giveaway By Abam Kie And Pals
Klik banner untuk join

Ok, kalau korang nak tahu hadiah yang disediakan bukan sahaja berupa Duit Raya tetapi terdapat hadiah berbentuk barang ye.. Hadiah yang bakal dimenangi oleh 32 orang pemenang iteww adalah seperti berikut :-

RM 20 x 11 pemenang
RM 10 x 13 pemenang
Selendang Rindu x 2 pemenang
Handsock dan Stokin Silvy x 2 pemenang
Preloved Novel x 2 pemenang
Kad Raya untuk peserta terpantas dan terakhir

Menarikkan!! So, apa tunggu lagi.. Jom la ramai-ramai memeriahkan giveaway ni.. Mane tahu kot-kot korang adalah salah seorang pemenangnya kan.. Giveaway ni akan tamat pada 16 JUN 2017 ini.. Cepat-cepat tau.. 2 minggu sahaja berlangsung... 

Kalau korang nak join bolehlah klik banner kat atas nun ye.. Good Luck Uolls.. :)


Read More

Review Nove Fixi | Asrama By Muhammad Fatrim

7 comments
Review Novel Fixi | Asrama By Muhammad Fatrim  |  Karya Muhammad Fatrim yang ke-3 berjaya aku baca... ASRAMA... Sebelum ni aku dah baca buku karya beliau berjudul Revenge dan Pemangsa... Aku memang berpuas hati dengan kedua-dua buah novel tersebut.. Dan kini novel ke-3 hasil dari karya beliau juga berjaya menambat hati aku.. Sebenarnya Asrama ni terlebih dahulu diterbitkan sebelum Revenge dan Pemangsa.. Cuma aku aje yang baca selepasnya.. Hehe.. Biasa la nak baca novel ni kene amek feel dulu.. Baca yang rasa menarik hati dulu.. Tak gitu?? 

Asrama By Muhammad Fatrim
Asrama By Muhammad Fatrim

Eceli novel Asrama ni aku beli yang Preloved punye dari seorang blogger... Dah jumpa yang terlajak murah, kasi beli aje la kan.. Tak kira la preloved pun.. Janji kondisi novelnya masih mengancam.. Haha!! Orite, aku baca novel ni pada 23 Mei 2017 dan selesai membacanya pada 24 Mei 2017... Sila kagum ye dengan aku sebab dapat habiskan dalam masa 2 hari aje novel ni.. Haha!! Bukan senang oh aku nak habiskan dalam masa yang singkat... Ok, kalau nak tengok review aku dekat Goodreads boleh klik SINI ye...


SINOPSIS ASRAMA
*******

Disebabkan tak berapa nak rajin untuk menaip sinopsis buku ni, aku up ajelah gambar kulit belakangnya untuk korang tahu seco'et kisahnya... Novel Asrama ni tak de la tebal mana sebenarnya.. Hanya 287 muka surat sahaja.. Mungkin kalau korang yang banyak masa terluang, hanya beberapa jam aje dah boleh habiskannya.. 



REVIEW AKU
*****
Mula-mula aku nak ucapkan tahniah pada penulis, Muhammad Fatrim kerana menghasilkan karya yang jalan ceritanya best... Novel Asmara ni mempunyai kelainan bagi aku sebab jalan ceritanya adalah cerita dalam cerita... Kira cerita bertindih-tindih la gayanya.. Cerita alam roh orang mati yang tidak tenteram... Cerita roh yang menolong roh lain untuk tenteram.. Haa mesti korang dah peningkan.. Aku sendiri pun bila baca buku ni, dok terfikir-fikir, apakah penyebabnya.. Siapakah dorang ni.. Siapa punca kematiannya... Siapa yang hidup siapa yang mati sebenarnya.. Bila baca novel  ni, akan banyak tanda tanya berterbangan atas kepala korang.. Rasa tak sabar nak tahu kesudahan ceritanya.. Lagi dibaca lagi nak tahu..

Gitulah gambaran keadaan aku semasa baca novel Asrama ni.. Nasib baik tak jadi mereng aje.. Haha!!

Ok, novel ni mengisahkan seorang pelajar dari sekolah yang cemerlang ingin bertukar ke sekolah biasa... Dahlia namanya... Pada awalnya si ayah membantah tetapi akhirnya akur dengan kehendak anak.. Dia ditempatkan dibangunan asrama lama bersama 3 orang rakan sebilik.. Pada awal kemasukan dia di asrama sekolah itu, pelbagai perkara pelik dia telah alami.. Cuma mungkin dia pelajar baru dan tidak perasan akan keadaan itu..

Sepanjang dia belajar disitu dan menginap di asrama tersebut, pelbagai kejadian aneh berlaku.. Dari satu kejadian ke satu kejadian.. Tak terlepas juga dari kes buli.. Biasalah kalau budak-budak baru mesti kene buli punye dengan senior.. Dahlia juga tak terkecuali... Sehinggalah timbul rasa dendam dalam diri dia.. Bila dah berdendam mesti ada plan nak membalas kan.. Sehinggalah Dahlia dan rakan sebiliknya melakukan perbuatan syirik.. Mereka main permainan "Spirit of the coin".. Menyeru roh untuk membalas dendam terhadap senior yang membuli pelajar-pelajar baru kat situ.. Bermula dari situlah lagi banyak kejadian yang menyeramkan berlaku....

Panjang pulak aku nak cerita keseluruhan novel  ni.. Hehe.. Aku pendekkan la ye.. 

Rupanya banyak roh yang tak tenang atas perbuatan seseorang.. Siapakah?? Yang ni malas aku nak cerita.. Korang baca sendiri k kalau nak tahu.. Haha!! Si Dahlia ni aje yang boleh tenteramkan semua roh tersebut sebab dia yang dok seru roh-roh tersebut akibat dari permainan syirik tersebut.. Kalau korang nak tahu, roh-roh yang tidak tenteram tersebut menginap kat pokok Ara besar belakang Asrama tersebut... Tu sebab cover novel ni sebuah pokok besooo.. Lepas si Dahlia ni kembalikan roh-roh tersebut ditempat asal, barulah tenteram asrama tersebut... 

Sebenarnyakan.. Kalau korang nak tahu, bangunan asrama lama tu dah lama tak berpenghuni tau.. Dah 5 tahun dikosongkan dan terbiar.. Siapa yang tinggal bersama-sama dahlia tu ekk?? Hehe.. Nak tahu?? Jom pakat beli buku Asrama ni.. Mesti korang teruja nak tahukan... Ada lagi misterinya tentang Dahlia tau... So, korang kene jugak beli dan baca sampai habis kalau nak tahu kesudahannya.. Haha!!

Jangan marahhh arrrrr!!

REVIEW AKU DI GOODREADS
******

ASRAMA

My rating: 4 of 5 stars

Novel ni buat aku rasa berada di dalamnya.. Mengisahkan tentang sebuah asrama sebuah sekolah yang penuh misteri dengan cerita-cerita seram.. Sepanjang membaca membuatkan aku berfikir, siapa sebenarnya punya angkara.. Mereka siapa.. Siapa roh yang tidak tenang dikalangan mereka.... Haha... Memang rasa tak sabar nak tahu dan nak sampai ke penghujung.. Cerita atas cerita dan lagi sekali atas cerita... 3 lapis cerita...

Sampai ke penghujungnya baru tahu siapa punya angkara dan siapakah roh-roh yang tidak aman tu.. Huhuhu.. Watak utama dalam cerita ini juga adalah roh yang tidak aman.. Bila dah tamat baca novel ni, rasa macam perasaan aku tergantung sebab penghabisannya tak secara detail.. Berhenti secara mendadak dan begitu sahaja.. Huhu..

Apa-apapun novel ni memang best... Aku suka jalan ceritanya.. Novel yang membuatkan aku tak sabar nak tahu kesudahannya...


Read More

#RAMADHANGIVEAWAY bersama SGShop Malaysia

Thursday, June 1, 2017

19 comments
#RAMADHANGIVEAWAY bersama SGShop Malaysia  |  Untuk sekian kalinya mencuba nasib dalam giveaway bersama SGShop ni.. Kali ni join giveaway anjuran Blogger Sofie Adie pulak.. Hadiahnya tetap sama iaitu shopping credit bernilai RM 100 untuk 10 orang pemenang... Giveaway ni juga berlansung serentak di Instagram beliau tau.. So, korang bolehlah join di salah satu medium yang disediakan.. Aku memilih untuk join di blog aje.. Lebih senang..

#RAMADHANGIVEAWAY bersama SGShop Malaysia
#RAMADHANGIVEAWAY bersama SGShop Malaysia
Klik banner untuk join

Orite, aku sediakan sekali username SGShop aku kat sini iaitu username : LeaAzleeya....

Seperti giveaway SGShop rakan-rakan blogger yang lain, aku kena nyatakan barang apa yang aku nak sangat beli dekat SGShop Malaysia kalau menang GA ni.. Dan seperti jawapan aku kepada giveaway yang lain juga, aku masih kekalkan jawapan yang sama.. Selagi aku tak menang, selagi tu lah aku akan kekalkan barang yang aku ingin sangat beli dekat SGShop Malaysia nun... Haha.. Mesti korang jemu tengok sebab barang yang sama jerk aku up.. Huhu.. Barang apakah?? Jom tengok..


Inilah barang yang aku nak sangat beli kat SGShop Malaysia tu... Kabinet baju multifunctional... Boleh buat rak baju atau rak hiasan... Boleh cantum-cantum lagi dan buat bentuk sendiri.. Banyak lagi sebenarnya pilihan.. Tapi aku tertarik yang ni sebab warna putih dan cam comel jerk gambar-gambar yang ada depan pintu kabinet tu.. Harga RM 61.81 sahaja.. Mungkin kalau termasuk dengan postage tu cukup la kot RM100 tu.. Ghehe...!!

Orite, kalau korang berhajat jugak nak shopping free di SGShop Malaysia, bolehla join giveaway anjuran Sofie Adie ni.. Kot-kot rezeki menyebelahi kitakan.. Leh la shopping kabinet comel ni..


Tarikh Tutup
14 Jun 2017


Read More

Review Novel | Sekolah Bernama Kehidupan By Asmar Shah

17 comments
Review Novel | Sekolah Bernama Kehidupan By Asmar Shah  |  Nak tahu tak cam mana aku boleh terbeli novel ni? Sekolah Bernama Kehidupan karya Asmar Shah... Aku beli novel ni dari penulis Muhammad Fatrim sebenarnya.. Novel preloved dengan harga RM10 sahaja.. Beliau buat iklan kat fb beliau.. Banyak jugak novel preloved yang dijual.. Tapi aku beli sebuah aje.. Sebab judul novel ini menarik minat aku untuk membelinya.. Aku rasa ada sesuatu disebalik tajuk tersebut... 

Sekolah Bernama Kehidupan By Asmar Shah
Sekolah Bernama Kehidupan By Asmar Shah

Korang rasa, dengan tajuk camni apa yang korang boleh bayangkan?? Mesti yang dapat mengagak dengan tepatkan.. Tapi bila baca novel ni, ianya akan memberikan korang satu perasaan yang sangat sayu, pilu dan korang akan membayangkannya dan mula berfikir-fikir nasib orang disekeliling korang.. Mungkin kita rasa kita dah teruk sangat kehidupan.. Susah sangat kehidupan.. Rupanya masih ramai yang lebih teruk dan susah dari kita.. Tapi bagaimana dorang boleh teruskan hidup? Dalam kelompok yang bernasib malang.. Serba daif.. Bayangkanlah.. Huhuhu..


SINOPSIS SEKOLAH BERNAMA KEHIDUPAN
*************

Seperti biasa aku sediakan sinopsis buku ni dalam bentuk gambar.. Hehe.. Korang baca la ye.. Jari jemari aku yang terlebih runcing ni, sangat malas nak menaip.. Haha!! Novel ni aku baca pada 21 Mei 2017 dan selesai pada 23 Mei 2017... Orite, jom tengok review tulus aku pulak tentang novel ni...


REVIEW AKU
****

Sekolah Bernama Kehidupan

My rating: 4 of 5 stars

Sekolah Bernama Kehidupan.. Permulaan bacaan aku rasa tak berapa menarik dengan ceritanya kerana berkisarkan kisah budak-budak kampung yang tiada arah tuju.. Tapi aku gagahkan jugak membacanya sebab dah belikan, rugi kalau tak habiskan... Semakin lama aku baca semakin menyentuh jiwa.. Aku dapat selami sebuah kehidupan yang mengajar anak-anak kecil yang tak tahu apa-apa tentang erti sebuah kehidupan walaupun tidak bersekolah sehinggakan ada part-part dalam buku ni membuatkan aku menitiskan air mata..

Novel ni mengisahkan kehidupan 3 orang kanak-kanak yang tinggal di kawasan setinggan di kawasan sandakan, sabah yang cuba belajar bedikari... Seorang punya dokumen diri.. manakala 2 orang lagi tiada dokumen diri.. Ibarat seperi pelarian.. Bila ada serbuan daripada pihak berkuasa, maka bertempiaranlah mereka lari selamatkan diri.. Kisah mereka bekerja mencari rezeki.. Kisah mereka yang terlalu ingin pergi kesekolah tapi dokumen diri tiada membuatkan mereka terpaksa redha dengan keadaan itu.. Di tangkap pihak berkuasa dan dihantar ke negara masing-masing.. Sedangkan keluarga kandung berada di sandakan kerana mereka ada dokumen diri.. Bayangkan seorang kanak-kanak terpaksa berjauhan dengan keluarga kandung seorang diri dan dihantar di negara yang dia sendiri tak pernah sampai di sana.. Huhuhu..

Tahniah buat penulis - Asmar Shah kerana menulis karya yang sangat menyentuh perasaan dan membuatkan aku terpikir tentang kehidupan orang yang susah.. Terbaik.. Cuma yang part last sekali, rasa tak puas hati sebab Liu tak berjumpa juga dengan keluarga kandungnya setelah 15 tahun berlalu.. Huwaaaa.. kecewaaaa... Tapi novel ni memang best..


Read More

Shopping Purse Di Zalora Dengan Kupon Diskaun CupoNation

Wednesday, May 31, 2017

20 comments
Shopping Purse Di Zalora Dengan Kupon Diskaun CupoNation  | Hi korang!! Terasa lama tak bersiaran walaupun baru 2 hari aku membizi dengan  tugas hakiki.. Hehe.. Aku ada cerita nak dikongsikan dengan korang.. Hari gaji baru-baru ni, aku ada usha Purse kat laman web Zalora.. Almaklumlah purse yang aku guna sekarang  ni dah agak uzur keadaannya.. Aku plan nak tukar baru aje sebagai reward untuk diri sendiri juga setelah berpenat lelah bekerjakan.. Huhu..
Shopping Purse Di Zalora Dengan Kupon Diskaun CupoNation
Shopping Purse Di Zalora Dengan Kupon Diskaun CupoNation

Dalam banyak-banyak purse dari pelbagai brand yang ada di Zalora, aku dah terjatuh cinta dengan Guess Cate Wallet ni.. Tapi masalahnya, harga purse ni agak mahal dan lari dari bajet sebenar aku.. Bagaimana aku nak merealisasikan impian aku untuk memiliki purse ni dengan bajet yang aku ada?? Korang rasa?? Hehe..

CupoNation.. Korang pernah dengar tentang website ni?? Aku sendiri pown tak pernah dengar sebelum ni.. Macam mana aku tahu tentang CupoNation ni?? Haaaa jom dengar cerita aku..

Nak dijadikan cerita, sebelum aku bershopping purse di Zalora time gaji ritu, aku  check dulu mana-mana website yang menawarkan kupon diskaun percuma.. Mana tahu ada voucher-voucher yang best untuk digunakan.. Bolehlah jimat lagi kan.. Dalam membelinya kita mestilah bijak.. Lagi murah lagi baik dan lagi sakanlah kita bershoppingkan.. Hehe.. Tapinya, takde pula kupon yang available.. Agak kecewa jugak la aku time tu..

Tapi aku tetap tak berputus asa, aku terus google, then aku jumpa review tentang website CupoNation ni di blog kawan aku.. Dia dah pernah menggunakan voucher dari website CupoNation ni dan dari reviewnya dia sangat berpuas hati dan menyukainya.. Aku pown apa lagi, terus buka website CupoNation ni untuk tahu lebih lanjut tentangnya..

Kalau korang nak tahu, CupoNation ni adalah sebuah website yang menawarkan kupon diskaun percuma yang baru saja dilancarkan di Malaysia.. Perkara pertama yang aku check bila masuk ke laman web CupoNation ni adalah senarai stores yang ada.. Banyak juga stores yang ada dalam CupoNation ni, antaranya Ofcoz la Lazada dan Zalora.. Selain tu, Foodpanda, Air Asia, Domino's, Expedia, 11street dan banyak lagi..

Lagi seronoklah jawabnya lepas ni aku bershopping.. Bukan takat bershopping aje, makan-makan pown dapat diskaun.. Bercuti pown ada diskaunnya.. Wahhhh, seronok wehh..!! Haha..

Okeh, berbalik cerita purse aku tu.. Aku dah check kupon diskaun Zalora di CupoNation, Alhamdulillah ada voucher diskaun yang boleh digunakan..


Kalau dah tertulis 'View Code' tu bermakna adalah diskaun untuk shopping di Zalora.. Klik aje kat situ.. Nanti akan keluarlah codenya.. Mudah aje..



Masukkan aje Kod Diskaun tadi kat ruangan yang disediakan tu.. Then terus tekan apply..


Yeeeeyyyyy!! Code diskaun diterima.. Dari harga RM 179.00 dapat lagi jimat sebanyak RM 26.85 dengan menggunakan kod diskaun CupoNation.. So, dapatlah aku miliki purse dengan bajet yang aku ada.. Aku bajet dalam RM 150 aje sebenarnya.. Tapi tak pe la.. Aku cuma perlu tambah RM 2.15 aje lagi.. Tak banyak.. Sangat berbaloi-baloi dan dapat jimat dalam pembelian.. Memang terbaikk!!

Makin seronoklah aku shopping lepas ni.. Korang macam mana pulak? Haa kalau nak dapatkan deals yang terbaikk dan berbaloi dengan kupon diskaun free, korang bolehlah check di CupoNation ye.. Rugi tau kalau shopping tak guna kupon diskaun yang ada di CupoNation..

Untuk shopping dengan lebihbijak dan dapatkan deals yang berbaloi-balaoi, korang boleh check di link ini   
à https://www.cuponation.com.my/


Read More

Kenapa Kita Ditakdirkan Bertemu Orang Yang Salah

10 comments
Kenapa Kita Ditakdirkan Bertemu Orang Yang Salah  |  Bila sebut jodoh pertemuan ni, mungkin ada dikalangan kita yang merasakan yang dirinya dipertemukan dengan orang yang salah.. Lebih tepat, bukan seseorang yang mereka impikan... Manusia mana ada yang perfect ye dak?? Semua tak sempurna.. Pasti ada kekurangannya.. Cumanya, bila dah merasakan diri dipertemukan dengan orang yang salah tak kiralah x-kekasih ke, x-wife ke, x-husband ke atau apa saje xxx pasti akan membawa gundah sepanjang kehidupan mereka.. Rasa tak bahagia.. Rasa tak selesa dengan pasangan.. Mungkin ada juga yang timbul perasaan benci.. Betul tak?? Sesungguhnya ada sebabnya ALLAH SWT tu pertemukan kita dengan pasangan kita.... DIA lebih mengetahui segala-galanya.. DIA lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita..

sumber foto : rusydee artz

Yang kita suka itu belum tentu ianya baik buat kita.. Sebaliknya yang kita tak suka itu tak semestinya ianya buruk buat kita.. Sesungguhnya ALLAH SWT itu lebih Maha Mengetahui..

Kenapa Kita Ditakdirkan Bertemu Orang Yang Salah?

  • Memang ALLAH sengaha menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik..
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH dalam apa jua keadaan.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita mendapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH itu Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang mana tidak semua orang berpeluang untuk megalaminya.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya apabila kita bersama-sama ALLAH.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.

Read More