SAFI Shayla Pek Fleksi : Pelbagai Fungsi Untuk Lebih Jimat Tanpa Kompromi

Assalamualaikum wbt..

SAFI Shayla Pek Fleksi : Pelbagai Fungsi Untuk Lebih Jimat Tanpa Kompromi  |  Rasanya dah banyak kowt aku guna syampu seumur hidup aku ni.. Berbagai-bagai syampu aku cuba.. Ada yang sesuai dan ada yang tak sesuai.. Kalau kena yang tak sesuai tu, alamatnya berguguranlah helaian rambut aku ni haa.. Time mula-mula Safi Shayla diperkenalkan, akulah orang pertama yang terlebih excited nak mencuba Safi Shayla ni sebabnya Syampu Safi Shayla ni khas untuk wanita bertudung.. Masa tu aku masih mencari-cari syampu yang sesuai untuk aku.. Bila dah cuba Safi Shayla ni, ternyatalah sangat sesuai dengan rambut aku yang berkeladak time tu.. Haha..

Kalau dulu Safi Shayla ni dikeluarkan dalam botol macam syampu-syampu lain.. Tapi sekarang Safi Shayla dah berevolusi baru dengan Pek Fleksi lebih jimat dan lebih murah.. Jom ikut aku selongkar apakah yang tersirat dan tersurat disebalik Pek Fleksi Safi Shayla ni..

SAFI Shayla pilihan aku

Sepertimana yang korang tahu, rambut adalah mahkota bagi setiap wanita... Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri.. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun.. Bagi individu bertudung, penjagaan rambut sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat dan bermaya..

Kalau dilihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar sekarang ni, pengguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama dapat memberikan nilai dan kualiti yang tinggi.. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah...

Memahami keperluan wanita bertudung moden, Safi Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya dengan Habbatus Sauda memperkenalkan satu solusi penuh inovasi iaitu Safi Shayla Pek Fleksi..

"Safi Shayla sebagai teman terbaik mahkota wanita bertudung berbangga untuk melancarkan satu lagi bentuk terbaru mudah guna buat semua wanita. Dengan Safi Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh menggunakan terus atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara... Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat." Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran Safi..

Menurutnya lagi, "Inovasi Pek Fleksi ini merupakan inovasi pertama dalam industri syampu.. Diambil dari perkataan "fleksibel" iaitu sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan, Safi Shayla melengkapkan kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa mencari produk berkualiti pada harga mampu milik. Dengan satu syampu pada satu harga, pengguna boleh menggunakannya pada 3 keadaan yang berbeza."

Walaupun dah bertukar pek tetapi warna dan corak rekabentuk pada setiap variasi syampu Safi Shayla Pek Fleksi ini masih dikekalkan sama dengan format asal Safi Shayla Pek Pam dan botol supaya memudahkan pengguna-pengguna Safi Shayla untuk mencari produk ini.. Kalau pihak pengurusan tukar warna dan corak nanti susah pulak korang nak mengecam syampu ni.. Tu sebab warna dan corak dikekalkan.. 









Pek Fleksi ini didatangkan dalam saiz 480g bagi memudahkan para pengguna membaca kemana sahaja.. Malah, pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik lebih kurang 65%... Macam yang korang tahu, Safi Shayla didatangkan dengan 8 variasi.. Yang mane satu pilihan korang?? Aku ofkos la yang kuning tu.. Oil Scalp Control - Untuk mengawal lebihan minyak dan menyamankan.. Aku memang mempunyai masalah kulit kepala berminyak.. Sekarang ni alhamdulillah dah ok sejak aku guna Safi Shayla ni...

Yang Pek Fleksi ni aku baru aje cuba.. Sebab sebelum ni aku guna yang dalam botol... Tapi khasiatnya sama aje dengan yang botol cuma yang bezanya pek nya sahaja... Dulu botol sekarang Pek Fleksi.. Hehe.. 

Tengahari tadi baru aku rasmi Safi Shayla Pek Fleksi ni sebenarnya.. Kebetulan syampu aku yang dalam botol tu dah habis, so boleh la rasmi yang Pek Fleksi ni pulak... Macam biasalah, selepas syampu rambut mesti rasa terlebih selesa kulit kepala ni.. Rasa nyaman gile kowt.. Dah alang-alang nak keluar bershopping dan kepala pown rasa selesa, mula la mood nak melawo datang tetiba... Haha.. Tengah mood elok ni la boleh nak bergaya dengan shawl bagi.. So, petang tadi aku memilih untuk mengenakan shawl dari Sugarscarf peach colour.... Kemain agik ko...!! Haha... Alah bukan selalu kowt nak melaram.. Ye dak??


Okeh dipendekkan cerita, produk ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hyper utama pada harga RM 14.65..

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai jenama SAFI,
sila layari :-

Facebook

Instagram

Youtube









8 comments

  1. Siqah sekarang guna Head&Shoulders.. rambut siqah ada masalah kelemumur. Pkai shampu apa pun sama je. Maybe boleh cuba safi pasni.. tq for the review lea :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la cuba safi shayla pulak siqah.. Mane tau berkesan..

      Delete
  2. Sha x boleh pakai Safi Shayla nie.. tak sesuai.. Sakit kepala.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uik.. sakit kepala?? Bahaya tu... memang tak sesuai la tu..

      Delete