Alhamdulillah, Dah Scan Jantina Baby Baru | Assalamualaikum wbt.. Hi korang..!! Akhir bulan lepas aku dah siap-siap buat temujanji dengan sebuah klinik private, Klinik Azzahra, Bukit Rangin, Kuantan untuk scan jantina baby baru aku ni.. Temujanjinya iaitu pada hari semalam, 8 June 2017, Khamis, 9.00 Malam.. Sebelum ni aku scan di sebuah klinik di Indera Mahkota.. Kali ni aku memilih untuk buat scan 3D/4D di Klinik Azzahra kerana dekat dengan rumah dan menawarkan diskaun sebanyak 10%.. Alhamdulillah.. Tak de la terlalu mahal nak bayarkan...
sumber : google
Semalam lepas solat Isyak, terus ke klinik.. Time tu Qhaliff dah tidur.. Hehe.. Kesian pulak dia.. Letih sangat la tu tidur awal semalam.. Terpaksa la angkat dia.. Nak kejut tak sampai hati pulak.. Sampai klinik barulah kejutkan dia... Dia pun kena tengok bakal adik dia ni kan.. hehe.... Lama jugak menunggu nak masuk bilik doktor, sebab ada pesakit excident tengah terima rawatan..
Lebih kurang 9.30 malam baru dapat masuk bilik doktor.. Kerja-kerja men-scan baby pun bermula.. Bertungkus lumus doktor mencari side untuk mendapatkan wajah baby dengan tepat.. Agak susah jugak la.. Sampai aku kena baring mengiring lagi tu.. Kandungan aku 26 minggu 1 hari.. Semuanya dalam keadaan baik.. Baby sihat tiada masalah.. Beratnya 900g.. Untuk tempoh 26 minggu, berat tersebut adalah normal kata doktor.. Alhamdulillah... Cuma uri dalam kedudukan agak rendah... Moga di 28 minggu nanti uri dapat naik balik.. Amiin..

Scan 3D/4D jantina baby baru |
Ni hasil dari scan semalam... Dengan harga RM 72.00, aku diberi sekeping gambar wajah baby ni dan sekeping CD yang dimuatkan dengan gambar dan video semasa scan dijalankan.. Aku sangat berpuashati dengan layanan doktor dan cara dia scan.. Memang lama.. Doktor buat bersungguh-sungguh dan tidak sambil lewa.. Sekali dengan penerangan yang lengkap lagi diberikan..
Dari hasil scan semalam, doktor mengkhabarkan yang aku akan menimang cahaya mata lelaki lagi.. hehehe.. Ada geng la Qhaliff nanti.. Ummi dia jugak tak de geng lagi.. haha.. Alhamdulillah, mengandung kali ni tak banyak ragam.. Lebih relax... Semoga anak yang aku kandungkan ini sihat dan sempurna tubuh badannya, menjadi seorang anak yang soleh dan insan yang berguna serta pandai, alim dan beramal.. Amiin..