Beli Novel Preloved Murah Dari Seorang Blogger

Beli Novel Preloved Murah Dari Seorang Blogger  |  Baru-baru ni aku ada borong novel preloved dengan seorang blogger ni... Adik Arrien... Kebetulan nampak entry beliau "Pre-Loved Novel For Sale" pada 27 April 2017 yang lalu.. Nampak harga yang ditawarkan pun agak murah.. Aku cuba la risik-risik melalui DM instagram beliau.. Aku memang nak beli novel Asrama karya Muhammad Fatrim.. Kebetulan pulak adik Arrien nak jual.. Terus ajelah aku DM dia.. Nasib baik tak de yang book lagi.. hehe..


Ni lah hasil candat dari gerobok novel blogger Arrien... Dah alang-alang beli kan takan nak beli sebuah aje.. Tak berbaloi pulak rasa.. Lagi pun semua murah-murah.. So, dapatkan lagi lah 3 buah kasi puas hati membeli.. Sebelum beli, aku google dulu setiap buku yang kat atas ni.. Sama ada jalan cerita dia best ke tak kecuali yang Asrama tu.. Buku tu memang aku nak beli kan.. So, tak yah dah google.. Hehe..

Novel Precious Iris karya Melur Jelita ni, aku tengok feedback dari pembaca, rata-rata cakap best jalan ceritanya.. Novel ni adalah sambungan dari novel I Love You Stupid!.. Aku dah cari dan beli pun novel I Love You Stupid! tu tapi ada problem sikit masa membelinya.. Juga novel preloved aku beli... Ingat semula masalah yang timbul time beli tu, sangat sakit hati.. Nantilah aku cerita di entry yang lain, memandangkan novel tu belum sampai ke tangan aku lagi sekarang ni.. Harapnya, kondisi novel tersebut tak la lunyai.. Huhuhu..


Aku beli 4 novel ni dengan harga RM 50 sahaja termasuk postage.. Murah kan? Makanya bertambah la lagi koleksi buku-buku aku... Bila nak baca dan habiskan pun aku tak tahu.. Maybe time berpantang nanti kot.. Mungkin ada masa sikit masa tu.. Bercuti panjangkan.. Anak tidur boleh la aku membaca.. hehe.. Insyaallah.. 

Kalau korang nak usha novel preloved boleh la terjah blog Adik Arrien.. Kot-kot ada lagi yang belum terjual dan korang tengah mencarinya kan..


Terjah kat sini ye..


13 comments on "Beli Novel Preloved Murah Dari Seorang Blogger"
  1. wah bestnya dapat tambah lg koleksi buku :)

    ReplyDelete
  2. Syoknyaaaa memborong buku preloved, setakat ni saya beli je, jual tak pernah, sayang.haha

    ReplyDelete
  3. berbaloi tue .. 4 rm50 .. cinta high class novel best

    ReplyDelete
  4. Murahnya 😱 Best giler citer I ❤ U, Stupid! dan MyPI tu. Siap ada yang buat video lagi 😁 Tapi memang best, kisah kemanusiaan 😍 Ohhh abang pedas 😘

    ReplyDelete
  5. Wah borong sakan ya, Kak Sue pun suka juga beli buku.. tapi buku cerita seram. Lepas tu mulahlah takut sendiri.. ehehe..

    ReplyDelete
  6. Wah bestnye Lea. Nak terjah jugak lah :)

    ReplyDelete
  7. Bestnya beli buku murah dan banyak. Siqah ada buku My Precious Iris tapi tak habis baca sampai sekarang. Hihi.

    ReplyDelete
  8. wahhh bestnyeee.. anis ni lama dah xhadap buku2 cmni..rindu.. asyik xde masa je..hukhuk... ade 3 buah novel xhbis baca lagi.. adehh

    ReplyDelete
  9. Kalau tak sempat habis baca ni nanti sure licin semua buku masa akak dalam pantang hehehe

    ReplyDelete
  10. asrama mmg terbaik. itu antara buku awal antynid baca sebelum terjebak dgn buku fixi. hew hew

    ReplyDelete