Review Novel | Barongan

Assalamualaikum wbt..


Review Novel | Barongan  |  Eceli, aku dah habis baca novel ni 28hb ritu.. Masa mula-mula nak beli ritu tak de la rasa excited sangat sebab dalam hati berkata-kata yang novel ni tak best dan tak seram.. Hehe.. Dah kenapa aku beli kan kalau dah macam tu? Hurmm aku beli sebab time tu dorang tengah buat sale.. Jadi aku rembat aje la yang mana ada.. huhu.. Beli dah lama sebenarnye.. Bulan 1 kalau tak silap aku..

Lepas aku hadam buku ni sampai habis, rupanye buku ni best dan menarik.. Seram.. So, tak rugi la aku beli ritu kan... Lepas ni mungkin aku akan berjinak-jinak pulak dengan novel seram.. Asek baca novel cinta jerk.. Jalan cerita lebih kurang je semua.. Bosan jugak kan.. Hiks..

Mesti korang nak tahu kan buku ni mengisahkan apa?.. Meh aku review sikit.. cewahh..

Watak Utama

Watak utama dalam novel ni seorang perempuan bernama Kyra.. Dia seorang anak yatim piatu dijaga oleh Pak Ngahnya sekeluarga selepas kematian kedua ibubapanya.. Kyra ni seorang yang lurus dan nerd.. Mak Ngahnya sangat membenci Kyra dan selalu buli si Kyra ni dengan menyuruh dia membuat pelbagai kerja rumah.. Haiss kengkadang sakit ati jugak aku dengan si Kyra ni sebab terlalu lemah dan berlembut.. Ikut aje apa orang suruh tanpa membantah... Hadoii!!

Masa dapat sambung belajar pown dia tetap dengan sikap dia tu sampaikan kena buli pulak dengan bebudak satu bilik dengan dia.. Sally dan Ameera.. Anak orang kaya.. Berlagak nak mampos.. Geram jerk aku dengan 2 orang budak perasan bagus ni.. Haha.. Aku pulak emosi kan.. Selain Sally dan Ameera, Ezah juga kawan sebilik Kyra.. Dia rapat dengan si Ezah ni.. Kire kawan baik la..

Universiti Malaysia, Sepang

Kyra dapat sambung belajar di Universiti Malaysia.. Hari pertama masuk kat sana pelbagai perkara pelik berlaku.. Banyak cerita-cerita menyeramkan singgah ke telinganya dan berlaku pada diri dia sendiri.. Perghh yang ni memang seram...

Kat universiti ni jugak la Ezah mati dibunuh oleh Ameera dan Sally tau sebab si Ezah ni suka melawan diorang tak macam Kyra, dia sangat lemah.. Huhuhu...

Tarian Kuda Kepang & Barongan

Haaa nak start dah ni kisah sebenar buku ni.. Kyra dan kumpulannya ditugaskan untuk membuat penyelidikan tentang Barongan ni.. Kan ke Kuda Kepang dan Barongan ni terkenal dekat Johor.. So, kebetulan rakan sekumpulannya berasal dari Batu Pahat, Johor.. Dorang pown kautim la untuk ke sana dan buat kajian..

Masa buat kajian tu la Kyra mendapat semangat yang baru dalam diri dia.. Barongan telah menguasai diri dia.. Barongan mengasut si Kyra ni supaya menjadi kejam dan pendendam.. Barongan mengasut Kyra untuk menuntut bela di atas kematian sahabat baik dia, Ezah.. Barongan menjadi pendamping Kyra dan Kyra menjadi kuat.. Seorang demi seorang yang pernah mengacau Kyra termasuklah yang membunuh kawan baiknya, Ezah tidak terlepas daripada dendamnya.. Habis semua dia bunuh..

Seram & Menakutkan

Aku rasa seram time baca kisah universiti yang dikatakan berhantu.. Selain tu, time Kyra buat pemujaan Barongan dan membunuh mangsa.. Cara bunuh yang diceritakan dalam buku ni menakutkan... Rasa macam aku berada kat situ dan menyaksikannya.. Huh..

Konklusinya

Pendek kata, aku suka buku ni.. Ianya berjaya buat aku teruja, seram dan takut... Haha.. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang buku ni, korang kene baca sendiri baru best... Lepas ni aku nak try baca buku "Roh Rumah Sewa" pulak dari penulis yang sama..



4 comments on "Review Novel | Barongan"
  1. wah nampak menarik gak ceritanya tu.

    ReplyDelete
  2. nampak menarik jugak ah jalan cerita dia.

    ReplyDelete
  3. Yeah!! Lea dah review.. Ohsem lah review Lea..
    Nanti dah baca Roh Rumah Sewa, bagi tahu ye..
    Novel tu pun best..

    ReplyDelete
  4. Ika start baca Roh Rumah Sewa dulu. Tapi, ika rasa mcm Roh Rumah Sewa by Naim masa tu kurang sikit berbanding dengan Barongan and also Projek Seram Hotel. Ika follow Barongan sebab ada sambungan dari Projek Seram Hotel yang badut tu. Barongan punya cerita memang best. and lain dari yang lain. Nampak cara naim menulis lebih matang and serem hehe :)

    ReplyDelete