Top Social

Image Slider

Showing posts with label asmar shah. Show all posts
Showing posts with label asmar shah. Show all posts

Review Novel | Sekolah Bernama Kehidupan By Asmar Shah

Thursday, June 01, 2017
Review Novel | Sekolah Bernama Kehidupan By Asmar Shah  |  Nak tahu tak cam mana aku boleh terbeli novel ni? Sekolah Bernama Kehidupan karya Asmar Shah... Aku beli novel ni dari penulis Muhammad Fatrim sebenarnya.. Novel preloved dengan harga RM10 sahaja.. Beliau buat iklan kat fb beliau.. Banyak jugak novel preloved yang dijual.. Tapi aku beli sebuah aje.. Sebab judul novel ini menarik minat aku untuk membelinya.. Aku rasa ada sesuatu disebalik tajuk tersebut... 

Sekolah Bernama Kehidupan By Asmar Shah
Sekolah Bernama Kehidupan By Asmar Shah

Korang rasa, dengan tajuk camni apa yang korang boleh bayangkan?? Mesti yang dapat mengagak dengan tepatkan.. Tapi bila baca novel ni, ianya akan memberikan korang satu perasaan yang sangat sayu, pilu dan korang akan membayangkannya dan mula berfikir-fikir nasib orang disekeliling korang.. Mungkin kita rasa kita dah teruk sangat kehidupan.. Susah sangat kehidupan.. Rupanya masih ramai yang lebih teruk dan susah dari kita.. Tapi bagaimana dorang boleh teruskan hidup? Dalam kelompok yang bernasib malang.. Serba daif.. Bayangkanlah.. Huhuhu..


SINOPSIS SEKOLAH BERNAMA KEHIDUPAN
*************

Seperti biasa aku sediakan sinopsis buku ni dalam bentuk gambar.. Hehe.. Korang baca la ye.. Jari jemari aku yang terlebih runcing ni, sangat malas nak menaip.. Haha!! Novel ni aku baca pada 21 Mei 2017 dan selesai pada 23 Mei 2017... Orite, jom tengok review tulus aku pulak tentang novel ni...


REVIEW AKU
****

Sekolah Bernama Kehidupan

My rating: 4 of 5 stars

Sekolah Bernama Kehidupan.. Permulaan bacaan aku rasa tak berapa menarik dengan ceritanya kerana berkisarkan kisah budak-budak kampung yang tiada arah tuju.. Tapi aku gagahkan jugak membacanya sebab dah belikan, rugi kalau tak habiskan... Semakin lama aku baca semakin menyentuh jiwa.. Aku dapat selami sebuah kehidupan yang mengajar anak-anak kecil yang tak tahu apa-apa tentang erti sebuah kehidupan walaupun tidak bersekolah sehinggakan ada part-part dalam buku ni membuatkan aku menitiskan air mata..

Novel ni mengisahkan kehidupan 3 orang kanak-kanak yang tinggal di kawasan setinggan di kawasan sandakan, sabah yang cuba belajar bedikari... Seorang punya dokumen diri.. manakala 2 orang lagi tiada dokumen diri.. Ibarat seperi pelarian.. Bila ada serbuan daripada pihak berkuasa, maka bertempiaranlah mereka lari selamatkan diri.. Kisah mereka bekerja mencari rezeki.. Kisah mereka yang terlalu ingin pergi kesekolah tapi dokumen diri tiada membuatkan mereka terpaksa redha dengan keadaan itu.. Di tangkap pihak berkuasa dan dihantar ke negara masing-masing.. Sedangkan keluarga kandung berada di sandakan kerana mereka ada dokumen diri.. Bayangkan seorang kanak-kanak terpaksa berjauhan dengan keluarga kandung seorang diri dan dihantar di negara yang dia sendiri tak pernah sampai di sana.. Huhuhu..

Tahniah buat penulis - Asmar Shah kerana menulis karya yang sangat menyentuh perasaan dan membuatkan aku terpikir tentang kehidupan orang yang susah.. Terbaik.. Cuma yang part last sekali, rasa tak puas hati sebab Liu tak berjumpa juga dengan keluarga kandungnya setelah 15 tahun berlalu.. Huwaaaa.. kecewaaaa... Tapi novel ni memang best..


Beli Novel Sekolah Bernama Kehidupan Dengan Harga 10 Ringgit

Wednesday, April 12, 2017
Beli Novel Sekolah Bernama Kehidupan Dengan Harga 10 Ringgit  |  Assalamualaikum.. Hi korang!! Aku tambah koleksi novel lagi.. Entah bila aku nak baca semua novel tu pown aku tak tahu lah... Kali ni aku beli novel karya Asmar Shah.. Sebelum ni belum pernah beli lagi novel karya beliau.. Ni kira firstime la.. Aku beli novel Sekolah Bernama Kehidupan dengan harga 10 ringgit sahaja... Aku tak pasti sama ada novel ni prelove atau masih baru.. Sebab bila sampai ke tangan novel ni masih ok dan macam belum terusik..

Beli Novel Sekolah Bernama Kehidupan Dengan Harga 10 Ringgit
Beli Novel Sekolah Bernama Kehidupan Dengan Harga 10 Ringgit

RM10?? Yepp RM10 sahaja.. Murahkan.. Nak tahu aku beli dari siapa novel ni.. Haaa aku beli dari seorang penulis juga.. Freelance Writer at Fixi, Fatrim Shah... 


Tu dia.. Berlonggok buku untuk dijual... Katanya ada buku prelove dan ada buku baru.. Novel yang aku beli ni tak pasti baru ke prelove.. Tak tanye pulak dia.. Hehe.. Pada asalnya aku nak rembat novel Kelibat tu.. Tapi tak sempat, orang lain dulu yang dah sambar... Huhu.. Kecewa ohh!! 

So, koleksi novel aku makin bertambah.. Bila aku nak habiskan semua?? Haha!! Kene tunggu aku habiskan novel Ramlee Awang Murshid dulu ye.. Baru aku boleh start yang lain-lain.. Hiks..