Segmen Jom Exchange Link by Mellya Crayola

Saturday, October 1, 2016

8 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join..

Segmen Jom Exchange Link by Mellya Crayola  |  Blogger Fhatin buat segmen la.. Jom join korang.. Leh la tambah kenalan lagik.. Syarat pown mudah aje... Siap ada hadiah misteri lagik kalau penyertaan menggalakkan.. Hehe..

Blog paling cantik aku pernah tengok blog Fhatin la.. Admire betul aku dengan blog beliau.. Kaler dia cantik... Jom terjah blog beliau dan join segmen ni..


Tarikh Tamat
31 Oktober 2016






Read More

Namecard Lea Azleeya by Pixajoy

11 comments
Assalamualaikum wbt...

Namecard Lea Azleeya by Pixajoy  |  Hi korang!! Nampak takkkk hakak dah ada namecard sendiri... Kemain lagik ye, dah ada namecard bagai aku ni.. Padahal masih baru kowt dalam dunia berblogging bagai ni... Tetiba dah tempah namecard pulak.. Nak kasi kat sapa tataw la tu.. Haha..

Sebenarnya ceritanya bermula camni, ada la sahabat aku sorang ni Blogger Sha Mohamed info dekat aku yang dia buat namecard free.. Wahh terus teruja badak aku.. FREE kowt.. Sape tamau kan.. Hasil dari soal siasat aku, rupanya Sha buat kad nama tu dekat Pixajoy... Tengah ada promosi katanya.. 100 keping namecard yang berharga RM35 hanya dikenakan cas untuk postage aje.. Gile ko tamo buat.. Harus la buat walaupown blog masih baru dan agak suam-suam kaki jerk.. hehe..

Inilah rupa namecard aku yang dah siap dicetak... Ok tak?? Bagi aku, aku sangatlah berpuas hati dengan design aku sendiri ni dan kualiti kad Pixajoy ni.. Servis pown selaju kapal terbang.. Hiks.. Aku pilih kad jenis yang licin dan bukan yang jenis matte.. Hehe.. 


Tu diaaaa penglihatan jarak dekat.. Ngeee.. Okeh, sekarang ni masih ada ye untuk offer free 100 keping kad tu di Pixajoy.. Sape-sape nak buat boleh la ke laman web Pixajoy sekarang sebelum tamat tempoh promo tersebut...




Banyak lagik sebenarnynya offer yang ada.. Bukan takat namecard aje... Kalau korang nak buat photo book pown boleh tau.. Juga ada offer untuk photo book.. Aku dok usha templete photo book dah ni.. Rasa cam nak buat jerk satu untuk family.. Ahakz.. 

Pape pown, aku nak ucap terima kasih bebanyak pada sahabat aku kerana meng-info kan aku tentang offer yang terlebih ohsem ni.. Thankz Sha Mohamed... Sayang kamo ketat-katat.. Muaxxx cikedd bak kata Ayda Jebat.. Haha..


Untuk maklumat lanjut tentang PIXAJOY, sila layari :-




"Awesome Photo Books For Your Epic Memories"





Read More

Hello, Oktober..!!

No comments
Assalamualaikum wbt..

Hello, Oktober..!!  |  Gut bai September... Hello Oktober... Kedatangan oktober tahun ni lebih bermakna dalam hidup aku... Macam-macam yang berlaku dalam masa yang begitu singkat.. Bermula dari bulan September dan berakhir dengan penuh bahagia di first oktober hari ini.. Alhamdulillah.. Thank You ALLAH..

Dalam bulan oktober ni jugak ada beberapa peristiwa yang berlaku dan menjadi kenangan sehingga kini.. Bak tajuk lagu Awie "Tragedi Oktober".. haha.. 

Bagi aku inilah permulaan hidup bagi aku... Semoga kebahagian yang aku kecapi hari ni akan berkekalan sehingga akhir hayat aku.. Insyaallah..

n.k : Haisss sies pulak kali ni yek.. Haha..~!!


Read More

Birthday Giveaway by KasihkuAmani

7 comments
Assalamualaikum wbt..


Birthday Giveaway by KasihkuAmani  |  Yey!! Sahabat dah up entry giveaway... Dengan terasa teruja aku join giveaway by blogger Sha ni sebabnya hadiah yang ditawarkan merupakan buku-bukuan...  Kenapa hadiah buku, sebabnya blogger Sha ni samala cam aku 'bookworm'.. Gile novel.. Haha.. Kalau korang pown minat membaca dan 'gile novel' juga, moh le kite jejoin sesama yee..

Tarikh Tamat
30 November 2016


Read More

Shopping Canvas Di Printcious.My

Friday, September 30, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..

Shopping Canvas Di Printcious.My  |  Rasa terlebih rajin hari ni dok update blog.. Malam ni pown masih ada sisa-sisa kerajinan itewww.. Makanya hakak nak update tentang hakak memborong sakan di Printcious.my...Kalau korang nak tahu, ni bukan kali pertama aku bershopping di Printcious.my tetapi dah kali ke 2 kowt.. Yang sebelum ni baca kat SINI  |  SINI .... 

Apa yang aku beli kali ni?? Meh ikut aku, kite tengok ape yang dah aku beli...


Tu diaa... Canvas dek non hakak beli... Ko ada?? Haha.. Aku beli ni nak letak kat dinding dapur yang agak sendu tu... Dekat Printcious.my kan kita boleh DIY kite punye barang yang hendak dibeli.. So, puas lah aku dok mencarik idea nak buat frame ni.. Yang kitchen rule tu cam biasa la aku menggunakan khidmat encik google.. Hehe.. Yang gambo kartun tu memang aku guna yang aku sendiri la.. Gambar ni aku tempah dengan Lanun Ranggi dolu-dolu.. So, boleh la aku abdikan karton ni dalam frame.. Ahakz..

Dah nama lagik nak letak dekat dapur kan.. Aku pown tarok la tajuk frame "Dapur Ummi Qhaliff".. Hehe nak jugak ada nama Qhaliff tu kan.. Tak boleh berenggang langsung kowt... Haiiyooo... Camne aku tak dapat idea nak tarok nama dia sekali, cuba korang tengok gambo ni..


Nampakk tu.. Barang sampai aje, dia lah yang paling sibuk nak soh bukak.. Cam dia tau jerk barang best sampai.. hehe..

Aku sangat berpuashati dengan kualiti canvas dari Printcious.my ni.. Gambar yang di print atas canvas tu pown jelas.. Canvas pown dari kain yang ok.. Harga pown tak mahal mana, ngam ngam soiii gituu.. Harga berpatutan la maksudnya tu.. Hehe.. Apa lagik?? Haaa penghantaran pown sepantas kilat.. Tq encik Skynet juga sebab hantor dengan cepat.. Pendek kata, servis yang diberikan oleh Printcious.my sangat gut-gut gituuu.. I loikeeee!!

Nak tengok tak encik somi gantung kat ne?? hehe.. Jangan gelak sudahhh!!


Tu diaa..!! Gantung dekat lorong nak masuk dapur antara meja bar.. Hehe.. Nampak tak tu kecacatan telah berlaku... Tinggi sebelah framenya digantung.. Haddoiii.. Frust mak nakk.. Ni lah jadinya bila buat kerja tamo ukur dulu.. Bajet-bajet mata tajam menikam membajet kesamaan tepat setepat tepatnya.. Dan hasilnya tinggi sebelah.. Haha.. Redha aje hakak time tu dek non... 

Wokeh.. Kalau korang nak jugak tempah cam aku ni, korang leh la p terjah laman web Printcious.my.. Macam-macam produk dok ada kat sana yang boleh korang DIY kan... Korang mesti berpuas hati punyalah dengan hasil nya nanti... Jom terjah sekarang.. Mane tau kowt-kowt ada sale, leh shopping lebih sikit.. Haha..





"Precious Gift From Your Heart"



Read More

Comics Giveaway by Sviors

9 comments
Assalamualaikum wbt..


Comics Giveaway by Sviors  |  Komik.. Komik.. Komik.. Lama dah tak baca komik... Kalau menang ni boleh kembali baca komik.. Hah gituuu... Haha.. Meh kite join reramai GA by blogger Sviors  ni... Banyak kowt hadiah komik.. 9 buah komik untuk dimenangi.. Tapi hanya 3 orang pemenang ajo dicarik ye.. Soram dapat 3 buah komik..Ahakz.. Hadiah ekstra pown disediakan tau..Syiokkk weh.. Rugi tak join.. Jom la join..


Tarikh Tamat
12 Oktober 2016


Read More

Semakan Daftar Pemilih

6 comments
Assalamualaikum wbt..

Semakan Daftar Pemilih  |  Pilihanraya semakin hampir... Korang dah semak ke daftar pemilih.. Kat mana korang akan mengundi nanti... Kalau belum, meh semak sekarang dekat sini..

http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/




Read More

Tazkirah Jumaat

3 comments
Assalamualaikum wbt..



Read More

Ranking Alexa LeaAzleeya.com Sept 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..

Ranking Alexa LeaAzleeya.com Sept 2016  |  Lama dah tak update ranking alexa ni lepas bertukar kepada dotcom ni... Mood update dah terbang melayang sejak bertukar dotcom rank alexa jatuh terjunam.. Huhu.. Bila dah bertukar ke dotcom ni, automatik rank akan jatuh umpama kita bukak blog baru... So, seolah-olah blog aku ni dilahirkan semula.. Cewahhh...

Hari ni tergerak hati nak check balik.. Alhamdulillah ada perubahan.. Jom tengok LeaAzleeyadotcom ni berada di rank ke berapa juta?? Juta yeee... Haha...!!

Alexa Rank (LeaAzleeyadotcom) - September 2016


SEPTEMBER 2016
Global Rank  :  2,342,608
Rank in Malaysia  :  11,192

Okeh, inilah rank alexa aku setakat bulan September ni.. Moga-moga akan terus berada di tahap yang terohsem akan datang.. Insyaallah... 


Read More

To My Son

Thursday, September 29, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..


For my anakzzs~!!

:: Qhallizam ::



Read More

Semakan Nama Penerima Dekoder Percuma MYTV 2016

Wednesday, September 28, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..


Semakan Nama Penerima Dekoder Percuma MYTV 2016  |  MYTV Broadcasting ni adalah unit dekoder percuma yang akan diberikan kepada lebih kurang 2 juta rakyat malaysia yang dipilih secara rawak... Siapa yang dah semak nama penerima dekoder percuma MYTV ni?? Terpilih atau idoookkk?? Bagi yang belom semak, korang boleh la semak sekarang sama ada korang terpilih atau tidak sebagai penerima dekoder percuma itewww..!!

Apakah Itu Televisyen Terestrial Digital (DTT)?

Negara-negara ASEAN telah menetapkan pelaksanaan penutupan siaran analog (Analogue Switch Off - ASO) secara berperingkat antara 2015 sehingga 2020... Untuk memastikan penyeragaman isyarat, negara-neraga yang mempunyai sempadan bersama termasuk Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei bersetuju menetapkan 2018 sebagai sasaran pelaksanaan ASO. Projek DTT di Malaysia adalah dibawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini adalah sebahagian daripada agenda nasional untuk mentransformasikan industri penyiaran negara melalui pendigitalan dengan tujuan mempertingkatkan taraf hidup rakyat ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020... Ia merupakan salah satu inisiatif terpenting dalam Rancangan Malaysia ke-11.


Semak Nama Anda Sekarang!!

Korang boleh menyemak melalui kaedah-kaedah berikut :-

Boleh semak melalui Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1300 80 6988 ataupun ikuti step-step seperti dibawah ini..

Step 1
Layari laman web rasmi http://mytvbroadcasting.my

Step 2
Masukkan No. Kad Pengenalan di ruangan yang disediakan..


Step 3
Lihat keputusan samada :-

BERJAYA??




TIDAK BERJAYA??


Aku?? Huhu "MOHON MAAF... ANDA TIDAK TERPILIH.." haaa itu lah result yang aku dapat daripada semakan no IC aku.. ahakz.. Tak de rezeki lagik untuk dapat MYTV free.. Korang camne?? Semak la cepat.. Mane tau kowt-kowt ada rezeki korang untuk dapat dekoder MYTV percuma ni..


Saluran yang ditawarkan!

Antara saluran yang ditawarkan oleh MYTV adalah seperti berikut :-


Korang dah semak belum?? Kalau belom jom semak sekarang..!!




Read More

Silkygirl Matte Lipstik Pilihan Terbaik

10 comments
Assalamualaikum wbt..


Silkygirl Matte Lipstik Pilihan Terbaik  |  Tak bekerja aku hari ni.. Pengasuh anak demam, aku pown kesihatan tak berapa nak mengizinkan.. So, mereput dekat rumah aje la hari ni.. Okeh, kali ni aku nak cite tentang Lipstik baru aku ni.. Ahakz.. 

Aku ni memang pengguna kosmetik Silkygirl.. Tapi bukanlah semua produk keluaran Silkygirl aku guna... Ada beberapa produk aje seperti Lipstik, Eyeliner dan pencuci make up.. 3 produk ni wajib beli jenama Silkygirl punya.. Selain ianya sesuai dengan aku, produk ini juga dijual pada harga yang mampu milik.. Tu sebabla aku suka produk ni.. Haha.. Tak mahal dan harga berpatutan.. Boleh bergaya tanpa terbeban dengan harga yang mahal.. Walau pown harganya tidaklah semahal produl-produk yang lain, tetapi produk ni sangat berkualiti dan mempunyai pilihan yang menarik.. Warna lipstiknya pown cantik dan ohsem.. Wahh menggunung aku puji produk ni.. Awas ini bukan iklan berbayar ye.. Haha..

Tambah Koleksi Lipstik!

Eceli, aku dah lama kowt tak beli lipstik.. Pakai yang hado0o aje sampai naik jemu tengok muka sendiri.. Sama aje setiap hari.. Ekeke.. 

Hari gaji baru ni, pergi la bershopping barang dapur.. Dah alang-alang beli barang, bodek le encik somi soh belikan lipstik baru.. Huhu.. Macam-macam alasan dok kasi, lipstik lama nak habis la.. Asyik pakai lipstik sama warna laa.. Kiki.. Lastnya dapat jugak aku rembat 2 ketol lipstik Silkygirl Matte ni.. Dah lama usha sebenarnya lipstik ni.. Tunggu masa aje nak sambar.. Pada mulanya nak beli satu aje, tetiba mata ni terpengaruh lak dengan warna-warna yang ada.. Hadoiii, TERPAKSA la hakak rembat 2 dek non...!! Encik somi ape lagik, membebel panjang la.. Haha.. 

Okeh jom tengok warna ape yang sempat hakak rembat...

04 - Mystic Rose

08 - Foxy Red

Mystic Rose (04) ni warnanya berunsur pink gitu.. Aku memang dok mencarik lipstik warna pink sebab asyik pakai nude colour aje.. Lama dah tinggalkan lisptik warna pink ni.. Masa bujang-bujang dulu aje dok pakai lisptik pink.. Dah kawen mula minat dengan warna Nude... Dah kenapa yeee?? Heeee.. Warna Mystic Rose ni cantik tau dek non.. Pink dia tak pekat dan suram.. Memang cantik warna dia.. 

Foxy Red (08) ni pulak warnanye berunsurkan merah.. Tapi tak de la merah menyala.. Warna dia ala-ala oren peach gitu.. Warna camni memang aku suka.. Bila pakai nampak relaxx aje.. Naturalnye.. Cewahhh... Warna ni pown cantik... Tapi sebenarnya warna ni aku memang dah selalu pakai.. Ni beli pown sebab nak ganti yang lama tu dah nak habis.. Haha..

Kenapa Matte??

Kenapa aku nak sangat beli Silkygirl Matte kalau korang nak tahu, sebabnya sebelum ni aku pakai lisptik matte, warna lipstik di bibir akan mengering.. Nampak tak bermaya dan menyeramkan.. Haha.. Biasala kan nama lagik matte.. Tapi tidak Silkygirl Matte ni, bila pakai, bibir tetap nampak moist dan sangat selesa... Matte tetaplah matte tetapi tidak sekering lipstik matte yang lain.. Sies bak hang!!

Korang paham tak ape aku terangkan tu..?? Haha kalau tak faham buat-buat lah faham yekk..!!

Ni warna pink sebenarnya ye.. Pencahayaan terlebih, warna agak lari sikit.. Hiks..


Peach colour.... I like!!


Konklusinya, cewahh konklusi tuuu... Ayat buku.. Haha.. Okeh, pendek kata aku memang suka lipstik dibawah jenama Silkygirl.. Warna cantik dan selesa bila di pakai.. Bukan baju aje selesa dipakai ye.. Lisptik pown kene carik yang selesa di pakai tau... Baru lah tak memudaratkan bibir.. Kalau tak rasa cam tebal aje bibir.. HIks...

Wokeh la.. Takat ni dulu la ye aku berceloteh.. Nak up gambar aku pakai lipstik ni pown takut korang muntah darah lak.. Haha baik tak payah laa.. Tengok gambar lipstik udah la ye.. Akan datang insyaallah aku akan review pulak lipstik Golden Rose.. Aku ada sambar 2 ketoi jugak dekat laman web Zalora.. Tataw la cantik ke idokkk.. Selesa ke idookkk.. Kite tunggu dan lihat aje la ye...

c u soon..!!


Read More

The Benefit Matrix Hybrid Amino Plus

1 comment
Assalamualaikum wbt..


The Benefit Matrix Hybrid Amino Plus  |  Hi korang!!.. Seperti yang telah dijanjikan, kali ni aku nak bercerita pula tentang manfaat Matrix Hybrid Amino Plus ni... Seperti yang dah aku war-warkan pada entry sebelum ni, Matrix Hybrid Amino Plus ni adalah makanan tambahan bagi penambah prestasi atau lebih tepat meningkatkan stamina dan memberi sumber tenaga yang baik untuk membina otot serta memberi kesan positif kepada prestasi senaman kita..

Matrix Hybrid Amino Plus ini diformulasikan untuk memaksimakan komponen yang paling penting yang diperlukan untuk meningkatkan senaman kita.. Ianya juga dapat meningkatkan tahap pengoksidaan lemak dan membolehkan kita bersenam dengan lebih kuat untuk masa yang lebih lama tanpa keletihan... Hybrid's power-charged formula dapat melindungi badan kita bagi mencapai penggunaan tenaga yang tinggi... Yang mana boleh digunakan untuk latihan yang berat begitu juga dengan latihan biasa.. Hybrid bukan sahaja dapat meningkatkan kebolehan badan kita untuk kekal bertenaga lebih lama tetapi juga membenarkan pemulihan yang cepat untuk senaman yang lebih baik..


Apakah manfaat lain Matrix Hybrid Amino Plus??

High Intesity Training
- Endurance Training

Boost Nitric Oxide
- Increase blood flow to the muscles

Increase Stamina
- Keep up the pace

Accelarate Muscle Growth
- Increase your muscle mass

Increase Mental Alertness
- Stay focused and mentally energised

Speed Up Recovery
- Delay fatigue. Get back to your workout quicker than ever before.


Banyak gile kowt manfaat dengan mengambil produk ni... Patutlah produk ni diambil oleh ahli bina badan dan bagi mereka-mereka yang kuat senaman.. Produk ni berfungsi dengan baik untuk mereka ye.. Mane tak nye produk ni dapat meningkatkan daya tahan untuk berlatih, menambahkan kekuatan otot, meningkatkan aliran darah ke otot-otot, pertumbuhan otot-otot pown laju berdesup, meningkatkan jisim otot juga dan banyak lagik manfaat kepada mereka ahli sukan ni.. Semua berkaitan dengan otot.. hehe..

Zainal Arif - Ahli Bina Badan Malaysia

Oke la, aku tak nak cakap banyak dah.. Kalau korang nak tahu lebih lanjut korang rujuk gambar kat bawah ni ye..  Gambar tersebut akan bercerita secara menyeluruh tentang Matrix Hybrid Amino Plus ni... Cewahhh..





Read More

WANTED! Ohsem Bloglist Blog Kaklong

Tuesday, September 27, 2016

11 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

WANTED! Ohsem Bloglist Blog Kaklong  |  Jom join segmen by Kaklong ni.. Kaklong carik bloglist untuk blognya.... Jom join reramai weiiii!!


Tarikh Tutup
13 Oktober 2016




Read More

Lip Balm Body Shop Malaysia Terbaru

Monday, September 26, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..

Lip Balm Body Shop Malaysia Terbaru  |  Hi korang!! Siapa dekat sini pengguna tegar lip balm angkat tangannnnn!! Haha.. Okeh, kali ni aku nak perkenalkan kat korang Lip Balm terbaru keluaran The Body Shop... Kalau korang adalah pengguna setia produk The Body Shop mesti korang tak sabar nak beli Lip Balm yang ohsem ni untuk menambah koleksi make up korang kan.... Hehe.. Ok, tamo bebel pepanjang, moh le aku perkenalkan kat korang Lip Balm Body Shop terbaru...


The Body shop merupakan antara jenama kecantikan yang sangat digilai oleh pencinta kosmetik.. Malah di Malaysia terdapat banyak cawangan The Body Shop di pelbagai pusat membeli-belah dan menjadi tumpuan ramai wanita... Jenama ini telah melebarkan sayapnya di pelbagai negara di seluruh dunia dan diakui sebagai antara jenama kecantikan yang paling dipercayai oleh para pelanggannya...


Jenama The Body Shop amat terkenal dengan rangkaian produk kecantikan dengan pilihan yang sangat meluas... Antara produknya yang paling popular ialah pelembap bibir... Jom kita lihat 3 jenis Body Shop Lip Balm yang paling menjadi kesukaan wanita di Malaysia! Keep scrolling!..

The Body Shop - Born Lippy Poisonberry Passionfruit Rouges

A lips moisturiser in a pot is all you need!! Born Lippy Poisonberry Passionfruit Rouges ni adalah pelembab bibir yang melembapkan dan memberikan tekstur yang bersinar bersama perisa berry eksotik yang membuatkan bibir anda kelihatan 'smooth' dan tampak lembut..

The Body Shop - Born Lippy Stick Lip Balm Pomegranate

Born Lippy Stick Lip Balm Pomegranate ini pula adalah sejenis pelembab bibir yang hadir dalam bentuk 'stick'.. Pelembap bibir ini menbuatkan bibir anda a pop of colour, a shot of moisture and a soft shine... Ianya melembapkan bibir anda dan membuatkannya kelihatan bersinar serta hadir dengan perisa buah delima..

The Body Shop - Wild Argan Oil Solid Oil Lip Balm

Rich solid oil for soft, radiant lips, enriched with organix Community Fair Trade argan oil form Morrocco.. Ini adalah lip balm yang anda pasti mahukan bagi mendapatkan indulgent solid oil texture with instant hydration.. Lip balm ini memberikan bibir anda rasa lebih lembut and smooth kerana kaya dengan minyak argan Community Fair Trade Wild dari Morocco..

Haaa macam mana?? Ohsem-kan Lip Balm Body Shop ni.. Rugi tau kalau tak cuba Lip Balm keluaran The Body Shop ni.. Kalau korang nak tahu, aku dah pernah guna Lip Balm yang jenis stick tu.. Memang ohsem laa.. Moist aje rasa bibir... Lembut bak sutera.. cewahhh!! Tapi aku dapat guna sekejap je sebab adik aku dah rembat lip balm tersebut.. Katanya, lip balm ni lain dari yang lain... Dia suka... Hurrmmm jawabnya terpaksa la aku  beli yang lain lepas ni.. Huhu.. Tapi serius, bibir aku dah tak kering bila guna lip balm The Body Shop ni.. Memang terbaikk!!

So, apa tunggu lagi?? Korang pown kene cuba tau.. Rugi tak cuba.. Seriuss ohhh!!




Read More

SAFI Shayla Pek Fleksi : Pelbagai Fungsi Untuk Lebih Jimat Tanpa Kompromi

8 comments
Assalamualaikum wbt..

SAFI Shayla Pek Fleksi : Pelbagai Fungsi Untuk Lebih Jimat Tanpa Kompromi  |  Rasanya dah banyak kowt aku guna syampu seumur hidup aku ni.. Berbagai-bagai syampu aku cuba.. Ada yang sesuai dan ada yang tak sesuai.. Kalau kena yang tak sesuai tu, alamatnya berguguranlah helaian rambut aku ni haa.. Time mula-mula Safi Shayla diperkenalkan, akulah orang pertama yang terlebih excited nak mencuba Safi Shayla ni sebabnya Syampu Safi Shayla ni khas untuk wanita bertudung.. Masa tu aku masih mencari-cari syampu yang sesuai untuk aku.. Bila dah cuba Safi Shayla ni, ternyatalah sangat sesuai dengan rambut aku yang berkeladak time tu.. Haha..

Kalau dulu Safi Shayla ni dikeluarkan dalam botol macam syampu-syampu lain.. Tapi sekarang Safi Shayla dah berevolusi baru dengan Pek Fleksi lebih jimat dan lebih murah.. Jom ikut aku selongkar apakah yang tersirat dan tersurat disebalik Pek Fleksi Safi Shayla ni..

SAFI Shayla pilihan aku

Sepertimana yang korang tahu, rambut adalah mahkota bagi setiap wanita... Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri.. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun.. Bagi individu bertudung, penjagaan rambut sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat dan bermaya..

Kalau dilihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar sekarang ni, pengguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama dapat memberikan nilai dan kualiti yang tinggi.. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah...

Memahami keperluan wanita bertudung moden, Safi Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya dengan Habbatus Sauda memperkenalkan satu solusi penuh inovasi iaitu Safi Shayla Pek Fleksi..

"Safi Shayla sebagai teman terbaik mahkota wanita bertudung berbangga untuk melancarkan satu lagi bentuk terbaru mudah guna buat semua wanita. Dengan Safi Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh menggunakan terus atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara... Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat." Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran Safi..

Menurutnya lagi, "Inovasi Pek Fleksi ini merupakan inovasi pertama dalam industri syampu.. Diambil dari perkataan "fleksibel" iaitu sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan, Safi Shayla melengkapkan kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa mencari produk berkualiti pada harga mampu milik. Dengan satu syampu pada satu harga, pengguna boleh menggunakannya pada 3 keadaan yang berbeza."

Walaupun dah bertukar pek tetapi warna dan corak rekabentuk pada setiap variasi syampu Safi Shayla Pek Fleksi ini masih dikekalkan sama dengan format asal Safi Shayla Pek Pam dan botol supaya memudahkan pengguna-pengguna Safi Shayla untuk mencari produk ini.. Kalau pihak pengurusan tukar warna dan corak nanti susah pulak korang nak mengecam syampu ni.. Tu sebab warna dan corak dikekalkan.. 









Pek Fleksi ini didatangkan dalam saiz 480g bagi memudahkan para pengguna membaca kemana sahaja.. Malah, pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik lebih kurang 65%... Macam yang korang tahu, Safi Shayla didatangkan dengan 8 variasi.. Yang mane satu pilihan korang?? Aku ofkos la yang kuning tu.. Oil Scalp Control - Untuk mengawal lebihan minyak dan menyamankan.. Aku memang mempunyai masalah kulit kepala berminyak.. Sekarang ni alhamdulillah dah ok sejak aku guna Safi Shayla ni...

Yang Pek Fleksi ni aku baru aje cuba.. Sebab sebelum ni aku guna yang dalam botol... Tapi khasiatnya sama aje dengan yang botol cuma yang bezanya pek nya sahaja... Dulu botol sekarang Pek Fleksi.. Hehe.. 

Tengahari tadi baru aku rasmi Safi Shayla Pek Fleksi ni sebenarnya.. Kebetulan syampu aku yang dalam botol tu dah habis, so boleh la rasmi yang Pek Fleksi ni pulak... Macam biasalah, selepas syampu rambut mesti rasa terlebih selesa kulit kepala ni.. Rasa nyaman gile kowt.. Dah alang-alang nak keluar bershopping dan kepala pown rasa selesa, mula la mood nak melawo datang tetiba... Haha.. Tengah mood elok ni la boleh nak bergaya dengan shawl bagi.. So, petang tadi aku memilih untuk mengenakan shawl dari Sugarscarf peach colour.... Kemain agik ko...!! Haha... Alah bukan selalu kowt nak melaram.. Ye dak??


Okeh dipendekkan cerita, produk ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hyper utama pada harga RM 14.65..

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai jenama SAFI,
sila layari :-

Facebook

Instagram

Youtube









Read More

Pencarian Bloglist Oktober-Disember 2016 by Cik Ummi

Sunday, September 25, 2016

8 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Pencarian Bloglist Oktober-Disember 2016 by Cik Ummi  |  Adoiii mata dah mengantok!! Tapi sebelum tidur aku nak join dulu segmen pencarian bloglist oleh Cik Ummi kite ni.. Beliau mencari bloglist bagi bulan oktober.. Jom la korang join.. Kalau menang dapat la menumpang berteduh dekat blog Cik Ummi ni.. hehe..

Tarikh Tamat
30 September 2016
Read More