Kulit Wajah Sihat Berseri Dan Cerah Sempurna Dengan Safi Balqis OxyWhite

Wednesday, March 22, 2017

Assalamualaikum wbt

Kulit Wajah Sihat Berseri Dan Cerah Sempurna Dengan SAFI BALQIS OxyWhite  |  Hamboiii panjang lebar tajuk entry kali ni ye.. Haaa ni nak cerita sikit kat korang semua.. Dedulu time-time sekolah dulu produk pertama aku untuk jaga kulit muka aku ni SAFI la... Kemaheeen mulus kulit time tu tau penangan produk SAFI ni.. Dulu SAFI BALQIS tak wujud lagi.. Sekarang SAFI dah berkembang maju dengan mengeluarkan pelbagai produk baru.. Yang terbaru SAFI BALQIS OxyWhite.. Haaa meh aku story mory kat korang tentang keistimewaan produk keluaran terbaru dari SAFI ni.. 


Sebelum aku cerita pasal produk SAFI BALQIS OxyWhite ni kat korang, aku nak terangkan sikit tentang proses pencerahan kulit wajah... Korang mesti nak tau jugak kan..  Meh baca apa yang aku nak bebelkan ni.. Haha..

Ok.. Kalau korang nak tahu proses pencerahan kulit wajah akan menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi.. Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan.. Tambahan pula, ramai yang tak sedar, sinaran IR (Infra-Merah) daripada matahari dan benda berbahang boleh menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap..

Haaa korang dah tahukan serba sedikit tentang proses pencerahan kulit wajah kan.. Oleh sebab itu lah, SAFI iaitu sebuah jenama HALAL No.1 Malaysia ini telah memperkenalkan formulasi baru dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI BALQIS yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna.. Kelahiran baru dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite..

Korang nak tahu kenapa SAFI memperkenalkan produk terbarunya ini? Sebabnya SAFI memahami impian setiap gadis untuk memiliki kulit wajah sihat berseri dan cerah sempurna... Hah gituuu!!

Jom ikuti apa kata Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman tentang produk terbaru keluaran SAFI ini..

Kami di keluarga SAFI menggambarkan SAFI BAlQIS sebagai sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil cerah secara semulajadi dan yakin. Dengan kelahiran baru SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi. Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam.
Setiap penghasilan produk keluaran SAFI dilakukan berdasarkan penyelidikan oleh SAFI Excelence in Research & Innovation (SERI Research Institute) yang terletak di Subang Jaya. Makmal Research & Development (R&D) Halal terbesar di Asia Tenggara ini menggunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi dan tidak diuji pada haiwan, agar dapat menjamin keberkesanan produk dan memperkukuhkan falsafah SAFI "Selamat dan Suci". Gabungan teknologi serta kepakaran yang kami ada menjadikan produk tempatan ini setanding dengan produk jenama antarabangsa.

Kata beliau lagi,

Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano BioWhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan  oksigen tambahan ke dalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secara efektif dengan memperlahankan pembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit lebih sihat berseri dan cerah sempurna. 
Bukan sekadar menggabungkan 2 jenis teknologi nano, keberkesanan formulasi sedia ada turut dipertingkat di dalam produk baru ini. Penanggal solekan SAFI kini dilengkapi dengan teknologi Micellar yang mempu menanggalkan solekan, minyak dan habuk dalam satu sapuan pada permukaan wajah. Manakala manfaat perlindungan yang terkandung dalam Krim Siang SAFI juga dipertingkat dengan teknologi Pelindungan IR bagi melindungi wajah daripada sinaran Infra-Merah dari matahari dan bahang yang boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan gelap. 

Itulah kata-kata dari Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman... Banyak kelebihan produk SAFI ni tau.. Paling penting HALAL, SELAMAT DAN SUCI..  Okeh, sekarang jom layan cerita aku tentang keistimewaan setiap produk SAFI BALQIS OxyWhite pula..


Formulasi baru SAFI BALQIS OxyWhite ini hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja. Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.

Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baru ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden dan menarik. Logo baru ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.


SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka
( Kawalan Minyak & Jerawat )

Saiz Pek & Harga
50g  :  RM 7.30
100g  :  RM 12.30

Kulit wajah yang berminyak menjadi punca pembiakan bakteria serta pembentukan sebum yang akan menghasilkan jerawat di kulit muka. Pembersih wajah khas untuk kulit berminyak ini bertindak :-

⇝ Membersih dengan mendalam agar kulit bebas kotoran dan minyak
⇝ Mengawal jerawat dengan menyerap lebihan minyak dan kotoran yang
terkumpul di dalam liang pori kulit
⇝ Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat
⇝ Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat



SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar

Saiz Pek & Harga
100g  :  RM 10.90

Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak :-

⇝ Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
⇝ Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
⇝ Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol



SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel

Saiz Pek & Harga
45g  :  RM 20.20

Pelembap Gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam ini bertindak :-

⇝ Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
⇝ Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka
⇝ Asid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan
⇝ Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
⇝ Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam

Ada banyak lagi sebenarnya variasi produk dibawah SAFI BALQIS OxyWhite ni.. Untuk kali ni aku story 3 produk ni dulu la ye.. hehe.. Kalau korang nak tahu produk apa lagi yang ada boleh tengok gambar kat bawah ni... Memang banyak jenis.. Mengikut jenis kulit korang..


Banyakkan... Hehe.. Ok la, kalau korang nak dapatkan rangkaian produk SAFI BALQIS OxyWhite ni, korang boleh dapatkan produk ini di seluruh Malaysia termasuklah pasaraya dan pasaraya hiper utama.. So, lepas ni korang bolehlah terjah pasaraya berhampiran korang ye untuk dapatkan produk ni.. 

Untuk keterangan lanjut mengenai jenama SAFI ini, sila layari :-

Facebook

Instagram

Youtube


Baca juga :

14 comments:

  1. kalau produk muka yang berjenama safi tak sesuai dengan aku.

    ReplyDelete
  2. satu jenama yang tidak asing lagi

    ReplyDelete
  3. Kak PC sedang menggunakannya Lea..alhamdulillah ok..serasi dengan kak PC..

    ReplyDelete
  4. Tahan lama Safi ni dalam pasaran kan.. Fancy packagingnyaa... Mai pakai masa belajar dulu, sebab harganya memang affordable dan murah la utk students yang pokai2 tapi nak cantik.hahaha

    ReplyDelete
  5. Wah.. Wah.. Makin comel lah mak buyong nie..

    ReplyDelete
  6. Ira tak boleh go dengan safi muka mesti gatal nanti :(

    ReplyDelete
  7. e'in memang gune produk safi sejak zaman sekolah.. tapi rasenya, kena tukar ke safi rania gold kot.. faktor usia.. haha!

    ReplyDelete
  8. well known brand safi ni di Malaysia..insyallah, tak diragui..harga pun affordable...

    ReplyDelete
  9. dari sy kecik lg dah ada jenama safi ni, bertahan sampai sekarang. tahniah 🎉

    ReplyDelete
  10. Nina pun guna range SAFI BALQIS Oxywhite. Paling suka moisturising gel Safi Balqis Oxywhite ni... best! Sejukkk, ringan, tak melekit

    ReplyDelete