Hadiah Dari Printcious Untuk Qhaliff Dah Sampai

Assalamualaikum wbt

Hadiah Dari Printcious Untuk Qhaliff Dah Sampai  |  Hai korang...!! Kembali bersiaran aku malam ni setelah semalam terbantut untuk aku berblog kerana hujan lebat ribut petir yang melanda ditempat aku ni.. Cewaah dah cam berita kaji cuaca pulak..hehe.. Okeh!! Bukan itu yang aku nak cerita malam ni... Ada sesuatu yang lebih ohsem yang nak aku kongsikan dengan korang malam ni.. Apakah?? Nak tahu, teruskan baca sampai habis ye..


Sebelum ni, aku pernah up entry tentang sebuah Online Gift Shop iaitu Printcious... Korang ingat lagik tak aku kongsi cerita pasal laman web Printcious.my ni?? Kalau tak ingat, korang boleh baca dekat SINI ye.. Kalau korang ingat, satu jerk aku nak cakap kat korang... Korang memang OHSEM!! Haha.. Nak tahu tak apa yang aku dah borong dari laman web Printcious?? Meh aku story...

Sebenarnya, barang yang aku order dari Printcious dah selamat sampai ke tangan aku pada hari rabu lepas lagik dah... Hari ni baru aku berkesempatan untuk mengapdet order aku ni.. Dalam entry terdahulu, aku ingat nak hadiahkan anak saudara aku sesuatu untuk hadiah besday dia.. Tapi tak jadi sebab ada agenda lain yang akan dibuat sempena besday dia nanti.. So, aku putuskan untuk beli sesuatu untuk anak aku si Qhaliff tu.. hehe.. Apakah yang aku beli?? Jom selongkarrr...!!


Aku pilih 2 barang untuk Qhaliff iaitu Cushion dan Mug.. Sebenarnya ada satu lagik aku nak beli buat kenang-kenangan aku, tapi tak jadi pulak iaitu Mouse Pad yang dihiasi gambar si Qhaliff.. Hehe.. Mungkin lain kali kowt.. Insyaallah.. Jom aku tunjukkan satu persatu hadiah dari aku untuk Qhaliff..

Suka sangat dia dapat bantal ada gambar dia.. Dapat terus aje bawak larik dan peluk.. Haha!!

Tadaaaaa...!! Inilah hasil DIY yang aku buat istimewa untuk anak kesayangan aku ni.. Kenapa aku pilih cushion ni?? Haaa sebabnya pertama Qhaliff memang suka peluk bantal.. Kedua, dapatlah aku hias sofa aku dengan bantal comel ni.. Warna merah lagik uollsss...!! Ketiganya, sebagai kenangan untuk Qhaliff bila beso nanti.. Tu pown kalau bantal ni jangka hayatnya panjang ye.. Hiks..

Magic Mug... Boleh bersalin kulit Mug ni..

Hadiah kedua buat Qhaliff adalah Magic Mug... Kenapa dipanggil Magic Mug?? Nanti korang akan tahu bila aku tunjukkan gambar seterusnya nanti.. Hehe.. Korang nak tahu kenapa aku pilih Mug untuk Qhaliff?? Sebabnya Qhaliff suka minum air dalam cawan yang ada gambar.. Sambil minum, sambil tengok gambar yang ada pada mana-mana mug.. Sebelum ni dia suka minum air dalam mug yang ada gambar spongebob.. Lepas ni boleh la dia tengok gambar sendiri pulak sambil minum air.. Haha.. Jom kite tengok kelebihan Magic Mug ni...


1
Mug asal yang dibeli berwarna maroon.. Kalau beli hitam lagik tak nampak kowt gambar belakang tu.. huhii..

2
Setelah dimasukkan air panas, mug perlahan-lahan bertukar wajah.. 

3
Warna maroon semakin menghilang...

4
Dan hasil terakhir, nampak la wajah si Qhaliff dibelakang warna maroon tadi tu dengan jelas... Mug pown bertukar menjadi warna putih.. Tangkalnya saje warna maroon.. hehe..

Ajaibkan... hehe.. Mug boleh bersalin kulit.. Sebab tu la Mug ni dinamakan Magic Mug... Dah cam silap mata jerk kan... Pasni korang boleh la beli satu untuk yang tersayang.. Mesti teruja punya...

Dapat hadiah terus pegang tamo kasi dah dekat ummi dia..

Cubaan untuk menggunakan Magic Mug...Haha..!!

Kalau korang nak cari hadiah DIY untuk seseorang, lepasni boleh la terjah laman web Printcious.. Aku yakin korang mesti teruja dan rambang mata.. Cam aku la.. Sampai tak tahu nak pilih mana satu.. Semua menarik belaka.. Rasa macam nak beli semua sekali.. Sampai pening kepala nak pilih... Haha..!!

Okeh jom baca pendapat aku tentang produk yang dihasilkan oleh Printcious pulak.. Memuaskan atau tidak?? Jom kecammm...!!

Secara keseluruhannya, produk yang dihasilkan oleh Printcious sangatlah memuaskan.. Foto yang di print pown cantik tak mengecewakan... Aku sangat berpuas hati... Sampai saje barang terus aku bukak untuk lihat hasil cetakan... Bila dah senyuman terukir di bibir, itu tandanya aku berpuas hati dengan hasil kerja Printcious... Masa mula-mula aku nak buat order dan DIYkan hadiah Qhaliff, aku sendiri rasa tak yakin yang bantal dan mug tersebut akan terhasil dengan baik.. Sebabnya, sebelum ni aku pernah beli produk jenis cetakan ni.. Tapi hasil cetakan sangat menghampakan.. Sebab tulah aku rasa, tak yakin pada mulanya.. Tapi bila dah dapat barang-barang tersebut... Wahhhh.. Terbaik.. Ohsemm.. Aku suka dan berpuas hati dengan hasilnya.. Thankz too Printcious kerana menghasilkan produk yang sangat berkualiti dan memuaskan...

Bukan sahaja produk dihasilkan berkualiti, malahan untuk urusan pembelian pown sangat mudah dan tak menyusahkan kita sebagai pembeli.. Laman web Printcious yang mesra pengguna memudahkan kita membuat tempahan secara online.. Proses penghantaran pown cepat.. Pembungkusan barang pown sangat safety.. Pendek kata, aku sangat berpuas hati dengan produk dan servis yang diberikan di Printcious..


Kalau korang rasa nak cuba shopping hadiah di Printcious sekaligus menDIYkan hadiah korang, boleh la berbuat segera kerana di Printcious sekarang tengah ada MERDEKA SALE (30% off) sehingga esok 31 Ogos 2016 dengan menggunakan CODE : MERDEKA 30 semasa pembelian dibuat... Masih sempat lagik tu kalau korang buat tempahan malam ni atau esok.. 

Hadiah anda akan lebih bermakna hanya di Printcious - "Precious Gift From Your Heart"...






3 comments

  1. Wow.. Mug bertukar warna.. Hebat.. Dia bile air panas je erk tukar warna tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah Hasif... Bila air panas aje.. Betoi2 panas.. hehe.. Kalau dah sejuk dia kembali kpd asal..

      Delete