Qhaliff Minat Khalifah

Tuesday, October 11, 2016

13 comments
Assalamualaikum wbt..


Qhaliff Minat Khalifah  |  Huhuhu tajuk paling gempak... Camne dak kecik ni leh minat Kumpulan Khalifah pulak ni.. Hehe.. Nak dijadikan cerita, time drive kami bukak la radio dengar lagu-lagu yang dok bertapa dalam pendrive tu... Bukan selalu kowt bukak radio kereta tu.. Biasa dok layan perasaan jerk masing-masing.. 2, 3 menjak ni la baru rasa nak layan lagu...

Nak dijadikan cerita lagik, dalam pendrive aku tu ada la lagu kumpulan Khalifah "Hang Pi Mana".. Pasang la lagu tu.. Ehhh kemain budak kecik ni dok terangguk-angguk kepada dia.. Haha.. Gelak sakan kami.. Dia pantang dengan lagu rancak sikit.. Mesti nak joget dan headbanging punye.. Lupa pulak nak amek video time dia headbanging tu.. Hehe.. Bila habis aje lagu "Hang Pi Mana" tu dan masuk lagu lain terus dia tunjuk-tunjuk radio suruh alih lagu tadi sekali jalan dengan mulut dia pot pet pot pet...

Mula-mula kami tak faham permintaan dia tu.. Tapi bila dia mula buat perangai, kami dah pelik.. Dah kenapa budak kecik ni dok merengek.. Tadi kemain lagi time dengar lagu Khalifah tu... Lastnya baru lah kami faham yang dia nak suruh kita alih lagu tadi.. Haha.. Kemain ye ko dik... Bila alih aje lagu "Hang Pi Mana" tu, dia dah relax balik.. Kusyuk aje dengar.. Habis aje lagu, dia dah tunjuk-tunjuk radio balik nak suruh pasang lagu tu lagi...Lastnya kami setting untuk ripit aje lagu tu.. Haha.. Berbulu telinga ummi dik dengo lagu sama aje sepanjang jalan.. Adoiyaiii... Takde arah la...

Biasala kan bebudak semakin membesar dan semakin banyak belajar bende baru... Otak makin ligak... Macam-macam kerenah yang comel-comel jerk dia tunjuk.. Itulah penghibur hati bila kite barduka kan... Jom layan gambar budak kecik ni tengah sesema.. Hidung pown kuning kene sapu kunyit hidup.. Sampai hari ni belum baik sesema dia.. Tambah pulak batuk jangkit dengan aku.. aduhai.. Kesian pulak..





HANG PI MANA
-Khalifah-

Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana

Pagi pagi buta
Mak dan ayah dah tanya
Aku nak kemana

Berseluar yankee
Baju bunga bunga
Duduk atas tangga

Ai malu nak kata
Takkan ku nak auta
Mak ayah tercinta

Cek nak pi kerja
Insyaallah
Bukan nak pi mana

Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana

Pergi sekolah
Bukan cikgu di sana
Baju bunga bunga
Bukan tukang kebun juga

Mak ayah tanya
Cek pi buat kerja apa
Malu nak kata
Nanti apa tau juga

Anak anak mak ayah bukan tanya tanya saja
Depa tanya p mana bukan mintak duit kita
Malu apa janji kerja janji tidak buat dosa
Memang cek nak habaq tunggu lepas solo gitar

Cek pi sekolah
Memang kerja di sana
Kerja duduk saja
Sambil tengok sini sana

Kerja mulia
Bukan cek buat dosa
Gaji sederhana
Kerja jadi jaga saja

Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana

Read More

Segmen Bloglist Nov ~ Dis 2016 by Yana Pink Blossom

Monday, October 10, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..

Segmen Bloglist Nov ~ Dis 2016 Yana Pink Blossom | Dalam usaha untuk memeriahkan lagi dunia blogger ni dan menggalakkan kerajinan untuk blogwalking kat blog korang, Yana dengan sukacitanya melancarkan segmen pencarian bloglist beliau untuk ditempek di blog Yana Pink Blossom mulai November hingga Disember 2016 ini.

Sila klik BANNER untuk join!!!

*Cara Penyertaan*
  1. Buat entry bertajuk Segmen Bloglist Nov ~ Dis 2016 by Yana Pink Blossom;
  2. Copy & paste semua coding yang disediakan di ruangan entri anda (HTML);
  3. Pastikan banner ini di link kembali kepada entri asal iaitu entri segmen di blog Yana Pink Blossom. Sekiranya tidak, entri korang tidak diterima;
  4. Publish dan tinggalkan link entri korang di ruangan komen entri asal segmen sahaja. Komen di ruangan entri lain tidak dikira yer;
  5. Klik link yang diminta sebagai sumbangan jujur dan ikhlas (^^,); dan
  6. Tarikh tutup penyertaan adalah adalah 31 Oktober 2016 jam 12.00 midnight.

Read More

Firstime Berbelanja Di Zalora

12 comments
Assalamualaikum wbt..


Firstime Berbelanja Di Zalora  |  Cerita ni dah lama sebenarnya.. Baru hari ni berkesempatan nak up entry tentangnya.. Ahakzz.. Kire cam throwback la kan.. Firstime berbelanja di Zalora.. Ye, inilah kali pertama aku bershopping di Zalora.. Sebelum ni hanya dok usha aje tak beli pown.. Hehe.. Apa yang aku beli kat sana ye?? Kalau korang nak tahu, jom teruskan pembacaan korang ye sampai habis.. 

Pada mulanya aku rasa cam nak beli foundation sebab dah lama kowt tak guna foundation.. Usha la dekat foundation section... Hurmm cam takde yang menarik hati pulak... Pastu terjah pulak lipstick section.. Wahhh terus teruja badak aku.. Banyak gile kowt jenis lipstik.. So, aku decide beli lisptik sahaja... Lipstik apa jadi pilihan aku?? Jom skodeng..!!

LIPSTICK GOLDEN ROSE!!



Yes, aku beli 2 ketol Golden Rose Velvet Matte Lipstick... Aku kalau beli lipstik mesti pilih yang jenis matte.. Nampak lebih sempurna dibibir dan kene dengan muka aku.. Hehe.. Bila pakai yang shine, rasa tak kene aje dengan muka aku ni.. Tataw la kenapa.. Atau mata aku yang bermasalah.. Tapi memang aku tak suka lipstik jenis shine.. huhu..

Ikutkan hati nak rembat semua warna.. Tapi apakan daya duit tiadaaaaaaa.. Haha cam lagu jerk ye.. Lipstik Golden Rose ni warna dia semuanya menarik.. Dalam banyak-banyak warna aku pilih No. 16 & No. 12... Susah gile kowt nak buat pilihan.. Semua lawa warna dia.. Berhari-hari dok fikir nak pilih warna apa.. Lastnya rembat dua warna ni aje la dulu buat masa ni.. Akan datang maybe aku beli lagi.. Rasa cam nak kumpul lipstik Golden Rose pulak lepas ni.. Aku dah jatuh chentaaa dengan lipstik golden rose ni... Jom tengok 2 warna pilihan aku dengan lebih dekat...

Golden Rose Velvet Matte Lipstick 

Pilihan aku : NO. 12 & 16

NO 16 : Brown Beige


Golden Rose Lipstick ni berasal dari Turki.. Tak rugi beli lipstick ni sebab warna dia cantik dan selesa bila di pakai.. Terasa yakin pada diri bila pakai lisptick ni.. Cewahh.. Gituuu!! Kalau korang pown berkenan dengan warna ni dan nak tengok warna-warna lain lagi, korang boleh la terjah laman web Zalora ye.. Banyak gile kowt warna-warna yang terlebih ohsem kat sana menanti korang.. Jom aku kasi link untuk memudahkan korang bershopping produk Golden Rose ni..


Golden Rose di Zalora


Read More

Ranking Alexa LeaAzleeya.com 10 Oktober 2016

10 comments
Assalamualaikum wbt..

Ranking Alexa LeaAzleeya.com 10 Oktober 2016  |  Update ranking alexa untuk 10hb pulak.. Hehe.. Saje je check tadik, tengok ada peningkatan terus aje rasa nak up kat blog.. haha.. Gelojoh betol mak nakkk..!! Jom tengok hasil pancingan tadi...



Ranking terdahulu :-

SEPTEMBER 2016
Global Rank  :  2,342,608
Rank in Malaysia  :  11,192

01 OKTOBER 2016
Global Rank  :  1,961,064
Rank in Malaysia  :  9,068

10 OKTOBER 2016
Global Rank  :  1,665,495
Rank in Malaysia  :  7,833

Jom check ranking blog korang di www.alexa.com...


Read More

Bakar Ikan Dengan Perencah Ikan Bakar Tengku Tie

4 comments
Assalamualaikum wbt..


Bakar Ikan Dengan Perencah Ikan Bakar Tengku Tie  |  Perencah ni aku dapat hasil dari menang bergiveaway... [SINI] Sekian lama kowt dah dapat tapi baru hari ni berkesempatan untuk mencubanya... Firstime cuba ni, bila buka aje penutup botol, dah terbau aroma yang sangat menyelerakan.. Tu belum lagik makan tu.. Baru baunya aje.. Haaa... Kebetulan ikan ada 2 ekor lagi dalam peti dan tak tahu nak masak ape.. Terpandang la perencah ni yang dah sekian lama bertapa dalam peti tu.. Kesian dia kowt.. Terus aje plan nak masak ikan bakar guna perencah ni.. Tak berapa nak bakar sangat la sebab dok panggang dalam pemanggang ajaib.. Haha..


Cara penyediaannya sangatlah mudah ye kengkawan.. Semudah minum air masak.. hehe.. Nampak tak kat gambar tu cara-cara memasak..?? Kalau tak nampak, tak pe aku taip dekat sini.. hekkk!!

CARA-CARA MEMASAK

STEP 1
Bersihkan ikan/ayam/daging/makanan laut

STEP 2
Lumurkan ikan/ayam/daging/makanan laut dengan perencah

STEP 3
Letakkan di dalam dauh pisang atau kerajang aluminium..

STEP 4
Bakar dengan api sederhana

STEP 5
Sida untuk dihidang

Aik kenapa dekat botol ada 3 step aje, yang ko beri 5 step lak?? Haha.. Sebab aku dah pecahkan step 3 tu menjadi lebih terang dan jelas supaya korang lagi terer bila memasak nanti.. Haha..


Tu dia, aku guna ikan kembong aje.. Daun pisang dan perencah.. Wah mudah gile kowt.. Masak sambil pejam mata jerk ni.. Haha..


Ehhh sopan lak aku bungkus ikan.. Tapi nampak ekor la.. Haha.. Nak buat macam mana kain singkat... Sotskirt lah katakan.. Hiks.. Alah janji berbungkus ye dak.. Dah lumur perencah kasi bungkus sama dia yeee... Guna api perlahan je tau.. Kang kejong pulak ikan tu... 


Dah siap pown ikan bakar perencah tengku tie ni.. Boleh la ngap.. Tadi aku pekena ikan bakar ni dengan nasi berlaukkan daging goreng dan sayur campur.. Perghhh bertambah siott.. Memang terbaikk la perencah ikan bakar tengku tie ni.. Terbuka selera 360 darjah tau... Dah la baunye sangat menyelerakan... Tak rugi menang GA.. Haha..

Mesti korang nak cuba jugak kan.. Haaa tak yah nak malu-malu nak cakap... Nak cuba kannn.. Kalau nak cuba korang boleh la berhubung dengan Kak Atie di facebook atau blog beliau seperti dibawah ni...



Read More

MYLARA Skincare Product

Sunday, October 9, 2016

5 comments
Assalamualaikum wbt..


MYLARA Skincare  |  eh, ada skincare baru laa... Adakah aku dah jumpa dengan skincare yang sesuai untuk kulit aku ni.. Hehe.. Yang tu kene tunggula sebab kali ni aku sahut cabaran untuk cuba betul-betul produk ni dan rasa macam bersemangat gile kowt nak pakai.. Haha..!! 

Untuk cabaran kali ni, aku mula dengan stop dulu penggunaan skincare yang aku pakai sebelum ni selama seminggu kecuali cleanser.. Kenapa?? Yela, kalau cleanser pown stop jawabnye berlumut la muka aku ni, tak lalu lak korang nak kawan ngan aku nanti.. Huhu..

Okeh, sebelum tu meh aku perkenalkan kat korang dulu tentang MYLARA Skincare ni..


MYLARA skincare adalah hasil dari gabungan tenaga professional dalam merumus formulasi set penjagaan wajah untuk kekal sihat dan terawat. Dirumus dari ekstrak tumbuhan dan buah, MYLARA sesuai digunakan buat semua jenis kulit wajah, seawal usia 14 tahun hingga 60 tahun. MYLARA faham bahawa kulit wajah adalah aset yang memerlukan perawatan khusus dan selamat. Bukan sekadar produk penjagaan wajah, MYLARA adalah jawapan kenapa anda sudah tidak perlu berlindung di balik wajah kusam dan bermasalah!

MYLARA skincare dihasilkan dari kilang yang bertaraf GMP. Bahan-bahan serta formulasi yang dihasilkan telah diuji secara klinis dari aspek keberkesanan dan keselamatan berlandaskan syarat-syarat pengilang GMP. Tiada ujikaji pada haiwan dijalankan. 

Jom kite tengok pula apa yang ada dalam kotak ni..??



Produk MYLARA Skincare

4 IN 1 Collagen Cleanser

4-in-1 Collagen Cleanser (60ml)
     
Membersih, mengeksfoliasi, menegang, mencerah

Description
Pencuci wajah yang mempunyai 4 fungsi utama yang boleh menghapuskan kesan-kesan make-up, minyak dan kekotoran. Menghapuskan make up pada mata dengan lembut serta ekdfoliasi ringan untuk wajah yang lembut, licin dan cerah.

Tekstur
Gel pencuci berwarna ‘pink muda’ (pewarna dari ekstrak mawar, tidak menyebakan jerawat kerana bukan pewarna sintetik) yang mesra pengguna, lembut, berbau harum, serta multi-fungsi. Wajah terasa segar setelah menggunakannya. Tidak terlalu berbuih lantas berhasil mengekalkan kelembapan wajah. 

Manfaat Utama :- 

  • Praktikal, bersih dan efektif
  • Fungsi 4 dalam 1 yang boleh dilakukan di rumah
  • Membersih wajah
  • Eksfoliasi lembut
  • Menyamakan tona kulit dan melembutkan
  • Menganjalkan kulit
  • Menyerikan wajah
Bahan utama :-

  • Ekstrak Betik - Melembap, menghilangkan pigmentasi, mengurangkan kedutan
  • Minyak Kelapa - Anti iritasi, memberi kelembapan
  • Ekstrak Lidah Buaya - Melembap dan melembut 
  • Kolagen larut - Memberi kelembapan, melembutkan, anti penuaan
Cara Penggunaan

Cuci muka dua kali sehari dengan mengikuti dua langkah berikut :-


  • Pamkan 1-2 kali pencuci muka ke atas tangan yang basah , buihkan dan ratakan ke atas muka dan leher.
  • Bilas dengan air suam secukupnya dan biarkan kering sebelum menggunakan Mylara Pore Refining Facial Toner.



Facial Toner

Facial Toner (60ml)

Description
Pelembap wajah yang membantu prose semulajadi kulit iaitu membersih dan membaikpulih dengan mengecilkan pori-pori, menyeimbang kelembapan dan kandungan minyak, membuat kulit terlihat sihat, tegang dan berseri.

Tekstur
Penyegar yang berwarna ‘pink muda’ yang sangat sesuai untuk menyegarkan wajah di samping menyahtoksin di pori0pori supaya bebas kuman penyebab jerawat. Pori-pori yang bersih mampu merapat dan menghasilkan kulit wajah yang licin dan cerah natural.

Manfaat utama :-
  • Membuat kulit terasa bersih dan segar
  • Mengandungi bahan-bahan yang aman buat kulit : Rosehip, Licorice, Aloe Vera
  • Sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitive
  • Bebas pewarna dan bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan kulit

Bahan utama :
  • Minyak Rosehip - Anti-penuaan, melembapkan
  • Ekstrak Licorice - Anti-irritasi, mencerahkan
  • Ekstrak Aloe Vera - Melembap dan melembut
  • Witch Hazel - Anti-jerawat, melembapkan, menyegarkan kulit

Cara Penggunaan

Selepas mencuci muka, di atas permukaan kering;
  • Basahkan kapas dengan toner secukupnya.  Ratakan perlahan di muka dan leher dengan arah ke atas.
  • Untuk perlindungan optimum, gunakan Mylara Matte CC Cream atau Mylara Revitalizing Night Cream selepas toner.



Matte Miracle CC Cream SPF 30

Matte Miracle CC Cream SPF 30 (7g)

8-in-1 Skin Perfector
  • Menyamar ketidaksempurnaan
  • Mencerahkan
  • Menyamakan tona kulit
  • Memberi kelembapan
  • Melembutkan
  • Menyerikan
  • Meremajakan
  • Melindungi dengan SPF 30 

Description
Krim multifungsi yang berkesan melindungi kulit wajah dari sinar matahari yang bahaya dengan SPF 30. Terbukti secara secara klinis dapat meningkatkan tekstur kulit dan memberi kelembapan yang secukupnya dengan  warna matte yang elegan.  “CC’’ bermaksud color corrective, dan ia terdiri dari primer pencerah wajah, foundation ringan, pelembap, dengan bahan-bahan anti-penuaan dan pemangkin kolagen.

Tektur
Krim multi-fungsi yang berciri ‘matte finishing’ tidak menyebabkan wajah berminyak seharian. Foundation ringan yang terkandung dalam CC Cream ini memberi ‘instant dewy look’ dan ‘natural glow’ yang wanita Asia idamkan dengan calitan minimal. ‘Matte CC Cream’ tidak menyumbat pori-pori kerana dihasilkan dengan teknologi Korea iaitu ‘Nano-size molecule’.

Manfaat utama :-
  • Melindungi dari sinar matahari
  • Membantu melembap dan melembutkan kulit wajah 
  • Tekstur ringan dan lembut
  • 97.7% natural
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Bahan Utama :-
  • Minyak Argan - Melembap, menegangkan (prokolagen)
  • Titanium dioxide - Melindungi dari sinar matahari, anti-cancer (kulit)
  • Serbuk mutiara - Mempercepat pertumbuhan kulit baru, regenerasi kolagen

Cara penggunaan

Selepas penggunaan toner, 
  • Sapukan CC Cream 15 minit sebelum terdedah kepada sinaran matahari. 
  • Adalah digalakkan untuk menambah sapuan selang 2 jam jika masih terdedah kepada sinaran matahari.



Revitalizing Night Cream

Revitalizing Night Cream(7g)

Description
Krim malam yang berfungsi mencerah yang masuk jauh ke dalam lapisan wajah untuk menyubur dan melembap kulit sehingga 8 jam. Membantu menghapus noda dan mencerah seawall 14 hari pemakaian dengan bahan-bahan yang terbukti secara klinis.

Tektur
Krim malam yang sangat melembapkan dan tidak melekit seperti krim-krim kilo di pasaran. Dihasilkan dengan bahan mentah import berkualiti tinggi dan dijamin merawat wajah secara optimum sepanjang malam. Krim berwarna ‘pink muda’ mempunyai bahan aktif buah berry yang secara saintifik membuktikan kesan pencerahan dan antioksida 10X lebih berkesan dari bahan aktif lain.

Manfaat utama :-
  • Menyamakan tona wajah, mengurangkan warna kulit yang tidak sekata
  • Membantu memulihkan dan mencerah kulit wajah
  • Menghapus tanda-tanda penuaan
  • Pelembap malam yang tidak melekit
  • Bebas MERKURI

Bahan utama :-
  • Alpha Arbuntin - Mengurangkan noda hitam, menghalang produksi enzim tyrosinase
  • Beeswax - Melindungi dari kotoran sekitar, melembap
  • Vitamin C -  Anti-oksida, anti-cancer, menggalakkan produksi kolagen
  • Vitamin E - Meremajakan, melembap
  • Ekstrak Aloe Vera - Melembap, melembutkan

Cara Penggunaan 

Sebelum tidur, selepas penggunaan pencuci muka dan toner;
  • Dengan menggunakan hujung jari, sapukan lapisan nipis ke muka dan leher.
  • Untuk penyerapan sempurna, dengan perlahan, urut wajah selama 1-2 minit






MYLARA MENYEMPURNAKAN KULIT ANDA 
DI SETIAP FASA


MINGGU 1 - 2 
FASA 1 - DETOKSIFIKASI

Tindakan Klinikal:
Penyerapan di bawah permukaan kulit akan menghilangkan sel-sel mati yang menyebabkan pori tersumbat dan menyembuhkan kesan pertumbuhan jerawat.

Hasil/Kesan:
Kulit anda akan mula serasi terhadap proses detoksifikasi. Kulit akan mula terasa gatal, kering dan kemerahan, namun akan mula berkurang menjelang akhirnya fasa 2.
Tona kulit anda akan mula kelihatan lebih sekata.


MINGGU 2 - 3
FASA 2 - PEMULIHAN

Tindakan Klinikal :
Kulit mula menghasilkan sel-sel normal yang sihat. Sel-sel pigmen mula membebaskan melanin secara lebih sekata. Sel-sel baru juga dikuatkan dengan penggunaan secara konsisten seperti yang disarankan.

Hasil/Kesan:
Keadaan kulit anda pada fasa ini sedang disesuaikan dengan system penggunaan produk ini. Anda akan dapat melihat kulit anda menjadi lebih tegang, licin, lembut dan bersih.


Minggu 3 - 4
FASA 3 - PENYEIMBANGAN

Tindakan klinikal:
Sel-sel kulit sedang diserasikan dengan baik ke dalam sistem untuk proses transformasi kulit.

Hasil/Kesan:
Kulit anda akan kelihatan dan rasa lebih bersih, berseri, lembap dengan tona yang lebih sekata.


Minggu 4 - 5
FASA 4 – WAJAH BARU

Tindakan Klinikal:
Kulit anda akan kelihatan seperti kulit baru yang telah dihidupkan semula. Adalah amat digalakkan untuk meneruskan penggunaan yang konsisten untuk mengekalkan khasiat dan kelembapan yang mencukupi bagi kulit anda.

Kesan:
Anda seperti dilahirkan semula dengan kulit wajah yang baru! Kulit anda sekarang tentunya lebih berseri-seri dengan tona yang sekata di samping kelihatan lebih muda dengan mengekalkan penjagaan agar sentiasa sihat!





Testimoni Pengguna

Rupanya dah ramai yang guna MYLARA Skincare ni... Dan pengguna yang seterusnya adalah AKU sendiri.. haha.. Tak sabar nak tengok result dari penggunaan MYLARA ni... Ramai yang berpuashati selepas menggunakan produk MYLARA ni tau!! Mereka dah cuba guna, korang bila lagi?? Hehe... Oke la. Jom tengok, apa kata mereka...









Dengan MYLARA, wajah sempurna dengan mudah...

Berkesan merawat :-
✔ Kulit gelap dan kusam
✔ Tona tidak sekata
✔ Blackheads / Whiteheads
✔ Pori-pori terbuka
✔ Jerawat
✔ Jeragat
✔ Parut jeawat hitam dan berlubang
✔ Kulit berminyak

Jadi apa tunggu lagi, jom dapatkan MYLARA Skincare dengan harga mampu milik..

Harga
RM 89.90 (WM)
RM 95.90 (EM)


WHERE TO BUY?

Untuk keterangan lanjut, korang boleh terus ke :-

Website
https://www.mylaraskincareofficial.com

Facebook


Whatsapp/SMS
013-920 0629

Read More