MYLARA Skincare Product

Sunday, October 9, 2016

5 comments
Assalamualaikum wbt..


MYLARA Skincare  |  eh, ada skincare baru laa... Adakah aku dah jumpa dengan skincare yang sesuai untuk kulit aku ni.. Hehe.. Yang tu kene tunggula sebab kali ni aku sahut cabaran untuk cuba betul-betul produk ni dan rasa macam bersemangat gile kowt nak pakai.. Haha..!! 

Untuk cabaran kali ni, aku mula dengan stop dulu penggunaan skincare yang aku pakai sebelum ni selama seminggu kecuali cleanser.. Kenapa?? Yela, kalau cleanser pown stop jawabnye berlumut la muka aku ni, tak lalu lak korang nak kawan ngan aku nanti.. Huhu..

Okeh, sebelum tu meh aku perkenalkan kat korang dulu tentang MYLARA Skincare ni..


MYLARA skincare adalah hasil dari gabungan tenaga professional dalam merumus formulasi set penjagaan wajah untuk kekal sihat dan terawat. Dirumus dari ekstrak tumbuhan dan buah, MYLARA sesuai digunakan buat semua jenis kulit wajah, seawal usia 14 tahun hingga 60 tahun. MYLARA faham bahawa kulit wajah adalah aset yang memerlukan perawatan khusus dan selamat. Bukan sekadar produk penjagaan wajah, MYLARA adalah jawapan kenapa anda sudah tidak perlu berlindung di balik wajah kusam dan bermasalah!

MYLARA skincare dihasilkan dari kilang yang bertaraf GMP. Bahan-bahan serta formulasi yang dihasilkan telah diuji secara klinis dari aspek keberkesanan dan keselamatan berlandaskan syarat-syarat pengilang GMP. Tiada ujikaji pada haiwan dijalankan. 

Jom kite tengok pula apa yang ada dalam kotak ni..??



Produk MYLARA Skincare

4 IN 1 Collagen Cleanser

4-in-1 Collagen Cleanser (60ml)
     
Membersih, mengeksfoliasi, menegang, mencerah

Description
Pencuci wajah yang mempunyai 4 fungsi utama yang boleh menghapuskan kesan-kesan make-up, minyak dan kekotoran. Menghapuskan make up pada mata dengan lembut serta ekdfoliasi ringan untuk wajah yang lembut, licin dan cerah.

Tekstur
Gel pencuci berwarna ‘pink muda’ (pewarna dari ekstrak mawar, tidak menyebakan jerawat kerana bukan pewarna sintetik) yang mesra pengguna, lembut, berbau harum, serta multi-fungsi. Wajah terasa segar setelah menggunakannya. Tidak terlalu berbuih lantas berhasil mengekalkan kelembapan wajah. 

Manfaat Utama :- 

  • Praktikal, bersih dan efektif
  • Fungsi 4 dalam 1 yang boleh dilakukan di rumah
  • Membersih wajah
  • Eksfoliasi lembut
  • Menyamakan tona kulit dan melembutkan
  • Menganjalkan kulit
  • Menyerikan wajah
Bahan utama :-

  • Ekstrak Betik - Melembap, menghilangkan pigmentasi, mengurangkan kedutan
  • Minyak Kelapa - Anti iritasi, memberi kelembapan
  • Ekstrak Lidah Buaya - Melembap dan melembut 
  • Kolagen larut - Memberi kelembapan, melembutkan, anti penuaan
Cara Penggunaan

Cuci muka dua kali sehari dengan mengikuti dua langkah berikut :-


  • Pamkan 1-2 kali pencuci muka ke atas tangan yang basah , buihkan dan ratakan ke atas muka dan leher.
  • Bilas dengan air suam secukupnya dan biarkan kering sebelum menggunakan Mylara Pore Refining Facial Toner.



Facial Toner

Facial Toner (60ml)

Description
Pelembap wajah yang membantu prose semulajadi kulit iaitu membersih dan membaikpulih dengan mengecilkan pori-pori, menyeimbang kelembapan dan kandungan minyak, membuat kulit terlihat sihat, tegang dan berseri.

Tekstur
Penyegar yang berwarna ‘pink muda’ yang sangat sesuai untuk menyegarkan wajah di samping menyahtoksin di pori0pori supaya bebas kuman penyebab jerawat. Pori-pori yang bersih mampu merapat dan menghasilkan kulit wajah yang licin dan cerah natural.

Manfaat utama :-
  • Membuat kulit terasa bersih dan segar
  • Mengandungi bahan-bahan yang aman buat kulit : Rosehip, Licorice, Aloe Vera
  • Sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitive
  • Bebas pewarna dan bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan kulit

Bahan utama :
  • Minyak Rosehip - Anti-penuaan, melembapkan
  • Ekstrak Licorice - Anti-irritasi, mencerahkan
  • Ekstrak Aloe Vera - Melembap dan melembut
  • Witch Hazel - Anti-jerawat, melembapkan, menyegarkan kulit

Cara Penggunaan

Selepas mencuci muka, di atas permukaan kering;
  • Basahkan kapas dengan toner secukupnya.  Ratakan perlahan di muka dan leher dengan arah ke atas.
  • Untuk perlindungan optimum, gunakan Mylara Matte CC Cream atau Mylara Revitalizing Night Cream selepas toner.



Matte Miracle CC Cream SPF 30

Matte Miracle CC Cream SPF 30 (7g)

8-in-1 Skin Perfector
  • Menyamar ketidaksempurnaan
  • Mencerahkan
  • Menyamakan tona kulit
  • Memberi kelembapan
  • Melembutkan
  • Menyerikan
  • Meremajakan
  • Melindungi dengan SPF 30 

Description
Krim multifungsi yang berkesan melindungi kulit wajah dari sinar matahari yang bahaya dengan SPF 30. Terbukti secara secara klinis dapat meningkatkan tekstur kulit dan memberi kelembapan yang secukupnya dengan  warna matte yang elegan.  “CC’’ bermaksud color corrective, dan ia terdiri dari primer pencerah wajah, foundation ringan, pelembap, dengan bahan-bahan anti-penuaan dan pemangkin kolagen.

Tektur
Krim multi-fungsi yang berciri ‘matte finishing’ tidak menyebabkan wajah berminyak seharian. Foundation ringan yang terkandung dalam CC Cream ini memberi ‘instant dewy look’ dan ‘natural glow’ yang wanita Asia idamkan dengan calitan minimal. ‘Matte CC Cream’ tidak menyumbat pori-pori kerana dihasilkan dengan teknologi Korea iaitu ‘Nano-size molecule’.

Manfaat utama :-
  • Melindungi dari sinar matahari
  • Membantu melembap dan melembutkan kulit wajah 
  • Tekstur ringan dan lembut
  • 97.7% natural
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Bahan Utama :-
  • Minyak Argan - Melembap, menegangkan (prokolagen)
  • Titanium dioxide - Melindungi dari sinar matahari, anti-cancer (kulit)
  • Serbuk mutiara - Mempercepat pertumbuhan kulit baru, regenerasi kolagen

Cara penggunaan

Selepas penggunaan toner, 
  • Sapukan CC Cream 15 minit sebelum terdedah kepada sinaran matahari. 
  • Adalah digalakkan untuk menambah sapuan selang 2 jam jika masih terdedah kepada sinaran matahari.



Revitalizing Night Cream

Revitalizing Night Cream(7g)

Description
Krim malam yang berfungsi mencerah yang masuk jauh ke dalam lapisan wajah untuk menyubur dan melembap kulit sehingga 8 jam. Membantu menghapus noda dan mencerah seawall 14 hari pemakaian dengan bahan-bahan yang terbukti secara klinis.

Tektur
Krim malam yang sangat melembapkan dan tidak melekit seperti krim-krim kilo di pasaran. Dihasilkan dengan bahan mentah import berkualiti tinggi dan dijamin merawat wajah secara optimum sepanjang malam. Krim berwarna ‘pink muda’ mempunyai bahan aktif buah berry yang secara saintifik membuktikan kesan pencerahan dan antioksida 10X lebih berkesan dari bahan aktif lain.

Manfaat utama :-
  • Menyamakan tona wajah, mengurangkan warna kulit yang tidak sekata
  • Membantu memulihkan dan mencerah kulit wajah
  • Menghapus tanda-tanda penuaan
  • Pelembap malam yang tidak melekit
  • Bebas MERKURI

Bahan utama :-
  • Alpha Arbuntin - Mengurangkan noda hitam, menghalang produksi enzim tyrosinase
  • Beeswax - Melindungi dari kotoran sekitar, melembap
  • Vitamin C -  Anti-oksida, anti-cancer, menggalakkan produksi kolagen
  • Vitamin E - Meremajakan, melembap
  • Ekstrak Aloe Vera - Melembap, melembutkan

Cara Penggunaan 

Sebelum tidur, selepas penggunaan pencuci muka dan toner;
  • Dengan menggunakan hujung jari, sapukan lapisan nipis ke muka dan leher.
  • Untuk penyerapan sempurna, dengan perlahan, urut wajah selama 1-2 minit






MYLARA MENYEMPURNAKAN KULIT ANDA 
DI SETIAP FASA


MINGGU 1 - 2 
FASA 1 - DETOKSIFIKASI

Tindakan Klinikal:
Penyerapan di bawah permukaan kulit akan menghilangkan sel-sel mati yang menyebabkan pori tersumbat dan menyembuhkan kesan pertumbuhan jerawat.

Hasil/Kesan:
Kulit anda akan mula serasi terhadap proses detoksifikasi. Kulit akan mula terasa gatal, kering dan kemerahan, namun akan mula berkurang menjelang akhirnya fasa 2.
Tona kulit anda akan mula kelihatan lebih sekata.


MINGGU 2 - 3
FASA 2 - PEMULIHAN

Tindakan Klinikal :
Kulit mula menghasilkan sel-sel normal yang sihat. Sel-sel pigmen mula membebaskan melanin secara lebih sekata. Sel-sel baru juga dikuatkan dengan penggunaan secara konsisten seperti yang disarankan.

Hasil/Kesan:
Keadaan kulit anda pada fasa ini sedang disesuaikan dengan system penggunaan produk ini. Anda akan dapat melihat kulit anda menjadi lebih tegang, licin, lembut dan bersih.


Minggu 3 - 4
FASA 3 - PENYEIMBANGAN

Tindakan klinikal:
Sel-sel kulit sedang diserasikan dengan baik ke dalam sistem untuk proses transformasi kulit.

Hasil/Kesan:
Kulit anda akan kelihatan dan rasa lebih bersih, berseri, lembap dengan tona yang lebih sekata.


Minggu 4 - 5
FASA 4 – WAJAH BARU

Tindakan Klinikal:
Kulit anda akan kelihatan seperti kulit baru yang telah dihidupkan semula. Adalah amat digalakkan untuk meneruskan penggunaan yang konsisten untuk mengekalkan khasiat dan kelembapan yang mencukupi bagi kulit anda.

Kesan:
Anda seperti dilahirkan semula dengan kulit wajah yang baru! Kulit anda sekarang tentunya lebih berseri-seri dengan tona yang sekata di samping kelihatan lebih muda dengan mengekalkan penjagaan agar sentiasa sihat!





Testimoni Pengguna

Rupanya dah ramai yang guna MYLARA Skincare ni... Dan pengguna yang seterusnya adalah AKU sendiri.. haha.. Tak sabar nak tengok result dari penggunaan MYLARA ni... Ramai yang berpuashati selepas menggunakan produk MYLARA ni tau!! Mereka dah cuba guna, korang bila lagi?? Hehe... Oke la. Jom tengok, apa kata mereka...









Dengan MYLARA, wajah sempurna dengan mudah...

Berkesan merawat :-
✔ Kulit gelap dan kusam
✔ Tona tidak sekata
✔ Blackheads / Whiteheads
✔ Pori-pori terbuka
✔ Jerawat
✔ Jeragat
✔ Parut jeawat hitam dan berlubang
✔ Kulit berminyak

Jadi apa tunggu lagi, jom dapatkan MYLARA Skincare dengan harga mampu milik..

Harga
RM 89.90 (WM)
RM 95.90 (EM)


WHERE TO BUY?

Untuk keterangan lanjut, korang boleh terus ke :-

Website
https://www.mylaraskincareofficial.com

Facebook


Whatsapp/SMS
013-920 0629

Read More

Frequently Asked Question (FAQ) - MYLARA Skin Care

2 comments
Assalamualaikum wbt..




FAQ MYLARA


1.   Berapakah umur yang sesuai untuk menggunakan MYLARA Skin Care?

Ia sesuai digunakan bermula dari umur 14 hingga 60 tahun bagi lelaki dan perempuan memandangkan MyLara Skin Care ialah produk yang kaya vitamin dan anti oksida yang terhasil dari bahan-bahan yang berkualiti tinggi.

2.  Adakah perlu untuk menggunakan kesemua produk untuk menampakkan kesan yang boleh dilihat?

MYLARA Skin Care boleh digunakan secara berasingan sebagai sebahagian dari rejim kecantikan anda. Walaubagaimanapun, produk ini telah direka untuk berfungsi sebagai satu system, jadi, amatlah digalakkan untuk digunakan secara keseluruhan bagi mendapatkan kesan yang optimum.

3.  Adakah rangkaian produk MYLARA Skin Care bersifat “non-comedogenic”?

Ya, MYLARA Skin Care adalah bersifat “non-comedogenic” iaitu. Tidak menutup pori.

4.  Bolehkah saya menggunakan MYLARA Skin Care jika kulit saya jenis berminyak dan mudah mendapat jerawat?

MYLARA Skin Care adalah sesuai untuk semua jenis kulit. Jika kulit anda jenis yang berminyak dan mudah mendapat jerawat, ianya kemungkinan berpunca dari dehidrasi. Kulit yang terhidrasi atau tidak cukup lembap menyebabkan kelenjar sebum (kelenjar yang berfungsi menyimpan minyak di atas permukaan kulit) bertindak menyimpan lebih banyak minyak untuk untuk keseimbangan bagi melindungi kulit.

5.  Bolehkah MYLARA Skin Care digunakan di atas kulit sensitive dan eczema?

MYLARA Skin Care adalah product yang bebas dari pewarna dan bahan kimia berbahaya serta seimbang secara pH dengan kerengsaan yang sangatlah rendah. Walaupun ianya sesuai untuk semua jenis kulit dan produk kecantikan yang lain , adalah dinasihatkan untuk anda menentukan sendiri tahap toleransi kulit anda dengan mencuba MYLARA produk di bahagian kecil kulit anda sebelum menggunakan produk ini secara menyeluruh. Jika terdapat sebarang masalah, tiada masalah untuk anda terus berhenti dari menggunakan produk kami jika didapati tidak serasi dengan anda.

6.  Bagaimanakah untuk memastikan yang produk ini adalah berkesan?

MYLARA Skin Care dimulakan dengan kajian yang menyeluruh lagi terperinci bagi setiap bahan-bahan yang berpotensi. Setiap produk kami dirumus dengan penuh cermat bersama-sama bahan aktif yang disenaraikan. Bahan-bahan ini kemudiannya diadun halus dengan elemen pembawa supaya semua khasiatnya dapat dirasai terus pada kulit anda. Bahan-bahan yang terumus di dalam produk kami juga telah diuji kestabilan dan keselamatannya.

7.  Bilakah kesan positif boleh dilihat?

Seperti yang kita sedia maklum, setiap daripada kita mempunyai toleransi dan keserasian yang berbeza terhadap produk kami, maka, kesan yang boleh dilihat juga adalah berbeza bagi setiap individu. Kesan-kesan tipikal atau biasa bergantung kepada produk, keadaan dan jenis kulit. Cara yang terbaik untuk melihat kesan yang positif dan cepat adalah dengan penggunaan produk yang konsisten.

8.  Bolehkah saya menggunakan produk ini jika saya sedang mengandung dan menyusukan anak?

MYLARA Skin Care adalah selamat untuk digunakan oleh wanita mengandung dan menyusukan anak memandangkan bahan-bahan yang digunakan adalah semulajadi dan telah terbukti untuk mencegah penghasilan melanin tanpa toksik. Selain itu, adalah penting bagi wanita-wanita mengandung dan menyusukan anak untuk mengelak daripada terkena cahaya matahari serta menggunakan perlindungan UV dan SPF kerana penghasilan hormone ketika mengandung dan menyusukan anak akan meningkatkan pigmentasi seterusnya akan menyebabkan melasama (bintik hitam).

9.  Adakah bahan-bahan yang digunakan serta produk anda diuji ke atas haiwan?

Kesemua bahan dan produk kami tidak pernah dan tidak akan sekali-kali diuji ke atas haiwan.



Read More

Blogwalking & Bloglist SVIORS

Friday, October 7, 2016

10 comments
Assalamualaikum wbt..


Blogwalking & Bloglist SVIORS  |  Segmen bloglist pulaaaakkkk aku join pagi ni.. Haha.. Dah kenapa dok join contest aje ni... Hiks.. Meh-meh ikut aku join sekali... Kali ni segmen bloglist pulak.. Blogger Sviors mencari 10 - 15 blog untuk dimasukkan kedalam bloglist blog beliau...

Tarikh Tamat
31 Oktober 2016


Read More

Time for Giveaway by Aienzunnur

8 comments
Assalamualaikum wbt..


Time for Giveaway by Aienzunnur  |  Comel jerk banner Giveaway by blogger Aien ni...  Meh sini kite join ramai-ramai GA ni.. Hadiah menarik menanti korang semua.. Rugi tau tak join.. Jom tengok hadiah ape yang ada..



Tu dia hadiahnya.. Menarik kan.. Aku dah berkenan dengan purse pink tu.. Aduiilaa.. Kalau ada rezeki menang purse tu boleh ganti dengan purse aku yang dah hampir nak sampai hujung nyawa dah tu.. Ahakz..

Jomlaa join korang..!!



Read More

Ku Rela Dibenci

Thursday, October 6, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..


Ku Rela Dibenci
-Aiman Tino-

Ku Tertawa Kau menangis
Engkau tertawa Aku menangis
Karena dirimu Oh sayangku

Kesudahan Tiada henti
Hanya yang tinggal Didalam mimpimu
Ternanti-nanti

Sering kali Aku diuji
Air mataku Terus mengalir
Membasahi Didadaku

Hanya Ratapan Didalam hati
Semoga tercipta Kesudahan
Yang dinanti

Ku Inginku dibenci Olehmu
Agar kenangan manis
Terus terpadam Selamanya

Menghitung Menunggu mati
Agar kau Jumpa yang dinanti
Semoga Pemberianku ini
Terbaik untukmu

Tak sanggup Ku dibohongi
Ku rela Di jemput Ilahi
Kerna dia Ku sanggup pergi
Hanya disana Kekal dan abadi



Read More

Bila Kau Kata Kau Sayang

4 comments
Assalamualaikum wbt..



Bila Kau Kata Kau Sayang
-Screen-

Bila kau kata kau sayang
Terus aku tersenyum
Dan lantas ku menjawab, hmmm.. hmmm
Aku juga sayang padamu

Bila kau kata kau rindu
Aku pun rindukanmu
Dan lalu ku jelaskan
Kita sudah saling oh jatuh cinta

Kau hadir saat aku memerlukan 
Penawar duka lara
Setelah lama hidupku kesepian
Terbalutlah lukaku 
Dengan harum cintamu
Terima kasih kuucapkan

Senyumanmu sering ku terbayang
Terlepas rinduku bila dengar suaramu
Terasa bagaikan kau ada di sisi
Di mana saja ku berada

Aku pun berdoa pada tuhan
Semoga cinta kita berpanjangan selamanya
Berkocak nafas di dada bila terpandangmu
Janganlah engkau pergi dariku…

Bila kau kata kau rindu
Aku pun rindukanmu
Bila kau kata kau sayang, hmmm... hmmm...
Aku juga sayang padamu



Read More

Pencarian Bloglist Anna J

6 comments
Assalamualaikum wbt..


Pencarian Bloglist Anna J  |  Jom join reramai.... :)


Tarikh Tamat
31 Oktober 2016



Read More

Giveaway dan Blog List Oktober di http://vitamin-cerdik.com

6 comments
Assalamualaikum wbt..


Giveaway dan Blog List Oktober di http://vitamin-cerdik.com  | Mai ramai-ramai join GA by blogger Raihanah ni... Hadiah menarik menanti anda... Dulu aku juga pengguna Shaklee tau.. Produk shaklee ni sangatlah bagus.. Tapi sekarang dah ada anak kene cut cost.. Hehe.. So, berhenti dulu consume Shaklee.. Mungkin akan datang aku akan consume balik kowt.. Hiks..

Okeh dalam banyak-banyak entry dalam blog Vitamin Cerdik yang menarik bagi aku adalah :-



Tarikh Tamat
31 Oktober 2016



Read More

Setelah Sebulan Consume Matrix Hybrid Amino Plus...

Wednesday, October 5, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..

Hi korang... Lama tak bersiaran kerana kesihatan yang tak mengizinkan.. Hehe.. Kali ni aku kembali dengan cerita-cerita yang tertangguh beberapa hari.. Hiks.. Okeh, ingat lagi tak tentang produk yang aku review ni dalam entry yang terdahulu... Kalau tak ingat boleh baca balik ye dekat link yang aku sertakan dibawah ni..

PART 1          PART 2          PART 3          PART 4

Dah 4 episod rupanya aku apdet tentang produk ni tanpa sedar.. So, hari ni aku akan review sikit feedback dari pengambilan produk ini.. Rasanya lebih kurang sebulan dah kowt aku consume produk Hybrid Amino Plus ni.. Dan banyak jugak manfaat yang aku dapat dari produk ni.. Mungkin tak keseluruhan manfaat yang sebenar produk ni yang aku dapat tapi sebahagiannya aku dapat rasakan dan alami..

Yang sebenarnya produk ni memang dibuat khas untuk orang yang suka bersenam.. Yang suka pergi gym dan berworkout.. Aku bukanlah dikalangan orang-orang seperti itu yang suka bersenam dan suka pergi gym.. Tapi kenapa aku ambil produk ni?? Haaa sebabnya aku ingin mencubanya kerana aku seorang yang aktif.. Pendek kata tak pernah duduk diam asyik nak bergerak aje kesana kesini.. 

Kebiasaannya, sebelum aku consume produk ni, bila terlalu aktif bergerak aku akan cepat letih dan akan rasa tak bermaya.. Itu tandanya stamina aku tiada... Bila aku diperkenalkan dengan Hybrid Amino Plus ni dan aku consume produk ini, alhamdulillah ada perubahan sikit.. Aku tak cepat letih dan sentiasa cergas... Mata pown tak cepat mengantuk tau.. Kalau dulu cepat benar rasa mengantuknya bila tak buat ape-ape kerja..


Yang paling best tentang produk ni adalah berat badan menten uolls... Haaa itu yang bestnye.. Hehe.. Pastu rasa sentiasa segar dan sehat...Tak sia-sia aku cuba produk ni tau...

Kalau korang yang jenis suka bersenam dan suka workout di Gym, haaa elok sangat la consume Hybrid Amino Plus ni.. Banyak sangat manfaat yang korang akan dapat dari pengambilannya... 



Throwback cerita pagi tadi... Setiap pagi sebelum pergi kerja harus pekena dulu Hybrid Amino Plus ni.. Baru bertenaga dan semangat nak buat kerja.. Ye dak?? Hehe.. Kebetulan hari rabu adalah hari sukan di tempat aku dan kami akan bersenamrobik.. Makanya, elok sangatlah aku consume Hybrid Amino Plus ni hari ni kerana banyak tenaga yang akan digunakan semasa senamrobik nanti.. Ahakz.. Kire macam workout jugak la tu kan.. Haha...

Okeh, kalau korang nak bertenaga macam aku kene consume jugak la produk ni.. Hehe.. Kat mana nak beli produk ni?? Kat bawah ni aku kasi link untuk korang bershopping Matrix Hybrid Amino Plus ni... Jom terjah!!




Read More

Ranking Alexa LeaAzleeya.com 1 Oktober 2016

Saturday, October 1, 2016

20 comments
Assalamualaikum wbt..

Ranking Alexa LeaAzleeya.com 1 Oktober 2016  |  Hehe up lagik ranking blog aku ni.. Tadi sesaja jerk cuba try test check ranking dekat Alexa.com tetiba tengok ada peningkatan.. Ape lagik, terus up la.. Haha..

Ranking Alexa pada 01 Okt 2016


Ranking terdahulu :-

SEPTEMBER 2016
Global Rank  :  2,342,608
Rank in Malaysia  :  11,192

01 OKTOBER 2016
Global Rank  :  1,961,064
Rank in Malaysia  :  9,068

Jom check ranking blog korang di www.alexa.com...


Read More

Segmen Jom Exchange Link by Mellya Crayola

8 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join..

Segmen Jom Exchange Link by Mellya Crayola  |  Blogger Fhatin buat segmen la.. Jom join korang.. Leh la tambah kenalan lagik.. Syarat pown mudah aje... Siap ada hadiah misteri lagik kalau penyertaan menggalakkan.. Hehe..

Blog paling cantik aku pernah tengok blog Fhatin la.. Admire betul aku dengan blog beliau.. Kaler dia cantik... Jom terjah blog beliau dan join segmen ni..


Tarikh Tamat
31 Oktober 2016






Read More

Namecard Lea Azleeya by Pixajoy

11 comments
Assalamualaikum wbt...

Namecard Lea Azleeya by Pixajoy  |  Hi korang!! Nampak takkkk hakak dah ada namecard sendiri... Kemain lagik ye, dah ada namecard bagai aku ni.. Padahal masih baru kowt dalam dunia berblogging bagai ni... Tetiba dah tempah namecard pulak.. Nak kasi kat sapa tataw la tu.. Haha..

Sebenarnya ceritanya bermula camni, ada la sahabat aku sorang ni Blogger Sha Mohamed info dekat aku yang dia buat namecard free.. Wahh terus teruja badak aku.. FREE kowt.. Sape tamau kan.. Hasil dari soal siasat aku, rupanya Sha buat kad nama tu dekat Pixajoy... Tengah ada promosi katanya.. 100 keping namecard yang berharga RM35 hanya dikenakan cas untuk postage aje.. Gile ko tamo buat.. Harus la buat walaupown blog masih baru dan agak suam-suam kaki jerk.. hehe..

Inilah rupa namecard aku yang dah siap dicetak... Ok tak?? Bagi aku, aku sangatlah berpuas hati dengan design aku sendiri ni dan kualiti kad Pixajoy ni.. Servis pown selaju kapal terbang.. Hiks.. Aku pilih kad jenis yang licin dan bukan yang jenis matte.. Hehe.. 


Tu diaaaa penglihatan jarak dekat.. Ngeee.. Okeh, sekarang ni masih ada ye untuk offer free 100 keping kad tu di Pixajoy.. Sape-sape nak buat boleh la ke laman web Pixajoy sekarang sebelum tamat tempoh promo tersebut...




Banyak lagik sebenarnynya offer yang ada.. Bukan takat namecard aje... Kalau korang nak buat photo book pown boleh tau.. Juga ada offer untuk photo book.. Aku dok usha templete photo book dah ni.. Rasa cam nak buat jerk satu untuk family.. Ahakz.. 

Pape pown, aku nak ucap terima kasih bebanyak pada sahabat aku kerana meng-info kan aku tentang offer yang terlebih ohsem ni.. Thankz Sha Mohamed... Sayang kamo ketat-katat.. Muaxxx cikedd bak kata Ayda Jebat.. Haha..


Untuk maklumat lanjut tentang PIXAJOY, sila layari :-




"Awesome Photo Books For Your Epic Memories"





Read More

Hello, Oktober..!!

No comments
Assalamualaikum wbt..

Hello, Oktober..!!  |  Gut bai September... Hello Oktober... Kedatangan oktober tahun ni lebih bermakna dalam hidup aku... Macam-macam yang berlaku dalam masa yang begitu singkat.. Bermula dari bulan September dan berakhir dengan penuh bahagia di first oktober hari ini.. Alhamdulillah.. Thank You ALLAH..

Dalam bulan oktober ni jugak ada beberapa peristiwa yang berlaku dan menjadi kenangan sehingga kini.. Bak tajuk lagu Awie "Tragedi Oktober".. haha.. 

Bagi aku inilah permulaan hidup bagi aku... Semoga kebahagian yang aku kecapi hari ni akan berkekalan sehingga akhir hayat aku.. Insyaallah..

n.k : Haisss sies pulak kali ni yek.. Haha..~!!


Read More

Birthday Giveaway by KasihkuAmani

7 comments
Assalamualaikum wbt..


Birthday Giveaway by KasihkuAmani  |  Yey!! Sahabat dah up entry giveaway... Dengan terasa teruja aku join giveaway by blogger Sha ni sebabnya hadiah yang ditawarkan merupakan buku-bukuan...  Kenapa hadiah buku, sebabnya blogger Sha ni samala cam aku 'bookworm'.. Gile novel.. Haha.. Kalau korang pown minat membaca dan 'gile novel' juga, moh le kite jejoin sesama yee..

Tarikh Tamat
30 November 2016


Read More

Shopping Canvas Di Printcious.My

Friday, September 30, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..

Shopping Canvas Di Printcious.My  |  Rasa terlebih rajin hari ni dok update blog.. Malam ni pown masih ada sisa-sisa kerajinan itewww.. Makanya hakak nak update tentang hakak memborong sakan di Printcious.my...Kalau korang nak tahu, ni bukan kali pertama aku bershopping di Printcious.my tetapi dah kali ke 2 kowt.. Yang sebelum ni baca kat SINI  |  SINI .... 

Apa yang aku beli kali ni?? Meh ikut aku, kite tengok ape yang dah aku beli...


Tu diaa... Canvas dek non hakak beli... Ko ada?? Haha.. Aku beli ni nak letak kat dinding dapur yang agak sendu tu... Dekat Printcious.my kan kita boleh DIY kite punye barang yang hendak dibeli.. So, puas lah aku dok mencarik idea nak buat frame ni.. Yang kitchen rule tu cam biasa la aku menggunakan khidmat encik google.. Hehe.. Yang gambo kartun tu memang aku guna yang aku sendiri la.. Gambar ni aku tempah dengan Lanun Ranggi dolu-dolu.. So, boleh la aku abdikan karton ni dalam frame.. Ahakz..

Dah nama lagik nak letak dekat dapur kan.. Aku pown tarok la tajuk frame "Dapur Ummi Qhaliff".. Hehe nak jugak ada nama Qhaliff tu kan.. Tak boleh berenggang langsung kowt... Haiiyooo... Camne aku tak dapat idea nak tarok nama dia sekali, cuba korang tengok gambo ni..


Nampakk tu.. Barang sampai aje, dia lah yang paling sibuk nak soh bukak.. Cam dia tau jerk barang best sampai.. hehe..

Aku sangat berpuashati dengan kualiti canvas dari Printcious.my ni.. Gambar yang di print atas canvas tu pown jelas.. Canvas pown dari kain yang ok.. Harga pown tak mahal mana, ngam ngam soiii gituu.. Harga berpatutan la maksudnya tu.. Hehe.. Apa lagik?? Haaa penghantaran pown sepantas kilat.. Tq encik Skynet juga sebab hantor dengan cepat.. Pendek kata, servis yang diberikan oleh Printcious.my sangat gut-gut gituuu.. I loikeeee!!

Nak tengok tak encik somi gantung kat ne?? hehe.. Jangan gelak sudahhh!!


Tu diaa..!! Gantung dekat lorong nak masuk dapur antara meja bar.. Hehe.. Nampak tak tu kecacatan telah berlaku... Tinggi sebelah framenya digantung.. Haddoiii.. Frust mak nakk.. Ni lah jadinya bila buat kerja tamo ukur dulu.. Bajet-bajet mata tajam menikam membajet kesamaan tepat setepat tepatnya.. Dan hasilnya tinggi sebelah.. Haha.. Redha aje hakak time tu dek non... 

Wokeh.. Kalau korang nak jugak tempah cam aku ni, korang leh la p terjah laman web Printcious.my.. Macam-macam produk dok ada kat sana yang boleh korang DIY kan... Korang mesti berpuas hati punyalah dengan hasil nya nanti... Jom terjah sekarang.. Mane tau kowt-kowt ada sale, leh shopping lebih sikit.. Haha..





"Precious Gift From Your Heart"



Read More